JAMBU BATU (Psidium guava) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang semakin popular diusahakan daripada keluarga Myrtaceae. Tanaman ini ditanam secara komersil untuk menghasilkan buah jambu segar dan juga untuk proses. Penghasilan jambu batu untuk pasaran segar dengan memetik hasil yang matang untuk dijual segar kepada pengguna. Buah jambu batu yang mempunyai gred rendah atau pun dari varieti tertentu pula lazimnya akan diproses untuk dijadikan kordial, jus, produk jambu kering (dehydrated guava) dan sebagainya. Tidak ramai yang kita yang berbincang mengenai kegunaan bahagian daun jambu batu termasuk untuk buang jerawat. Pokok jambu batu adalah jenis yang sederhana besar dimana mampu mencapai setinggi 10 meter. Bahagian batang jambu batu mempunyai batang berkulit licin yang nipis dengan warna merah perang. Kadangkali batang yang ada kulit yang tua akan melekang mendedahkan kulit muda yang berwarna kuning atau kehijau-kehijauan. Bentuk daun jambu batu adalah jenis ringkas dengan susunan bertentangan yang saiz panjang sekitar 5-15 cm dan lebar 3-6 cm. Bunganya keluar dari ketiak daun yang keluar secara tunggal atau 2 kuntum dan berwarna putih, lebar 3-3.5 cm serta banyak stamen. Buah jambu adalah dari jenis beri, bentuk bebola, bujur telur seperti pear sama ada ia bersaiz kecil atau besar dengan panjang 2-12 cm. Buah jambu batu juga mempunyai bahagian hujung buah ada kelopak kaliks yang kekal yang mana buah muda berwarna hijau dan setelah masak masih hijau atau menjadi warna kuning, isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merah jambu atau merah, rasa manis atau masam. Baunya isinya adalah wangi dan kadang-kadnag pada isinya ada sel batu dan banyak biji kecuali varieti tanpa biji. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu kegunaan daun jambu batu sebagai bahan untuk membuang jerawat yang boleh di amalkan.
MASALAH jerawat yang selalunya tumbuh di muka memang cukup merimaskan kerana ia bukan saja mencacatkan wajah malah menjejaskan tahap keyakinan diri seseorang. Saya dapati mereka yang menghadapinya telah mencuba pelbagai cara tentunya telah dilakukan untuk mengatasi masalah jerawat tersebut walaupun kadang-kadang menemui jalan buntu. Di negara kita dalam pasaran sama ada pada kedai farmasi, kedai ubat atau pusat rawatan kulit, terdapat berbagai jenis ubat moden yang didakwa mampu membuang jerawat. Sebalik keghairahan pihak pengeluar produk komestik mempromosikan barangan mereka, pelanggan terus-menerus kebingungan tercari-cari produk yang benar-benar berkesan dan mujarab. Wang ringgit selalunya tidak menjadi halangan bagi mereka asalkan dapat menyingkirkan jerawat di muka yang telah menghilangkan seri wajah sejak sekian lama. Mereka yang banyak duit akan mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar kulit swasta yang lazimnya berharga mahal dalam bentuk rawatan, ubat-ubatan dan makanan sesuai. Lazimnya pakar-pakar kulit dapat mengatasi masaalah jerawat dengan signifikan.
Kaedah rawatan alternatif bagi kita untuk mengubati muka yang ditumbuhi jerawat seperti penggunaan herba dengan cara tradisional selalunya kurang mendapat perhatian. Kini dunia perubatan cara tradisional telah mula diterima oleh maysarakat moden sebagai satu pilihan semakin popular. Selain daripada kosnya murah serta mudah digunakan, sebenarnya terdapat banyak pilihan jenis herba yang boleh membuang jerawat dengan berkesan. Walau pun kaedah rawatannya dianggap rumit dan melecehkan berbanding penggunaan losen atau ubat sapu yang lebih mudah, ianya memberikan kesan signikina kepada pengguna bergantung kepada kompleksiti. JAMBU BATU yang juga dikenali sebagai BIAWAS atau nama saintifiknya Psidium guajava L. dari keluarga Myrtaceae kini dikenalpasti sebagai salah satu herba yang mana daunnya boleh mengatasi masalah jerawat. Merujuk kepada Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, daun jambu batu juga digunakan untuk mengubati kudis, ruam, seriawan mulut (ulser) dan kencing manis. Katanya, bagi masalah jerawat, satu atau dua genggam pucuk muda direbus terlebih dahulu dan kemudian dilap atau disapukan pada muka menggunakan tuala putih bersih. Biarkan muka dibasahi air rebusan dan apabila sudah kering, basahkan semula tuala tersebut dengan air rebusan itu dan ulangi langkah tersebut. Pada waktu malam, ambil tuala yang dibasahkan dengan air rebusan yang masih panas atau suam, kemudian diperah separuh airnya sebelum ia tekapkan di muka selama lima minit Tajuddin.
Kajian menunjukkan kedua-dua kaedah itu perlu diulangi dua atau tiga kali. Ia lebih berkesan jika setelah selesai bahagian muka yang ditumbuhi jerawat digosokkan pula dengan ibu kunyit yang dibelah dua. Sambil cuba menahan kepedihan, gosokkan ku-nyit itu selama 10 minit sebelum dibilas atau dibasuh dengan air bersih. Selain itu bagi penyakit kudis dan ruam terutama yang banyak dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak, air rebusan pucuk muda dan daun matang direbus sebelum dijadikan air mandian ketika ia masih suam. Ini perlu dilakukan setiap kali mandi iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari dan teruskan sehingga seminggu sebelum melihat hasilnya atau sehingga sembuh. Penyakit seriawan mulut memang boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan pucuk muda untuk berkumur-kumur dua atau tiga kali sehari. Bagi merawat kencing manis dan mengurangkan kolesterol, buah jambu batu muda atau mengkal ditumbuk kasar sebelum direbus dan airnya diminum dua kali iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semuga pembaca anim agro technology mendapat info berguna kali ini. Wasallam!!!.
DAUN JAMBU BATU... HIJAUNYA....
MUDAH DIPETIK... DIMANA-MANA...
MASAALAH JERAWAT...ATASINYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT IDEANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 1426, The Regency Hotel,
Jalan Raja Alang,
Kuala Lumpur
Malaysia.
(15 Safar 1435H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Kemaskini pada 2 Januari 2018.
Catat Ulasan