Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
KRISIS MAKANAN GLOBAL (Global Food Crisis) telah berlaku beberapa kali dimana paling signifikan berlaku pada tahun 2008. Masalah krisis makanan global telah semakin mendapat perhatian para pemerhati ekonomi dunia dan dibincangkan dalam banyak forum antarabangsa. Antara perkara yang menjadi perhatian adalah peningkatan harga makanan di pasaran global dimana ia telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia. Pernah dilaporkan di Mahalla El-Kobra, Mesir ada ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang tetapi tiada kenaikan gaji dan menyebabkan mereka telah membakar bangunan kerajaan serta mencuri barangan di kedai-kedai dan juga mereka melontar batu ke arah polis di bandar industri tersebut. Penunjuk perasaan menyerbu majlis perbandaran, memecahkan tingkap dan melarikan komputer serta banyak dokumen lain. Sekurang-kurangnya dua buah sekolah telah dibakar dan beberapa buah bank dirosakkan. Hampir 100 orang ditahan di seluruh Mesir ketika ribuan penduduk tidak pergi bekerja atau ke sekolah kerana membantah kenaikan harga makanan dan keadaan kerja yang semakin teruk pada Ogos 2008. Beberapa hari sebelum itu akhbar melaporkan bahawa para petani di Argentina melancarkan mogok yang telah masuk hari ke-21 dan mengadakan lebih 300 sekatan jalan di seluruh negara kerana membantah dekri Presiden yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan mengenakan duti baru ke atas eksport lain. Akhbar melaporkan bahawa ia adalah krisis makanan terburuk negara itu di mana Presiden Cristina Fernandez sendiri menyamakannya dengan protes tiga minggu pada 1976 sehingga mencetuskan kekacauan dan rampasan kuasa tentera. Sementara itu di Filipina akibat dari krisis makanan telah menyebabkan kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan �sabotaj ekonomi� yang boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup. Di negara Thailand pula dilaporkan walaupun ia merupakan antara negara yang selama ini menjadi pengeksport beras utama dunia tetapi krisis kekurangan beras telah dilaporkan berlaku di penjara negara Gajah Putih itu. Harga beras yang semakin mahal dibimbangi boleh mencetuskan rusuhan di penjara berikutan kontraktor yang dilantik pihak berkuasa untuk membekalkan makanan kepada penghuni pusat tahanan dipercayai mengalami kerugian. Akhbar The Bangkok Post melaporkan, pihak berkuasa penjara bimbang sekiranya pembekal cuba menghentikan penghantaran beras ia boleh menyebabkan masalah kekurangan makanan di penjara yang seterusnya akan mencetuskan rusuhan di kalangan banduan. Pernah dimana PBB memberi amaran peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan juga ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes iaitu Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata untuk makanan pernah meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007.  Harga makanan dunia meningkat dengan ketara akibat kesan krisis makanan dimana kini keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana rusuhan pernah meletus di beberapa negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai krisis makanan global yang pernah berlaku dan perlu dipantau agar tidak menjejaskan negara kita.


Dalam membincang isu ini perlu dinyatakan bahawa makanan adalah salah satu dari keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Sebenarnya isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan jika krisis makanan yang pernah menimpa dunia melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Kita di Malaysia pernah menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di pasaran dan berlaku campurtangan semua pihak untuk menyelesaikannya. Cuba bayangkan bagaimana keadaannya jika sekiranya anda dapati tiada lagi beras dan tepung di rak-rak kedai runcit dan juga pasar raya. Walaupun setakat ini Malaysia masih belum terkesan dengan fenomena seperti ini namun berdasarkan trend ekonomi dunia adalah tidak mustahil melanda negara. Pada masa krisis masalah kekurangan makanan yang pada mulanya bersifat setempat dan hanya sinonim dengan negara-negara dunia ketiga tetapi ia kini menjadi semakin kronik apabila harga pasaran bekalan makanan di peringkat dunia juga turut meningkat. Krisis ini mula memberi ancaman kesan yang lebih global termasuklah kepada negara-negara maju. Menurut statistik Bank Dunia dilaporkan dimana harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin diwaktu itu telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu. Keadaan situasi serta pelbagai krisis telah melanda merata tempat di dunia dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) terdapat lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan pada tahun 2008. 


