PUCUK BETIK (Carica papaya) merupakan bahagian atas pada pokok betik yang sesuai dijadikan makanan berkhasiat. Mungkin ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang sudah jarang dapat melihat pucuk betik kerana mereka tinggal dikawasan bandar dan golongan muda. Pucuk betik (Sila lihat foto diatas) memang pahit kerana mengandungi getah (lateks) atau sebenarnya bahan 'Papain'. Anda boleh juga membaca apakah itu papain dalam tulisan saya dalam blog ini sebelum ini (Sila klik disini). Papain adalah bahan yang mana jika dikomersilkan dimana ia mampu memberikan pendapatan baik dan ia meluas untuk digunakan. Penulis blog masih ingat ketika zaman remaja dikampong dulu diminta oleh ibu untuk memetik pucuk betik dikebun untuk dijadikan ulam atau dibuat rojak pecel. Pucuk betik dari pokok subut berwarna hijau lembut dan mudah dipotong dengan pisau atau sabit sahaja. PAPAIN adalah sejenis bahan hormon yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah betik muda secara semulajadi apabila ia dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya. Papain juga didapati pada buah betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi (Vasconcellea cundinamarcencis). Kita di Malaysia sering dengar akan perkataan 'papain' ini yang dikatakan mampu melembutkan masakan daging daging yang liat seperti otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan kedalam masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang berkesan (powerful digentive enzyme) yang juga dipanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi juga merupakan satu cara masakkan yang dibuat untuk melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Dalam pucuk betik juga ada bahan papain didalamnya. Pucuk betik dan bunga betik sering dijadikan bahan asas makanan sebagai ulaman. Penulis juga suka petik buah betik muda dan digunakan sebagai bahan sayuran seperti dimasak sup, masak tumis cili dan juga dijadikan pecel. Apa pun kini ramai generasi baru yang tidak mengenali sayur enak daripada betik muda, pucuk betik dan bunga betik. Artikel subuh ini dari aras 12 Hotel Hilton Kuching saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pucuk betik sebagai satu pendedahan akan kegunaannya dan kehebatannya.
Penulis blog rasa sebagai pengenalan iaitu pucuk betik hanya ada satu sahaja pada sepokok betik. Bagaimana pun jika ada pokok betik tua yang bercabang maka ia akan juga menghasilkan pucuk betik yang lain (Sila lihat foto disebelah). Pucuk betik berada pada kedudukan paling atas dimana ia mungkin setinggi 3 - 4 meter pada pokok tua yang sukar untuk mengambilnya. Bagaimana pun pokok tua ini selalunya akan mengeluarkan pucuk baru pada batangnya apa lagi kalau batang utamanya di potong (pollarding). Walau pun masih belum ramai usahawan yang menanam betik untuk dikutip pucuknya, mungkin akan ada satu hari nanti penanaman betik dilakukan untuk menghasilkan pucuk betik jika ada permintaan yang baik. Pada masa ini pucuk betik ini hanya dipetik untuk tujuan tertentu sahaja oleh penduduk kampong yang suka makan pucuk betik. Ramai yang kenal bunga betik atau pucuk betik tetapi tahukah anda terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik iaitu bungan jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Kebiasaanya bunga betik jantan dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang. Daun betik pula adalah sejenis daun yang pahit jika dikunyah. Ramai orang melayu terutama yang membesar di kampung-kampung tahu akan khasiat pucuk betik. Justeru itu ramai yang menjadikan pucuk betik sebagai ulam dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.
Khasiat daun betik pula jarang dibincang dikalangan kita. Penulis dapat infi dimana ada dakwaan terutama bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk mengawal dan menurunkan hypertension atau darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak lalu dimakan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi itulah khasiat pucuk betik: untuk mengubati penyakit darah tinggi. Selain daripada bahagian pucuknya, jus daun betik pula boleh menjadi ubat yang sangat mujarab dimana ia berupaya mengatasi banyak masalah atau penyakit. Sebagai contoh apabila diserang demam denggi, malaria dan sebagainya ulam betik boleh diambil. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggidapat diganti segera. Kini bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk tujuan memudahkan sistem penghadaman atau pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Khasiat Buah Betik Dan Pucuk Daun Betik memang menjadikan tumbuhan ini ditanam dan dimajukan. Antara jenis buah tropika yang sangat popular selain buah nenas adalah buah betik. Isi buah betik yang mana ia lembut berwarna oren jingga ini sangat manis dan sedap dinikmati di dalam cuaca negara yang panas seperti di negara-negara Asia. Betik bukan sahaja sedap dimakan mentah tetapi juga boleh divariasikan dalam resepi-resepi seperti dijadikan makanan kerabu, ulam-ulaman, kuih muih, bubur dan jus. Kalau hendak tahu perlu dibaca dimana buah betik banyak khasiat daripada mengandungi banyak vitamin serta zat lain sama juga dengan bahagian pucuk daun betik. Kandungan seperti vitamin C amat tinggi pada buah buah betik yang sudah masak kaya dengan vitamin C. Dengan pengambilan yang kerap, betik bukan sahaja dapat melancarkan proses penghadaman namun dalam masa yang sama juga mampu mengelakkan masalah sembelit, merawat buasir dan banyak lagi. Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Kesihatan UPM mengatakan, buah betik boleh menurunkan paras kolestrol sebanyak 19.2% jika diambil secara rutin dalam tempoh empat minggu. Selain itu kandungan Asid Alfa hidroksil juga membantu melarutkan sel-sel kulit mati untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan serta garis-garis halus di wajah. Manakala vitamin C dan E mampu meremajakan kulit anda dan seterusnya kelihatan lebih muda. Kajian menunjukkan betik memiliki sifat memerangi kanser. Ia mengandungi sebatian anti kanser carotenoids yang turut dikenali sebagai beta carotene, lycopene dan cryptoxanthin. Pengambilan betik secara berterusan dapat membantu melindungi seseorang dari terkena penyakit kanser payudara. Betik juga mengandungi ciri-ciri pemutihan semulajadi. Kerana itu, banyak produk kosmetik yang berada di pasaran mempunyai kandungan ekstrak buah betik. Manfaat di dalam buah betik bukan sahaja sangat menakjubkan untuk kulit wajah, tapi juga selamat dan semulajadi. Tumbuhan hebat betik juga menghasilkan buah betik yang mana merupakan buah yang kaya dengan nutrien antioksida seperti flavonoid, vitamin B, mineral, kalium, magnesium, asid Pantothenic dan banyak lagi yang mana ia sangat diperlukan oleh tubuh manusia bagi mengurangkan risiko apa-apa jenis penyakit.
Pucuk daun betik juga didakwa sebagai penyembuh beberapa jenis penyakit. Ada testimoni dimana pucuk betik dan bunga betik dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pucuk jantan, pucuk betina dan pucuk hermafrodit. Kebiasaanya, pucuk betik jantan dijadikan ulam kerana pucuk betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Pucuk betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang. Jika ia dimakan sebagai ulam lazimnya Pucuk Jantan Betik ini memang pahit, namun jika dicelur dengan air panas dan dimakan bersama sambal belacan misalnya maka rasanya sangat sedap dan berkhasiat. Pucuk betik ini mampu mengawal dan mengurangkan penyakit darah tinggi. Bagi mengatasi masaalah demam denggi maka ia adalah sangat terkenal sebagai alternatif untuk menyembuhkan demam denggi. Jus daun betik didakwa berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi atau malaria dapat diganti segera (Sila lihat foto disebelah). Ia juga dilaporkan baik sebagai agen pelawan dimana kaum India sangat menyukai pucuk daun betik ini kerana ia dipercayai dapat membantu masalah penghadaman dan pelawasan tubuh secara semulajadi dan selamat. Apa yang menarik penulis blog dimana bahan ini mampu menjarakkan anak. Pucuk betik juga digunakan secara tradisional oleh orang-orang lama sebagai kaedah perancang keluarga. Jika pucuk betik dimakan mengikut kaedah dan jadual yang betul, ia dapat membantu ibu-ibu menjarakkan anak dan seterusnya merancang kehamilan dengan cara semulajadi tanpa ubat-ubatan. Artikel ini bersambung pada part 2. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semuanya. Wasallam!!!...
POKOK BETIK .... ADA PUCUKNYA...
BUNGA BETIK... JANTAN BERGUNA...
DIJADIKAN ULAM... ADA CARANYA...
BANYAK KHASIAT... SIHAT JADINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(13 Januari 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan