Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
KRISIS MAKANAN GLOBAL (Global Food Crisis) telah pun berlaku beberapa kali dimana paling signifikan berlaku pada tahun 2008. Masalah krisis makanan global telah semakin mendapat perhatian para pemerhati ekonomi dunia dan dibincangkan dalam banyak forum antarabangsa. Antara perkara yang menjadi perhatian adalah peningkatan harga makanan di pasaran global dimana ia telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia. Pernah dilaporkan di Mahalla El-Kobra, Mesir ada ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang tetapi tiada kenaikan gaji dan menyebabkan mereka telah membakar bangunan kerajaan serta mencuri barangan di kedai-kedai dan juga mereka melontar batu ke arah polis di bandar industri tersebut. Penunjuk perasaan menyerbu majlis perbandaran, memecahkan tingkap dan melarikan komputer serta banyak dokumen lain. Sekurang-kurangnya dua buah sekolah telah dibakar dan beberapa buah bank dirosakkan. Hampir 100 orang ditahan di seluruh Mesir ketika ribuan penduduk tidak pergi bekerja atau ke sekolah kerana membantah kenaikan harga makanan dan keadaan kerja yang semakin teruk pada Ogos 2008. Beberapa hari sebelum itu akhbar melaporkan bahawa para petani di Argentina melancarkan mogok yang telah masuk hari ke-21 dan mengadakan lebih 300 sekatan jalan di seluruh negara kerana membantah dekri Presiden yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan mengenakan duti baru ke atas eksport lain. Akhbar melaporkan bahawa ia adalah krisis makanan terburuk negara itu di mana Presiden Cristina Fernandez sendiri menyamakannya dengan protes tiga minggu pada 1976 sehingga mencetuskan kekacauan dan rampasan kuasa tentera. Sementara itu di Filipina akibat dari krisis makanan telah menyebabkan kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati telah menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan �sabotaj ekonomi� yang boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup. Di negara Thailand pula dilaporkan walaupun ia merupakan antara negara yang selama ini menjadi pengeksport beras utama dunia tetapi krisis kekurangan beras telah dilaporkan berlaku di penjara negara Gajah Putih itu. Harga beras yang semakin mahal dibimbangi boleh mencetuskan rusuhan di penjara berikutan kontraktor yang dilantik pihak berkuasa untuk membekalkan makanan kepada penghuni pusat tahanan dipercayai ada mengalami kerugian. Akhbar The Bangkok Post melaporkan, pihak berkuasa penjara bimbang sekiranya pembekal cuba menghentikan penghantaran beras ia boleh menyebabkan masalah kekurangan makanan di penjara yang seterusnya akan mencetuskan rusuhan di kalangan banduan. Pernah dimana PBB memberi amaran peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan juga ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes iaitu Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata untuk makanan pernah meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007. Harga makanan dunia meningkat dengan ketara akibat kesan krisis makanan dimana kini keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana rusuhan pernah meletus di beberapa negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai krisis makanan global yang pernah berlaku dan perlu dipantau agar tidak menjejaskan negara kita.

Terdapat beberapa faktor yang dibincang dalam Part 1 dimana ia bertentangan dengan realiti yang ada. Analisa ekonomi mengapakah boleh berlaku kekurangan bekalan makanan apabila tahap pengeluaran makanan dunia sebenarnya bertambah melebihi tahap pertambahan penduduk?. Jika dibandingkan antara jumlah penduduk pada tahun 1961 dan 2005 didapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Tetapi jika kita hendak bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama didapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah 2.8 kali ganda (berdasarkan data terkini dari laporan World Resources Institute). Ini bermakna,jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah (semakin banyak) setiap tahun. Secara rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana faktor bertambahnya bilangan penduduk dunia adalah satu teori yang kurang tepat. Mereka yang memberikan alasan ini hanyalah gunakan teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18. Teorinya mengatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik. Jika teori ini betul maka beberapa ratus tahun selepas zaman Malthus mungkin sebahagian populasi manusia akan mengalami kebuluran dan kekurangan makanan. Perlu diperhatikan bahawa Malthus menulis bukunya ketika Britain mempunyai populasi 11 juta penduduk dan pada kurun 21, tetapi kini populasi penduduk Britain telah bertambah sebanyak 59 juta. Namun begitu, tidak pula terdapat mana-mana kawasan di Britain yang mengalami krisis kekurangan makanan atau pun kebuluran yang serius, walaupun Britain pada hakikatnya mempunyai keluasan tanah yang tidak begitu besar berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Pendapat Malthus hanyalah benar dari segi pertambahan penduduk dunia namun teori beliau ternyata salah dalam meramal bahawa pertumbuhan makanan tidak akan dapat menampung pertambahan penduduk dunia.


