Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MANGGA HARUMANIS (Mangifera indica) merupakan sejenis mangga yang kini mendapat permintaan tinggi dikalangan rakyat Malaysia. Mangga Harumanis yang sinonim dengan Negeri Perlis semakin popular akibat keenakannya dan harganya yang mungkin ramai akan berfikir beberapa kali untuk membeli dengan kuantiti yang banyak nagi keluarganya. Semenjak awal tahun sehingga bulan Mei berita mengenai mangga harumanis banyak kali keluar dalam akhbar tempatan. Buah mangga harumanis kini tidak perlu lagi diperkenalkan apabila dilihat isinya yang ranum, manis, berjus dan enak menambat deria rasa setiap yang merasanya (Sila lihat foto diatas)Terkenal di negeri Perlis, permintaan yang tinggi di seluruh negara kini telah menjadikannya sebagai buah eksklusif yang mesti dibeli untuk dimakan atau dibawa pulang sebagai cenderamata sekiranya mengunjungi negeri ini. Walaupun dijual dengan harga tinggi, iaitu sekitar RM25 sekilogram tetapi mangga harumanis tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara, malah ia hanya terdapat di Perlis dan dijual pada penghujungApril sehingga akhir Mei setiap tahun. Apa yang lebih menarik adalah apabila buah ini bukan sahaja manis tetapi aroma keharumannya akan terasa setiap kali ia dijamah sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding buah mempelam lain. Buah ini yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian semenjak lama dulu kini mempunyai kualiti buah lebih baik dengan pengurusan  yang teratur. Pusat Pertanian Jabatan Pertanian di Bukit Bintang merupakan pusat rujukkan teknologi tanaman mangga harumanis yang telah dibagunkan bagi memajukan industri tanaman mangga di Perlis. Artikel subuh ini saya dalam blog "Anim Agro Technology" akan mempaparkan beberapa laporan akhbar mengenai mangga harumanis yang dilaporkan dalam akhbar tempatan untuk kita sama-sama menilai akan buah istimewa ini.


Dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30 Mei 2017 ditulis artikel yang bertajuk "Abai balut harumanis jejas kualiti buah" dimana ia telah mempaparkan pentingnya membalut putih mangga. Foto akhbar menunjukkan PPN Perlis sedang memberi penerangan berkenaan tanaman harumanis di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat kepada Ketua Pengarah Pertanian Malaysia. Dakwanya Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan sikap segelin�tir penanam harumanis yang mengabaikan kerja-kerja memba�lut buah ini sehingga mengakibatkan kualiti buah itu terjejas. Keadaan ini menyebabkan ada kalangan pembeli harumanis yang tidak senang hati apabila mendapati buah ini busuk walaupun telah membayar pada harga yang mahal. Beliau selalu akan menyarankan agar ramai petani dan meminta tolong untuk semua petani membalut jika bercadang untuk menjual buah ini kerana jika tidak dilakukan maka ia akan mengundang risiko yang sangat tinggi untuk rosak. Sekalipun jika ada penanam harumanis mendakwa tidak mempun�yai pembalut khas tetapi mereka masih boleh berbuat demikian dengan menggunakan kertas akhbar. Sekurang-kurangnya buah ini masih boleh dilindungi daripada mengalami kerosakan. Beliau seterusnya berkata, ada segelintir individu yang menanam harumanis untuk mendapatkan hasil semata-mata tetapi enggan menjaga pokok ini secara serius termasuklah melakukan kerja membalut buah. Jelasnya kini disebabkan hanya mahu untung, maka tidak ambil peduli sama ada buah yang dijual itu berkualiti atau tidak. Tambahnya lagi ada juga mengambil kesempatan untuk menjual harumanis yang tidak berkualiti ini pada harga jauh lebih murah daripada pasaran. PPN Perlis berkata jika ada sesiapa sahaja yang menanam harumanis untuk dijual mesti bertanggungjawab menjaga nama baik kualiti buah ini. Katanya jika nama harumanis tidak dijaga, sudah pasti potensi pasarannya pada masa akan datang terjejas. Sebaiknya antara penanam harumanis perlu bersaing untuk menghasilkan buah yang berkualiti sehingga mampu dipasarkan diluar negara.


Dalam akhbar lain dipetik penulis blog melaporkan dimana artikel bertajuk "Harumanis mampu sehebat Musang King" amat menarik untuk dipaparkan. Penulis blog yang suka makan juadah mangga hrumanis bersama pulut kerana keenakannya dan juga khasiatnya. Sebenarnya makanan ini menjadi sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan serta pelancong yang berkunjung ke Perlis. Jika musim harumanis muncul kembali maka hidangan ini amat digemari. Didakwa pada kali ini pe�ngeluaran kemuncaknya sekali lagi seperti mana tahun lepas, jatuh pada bulan Ramadan. Seperti biasa sana-sini orang mengatakan tentang mempelam yang menjadi kebanggaan rakyat Perlis itu. Bukan sahaja di dalam negeri terkecil itu, hatta orang di luar juga. Pelbagai isu kini sering diperkatakan daripada harganya sehinggalah kepada kualiti dan rasanya. Isu yang terus disebut-sebut adalah sama ada tanaman itu dibenarkan ditanam di luar Perlis atau pun sebaliknya.Ia turut mendapat perhatian netizen yang memberi perhatian dan reaksi terhadap perkara itu. Kini dilaporkan dimana sebenarnya, apa sahaja tanaman boleh ditanam di mana-mana tempat di negara ini kerana Malaysia adalah bumi bertuah yang memiliki tanah yang subur. Perkara itu jelas hak masing-masing tanpa terikat pada mana-mana peraturan. Malah melalui cubaan Jabatan Pertanian untuk menanam Harumanis bagi tujuan kajian di Selangor dan Johor sejak enam tahun lalu, juga telah berjaya mengeluarkan hasil. Namun apa yang perlu difahami, kajian dan penanaman secara komersial tidak semestinya sama. Pelbagai faktor perlu diambil kira. Jabatan itu tidak mahu dipersalahkan apabila pelaburan yang besar dilakukan di luar Perlis, tetapi Harumanis gagal mengeluarkan hasil seperti diharapkan. Perkara ini berbeza dengan faktor Perlis yang sudah melalui pelbagai kajian ekoran kesesuaian cuaca, tanah dan kehadiran ejen pendebungaan.


Sebenarnya diantara syarat kritikal perlu diketahui adalah kehadir�an tekanan haba (heat stress) secara berterusan selama dua bulan untuk membolehkan mempelam mengeluarkan bunga. Atas faktor kesesuaian yang ada di negeri itu, Jabatan Pertanian Perlis sendiri menggalakkan rakyat dan pekebunnya menanam pokok tersebut. Apatah lagi pasarannya yang baik dan berpotensi menjana pendapat�an penduduk dan kerajaan negeri. Sehingga kini kualiti Harumanis yang dihasilkan di Perlis terus bertambah baik setiap tahun lebih-lebih lagi melalui pengenalan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Menerusinya Jabatan Pertanian perlu pastikan petani dapat menjamin bebas daripada racun berat, menggunakan baja secara terurus, mesra alam dan hasil yang berkualiti dan dijamin selamat dimakan. Inilah juga yang ditekankan oleh Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamed Sidek tentang budaya istimewa pekebun di Perlis khususnya yang terlibat dengan penanaman Harumanis. Maka sebab itu juga, Perlis layak dijadikan negeri kluster mempelam seperti mana Pahang dan Perak yang sudah pun diiktiraf sebagai kluster durian dan manggis. Ini pen�ting kera�na peruntukan bantuan yang disediakan kerajaan melalui jabatan itu nanti mudah disalurkan kepada pekebun mengikut kluster masing-masing. Melalui kesemua yang dilakukan itu, Jabatan Pertanian menyasarkan untuk membina jenama Harumanis Perlis sehingga ke persada dunia. Secara tidak langsung ini juga akan memperkenalkan nama Malaysia. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Harumanis kini semakin dikenali di beberapa negara luar seperti Jepun, Taiwan, China dan Hong Kong. Kualitinya yang hebat itu, sehingga ada rakyat negara tersebut menyangkakan bahawa Harumanis dikeluarkan di Thailand, yang diketahui kehebatannya dalam pertanian. Pokoknya, tidak mustahil, Harumanis juga akan sehebat Musang King, raja durian dari Malaysia yang sudah dikenali di luar negara sehingga dijual mencecah ratusan ringgit sebiji.