Krisis ini telah memberikan kesan cara langsung yang menyengsarakan ramai penduduk dunia di mana kita dapat saksikan ketidakpuasan hati terhadap apa yang sedang berlaku telah mula dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan. Sebagai contoh berlaku  �Rusuhan Tortilla� telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang meningkat sebanyak 400% (Sila lihat foto disebelah). �Mogok Tempe� selama tiga hari oleh ramai para peniaga pula telah berlaku di Indonesia pada awal Januari lalu apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu bahan kacang soya meningkat dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada tahun 2008. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa itu iaitu Ban Ki-moon juga telah mengatakan bahawa di banyak negara terutamanya di Afrika dimana pengguna terpaksa membayar lebih 2 kali hingga 3 kali ganda untuk makanan akibat dari kemelut ini. Keadaan yang lebih dahsyat telah berlaku di India apabila dilaporkan lebih 25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun lepas akibat dari kemurungan yang mana ia berpunca daripada kekurangan hasil pertanian dan juga peningkatan hutang (Sumber: Laporan Akhbar India Today). Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan korban nyawa yang berpunca daripada masalah kebuluran dan juga kekurangan makanan yang selama ini telah lama melanda negara-negara miskin dan juga rakyat yang miskin di negara-negara yang kaya. Jika kita ikuti sepintas lalu data statistik yang ada dimana pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup dalam kelaparan seperti yang dilaporkan oleh �State of Food Insecurity in the World 2006� sumber info daripada PBB. Dari jumlah ini dilaporkan hampir 16,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari akibat dari masalah yang berkaitan dengan kekurangan makanan yang berlaku pada 2008.


Pendapat kenapa menjadi Punca Krisis oleh pakar ekonomi kapitalis tidak pernah kering dengan idea dengan pandangan apabila berlaku kekangan yang melibatkan ekonomi dunia. Ramai pakar dan saintis tidak pernah kurang dengan seribu satu macam kaedah didalam penyelesaian bagaimanakah caranya untuk mengatasi permasalahan yang timbul. Bagaimana pun belum ujud cara penyelesaian dapat dilakukan dengan baik dimana ia sebenarnya tidak pernah selesai. Mereka membincangkan �teori� yang menjadi punca kepada krisis. Bagi golongan kapitalis terdapat dua elemen asas yang menjadi punca dalam isu krisis ini. Teori pertama adalah isu �jumlah bekalan makanan� dan yang keduanya adalah isu �harga bahan makanan�. Kapitalis selalu menuding bahawa kerana kedua masalah inilah yang telah menyebabkan timbulnya kekangan bagi pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan. Kedua-dua elemen ini juga masing-masing ada faktor penyebab tertentu dan juga faktor penyebab yang dikongsi bersama yang dikatakan menjadi punca mengapa krisis makanan global boleh berlaku (Sila anda lihat foto disebelah)Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan �punca� mengapa boleh berlakunya kekurangan makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melebihi dari seramai 9 bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan boleh mendesak kepada isu keperluan bahan makanan yang mendadak dimana ini tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan) sumber-sumber yang ada seperti air, tanah ladang dan sebagainya. Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga dikatakan menjadi penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia (supply) dan permintaan (demand) yang memerlukannya. Tabiat makan penduduk China telah berubah di mana secara per kapita penduduk China menghabiskan 50kg daging pada tahun 2007 iaitu berbanding hanya 20kg pada tahun 1985. Keadaan yang ada dikatakan menjadi semakin rumit apabila faktor pengeluaran juga telah terjejas akibat bencana alam, pencemaran dan perubahan iklim dunia. Australia dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun lepas menyebabkan hasil gandum negaranya telah menyusut sebanyak 60%. Hasil tuaian dari China juga telah menyaksikan penyusutan sebanyak 10% sepanjang 7 tahun yang lalu. Faktor-faktor ini dikatakan menjadi sebab secara langsung kurangnya bekalan makanan yang boleh diperolehi oleh penduduk dunia.


Pada masa yang sama didapati faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan menggandakan lagi kesan yang berlaku. Perkara ini disebebkan apabila harga barang makanan meningkat, maka semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan tersebut selari dengan teori mekanisma harga yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem ekonomi kapitalis. Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia (Sila lihat graf disebelah). Harga makanan memuncak pada tahun 2008 dan kemudian trend ini menurun. Faktur kenaikan harga minyak juga telah memaksa kenaikan kos bagi mengeluar dan memasarkan makanan (ianya adalah kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kilang, jentera, kos pengangkutan dan sebagainya). Peningkatan harga minyak juga dilihat menjadi penyebab kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan harga input tanaman menjurus kepada kos bahan makanan di pasaran. Terdapat juga faktur �kegilaan� terhadap fenomena penghasilan bahanapi bio bukan dimana ia bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan tetapi juga sekali gus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan pemakanan. Pada tahun 2008 suku daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan etanol (antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahanapi bio) yang mana jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 60% pasaran jagung dunia. Ia merupakan diantara sebab-sebab popular yang sering diutarakan oleh pakar ekonomi Kapitalis. Namun sebelum dibuat kesimpulan dan bertindak mencari kaedah penyelesaian sebaiknya di teliti dulu akan realiti �punca-punca� yang dinyatakan diatas sama ada ia berpunca dari yang hakiki atau hanya merupakan �justifikasi� kerana mahu menuding kesalahan kepada yang lain dimana ianya sekali gus dapat menutup kelemahan didalam �sistem Kapitalis� itu sendiri. Artikel ini bersambung pada Part 2. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasalam!!..
KRISIS MAKANAN... 2008 TAHUNNYA...
KESAN GLOBAL...SELURUH DUNIA...
ORANG SUSAH...KERANA HARGA...
PERLU DIANALISA....SENTIASA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 730, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(14 Muharam 1439H).
Posted from Room 2020, Hotel Mariott Nanning, China.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top