Bagi menganalisa isu perubahan tabiat makan penduduk dunia yang dikatakan menjadi punca pertambahan permintaan makanan pula pada realitinya ia harus dikaji dengan lebih teliti lagi. Jika kita bertanya benarkah penduduk dunia zaman sekarang makan lebih banyak berbanding dengan penduduk dunia puluhan atau ratusan tahun dahulu, walhal saiz perut manusia lebih kurang sama sahaja?  Apa pun secara logiknya keperluan makanan untuk bekalan tenaga manusia seharusnya menjadi semakin berkurangan oleh kerana manusia telah semakin banyak menggunakan mesin dan jentera bagi melakukan tugas-tugas dan bekerja diladang atau dikilang atau untuk tujuan bergerak. Orang dahulu yang semata-mata bergantung kepada tulang empat kerat untuk bekerja. Jadi adakah benar manusia sekarang makan lebih banyak atau sebenarnya manusia zaman sekarang �membazir� lebih banyak makan berbanding orang dulu?. Jika dilihat laporan kajian tentang pembuangan sisa makanan penduduk dunia terdapat laporan dimana teoari yang kedua sebenarnya lebih tepat. Setiap tahun sebanyak lebih daripada 160 bilion kilogram makanan telah disediakan di Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini dilaporkan hampir 45 billion kilogram (termasuk sayuran segar, buah-buahan, susu dan produk bijirin) telah dibuang ke dalam tong sampah. Secara purata sekitar 4 billion kilogram makanan sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kebuluran penduduk dunia yang sedang melanda dunia. Secara logik tabiat pemakanan manusia dikatakan menjadi punca kepada krisis kekurangan makanan ada berkait dalam isu ini.


Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau menyebabkan kerosakan tanaman dan menjejaskan bekalan makanan (Sila lihat foto disebelah). Memang benar manusia tidak mampu untuk menghalang bencana alam yang akan berlaku. Tetapi bencana alam bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya memberi kesan jangka pendek dan ia bukan kesan jangka panjang dan biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Bencana ini juga tidak pernah menjadi kesan berpanjangan sehingga susutnya jumlah makanan dunia. Kebanyakan negara didunia mempunyai stok makanan yang mencukupi untuk menghadapi kesan jangka pendek yang ditimbulkan dari bencana alam ini. Dibeberapa negara didunia ini yang dilanda bencana alam sejak ratusan tahun dahulu lagi namun krisis kekurangan bekalan tidak pula timbul. Di Malaysia sendiri sebagai contoh sering berlaku fenomena tengkujuh dan banjir besar yang selalu melanda beberapa buah negeri di Malaysia (yang bersifat sementara) setiap tahun tetapi didapati tidak pernah menyebabkan Malaysia berada di dalam krisis makanan. Jika wujud pun masalah berlaku sebenrnya berpunca mungkin daripada sistem pengagihan yang tidak betul yang dilakukan oleh petugas yang menyebabkan bekalan tidak sampai kepada mangsa. Jika berlaku sekalipun masalah kekurangan pada penulis blog mungkin sebenarnya bukanlah disebabkan oleh �kekurangan� itu sendiri tetapi kerana wujudnya aktiviti �penyorokan� dan juga penimbunan oleh pembekal serta pengagihan yang tidak efisien. Begitu juga dengan isu akan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan bahanapi bio. Ia sebenarnya lebih bersifat isu dimana pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah. Spekulasi harga komoditi bermotivasikan ketamakan berlaku di pasaran hadapan (futures market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tidak realistik. 


Isu masalah pengurusan bekalan yang mana ia diperkatakan adalah berhubung kait dengan �sistem� yang diguna pakai untuk menguruskan ekonomi di dalam sesebuah negara. Terdapat perbezaan pandangan hidup (ideologi) iaitu antara pemerintah dan sistem ekonomi yang mereka amalkan dan membezakan tahap penilaian mereka (pemerintah) dalam membuat polisi untuk menentukan apakah yang perlu disimpan, apakah yang perlu dihasilkan, apakah yang perlu dibelanjakan dan sebagainya. Jika pihak kerajaan mendominasi pemikiran kapitalisme yang sememangnya rakus dalam mengambil hak rakyat kesannya ia akan menjadi punca kepada segala kerosakan dan juga menyebabkan berlakunya krisis. Menurut Islam makanan adalah salah satu keperluan asas yang perlu dijamin oleh negara bagi setiap warganegara. Adalah menjadi tanggung jawab seorang kerajaan untuk memastikan bahawa bahan makanan dapat sampai ke setiap mulut rakyatnya.  Kerajaan perlu menatur strategi bagi memastikan bahawa isu kekurangan makanan tidak akan timbul. Strategi adalah berasaskan 4 kekuatan yang secara asas yang terdapat di dalam dunia Islam. Empat kekuatan tersebut adalah; (1) tanah yang subur, (2) sumber air yang melimpah-limpah, (3) sumber manusia yang besar, (4) kekayaan dari sumber alam semulajadi. Sebenarnya tanah yang subur dan luas yang terdapat di dalam dunia Islam ia mampu meningkatkan pengeluaran pertanian. Pengeluaran makana ini berasaskan kepada dua perkara iaitu dengan penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan kawasan penanaman.  Subsidi pertanian juga akan diberikan untuk menggalakkan aktiviti pertanian yang berkesan. Sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibina agar pengedaran makanan menjadi lebih berkesan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!..
KRISIS MAKANAN... 2008 TAHUNNYA...
KESAN GLOBAL...SELURUH DUNIA...
ORANG SUSAH...KERANA HARGA...
PERLU DIANALISA....SENTIASA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 730, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(14 Muharam 1439H).
Posted from Room 2020, Mariott Hotel Nanning, China.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top