Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
PENYAKIT MATI ANAK LEBAH (Sac Brood Disease) adalah salah satu daripada masaalah ternakan Lebah Madu di negara kita dimana jika tahap serangan serius ia akan menyebabkan projek ternakan lebah gagal diteruskan. Ternakan Lebah Madu di Malaysia merupakan satu industri yang masih belum sampai kepada tahap yang boleh dikatakan membanggakan. Negara masih bergantyung kepada madu lebah import kerana pengeluaran tempatan masih berlummencukupi. Pada masa ini data daripada Jabatan Pertanian menunjukkan tidak ramai pengusha lebah madu yang beroperasi di Malaysia secara komersil dimana menurut Persatuan Pengusaha Ternak Madu Malaysia, hanya sekitar kurang dari 50 orang yang aktif dalam industri ini. Saya pernah terlibat dalam memberi khidmat teknikal dan pengembangan dalam teknologi ternakan lebah madu selama lebih 10 tahun dimana ia bermula semasa bertugas di Melaka dahulu. Projek ternakan Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Impot (Apis melifera) sehingga kini masih ditakuk lama malahan semakin berkurangan akibat kekurangan sumber makanan dan teknologi menternak yang bersesuaian. Kegiatan memburu Lebah Tualang atau Lebah Hutan (Apis dorsata) juga semakin kurang akibat pelbagai gangguan alam semulajadi seperti pembalakan, kekurangan pokok sesuai dan sebagainya. Malaysia masih banyak mengimpot madu lebah dari luar negara untuk menampung permintaan madu lebah yang semakin meningkat setiap tahun. Aktiviti ternakan Kelulut bagaimana pun kini semakin popular dikalangan usahawan berbanding dengan ternakan lebah madu. Ini kerana Kelulut (Trigona spp) sama ada ianya daripada spesies Trigona itama atau pun Trigona thoracica kini lebih disukai kerrana ia tidak menyengat. Anda boleh membaca banyak tulisan saya mengenai kelulut dengan link (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai masaalah serangan dan kawalan penyakit anak lebah yang mudah berjangkit iaitu Penyakit Sac Brood berdasarkan kepada pengalaman penulis dan juga rujukkan dari buku Jabatan Pertanian yang diterbitkan lama dulu.

Kawalan terhadap penyakit sacbrood perlu dijalankan dengan dua kaedah asas iaitu (1) Syor bagi menghapuskan punca virus dan (2) Syor cara menguruskan koloni lebah. Bagi langkah pertama, kita perlu memeriksa paling kurang setiap dua minggu bagi memeriksa sama ada ujud penyakit sacbrood telah ada atau tidak bagi setiap haif dalam Apiari. Apiari adalah nama bagi kawasan kita meletakkan banyak haif lebah. Apabila kita menjumpai berlaku serangan sacbrood pada satu kom mencecah 20% didalam haif, maka keluarkan kom tersebut dan mesti dimusnahkan segera. Kom tersebut boleh dicairkan, dibakar atau dicairkan dalam alat khas seperti 'Solar wax extractor'. Begitu juga jika lebih 20% anak lebah didapati berpenyakit dalam haif, maka semua lebah dewasa dalam koloni tersebut perlu dimusnahkan. Cara memusnahkan adalah dengan menyembur racun serangga aerosol seperti jenama Ridesct, Baygon, H20, Sheltox dan sebagainya. Sebaiknya tutup pintu keluar-masuk haif dan sembur didalamnya pada waktu sesuai agar semua lebah dewasa mati. Ulangi semburan 24 jam kemudian untuk pembasmian sempurna. Kemahiran seseorang didalam mengawal perosak ini perlu melalui ilmu pengetahuan dan juga hadir dalam kursus mengenai pengurusan ternakan lebah madu. 

Cara kawalan lain yang disyorkan adalah dengan kita mengasingkan lilin yang melekat pada kom serta bingkai kayu dan kemudian ia dibakar sehingga cair. Bingkai kom tersebut kemudian dirawat dengan cara pewasapan dengan menggunakan bahan formalin untuk membersihkan daripada virus. Ini dilakukan dengan mengambil sekeping kapas dan dicelup didalam larutan formalin (dengan kadar kepekatan 30-40% kepekatan) didalam karung plantik berisi bingkai kom berpenyakit dan diikat ketat untuk disimpan selama 24 jam.Kita juga perlu mengasingkan bingkai kom dengan kotak haif dan ia perlu dirawat sebelum boleh digunakan semula. Rawatan boleh dijalankan dengan pewasapan dengan formalin, rendam dalam larutan clorox pada kepekatan 2% atau pun direndam dalam larutan Dettol. InsyAllah ia akan terawat dan selamat digunakan. 

Bagi syor kedua iaitu kita boleh kawal dengan cara pengurusan koloni lebah. Jika berlaku serangan penyakit sacbrood dalam haif tidak serius iaitu 5 hingga kurang 20% anak lebah diserang, maka kita boleh juga benarkan koloni tersebut pulih dengan cara pengurusan yang baik. Apa yang penulis blog pernah buat adalah dengan kaedah menggantikan ratu lebah dengan ratu lebah yang baru (Proses ini dinamakan sebagai proses REQUEENING) yang akan menghasilkan telur baru yang sihat. ratu lebah boleh diganti dengan salah satu daripada cara berikut. Pertama, koloni lebah akan menggantikan sendiri ratu lebah sedia ada mereka yang mana proses ini dipanggil sebagai 'Pulih sendiri'. Kedua dengan kita memasukkan ratu lebah baru kepada koloni tersebut dengan ratu baru yang telah mengawan dan subur. Selepas 21 hari kemudian ambil da keluarkan ratu lebah lama dari haif dan musnahkan. Semuga kaedah yang saya berikan diatas akan membantu anda semua memahami bagaimana kaedah kawalan penyakir sacbrood pada lebah madu. kepada anda yang masih berminat menternak lebah madu, boleh menghubungi Pejabat Pertanian berhampiran atau pun email kepada saya atau persatuan penternak lebah madu. Diharap rencana ini memberi sedikit info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam! ...
PENYAKIT LEBAH..SACBROOD NAMANYA...
MENYERANG LARVA...MATI AKHIRNYA..
POPULASI KOLONI...SEDIKIT JADINYA...
KOLONI LEMAH... HASILNYA PUNTIADA.....

By,
M Anem
Ex-Bee Trainer Moderator
Bukit Katil, Melaka,
Malaysia
(6 JamadilAkhir 1434H)
Kemaskini pada 10 Jun 2017)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top