PERTANIAN BANDAR merupakan satu terminologi baru bagi melakukan aktiviti pertanian dikawasan bandar (urban agriculture) untuk menghasilkan bahan makanan d an landskap. Ada yang bertanya sama ada aktiviti pertanian bandar bantu kurangkan kos sara hidup. Perkara ini telah dilaporkan oleh akhba tempatan dimana ia melaporkan bagaimana penduduk Persatuan Komuniti PPR Sri Perlis 2 di Keramat, Kuala Lumpur menuai hasil tanaman mereka sebagai satu testimoni (Sila lihat foto diatas). Sebenarnya kos sara hidup penduduk dikawasan bandar adalah lebih tinggi daripada penduduk luarbandar. Ini kerana bagi penduduk bandar mereka bergantung terus kepada bekalan makanan daripada petani komersil yang bertani dikawasan luar bandar. Permintaan mendadak bahan makanan pada musim perayaan boleh menyebabkan harga sesuatu barang keperluan meningkat. Pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas permintaan ke atas barang tertentu akan meningkat kerana pengguna memerlukan lebih banyak barang keperluan pada masa tersebut. Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya kekurangan barang dan mempengaruhi kenaikan harga barang. Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba turut dirasai pengguna mengenai kenaikan harga barang-barang makanan khususnya bekalan makanan seperti sayur-sayuran, daging dan buah-buahan. Kekurangan bekalan bahan ini akan lebih terasa apabila kekuranagan ini adalah berpunca daripada masaalah bencana alam seperti banjir atau kemarau dan akibat serangan penyakit dan perosak tanaman. Kos bahan input pertanian yang meningkat juga menyebabkan kenaikan harga barangan yang meningkatkan kos sarahidup orang ramai terutama dikawasan bandar. Oleh itu beberapa program dan aktiviti seperti Pertanian Bandar dipercayai mampu mengatasi isu ini. Rencana subuh ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti pertanian bandar yang dapat mengurangkan kos sara hidup.
Pada penulis blog, pengeluaran sayur-sayuran khususnya mula mengalami kemerosotan berikutan faktor musim tengkujuh yang melanda negara sejak Disember sehingga kini. Bagaimanapun, jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah memulakan usaha mengurangkan kesan kemerosotan pengeluaran bekalan makanan dengan pelbagai kaedah seperti pengurusan kuota, simpan stok dan kawalan harga di pasaran. Terkini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah mengadakan lawatan kerja ke pasar borong dalam merealisasikan usaha tersebut. Bekalan Kobis Bulat dalam negara tidak mencukupi dimana negara perlu terus mengimport sayuran ini dengan kuota dikawal oleh kerajaan. Salah satu cara bagi memastikan bekalan dan harga kubis bulat di Malaysia stabil, MOA akan meningkatkan kuota sementara pengimportan kobis bulat semasa musim perayaan ini. Peningkatan ini sentiasa dipantau bagi untuk memastikan tiada berlaku lambakan bekalan dan kenaikan harga yang mendadak. Dalam pada masa yang sama untuk mengelak terjejasnya sumber pendapatan petani tempatan. Kini pengguna juga boleh menyumbangkan kepada usaha mengurangkan tekanan kenaikan harga makanan dengan menghasilkan makanan sendiri untuk kegunaan isi rumah dengan menggunapakai sumber asas tanamanyang terdapat di persekitaran seperti program pertanian bandar yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian.
Program ini membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran bahan makanan sendiri mengikut keperluan. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan penduduk setempat menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi tujuan untuk menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup. Selain itu, ia juga boleh menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian, menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara dan memupuk kesedaran serta minat terhadap kepentingan pertanian. Program yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu itu telah menunjukkan peningkatan penyertaan. Daripada 5,002 peserta di 280 buah lokasi, ia meningkat kepada 59,634 peserta di 2,471 buah lokasi. Pertambahan jumlah penyertaan menjadikan aktiviti pertanian bandar terbukti sebagai satu pendekatan yang dapat mengurangkan perbelanjaan harian isi rumah. Selain itu, mereka dapat menghasilkan makanan sendiri yang selamat, berkualiti dan tidak menggunakan racun berbahaya. Antara komuniti penduduk yang telah berjaya melaksanakan program ini ialah Komuniti Persatuan Komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Perlis 2, Keramat, Kuala Lumpur yang telah memenangi Johan Pertandingan Pertanian Bandar peringkat Lembah Klang sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 yang lalu. Idea komuniti ini menggunakan inisiatif sendiri dengan kaedah melaksanakan projek pertanian bandar di kawasan tanah antara blok menggunakan kaedah pertanian iaitu secara konvensional dan teknologi fertigasi. Komuniti lain yang turut menyertai pertandingan ini juga telah menunjukkan akan semangat dan bekerjasama mengusahakan projek pertanian sama ada untuk kegunaan mereka sendiri dan dipasarkan kepada penduduk setempat. Naib johan dimenangi oleh Persatuan Komuniti USJ 6, Subang Jaya, Selangor, manakala, pemenang ketiga ialah Persatuan Komuniti Jalan Tuntung, dari Shah Alam, Selangor. Selebihnya sembilan komoditi yang turut serta dalam pertandingan ini telah menerima hadiah saguhati. Bagi komuniti-komuniti yang telah melaksanakan program ini dan ingin turut menyertai pertandingan atau berminat untuk menyertai program pertanian bandar boleh berhubung dengan Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian di talian 03-8870 4195 atau sambungan 4194/4184. Semuga testimoni dalam akhbar Kosmo ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
PERTANIAN BANDAR...ADA DIA...
TANAM SAYUR... DIRUMAH SAHAJA...
HASIL DITUAI... SEGAR KUALITINYA...
TANAM SENDIRI...JIMAT BELANJA...
Oleh,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 223, Hotel UDesign Hotel,
Temerloh, Pahang,
Malysia.
(19 RabiulAkhir 1438H)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan