APAKAH NUTRISI SUSU SEGAR?.... Penulis blog yang baru melawat projek ternakan lembu tenusu Eco-Yap (Dairy Farm terbesar) di Malaysia mendapat info terbaik dari pemilik ladang ini iaitu Datuk Yap mengenai fakta nutrisi susu segar. Dalam lawatan tersebut penulis blog diberi taklimat akan pengeluar susu segar utama Negeri Sabah iaitu di Pejabat dan Ladang Lembu Tenusu di Kg Bomboi, Keningau iaitu sejauh 5 km dari bandar Keningau.Pengarah Urusan Evergreen Livestock Sdn. Bhd., Datuk Yap Yun Fook sendiri memberi taklimat kepada kami dengan jelas bermula daripada menternak hanya 2 ekor lembu pada tahun 1982 kini mempunyai sebanyak 5,000 ekor lembu tenusu dimana kadar populasi kelahiran sehingga kini telah mencecah sebanyak 22,200 ekor lembu yang direkodkan. Pembuka kata mengenai susu segar, beliau nyatakan sesiapa yang minum susu segar setiap hari akan menjadi sihat, bijak dan kurang masaalah kesihatan. Ini kerana susu lembu segar merupakan makanan sihat untuk manusia sejak alami dan susu lembu adalah sumber protein yang terbaik untuk diambil manusia. Beliau mendakwa dia minum susu lembu setiap hari sekitar 1 liter dan masih sihat tanpa makan sebiji apa pun pil-pil ubat dan makanan kesihatan lain sehingga berumur 58 tahun sekarang. Anak-anaknya juga dakwanya menjadi orang bijak pandai kerana mengamalkan meminum susu lembu segar sejak kecil. Susu Lembu segar memang digalakkan untuk diambil semenjak umur kanak-kanak lagi sehingga untur dewasa terutama untuk kesihatah tulang bagi elakkan masaalah Oeteoporosis (masaalah tulang reput). Memang seronok mendengar taklimat beliau mengenai nutrisi susu segar. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai nutrisi susu segar sekadar untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua hasil taklimat oleh jutawan ini.
Susu Segar daripada lembu keluaran ladang ini boleh bertahan selama 30 hari walau pun diletakkan pada label hanya untuk 15 hari sebelum tamat tempoh. Rajah diatas menunjukkan akan nutrisi susu segar dari ladang ini. Sebenarnya susu lembu yang dipasarkan di negara kita ada dalam dua bentuk iaitu SUSU SEGAR dan SUSU TEPONG. Susu segar kurang digunakan oleh rakyat Malaysia tetapi sebaliknya lebih banyak mengambil susu tepong yang mana kebanyakannya adalah diimport dari luarnegara. Kepada mereka yang sukar mencari susu segar dari pasaraya maka mereka boleh juga membeli susu tepong untuk mengambil bahan nutrisinya. Dalam sebuah jurnal yang ditulis dimana say abuat rujukkan memang ada disertakan 10 kebaikan susu segar (fresh milk) atau susu tepung. Pakar permakanan juga mengesyorkan agar mengambil susu segar setiap hari untuk memberikan tenaga dan kesihatan pada otak. Susu segar juga didakwa membina bahagian terutamanya tulang dalam badan kita. Malangnya ramai keliru apabila hanya mengambil susu pekatan (condensed milk) yang banyak gula didalamnya dimana ini kurang baik untuk kesihatan. Mereka yang minum selalu susu pekatan manis pula sebenarnya kaedah permakanan dan nutrisi yang tidak baik dimana ia juga boleh akibatkan akibat kurang sihat. Selalu disebut meminum susu akan mengelakkan maasaalah seperti Oteoporosis, Hipertensi dan juga kes Kanser kolon. Manusia juga tidak akan mendapat vitamin tambahan serta unsur Kalsium tanpa meminum susu. Meminum susu juga boleh melindungi kita dari masalah sepetti kes-kes seperti kerosakan gigi serta masalah kaviti pada gigi. Kita harus memberi jaminan pada kepada golongan kanak-kanak tentang masaalah kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Memang sehingga kini tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat. Minuman susu dengan coklat memang ada dijual dipasaraya dengan harga yang berpatutan dari pelbagai jenama yang terkenal di Malaysia.
