PENGURUSAN TANAMAN BERSEPDU (Intergrated Crop Managemant - ICM) dan Intergrated Pest Management (IM) merupakan dua terminologi yang berlainan. ICM merupakan satu terminologi yang merangkumi beberapa aktiviti asas pertanian di ladang seperti kerja-kerja penyediaan tanah, penanaman, pengurusan sumber air, kaedah menanam, kebersihan kebun dan sebagainya. Ini termasuk aktiviti pengawasan dan pengawalan perosak dan penyakit yang ujud didalam kebun. Asas utama dalam ICM adalah aktiviti mengawal dan menguruskan perosak ketahap yang rendah dan tidak menjejaskan hasil tanaman. Antara beberapa kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) pula adalah merupakan satu sistem atau konsep pengawalan yang mana ia menggabungkan kaedah-kaedah kawalan perosak yang serasi atau pun secara serentak dan bersepadu dengan mengambil kira kepentingan dan impak terhadap petani, masyarakat dan alam sekitar. Contohnya penggunaan racun serangga yang sangat minima di kombinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan mekanikal dan juga penggunaan cara lain. IPM telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian untuk tanaman padi melalui penggunaan varieti rentang (Resistant), melaksanakan kaedah kawalan kultura meliputi aspek agronomi dan sanitasi kawasan, kaedah kawalan biologi seperti melalui Kaedah Burung Pungguk Jelapang Padi (BJP - Tyto alba) untuk kawalan tikus, menjalankan pengawasan dan ramalan yang didakwa membolehkan populasi perosak dan musuh semulajadi diawasi dan seterusnya kawalan dapat dijalankan dengan lebih tepat dan berkesan dan membendung dari kejadian serangan merebak kekawasan lain. IPM juga telah banyak dilaksanakan untuk tanaman sayur-sayuran dengan teknik menggunakan kawalan secara kultura dan fizikal seperti penggunaan pelekat warna, Lampu UV, Struktur atau Bangunan Kalis serangga (SPH), agen biolgi (Cotesia plutellae, Diaromus collaris, Diadegma semiclausum, Coenosia exigua) serta penggunaan racun biologikal telah diguna dan menunjukkan kejayaan mengawal musuh tanaman sayuran pada tahap yang rendah. Tanaman sayuran merupakan komoditi yang sangat aktif ditanam dan lazimnya memerlukan penggunaan bahan kimia yang banyak untuk mengawal mudoh dan penyakit. Pendekatan kawalan IPM dapat mengurangkan kos dan keselamatan produk sayuran yang sering bermasaalah dengan isu Residu Racun (MRL). Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai konsep asas Pengurusan Tanaman Bersepadu (ICM) sebagai asas untuk pemahaman.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Amalan Kaedah Tanaman Bersepadu (ICM) bergantung kepada 4 komponen penting yang dikenalpasti masa kini iaitu TEKNOLOGI, PEMBERDAYAAN (EMPOWERMENT), DEMONSTRASI dan PROMOSI. Teknologi tanaman memang ada hubungkait dengan faktor kekurangan teknologi kawalan yang berkesan terhadap perosak, ketidakstabilan ekosistem, kehadiran pelbagai jenis perosak dan kurang kepelbagaian hayat (Biodiversity) akibat aktiviti penanaman monokultur. Manakala dari aspek lain seperti kawalan diladang ialah kurangya pemahaman dari aspek kawalan IPM dan juga kaedah kawalan yang berbeza-beza diantara ladang selain daripada kurang kesedaran dari aspek kepentingan faktor biologi dan ekologi, kaedah sistem penyampaian yang kurang berkesan, kurang keyakinan terhadap kawalan secara biologi dan keputusan kaedah kawalan dilaksanakan oleh penjual racun perosak. Kaedah mempromosikan kaedah kawalan tanaman melalui petak demonstrasi tanaman yang mengamalkan konsep atau cara pendekatan ICM dan IPM perlu dijalankan berterusan dan ditunjukkan kepada petani-petani. Demonstrasi yang perlu dijalankan sebaiknya diracang dan disesuaikan dengan keperluan sebenar petani dimana ia sebaiknya dijalankan berdekatan atau dalam kawasan kebun petani. Sebarang teknologi ICM dan IPM perlu untuk di promosi dan dipantau tahap perlaksanaannya. Perlaksanaan ICM dapat membantu petani dalam meningkatkan hasil tanaman, mengawal serangan perosak dan penyakit tanamn untuk satu jangka panjang seterusnya dapat memelihara kesihatan manusia dan alam sekitar agar masyarakat dapat hidup lebih selesa dan harmoni. Kaedah ICM perlu dikembangkan dari segi pemahaman dan perlaksanaan dalam perlaksanaan projek pertanian di Malaysia. Beberapa teknologi yang berkaitan dengan ICM dan IPM sering dikemukakan untuk dilaksana.
Dalam usaha untuk menlaksanakan kaedah pengurusan perosak bersepadu dalam konsep ini telah dipaparkan dalam media cetak untuk disebarkan kepada ramai petani. Diantara yang penulis pernah laksanakan ICM dahulu adalah di Sawah Endau, Mersing, Johor dahulu dimana pelepasan itik moskovy sebagai kawalan biologi bagi mengawal siput gondang emas (SGE). Cara ini telah berjaya mengawal kehadiran SGE disawah tersebut sehingga ada laporan teknikal dikeluarkan. Pada penulis blog, perlaksanaan ICM dan juga kawalan perosak bersepadu atau integrated pest management (IPM) ialah satu pendekatan yang mengambil kira faktor-faktor semula jadi (ekologi dan biologi) untuk mengawal makhluk perosak dalam sektor pertanian yang menggabungkan pelbagai kaedah mesra alam kepada satu sistem pengurusan perosak bersepadu. Kini IPM juga dikira sebagai cara atau kaedah yang merupakan satu usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan racun kimia yang boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan, persekitaran agroekologi dan alam sekitar amnya. Falsafah IPM adalah gabungan kaedah amalan kultura, kawalan persekitaran, kebersihan ladang, kawalan secara biologi dan akhirnya kawalan secara kimia dalam usaha menjalankan aktiviti pertanian. Pelaksanaan IPM yang efektif memerlukan petani untuk memahami dan menguruskan ekosistem kawasan pertanian dan bermatlamat bukan untuk memusnahkan perosak semata-mata. Prinsip asas IPM secara ringkasnya adalah pengubahsuaian faktor-faktor yang ada dalam agroekosistem untuk menjadikannya tidak sesuai untuk perosak. Contohnya adalah dengan kaedah seperti pembajakan, selenggara sistem saliran, aktiviti pembersihan kawasan dan menggalakkan pembiakan Musuh Semula jadi (MSJ). Musuh semulajadi adalah penting diketahui oleh petani dan bagaimana untuk memanafaatkannya.
Pengawalan perosak dibuat di kebun agar berada di bawah tahap bahaya atau Aras Ambang Ekonomi (Econimis Trashold Level - ETL) serta memaksimumkan penggunaan kawalan secara semula jadi. Kajian menunjukkan dimana perlu ada asas penting seperti kemahiran petani dalam mengenal pasti perosak dan musuh semulajadi (MSJ) di ladang, membuat pemantauan dan keputusan cara-cara kawalan yang sesuai amat penting dalam penggunaan kaedah IPM. Diantara kaedah-kaedah kawalan perosak berdasarkan IPM termasuklah amalan kultura yang merangkumi Amalan Pertanian Baik (APB) dan penyesuaian teknologi pertanian yang mesra alam. Kawalan biologi pula menggunakan MSJ perosak kepada tanaman seperti haiwan pemangsa, serangga parasit dan patogen. MSJ ini perlu dikekalkan di ladang bagi mengurangkan populasi perosak tanaman. Antara yang penting ialah serangga pemangsa seperti kumbang kura-kura, pepatung, dan burung pungguk Jelapang yang menjadi pemangsa kepada tikus di sawah dan ladang kelapa sawit. Pemusnahan sumber pokok berpenyakit boleh dilakukan dengan menanamnya (Sila lihat foto disebelah). Kawalan secara mekanikal atau fizikal mengawal perosak dengan penggunaan alatan, tenaga atau bunyi untuk menghalang, membunuh atau menjauhkan serangan musuh tanaman. Kaedah ini boleh dipraktikkan dengan pemasangan pagar keliling ladang, pembinaan parit ladang, plastik silvershine dan membungkus hasil tuaian. Ada kaedah kawalan kimia yang dalam konep ini perlu digunakan sebagai pilihan terakhir. Asasnya kawalan secara kimia digunakan untuk menghapuskan perosak tanaman di mana penggunaan racun perosak adalah tertakluk kepada teknik aplikasi racun yang bersesuaian dengan sasaran perosak. Kaedah kawalan kimia hanya boleh disyorkan selepas bilangan perosak melepasi ETL yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian. Mengoptimumkan penggunaan input merupakan kelebihan penggunaan IPM selain menggunakan racun perosak yang tidak diperlukan dapat dielakkan. Kos pengurusan perosak akan dapat dikurangkan dimana terkesan atas penghasilan tanaman pula ditingkatkan. Kes-kes kekebalan terhadap racun perosak juga dapat dielakkan dan pengeluaran hasil tanaman adalah lebih lestari. Risiko terhadap pencemaran ke atas manusia, haiwan, makanan, hidupan liar dan alam sekitar juga dapat dihindarkan. Kini ada kejayaan IPM banyak bergantung kepada pengetahuan, kemahiran, kesedaran serta komitmen semua pihak dalam industri pertanian. Peningkatan teknologi IPM secara berterusan dapat memastikan penggunaan input pertanian secara mampan dan membolehkan pengeluaran makanan dalam negara lebih selamat dan dalam masa yang sama memelihara kelestarian alam sekitar di Malaysia. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada ppembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PENGURUSAN TANAMAN... 'ICM' CARANYA...
ADA KAEDAH... KIMIA KURANG DIGUNA...
HASIL BERKUALITI...ADA MYGAPNYA...
MENCARI ILMU...MEMBACA RENCANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 502, Hotel Muara 99,
Jalan Sulaiman, Muar,
Johor, Malaysia.
(27 Syawal 1438H)
Catat Ulasan