BUAH MONSTERA (Monstera deliciousa) merupakan sejenis buah yang pelik dan jarang kita jumpa di negara kita. Seperti yang kita ketahui banyak buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan berasal daripada kawasan lain di dunia seperti buah nenas, koko, kopi, jagung dan banyak lagi dibawa masuk oleh penjajah untuk dikomersilkan dinegara kita. Jadi kebarangkalian banyak lagi buah-buahan yang tidak kita ketahui adalah tinggi terutama jenis buah nadir luar negara. Saya ada menulis pokok seperti Pokok Guarana (Sila klik disini), Buah Goji (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi untuk dibaca dan dirujuk. Apa pun penulis baru jumpa buah yang jarang ada diantarana seperti buah Monstera deliciosa yang merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan hutan tropika di Mexico sehingga ke Panama. Bagaimana pun buah ini juga pernah diperkenalkan keluar dari kawasan asalnya ke lokasi seperti Hawaii, Seychelles, Ascension Island dan Society Islands. Pokok ini memang unik kerana ia adalah jenis pokok tumbuhan ini melilit pada batang pokok lain dan memanjat sehingga 20 m (66 kaki) dengan daun seperti pokok keladi yang juga merupakan tumbuhan dari famili Araceae. Daunnnya mempunyai saiz sehingga 25 - 90 cm (10 - 35 inci) panjang dan 25 - 75 cm (10 - 29.5 inci) lebar. Ia tidak mempunyai lubang sewaktu muda dan mula menghasilkan lubang apabila ia semakin tua. Kebiasaannya tumbuh di kawasan yang agak gelap dan kemudiannya ia akan tumbuh menjalar memanjat pokok untuk mendapatkan lebih cahaya apabila membesar. Tumbuhan ini boleh ditanam dikawasan kebun atau dikeliling rumah sebagai pokokk hiasan jika mahu. Nama pokok ini disebut sebagai 'deliciosa' kerana buahnya didakwa memang selamat dimakan jika sudah masak. Bagaimana pun ada sesetengah artikel menulis yang bahagian lain pokok ini beracun dan toksik. Nama 'monstera' adalah menyamai 'monster' atau raksaksa dimana pokok ini mampu tumbuh setinggi hingga 30 kaki jika tidak dipotong. Artikel subuh ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah yang perlu anda kongsi dengan saya iaitu buah monstera untuk bacaan.
Buah Monstera yang kini telah ditanam dimerata dunia kawasan tropika mempunyai banyak gelaran lain. Antaranya seperti 'Salad plant', 'Fruit salad tree - dimana buanya seperti salad), Ceriman, Swiss cheese plant (atau disebut cheese plant), Monster fruit, Monsterio delicio, Monstereo, Mexican breadfruit, Locust dan Wild honey, Wwindowleaf, Balazo dan juga Penglai banana. Pokok yang mampunyai akar udara ini mempunyai daun sama seperti daun Keladi dengan warna hijau gelap, berkilat dan semakin tua umur daunnya semakin gelap (Sila lihat foto disebelah). Ini menjadikan tumbuhan ini sesuai dijadikan tanaman hiasan dalam rumah yang mampu memberikan oksijen dan keindahan landskap. Setiap helai daun menuju kebatangnya dimana ada akarnya. Ada dua jenis akar pada tumbuhan ini iaitu akar didalam tanah dan akar udara. Akar udara berfungsi untuk menstabilkan pokok dan akar dalam tanah mengambil nutrien dan air untuk pertumbuhan. Cara membiak dan menanam pokok monstera mudah sahaja iaitu dengan gunakan KERATAN BATANG (Stem cuttings). Potong bahagian batang yang dewasa dan tanam dikawasan sesuai serta siraman dilakukan setiap hari dengan pembajaan yang minima. Pokok dewasa perlu dibaja dengan baja NPK atau Baja Organik 4-6 bulan sekali sahaja. Ia boleh ditanam dalam pasu atau diatas tanah walau pun daun pokok yang ditanam pada pasu selalunya akan bersaiz kecil sedikit.
Antara isu dalam penanaman pokok unik monstera ini adalah keupayaanya untuk ia berbunga. Pokok ini yang ditanam di negara tropika agak sukar melihatnya untuk ianya berbunga berbanding dengan pokok ini yang ditanam dikawasan sub-tropika. Apa lagi kalau pokok ini ditanam sebagai 'indoor tree' memang sukar untuk melihatnya berbunga. Ini kerana faktur cuaca memainkan peranan penting untuk membolehkan ia berbunga secara semulajadi. Bunganya adalah berwarna putih dimana ia seperti kudiu sebelum melalukan proses pendebungaan (Sila lihat foto disebelah). Setelah bunga ini melalui proses pendebungaan maka putik buah akan terbentuk dengan memanjang. Pokok yang matang sahaja akan menghasilkan bunga, berputik dan akhirnya menjadi buah. Pokok monstera yang menghasilkan bunga ini sebenarnya memang cantik sebagai tanaman hiasan walau pun jarang dapat melihatnya disini. Ada juga dakwaan dimana pokok ini beracun dan toksik dimana kajian yang dilakukan kepada tikus yang diberi cairan daripada tumbuuhan ini mati. Oleh itu sebaiknya tumbuhan ini jauhkan dari dicapai oleh kanak-kanak atau dalam kandang arnab kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika dimakan daunnya. Kesan cairan pada daun menyebabkan 'hilang suara' dan sakit tekak selain daripada menyebabkan kegatalan pada kulit (irritation).
Buah Monstera adalah unik bentuknya seakan buah jagung atau yang tirus seperti buah nanas. Ia mempunyai saiz buah sekitar 25 cm panjang dan 3-4 cm garispusat yang berwarna hijau kulitnya. Apa yang unik pada pandangan penulis blog bagaimana bentuk hexagonal pada bahagian kulitnya (Sila anda melihat foto disebelah, diatas dan dibawah sekali). Kulit buahnya apabila masak dn dikupas menghasilkan isi berwarna putih yang mana ia memberikan bau atau aroma enak kombinasi antara Buah Nanas (Ananas comosus) dengan bau Buah Pisang (Musa spp). Buah monstera dikelaskan sebagai jenis buah yang boleh dimakan dan selamat dimakan manusia. buahnya mengandungi bahan seperti Raphides dan Trichosclereds iaitu berbentuk struktur kristal dari Kalsium Oksalate. Ia terkandung dalam buan monstera uda atau belum masak dan menyebabkan kegatalan pada mulut. Sebaiknya hanya makan buah monstera yang telah masak sahaja apabila warna kulitnya menjadi kekuningan (yellowish). Buah yang masak akan menghasilkan bau wangi kuat dan sesuai dimakan tetapi buah ini sebenarnya memang cepat rosak. Cara buka buah ini dengan potong menggunakan pisau dan kemudian isinya boleh dikupas dengan mudah. Makan buah ini dengan mengambil isinya dengan kaedah seperti makan buah nanas. Elakkan makan buah monstera yang muda atau belum masak sebab boleh menyebabkan kehilangan suara dan getah pada buah muda serta daun menyebabkan kegatalan pada kulit. Pokok monstera yang ditanam dinegara beriklim temperate sahaja yang berbuah sementara dikawasan tropika sukar berbuah. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

BUAH YANG UNIK... NAMA MONSTERA...
ASAL MEXICO... TAK BERBUAH DITROPIKA...
BOLEH DIMAKAN... PASTIKAN YANG TUA...
POKOK HIASAN... DIDALAM RUMAH SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor, Bahru,
Johor, Malaysia.
(25 JamadilAwal 1439H).
BOLEH DIMAKAN... PASTIKAN YANG TUA...
POKOK HIASAN... DIDALAM RUMAH SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor, Bahru,
Johor, Malaysia.
(25 JamadilAwal 1439H).
Catat Ulasan