Lemak susu lembu dilaporkan tidak memberi apa-apa kesan kepada isu kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu lembu akan menjadikan badan lebih langsing. Ini berbanding kepada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas. Datok Yap seterusya nyatakan dimana susu lembu segar juga adalah anti-asid yang sangat baik (Sila lihat foto disebelah). Jika anda dapat meminum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati maka kesannya ia boleh menenangkan usus dan perut sistem permakanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain. Kepada pembaca blog yang lain digalakkan agar meminum banyak susu terutama susu segar akan dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku dan juga rambut kerana ia sarat dengan mineral kalsium yang dapat membantu badan menjadi kuat dan fleksibel. Susu segar lembu boleh menjadi pembuka baik untuk alas perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai bahan jenis perangsang yang awal. Kepada anda yang mengamalkan meminum segelas susu panas sebelum tidur akan dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja. Minum susu juga boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.
Secara drastik minuman susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga akan meningkatkan tahap tenaga dalam kita. Susu segar yang dihasilkan oleh Datuk Yap ini mempunyai jenama 'Eco-Yap - Fresh Milk' sebenarnya susu penuh dengan nutrien (Sila lihat foto disebelah). Badan kita memerlukan nutrien untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi unsur vitamin (untuk sel-sel darah merah) serta bahan Kalsium (untuk tulang yang kuat) serta unsur Karbohidrat (untuk dijadikan tenaga). Susu juga mengandungi bahan Magnesium (untuk lentur otot), Fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) serta mineral lain iaitu Kalium yang baik baik untuk sistem saraf). Susu memang kaya dengan Protein yang diperlukan untuk proses pertumbuhan dan juga proses penyembuhan) termasuk bahan Riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) dan juga unsur Zink (untuk meningkatkan sistem imunisasi). Kini negara kita Malaysia mampu mengurangkan pergantungan terhadap susu import dalam tempoh lima tahun akan datang jika jumlah ternakan lembu ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 10,000 ekor setahun. Ini pernah dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan peningkatan jumlah ternakan dia optimis bekalan susu negara bukan sahaja mencukupi untuk pasaran dalam negara malah berpeluang menembusi pasaran luar. Menurutnya, selain penambahan jumlah ternakan lembu, setiap pengusaha perlu membangunkan sistem atau model penternakan berkesan bagi mencapai sasaran itu. Jika seekor lembu mampu mengeluarkan kira-kira 3,000 liter susu setahun dan sekiranya kita mempunyai 10,000 ekor lembu, bekalan susu negara mempunyai kira-kira 30 juta liter setahun.
Jumlah bekalan susu kini dilaporkan akan terus meningkat saban tahun dan aktiviti bagi mengurangkan negara kepada pergantungan import bagi memenuhi keperluan susu negara perlu ditingkatkan. Dalam sidang akhbar itu diadakan selepas melawat ladang ternakan lembu dan kilang memproses susu lembu milik Evergreen Livestock Sdn.Bhd. Turut hadir Pengarah Urusan Evergreen Livestock Sdn. Bhd. iaitu Datuk Yap Yun Fook. Setakat ini pengeluaran lembu tenusu di negara ini masih berada pada tahap minimum sehingga memaksa negara mengimport kira-kira 20 juta liter susu dari negara seperti New Zealand dan Australia. Kebergantungan terhadap susulam jangkamasa panjang kerana mengimport susu adalah satu situasi tidak baik dlbagi imbangan perdagangan tambahan pula negara mempunyai kepakaran dan lokasi yang sesuai untuk memajukan industri itu. Dinyatak dimana pada masa ini ada beberapa mekanisme penting perlu diberi perhatian dalam usaha meningkatkan pengeluaran susu sekali gus memajukan industri berkenaan. Diantara model mekanisme itu adalah membina model penternakan yang betul, menambah jumlah pengusaha atau penternak yang berwibawa serta mengenal pasti lokasi sesuai. Sistem logistik juga perlu diambil kira dan memainkan peranan penting jika mahu mengembangkan industri ini. Kita perlu cari jalan bagaimana hasil tenusu dari Sabah boleh dihantar ke Semenanjung dalam tempoh sehari. Beliau juga telah pun melahirkan keyakinan penuh terhadap kemampuan negeri ini membangunkan industri tenusu negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology untuk manafaat bersama. Wasallam!!!...
SUSU TEPONG... MEMANG BANYAK GUNA...
BERTUKARLAH ... AGAR KESIHATAN OPTIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Bumboi, Keningau,
Sabah, Malaysia.
(28 Syaaban 1439H).
Ditulis dari room 905, Hotel Juta, Keningau.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

SUSU SEGAR.. HEBAT NUTRISINYA...
DARI LADANG TEMPATAN... CAIR SAJA..SUSU TEPONG... MEMANG BANYAK GUNA...

Catat Ulasan