PENYAKIT BUAH HANTU (Bacterial heart rot) pada tanaman nenas (Ananas comosus) merupakan satu ancaman kepada penanam nenas di negara ini. Mungkin ramai dikalangan kita yang tidak kenal akan penyakit ini kerana ianya merupakan salah satu dari pada jenis penyakit yang menyerang tanaman nenas, Antara penyakit lain yang mungkin menyerang tanaman nenas dinegara ini adalah seperti jenis Penyakit Perdu atau Reput Pangkal Nenas (Disebabkan Kulat Thielaviopsis paradoxa), Penyakit Mata Dalam (Disebabkan oleh Kulat Pennisilium funicutosum) dan Penyakit Pecah Tangkai akibat aktiviti fisiologi buah. Apa yang menarik dimana penulis yang banyak membuat tinjauan diladang nenas agak kurang menjumpai penyakit buah hantu nenas kecuali pada masa-masa tertentu dan pada varieti nenas yang tertentu sahaja. Penulis dapati Penyakit Buah Hantu sebenarnya adalah disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Erwinia chrysanthemi dimana ia jenis bakteria yang mana tanda-tanda serangan dikesan pada buah sebelum 2-3 minggu sebelum buah masak dan juga menyerang buah muda. Jika diteliti pada buah yang hampir masak akan kelihatan dimana cecair banyak keluar pada celah-celah anak buah beserta dengan gelembung gas (Sila anda lihat foto diatas). Penyakit ini juga menyebabkan kualiti buah nenas yang diserang penyakit buah hantu menurun kerana pada kadar serangan teruk akan mengakibatkan pada bahagian isi dalam buah tinggal rangka serabut. Tahap serangan ini berbeza mengikut keadaan pemantauan yang dilakukan dimana jika dikesan pada peringkat awal serangan maka aktiviti kawalan selanjutnya boleh dilakukan. Lazimnya ia berlaku pada lokasi tertentu dan perlu dibuat pemeriksaan dengan kadar segera. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Penyakit Buah Hantu untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Kali pertama saya mendengar Penyakit Buah Hantu pada buah nenas agak menakutkan. Ini kerana timbul persoalan kenapa penyakit ini diberikan naman "Buah Hantu" sedangkan nama dalam bahasa Inggeris adalah Bacterial Heart Rot. Daripada beberapa perjumpaan penulis blog dengan beberapa orang petani tempatan yang telah lama menanam nenas pun mereka kurang pasti kenapa penyakit ini dikaitkan dengan perkataan 'hantu'. Ini berkemungkinan buah nenas yang diserang akan mereput dan berlubang sehingga buah nenas tersebut cacat (deformed) yang mana sekali imbas rupa yang buruk itu macam 'hantu'. Ada pula petani yang menyatakan dan percaya dimana penyakit buah hantu pada buah nenas ini amat sukar dan tidak boleh dikawal seperti penyakit lain dimana ia sama seperti 'hantu' yang bersifat jahat dan tidak mudah ditentukan bila masa serangan akan berlaku. Buah yang rosak ini tidak boleh dijual kepada penggunakan dan ada petani yang akan menyumpah dengan perkataan 'Hantu betul buah ini' dimana ia merupakan keluhan daripada penanam nenas yang menunggu lebih setahun lamanya (Nenas morris 12 bulan dan nenas MD2 selama 14 bulan) tetapi pada saat akhir sekitar 2-3 minggu sebelum menuai diserang penyakit hantu. Apa pun apa yang lebih menarik perhatian penulis blog adalah apabila melawat satu pameran di Batu Pahat dimana dalam pertandingan gubahan buah nenas melihat buah nenas tersebut telah dijadikan seekor burung hantu (Tyto alba) yang menjadi johan dalam pertandingan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Gubahan tersebut menggunakan buah nenas, sulur nenas, buah kelapa dan beberapa hiasan lain memang menarik.
Kawalan penyakit hantu buah nenas perlu dilakukan daripada peringkat awal jika telah ada kes-kes serangan pada lokasi tertentu. Ini kerana jika didak dijalankan 'pre emptive measure' maka ia boleh merugikan penanam nenas pada mereka. Tindakan paling sesuai adalah selalu membuat lawatan dan aktiviti pemantauan dikebun nenas apabila buah nenas telah terbit untuk melihat akan kejadian serangan penyakit buah hantu. Apabila menjumpai buah diserang maka dinasihatkan dengan segera untuk membuang pokok yang diserang penyakit dan dimusnahkan dengan cara yang betul. Antara kaedah untuk memusnahkan pokok tersebut adalah dengan mengumpulkan dan bila kering kemudian membakarnya. Penyakit ini juga dipercayai boleh disebarkan oleh serangga dikebun nenas seperti semut/ Oleh itu disyorkan agar kawalan keatas semua jenis semut yang terdapat di kawasan yang diserang bagi mengelak penyakit menjangkiti tanaman sihat yang lain. Kawalan semut dilakukan dengan memberikan umpan yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan semut mati. Daripada pemantauan penulis mendapati kawalan terhadap semut mampu untuk mengurangkan kejadian serangan penyakit buah mata hantu sehingga 50-70 %. Perkara ini disahkan oleh beberapa penanam nenas dimana mereka hanya menggunakan 'ubat semut' yang dibeli dipasar malam dengan harga RM2.00 sepaket buatan China. Kaedah pencegahan berlaku kejadian serangan penyakit buah hantu nenas adalah diperingkat awal lagi penanaman dengan pemilihan anakbenih yang mana sebaiknya menanam varieti nenas yang rintang. Ini dilakukan dengan mebuat rujukkan akan varieti dan benih tersebut memang dari yang dikenapasti memang rintang dan tidak diserang penyakit ini dilokasi asalnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
BUAH NENAS... PENYAKIT ADA....
PENYAKIT BUAH HANTU... APA DIA..
KEBUN DIPANTAU... AWASI TANDA...
BUAH PENCEGAHAN... KAWALANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Komersil,
Kg Sg Balang, Muar,
Johor, Malaysia.
(30 Rabiulawal 1438H)
Catat Ulasan