POKOK TUBA (Derris elliptica) adalah sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu ia adalah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat- Daya. Tumbuhan yang menjalar ini selalu digunakan untuk tujuan menuba atau bertindak sebagai racun ikan terutama bagi dikawasan lubuk ikan air tawar. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan, belukar dan kawasan kebun getah atau kelapa sawit yang tidak di racun dimana penulis blog dapati ianya tidak diusahakan secara intensif. Semasa merujuk kepada laporan statstik perangkaan tanaman Jabatan Pertanian memang tidak ada disebut langsung keluasan tanaman atau tumbuhan ini direkodkan di Malaysia (Sumber: Laporan Perangkaan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Ada kemungkinan tumbuhan ini dikelaskan sebagai sejenih tanaman herba kerana marfologi dan fisiologi tumbuhan ini. Bagaimana pun penylis blog dapati ada beberapa nama-nama lain bagi tumbuhan tuba ini seperti nama tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sd.), jenu, jelun, tungkul (JAWA), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Penulis blog memang kenal akan tumbuhan ini dan pernah menggunakannya semasa remaja dahulu dikampong untuk menangkap ikan di anak sungai disebelah rumah di Muar, Johor bersama rakan sekolah ketika itu. Hasilnya amat memuaskan dimana ikan seperti ikan Seluang, Ikan Sepat, Ikan Keli, Belut, Ikan Haruan, Ikan Wader memang mampu dikutip semasa menggunakan tuba dimasa itu. Anak sungai dulu memang mempunyai banyak ikan tidak seperti sekarang akibat penggunaan bahan kimia racun dikawasan getah dan sawit makan ikan dalam anak sungai juga sudah sangat berkurangan. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi lagi satu maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu jenis tumbuhan dikenali sbagai 'TUBA' dan beberapa lagi kegunaannya berdasarkan kepada pengalaman penulis sekitar tahun 1960'an dan awal 1970'an.
Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang mana dibahagian batangnya adalah berkayu. Keupayaan memanjat pokok tuba penulia dapati mampu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m pada tumbuhan lain seperti pokok getah atau pokok tumpangan lain. Ranting-ranting tuba yang tua selalu berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai (Sila anda lihat foto disebelah). Penelitian juga mendapati bahagian tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu dan mudah kenal kepada mereka yang pernah menggunakan atau mendapatkan bahagian akar tuba. Umumya tanaman tuba mempunyai bunga yang mana ia terkumpul dalam kumpulan yang panjang tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba penulis lihat berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm � 2 cm serta mempunyai antara 1-2 bijibenih. Pembiaka tuba ini berkemungkian daripada biji benih yang hanyt semasa air hujan dkelokasi baru untuk tumbuh selain daripada melalui akarnya dilokasi sama.
Akar pokok tuba (Sila anda lihat foto sebelah) boleh dikutip dan ianya juga memang mempunyai beberapa khasiat atau menafaat dikalangan penduduk kampong tradisional. Pohon tuba ini biasanya tumbuh pada semak-semak dekat tepi hutan, tepi sungai dan juga kadang-kadang ada penduduk kampong yang telah juga menanam di kebun atau dikeliling rumah dijadikan sebagai stok simpanan. Caranya dengan mengambil serumpun anak pokok tuba bersama akarnya dan ditanam dikawasan tanah lembab dengan ada naugan. Pokok Tuba adalah sejenis tumbuhan menjalar dan mampu melilit batang pokok lain sehingga ketinggian 10 meter dengan melilitnya. Ranting-ranting yang tua berwarna kecoklatan dengan benjolan kecil seperti jerawat dan daun berwarna hijau. Pada saya, paling asas kegunaan tuba dikalangan penduduk kampong adalah penggunaan racun tuba didalam meracun ilkan air tawar dan juga sebagai ubat merawat penyakit kulit. Kajian saintis juga mendapati iaitu racun tuba pada dikenal sebagai 'Derrids' dan sekarang dikenali sebagai 'Rotenona'. Bahan aktif ini ditemukan pada akar tuba dengan kadar antara 2.5 - 3.0% sahaja paling banyak dimana lazimnya ia berada atau pun terkandung dalam bahagian kulit akar tuba. Bahan ini yang akan memberikan kesan keputihan apabil akar tuba inii dihancurkan dan diperah dalam air biasa. Larutan berwarna putih ini yang selalu digunakan sebagai bahan untuk menuba ikan dalam air awar yang mengalir perlahan. Belum banyak penulisan di Malaysia secara saintifik mengenai kehebatan daripada pokok tuba.
Kajian saintifik yang penulis rujuk mendapati dimana racun berwarna putih apabila terkena air ini atau racun derrids hampir tidak terlarut dalam air. Apabila kita ambil akar tuba segar dan ketuk dengan kayu sehingga kulitnya lumat kemudian diperah dalam air, maka larutan putih akan keluar dimana ia digunakan secara tradisional sebagai racun atau tuba ikan air tawar. Racun tuba ini kurang berkesan pada air payau dan tidak ada maklumat keberkesanannya dalam air masin. Cara untuk menggunakannya adalah dengan menggunakan akar yang biasanya digali dan dipotong serta dikeringkan selama beberapa hari (sekitar 3-4 hari). Akar ini kemudian ditumbuk dan dicampur dengan air menghasilkan cairan seperti susu berwarna putih atau dikenali sebagai air tuba. Campuran air tuba dengan kepingan akar ini kemudian dilarutkan pada sungai air tawar berarus sedikit yang hendak dituba. Keperluan air beraurs membolehkan racun tuba ini akan membukkan ikan disepanjang anak sungai sehinga beberapa puloh meter bagi sungai kecil. Kalau sungainya kecil maka sebaiknya akar tuba ditumbuk terus di tengah-tengah sungai yang hendak kita tuba. Ikan-ikan yang terkena racun tuba akan mabuk akan timbul dimana ini memudahkan ikan untuk di tangkap (Sila lihat foto sebelah). Setelah beberapa jam sehingga sampai beberapa hari (Bergantung kepada arus dalam sungai) maka keadaan sungai akan pulih kembali daripada kesan racun tuba dan ikan yang mabuk tadi akan cergas semula. Bagaimana pun ada juga ikan yang teru mati sama ada ia terapong diatas permukaan air atau tenggelah dibawah dasar air. Ikan mati atau mabuk yang terapong ini akan hanyut bergantung kepada kederasan arus sungai dan jumlah kepekatan racun tuba.
Racun tuba juga boleh digunakan sebagai racun serangga organik yang boleh mengatasi serangan beberapa jenis serangga perosak dikebun. Racun tuba boleh diekstrak dengan menumbuk akar yang segar atau akar tuba yang telah dikeringkan. Kemudian ia didam dengan air selama satu malam (ada yang merebusnya selama beberapa jam). Ekstrak daripada akar tuba berwarna putih ini kemudian dikacau rata sebelum dicampurkan dengan larutan sabun untuk menstabilkannya. Kemudian larutan ini perlu untuk dimasukkan kedalam pam penyembur galas atau motorised power sprayer dan disemburkan pada tanaman dikebun. Tanaman sayuran jenisl ulaman dan sayur daun antara yang disyorkan untuk disembur dengan racun organik ini. Racun tuba juga apa yang penulis blog teliti didakwa memang boleh membunuh serangga kutu yang melekat pada bulu binatang, kutu dikepala (sesuaai untuk dijadikan syampoo rambut) dan mengawak masaalah tungau pada ayam ternakan. Jika anda dapati kawasan keliling rumah ada banyak lalat (dimana kehadiran lalat mungkin berpunca dengan ada kandang ayam berhampiran) maka boleh disemburkan larutan racun tuba kekawasan yang sering lalat berkumpul. Bagaimana pun kaedah bagi kawalan lalat ini perlu diulang beberapa kali untuk menghalau lalat lari. Satu lagi kegunaan tuba adalah untuk membasmi sakit kulit seperti Kurap, Panau dan sebagainya. Kaedah menggunakan akar tuba untuk kawal penyakit kulit dengan menumbuk hancur akar tersebut dan dicampur dengan inyak masak dan disapukan kepada bahagian kulit yang bermasaalah sehingga sembuh. Kalau tiada kesan positif sebaiknya pesakit berjumpa dengan doktor pakar kulit. Semuga tulisan kali ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini.
WallahuAlam!
RACUN ORGANIK...DARI TUBA...
DALAM AIR... IKAN MABUK JUGA...
AKAR POKOK... PALING BERGUNA...
UNTUK TANAMAN...KAWAL HAMA...
By,
M Anem
Kg Pt Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(5 Rejab 1434H)
Dikemaskini rencana pada 6 Julai 2017.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan