Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
POKOK PELURU MERIAM atau ia lebih dikenali dengan nama CANNONBALL TREE (Coroupita guaneensis) merupakan sejenis buah beracun yang jarang dikenali di Malaysia. Pokok ini (Cannonball Tree) ialah sejenis pokok yang berasal dari rantau Amerika Selatan. Pokok ini boleh tumbuh setinggi 25 meter. Pada musim kering hampir kesemua daunnya akan luruh. Penulis blog melawat Taman Pertanian Tenom di Sabah baru-baru ini untuk melihat sendiri banyak pokok ini ditanam di sana dan banyak buah (Sila lihat foto diatas) yang diberikan penerangan oleh En Andrian seorang Pegawai Penyelidik di pusat tersebut. Pokok ini juga dikatakan bersifat kauliflori kerana mengeluarkan bunga dan buah pada batang. Bunganya mempunyai warna campuran merah jambu dan merah terang atau jingga dan mempunyai struktur yang tebal dan berlilin. Bunga pokok peluru meriam mengeluarkan haruman yang akan menarik serangga untuk mendebungakannya. Dari penerangan oleh En Andrian beliau nyatakan di negara Amerika Selatan, kadang-kadang kelawar yang terbang malam biasanya akan membantu proses pendebungaannya. Buahnya bersaiz besar dengan diameter antara 10 - 25 sentimeter dan berwarna coklat iaitu seperti warna karat dan bulat sama seperti seperti peluru meriam. Buahnya mengambil masa lebih kurang setahun untuk masak dan apabila masak ia akan mengeluarkan bau yang agak tidak menyenangkan. Memang sekali pandang melihat buah peluru meriam ini bergayutan dikiri dan kanan jalan masuk ke Pejabat Stesyen amat menarik sekali dan kalau boleh dimakan barangkali sebiji buah mencukupi untuk 5-6 orang memakannya. Apa pun penulis sendiri memetik beberapa biji buah ini dan memecahkannya untuk melihat akan isinya. Apabila kulit kerasnya dipecahkan banyak biji benih kecil di dalamnya.  Kegunaan Tradisional Berdasarkan rekod, digunakan oleh orang asli tempatan di Amerika Selatan untuk merawat selesema dan sakit perut. Jus di ambil daripada perahan Buah yang tumbuh daripada batang pokok. Juga untuk merawat penyakit kulit manakala daun muda pernah digunakan untuk melegakan sakit gigi. Shaman (pawang dan dukun) di Amerika Selatan juga menggunakan bahagian pokok peluru meriam untuk merawat pesakit yang menghidap demam malaria. Bahagian lapisan dalam buahnya pula digunakan untuk merawat dan menyembuhkan luka. Buahnya boleh dimakan apabila masak tetapi bau bahagian isi dalamnya yang agak tidak menyenangkan menyebabkan buah ini tidak dipilih sebagai makanan harian. Artikel pagi ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pokok dan buah peluru meriam serta kegunnnya berdasarkan tinjauan, rujukkan dan komunikasi dengan mereka yang arif mengenai buah ini.


Bunga apa yang saya lihat untuk pokok peluru meriam adalah cantik dimana ia akan mengeluarkan haruman yang akan menarik serangga serta kelawar untuk mendebungakannya (Sila lihat foto disebelah). Bila penulis jumpa pokok ini dengan penampilan unik di dapati ia mempunyai batang pokok rendang dengan berdaun rimbun dimana sepanjang batangnya ada bergantungan buah bulat berdiameter sekitar 20 cm iaitu menyerupai bola peluru meriam atau untuk sukan lontar peluru. Penampilan bunganyapun cantik dengan warna oren yang cerah yang berukuran besar dan menghasilkan bau harum. Tangkai bunga keluar dari batang pokok yang jumlah banyak. Biasanya jika buahnya sudah matang ia akan jatuh dari pokok dan retak terbuka ketika menyentuh tanah dimana ada banyak kelongsong kosong bertaburan dibawah pokok tanpa dihiraukan sesiapa kecuali pekerja taman. Apa pun menariknya bila buah tersebut jatuh ia menghasilkan bunyi kuat. Sama seperti buah kelapa yang jatuh darip pokok tinggi, buah cannonball biasanya jatuh dengan tiba-tiba dan dapat menyebabkan cedera serius bagi setiap mangsa dibawahnya jika ada. Dari segi sejarag pokok Cannonball dipercayai natif atau berasal dari hutan Amerika Selatan walau pun ada dakwaan ia mungkin juga berasal dari negara India. 


Tanaman ini berkaitan juga dengan adap dan juga kepercayaan di beberapa Negara di Asia. Di India tanaman ini disebut Shiv Kamal atau �Kailaspati� yang banyak dijumpai ditanam pada  Kuil Shiva sehingga disebut sebagai bunga Shivalinga. Di Negara juga penganut kepercayaan Budha seperti Thailand tanaman ini juga dijumpai pada halaman diskeliling bangunan ibadah mereka. Menurut keyakinan umat Budha dimana pokok ini menjadi penaung saat Sidharta lahir dan di bawah pohon ini pula Sang Budha beristirahat untuk kali yang terakhir (Sila lihat foto saya ambil disebelah). Walau pun buahnya besar dan menarik tetapi ia memang tidak boleh dimakan sebaliknya tanaman �peluru meriam� ini juga didakwa mempunyai fungsi ubatan seperti antibiotik, antiseptic, anti kulat dan analgesik. Di Amerika Selatan ada dilaporkan dimana buah dari pokok ubu ada digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, sakit gigi dan juga penyakit kulit dan sedang dikaji sama ada ia sesuai untuk merawat malaria. Walau pun penulis lalu dibawah pokok tersebut tetapi memang perlu berhati-hati apabila berteduh dibawah pokok tersebut. Buah yang matang tua akan jatuh dan dengan ukurannya yang cukup besar dan berat pastinya akan menyebabkan kesakitan bila menimpa kita. Apa lagi kalau buah tersebut sudah busuk menyengat yang keluar dari buah matang apabila ianya pecah.

Pokok yang tinggi merimbun ini mempunyai daun merimbun yang berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Daun berbentuk panjang dengan kedudukan melempai memudahkan pokok ini menghasilkan buah yang besar. Terdapat dakwaan dimana dari ekstrak daun pokok peluru meriam boleh digunakan untuk mengawal kitar hidup larva kepada serangga perosak seperti kupu-kupu spesies Helicoverpa armigera. Serangga perosak ini ketika peringkat larvanya boleh menjadi sejenis makhluk perosak kepada tanaman komersil seperti tanaman kapas, tomato, jagung, kekacang, alfalfa dan tembakau dimana ia ada diamalkan dinegara lndia. Dalam bidang kawalan biologi serangga ada kajian dijalankan terhadap larva serangga untuk melihat kesan pengawalan biologi secara semula jadi dengan menggunakan ekstrak pokok peluru meriam. Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa ekstrak bunga dan buah pokok peluru meriam dapat membunuh larva nyamuk yang menjadi pembawa parasit kepada penyakit tropika fllariasis. Peru mungkin lebih banyak kajian terhadap tumbuha ini dimasa akan datang untuk mengetahui akan kegunaannya.

Penulis bersama rakan-rakan memetik buah yang ada dan menghempaskannya keatas jalan tar. Apabila pecah dilihat isinya berwarna kuning kelabu (Sila lihat foto disebelah) dan lepas itu kami terus membuangnya. Ada dakwaan dimana pulpa buah peluru meriam dipercayai boleh menyejukkan badan dan selalu dijadikan minuman oleh kaum orang asli iaitu di kawasan Amazon. Di negara lndia pula nama tempatan buah ini adalah Nagalingam. Pokok ini digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional Ayurveda.  Diantara kegunaannya  termasuklah merawat selesema, sakit kepala, masalah hati dan reumatisme (iaitu penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot ) dan kulit batangnya pernah digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa. Di Trinidad pula terdapat bahagian pulpa dimana buahnya boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit pada haiwan peliharaan seperti anjing. Kajian Saintifik yang telah dijalankan terhadap pokok peluru meriam juga termasuklah pembuktian kegunaan tradisional pokok tersebut dalam penyembuhan luka dan merawat bengkak.  Dalam satu kajian lain dalam makmal dikaji dimana ekstrak etanol dari daun pokok peluru meriam diberikan secara oral kepada haiwan ujikaji. Kemudiannya haiwan didedahkan kepada rangsangan suhu tinggi pada bahagian ekor dan anggota badannya. Keputusan menunjukkan haiwan yang dirawat dengan ekstrak tumbuhan ini mengambil masa yang lebih lama untuk merasa kepanasan pada bahagian yang diuji dan dapat menahan kesakitan berbanding dengan kumpulan yang tidak menerima rawatan. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat kesan ekstrak akar pokok peluru meriam terhadap situasi kemurungan atau depresi. Para penyelidik mendapati haiwan yang dirawat dengan ekstrak metanol daripada bahagian akar telah pulih daripada keadaan murung dan menjadi aktif semula. Kesan ini setara dengan ubat lmipramina yang digunakan untuk kesan antikemurungan.

Tempurung buan ini juga mungkin boleh dijadikan bahan api dan produk kraftangan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu kajian mendapati ujud penemuan awal yang mana ia dapat membantu proses pencarian sebatian kimia untuk mensintesis ubat baru dalam usaha menangani masalah depresi yang kian menjadi-jadi dalam masyarakat sekarang. Satu kajian lain menunjukkan bahawa ekstrak bahagian daun, kulit batang, bunga dan buah pokok peluru meriam mempunyai sifat antioksidan (antioxidant) yang tinggi dan mampu mempercepat proses penyembuhan luka pada haiwan kajian. Proses untuk penyembuhan luka disebabkan pengurangan penghasilan bahan radikel bebas pada kawasan luka. Selain membantu penyembuhan luka, ekstrak tersebut juga dapat merencatkan pertumbuhan organisma mikro seperti Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aerugi nosa dan Kebsiella pneumonia.  Sebenarnya sifat antimikrob pada ekstrak ini dapat mengelak daripada berlakunya jangkitan pada kawasan luka di samping mempercepatkan proses penyembuhannya. Penemuan ini menyokong rekod lama yang menyatakan kegunaan pokok peluru meriam untuk merawat penyakit kulit, jerawat dan menyembuhkan luka.  Ada juga kajian tentang kandungan bahan kimia semula jadi menunjukkan kehadiran sebatian fenol dan terpenoid yang mempunyai sifat antioksida yang tinggi. lsatin ialah sejenis sebatian kimia yang boleh didapati daripada pokok peluru meriam. Sebatian kimia lain yang berjaya diterbitkan melalui sintesis kimia daripada bahan asal ini didapati sesuai digunakan untuk membunuh cacing parasit terutamanya yang hidup di dalam saluran pencernaan manusia. Hasil kajian ini boleh membantu para saintis menghasilkan ubat baru yang berasaskan herba semula jadi untuk menangani masalah penyakit akibat jangkitan cacing. Terdapat laporan terkini yang menyatakan bahawa ekstrak metanol daripada pokok ini telah merencatkan pertumbuhan HIV (virus imunodefisiensi manusia) sebanyak 24 peratus. 

Dalam pada itu perlu ada kajian lanjut kerana pada masa ini ia masih berada pada tahap permulaan dan belum dapat disahkan keputusannya. Walau bagaimanapun penemuan ini awalan mencerahkan harapan bagi kajian lanjutan dalam langkah mencari ubat anti-HlV yang kurang mendatangkan kemudaratan kepada manusia tetapi berkesan membunuh virus tersebut.  Pokok peluru meriam telah banyak ditanam sebagai tanaman hiasan terutamanya di taman botani terkemuka dan kawasan rekreasi di seluruh dunia kerana keunikannya termasuk di Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Tenom dan banyak lagi.  Memang rahsia nilai perubatannya masih perlu diterokai. Penulis blog juga percya berbekalkan penemuan dan kajian saintifik terkini, nescaya suatu hari nanti tumbuhan ini dapat memberikan manfaat dalam bidang perubatan dan penemuan hasilan semula jadi yang penting dan berharga kepada kita semua. Kepada mereka yang ingin menanam pokok ini boleh mendapatkan khidmat kepakaran teknikal kepada pegawai di taman-taman bitani yang ada menanam dan menjaga pokok peluru meriam ini dengan baik. Semuga tulisan ini memberi info terbaik kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
CANNON BALL TREE...BESAR BUAHNYA
BERBUNGA LEBAT... BUAH DIBATANGNYA...
TIDAK BOLEH MAKAN...BERACUN KATANYA...
BANYAK PERLU DIKAJI...APA GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Tenom,
Tenom, Sabah, 
Malaysia.
(25 Syaaban 1439H). 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top