CILI (Capsicum annum) adalah diantara tanaman sensitif yang banyak menghadapi serangan perosak dan penyakit dinegara kita. Petani yang mempunyai kmahiran didalam menguruskan tanaman cili lazimnya memang mengetahui dan mengenali jenis penyakit atau perosak tanaman cili dan kaedah terbaik yang sesuai untuk tujuan mengawalnya. Penanaman cili di Malaysia adalah sekitar 3,700 - 4,000 hektar setahun dengan jumlah pengeluaran cili sehingga 34,500 tan metrik yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM 160 juta setahun. Selain daripada ditanam untuk tujuan kegunaan sebagai cili segar bagi keperluan domestik, cili merah juga diekspot kenegara jiran terutamanya Singapura dan Brunei. Cili merupakan bahan utama dalam masakan seharian. Antara varieti cili yang popular ditanam di negara kita adalah Cili Besar varieti Kulai, Cili Solok, Cili Benggala dan beberapa jenis lagi. Hampir semua lauk-pauk dan makanan pedas yang dihidangkan setiap hari mempunyai cili dalam ramuannya. Sama ada masak lauk kari, masak lemak, sambal tumis, mee goreng dan sebagainya maka semuanya mempunyai ramuan cili di dalamnya. Penggunaan cili segar bagaimana pun masih bersaing dengan cili kering yang kebanyakannya adalah diimport. Cili kering paling banyak digunakan sebagai cili bor dimana ianya boleh didapati dinmana-mana pusat jualan atau dibuat sendiri. Penulis blog bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui masaalah yang dihadapi oleh petani yang menghadapi pelbagai masalah terutama makhluk perosak dan penyakit. Saya menulis lagi didalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa ancaman didalam penanaman cili yang dihadapi oleh petani berdasarkan pemerhatian, lawatan penulis dikebun petani serta membuat rujukkan dari beberapa buku.
Penulis pernah merujuk kepada MARDI iaitu rakan semasa belajar dahulu Dr. Md Roff Mohd. Noor yang juga menyatakan bahawa tanaman cili di negara ini memang amat terdedah dengan serangan serangga perosak dan penyakit tanaman. Katanya "Terdapat tiga jenis cili yang biasa ditanam di negara ini seperti cili merah dan cili hijau, cili sayur (cili benggala atau capsicum) dan cili padi". Penulis juga mendapati walau bagaimanapun hanya cili merah dan cili benggala yang ditanam secara komersial manakala cili padi pula secara kecil-kecilan (Sila anda lihat foto disebelah). Tanaman cili terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti kulat, bakteria dan virus serta pelbagai jenis serangga perosak. Penulis yang juga sering melihat di kebun sayuran tanaman cili komersil mendapati bahawa serangan oleh virus (TMV) merupakan perosak yang penting dalam tanaman cili. Penyakit virus cili mula dikesan pada 1947 oleh saintis British bernama Burnett tetapi malangnya tiada teknik pengawalan yang canggih ketika itu. Tanda serangan virus adalah seperti daun cili menjadi kerinting, bunga yang rosak dan tiada buah yang akan dihasilkan. Tidak ada racun kimia yang sesuai digunakan untuk membunuh virus atau bakteria perosak ini. anda boleh membaca beberapa kaedah amalan agronomi bagi tujuan kawalan asas dan mengelakkan serangan ini daripada berlaku.
Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, penyakit yang selalunya menyerang pokok cili biasanya boleh dikawal dengan beberapa peringkat kawalan. Peringkat Semaian adalah asas dadalam mengawal penyakit kerana penyakit cili boleh bermula di rumah semaian (Sila baca artikel saya berkaitan - Sila klik disini). Apa yang saya syorkan adalah dengan menyemai dalam kelambu atau 'controlled structure' dimana semaian cili diletakkan dalam jaring serangga bersaiz 24 mesh. Apa yang sesuai biasanya anak benih diletakkan dalam rumah semaian selama 30 hingga 35 hari atau mempunyai enam atau tujuh helai daun. Pastikan kita memilih benih dari varieti terpilih yang tahan kepada serangan penyakit dan juga mempunyai ciri buah yang dikehendakki. Amalan biasa petani uuntuk menyemai benih cili dikawasan terbuka akan menyebabkan serangan virus berlaku dari peringkat awal lagi yang boleh menyebabkan serangan penyekit kerinting pada cili.
Peringkat serangan perosak di ladang berlaku disebabkan oleh banyak faktur. Biasanya cili akan ditanam di atas batas dengan satu lapisan plastik bersinar (Silvershine plastic) yang akan bertindak mengawal rumpai. Perlu dinyatakan kaedah bagi mengawal rumpai adalah penting kerana rumpai adalah menjadi perumah virus dan vektor penyakit. Plastik ini juga mampu mengekalkan kelembapan tanah untuk akar, menghalang baja dilarikan air, menghalang vektor singgah di pokok, meningkatkan kadar fotosintesis pokok dan ini dapat mengurangkan kos (Sila baca artikel berkaitan plastik ini - Sila Klik Disini dan juga Sila klik Disini). Kawalan penyakit tanaman cili adalah sangat penting pada bulan pertama sehingga ke bulan ke tiga semasa pokok cili mula berbunga dan kemudian berbuah. Lazimnya ia juga kritikal selepas bulan kedua dimana saya sering akan menyerankan petani untuk menyembur racun untuk mengawal vektor.
Apa yang disyorkan biasanya terdapat dua jenis racun yang digunakan adalah bahan organoklorin (tidak digunakan lagi), organofosfat, carbamate, pyrethroid (racun yang disintesis daripada pokok) dan nicotionid (racun Kelas IV). Syor amalan yang seterusnya adalah sebelum mula menanam, dimana petani yang menanam cili perlu memastikan varieti cili yang rintang kerana pokok cili terdapat tiga ciri utama iaitu bentuk Terbuka atau bentuk 'V', bentuk Kompak dan bentuk Sujud. Biasanya Kutu Daun (Sila baca artikel - Sila klik disini) sukakan pokok cili berbentuk kompak dan sujud dan sebenarnya tiada pokok cili yang rintang kepada penyakit. Bagi mengawal penyakit dan perosak, petani perlu untuk melakukan semburan terus kepada pokok yang biasanya akan membunuh semua serangga termasuk musuh-musuh semulajadi. Kini dengan racun nicotionid, petani hanya menyiram racun di pangkal pokok dan kajian oleh Jabatan Pertanian di Melaka mendapati kaedah berkenaan berkesan mengawal virus (Sila lihat foto disebelah). Selain itu selingan tanaman cili dan tanaman lain seperti jagung dapat menghalang aphid sebagai vektor. Masalahnya kitaran hidup aphid di negara ini tidak sama dengan negara empat musim kerana di tropika aphid beranak manakala di kawasan temperate, ia bertelur. Kini kajian bioteknologi sedang dijalankan bagi mendapatkan varieti cili yang rintang terhadap penyakit dan perosak terutama CMV. Begitulah coretan saya mengenai beberapa ancaman dalam aktiviti penanaman cili yang menyebabkan harga cili kadang-kadang mencecah RM 20.00 sekilogram akibat kekurangan bekalan dipasaran kerana serangan penyakit dan bencana alam seperti banjir. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
Penulis memeriksa kualiti cili di TKPM Sekijang. |
POKOK CILI... BANYAK ANCAMAN...
PERINGKAT SEMAI... KENA PASTIKAN...
BENIH DIPILIH...VARIETI YANG TAHAN...
PELBAGAI TEKNIK... CARA KAWALAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1434H0 - Masih bercuti raya aidilfitri.
Catat Ulasan