Laporan kahbar bertajuk "Perlis dijadikan kluster mempelam Harumanis kerana potensi" yang dipaparkan menyatakan dimana Jabatan Pertanian berhasrat untuk menjadikan Negeri Perlis sebagai kluster penanaman Harumanis berikutan tanaman itu mempunyai potensi yang baik di negeri tersebut untuk pasaran tempatan dan luar negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria berkata, berdasarkan kajian dijalankan, para petani juga mempunyai budaya yang baik dalam penanaman dan penjagaan Harumanis. Kata beliau, walau bagaimanapun tanaman itu masih boleh ditanam di negeri-negeri lain kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang subur. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Pertanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat di sini hari ini. Mereka yang yang turut hadir Pengarah Pertanian negeri, Zulkefli Amin yang membuat beberapa aktiviti demonstrasi bagaimana amalan agronomi dilakukan terhadap tanaman mangga harumanis.

Dalam laporan akhbar lain bertajuk "Kebun Harumanis lokasi rai media" pula melaporkan bagaiana pasukan media dibawa melawat prnghasilan mangga harumanis di Perlis. Tujuan aktiviti ini adalah untu memberikan suasana lebih santai kepada pihat media dalam membuat liputan mengenai mangga harumanis. Mereka meraikan pengamal media dalam kebun Harumanis di Kampung Bonggor Kudung, Simpang Empat, Arau, Perlis, baru-baru ini dimana bBiasanya kalau mana-mana pihak menganjurkan majlis bersama media, mereka sering menjadikan lokasi seperti hotel untuk meraikan golongan tersebut. Walau bagaimanapun, Jabatan Penerangan Negeri Perlis membuat kelainan bagi me�raikan pengamal media. Salah seorang pemilik kebun mangga Harumanis milik Ariffin Hashim, 66, atau lebih dikenali sebagai Pak Pin di Kampung Bonggor Kudung, Simpang Empat di sini dipilih sebagai lokasi Program Sepetang Bersama Media melibatkan kira-kira 30 anggota media dari akhbar harian dan media elektronik. Pengarah Pertanian berkata, kelainan itu adalah untuk memberikan suasana lebih santai kepada pengamal media. Ini kerana kebetulan Perlis sedang dilanda musim Harumanis, mempelam ikon Perlis ini memang menjadi kebanggaan setiap penduduk di ne�geri ini. Mereka yang juga turut ha�dir ialah Ahli Majlis Mesyua�rat Kerajaan Ne�geri, Nurulhi��s�ham Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Ne�geri (ADUN) Simpang Empat. Sempena de�ngan majlis ber�ke�naan juga di��a�dakan penye�rahan pemba�ha�ruan kad media kepada wartawan dan juru foto akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!. Bagi meme�riahkan majlis itu hidangan makanan khas oaotu pulut mempelam menjadi makanan utama yang disediakan untuk tetamu. Pulut mempelam merupakan menu istimewa yang disediakan oleh orang Perlis sempena dengan musim Harumanis. Selain itu, bagi meme�riahkan suasana, setiap tetamu juga dihidangkan dengan kudap-kudap iaitu garam belacan yang dimakan dengan mempelam dan buah amra atau kedondong. Jus amra yang juga ditanam di kebun ini menjadi air minuman yang disajikan untuk tetamu. Kini untuk memeriahkan majlis tersebut juga diadakan pertan�dingan mengenalpasti ciri-ciri mempelam Harumanis. Acara sedemikian sekali gus menggalakkan para media untuk memahami de�ngan lebih jelas ciri-ciri mempelam itu yang penting untuk ba�han penulisan dan jika ada pihak yang membuat adu�an. Suasana menjadi riuh kerana peserta perlu ce�kap untuk menilai Harumanis sebenarnya yang di�letakkan bersama mempelam jenis lain seperti susu, chokanan dan sebagainya. Sementara itu, Pak Pin yang me�rupakan pesara Inspektor Kesihatan tidak menyangka kebunnya akan men�jadi lokasi untuk meraikan kumpulan media. Beliau kini sedang meng�usahakan kebun ini sejak 11 tahun lalu dengan 40 pokok mempelam Harumanis. Kini selain menjual Harumanis dia juga menyediakan pulut mempelam atas permintaan pengunjung yang datang ke kebunnya sejak beberapa tahun lalu. Artikel ini berkain dengan Part 1 untuk dibaca bersama, Semuga tulisan ini menberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
MANGGA HARUMANIS... ADA DIUTARA....
BULAN MEI... KELUARLAH BUAHNYA...
RASA ENAK, MANIS... HARUM BAUNYA....
MENJADI IKON... PERLIS SEKIAN LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(8 Ramadan 1438H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top