KUMBANG KURA-KURA (Dari keluarga Coccinellidae) merupakan satu jenis serangga yang kurang dikenali. Tetapi apabila penulis blog nyatakan ia adalah jenis Kumbang Ladybird. Kumbang Kura-Kura ialah sejenis kumbang kecil biasanya berwarna terang sama ada merah, oren, jingga atau kuning dan berbintik-bintik hitam. Kumbang kura-kura dapat ditemui di seluruh dunia dengan lebih daripada 5,000 spesies setelah dikelaskan. Kumbang ini (Coccinella sp.) dipanggil Ladybird, Ladybug, Lady Beetle, Lady Fly atau pun Lady Cock. Kumbang ini juga mudah ditemui di kawasan yang ada tanaman terutamanya di kebun tanaman makanan. Jangan takut kalau dikebun anda ada banyak serangga ini seakan-akan ia telah 'serang' kebun anda. Penulis blog syorkan jika pasti ia kumbang kura-kura kerana sebenarnya Kumbang Kura-kura ini sebenarnya sangat baik untuk kebun anda kerana ia merupakan pemangsa yang makan serangga lain yang menyerang kebun anda. Antara serangga yang dimakan oleh ladybird ialah Aphid (Bena), Koya (Mealybug), Whitefly serta beberapa jenis serangga kecil lain. Ladybird turut membantu proses pendebungaan terutama untuk buah-buahan dan sayuran tertentu. Kalau ingin tahu persoalan bagaimana hendak jemput ladybird bertandang ke kebun anda. dari beberapa tinjauan didakwa dimana kumbang ini tidak suka datang kepokok yang gunakan bahan tidak organik. Jikalau anda jumpa kumbang ni dalam kebun anda sebaiknya biarkan saja ia hidup dan jangan dibunuh kerana kumbang kura-kura adalah serangga memberi faedah kerana ia memakan serangga perosak tanaman lain. Di Malaysia lazimnya kumbang ladybird aktif membiak dan bergerak sepanjang tahun. Kumbang kura-kura ini diberikan kepada serangga ini disebabkan bentuk badannya yang kecil ini membulat dibelakangnya seakan-akan haiwan kura-kura (tortoise). Artikel malam ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kumbang kura-kura atau kumbang ladybird sebagai perkongsian maklumat kepada pembaca kaitannya dengan EKOSISTEM. Artikel ini juga merupakan tulisa ke 4,801 semenjak blog ini diterbitkan dengan satu artikel setiap hari.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Serangga Kumbang Ladybird ini adalah merupakan sejenis serangga bersaiz kecil sahaja iaitu sekitar 1.0 mm - 10.0 mm sahaja bergantung kepada spesis. Sumber dari laman Wikipedia mendapati serangga ini mempunyai lebih dari 5,000 spesis diseluruh dunia dimana di Malaysia sahaja mungkin lebih dari 50 spesis. Serangga comel ini mempunyai marfologi Bahagian Kepala,Badan (pronotum) dan Abdomen dengan sepasang sesungut (Rujuk foto diatas). Sepasang kepak menyebabkan kumbang ini mampu terbang dengan sedehana pantas dan ada laporan yang nyatakan dan menunjukkan kepantasan kepak ladybird bergerak keatas kebawah adalah sebanyak 85 kali satu saat. Lapisan sayap ladybird diliputi dengan lapisan sayap yang berwarna dipanggil sebagai Elytra. Kaki ladybird adalah berbulu sedikit dan menyebabkan ianya mampu hinggap dengan cekap pada permukaan daun dan sebarang pautan. Apa yang penting dimana serangga kumbang kura-kura adalah serang yang memakan serangga perosak seperti Aphid (Sila lihat foto disebelah). Aphid lazimnya menjadi perosak kepada banyak jenis tanaman dinegara kita yang menugikan petani. Anda boleh membaca mengenai serangga Aphids dengan pautan artikel yang saya tulis sebelim ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Kebanyakan serangga aphid hanya akan menghisap air sap dari phloem tumbuhan daripada satu-satu jenis tumbuhan sahaja. Contohnya jika ia tinggal di kawasan penanaman pokok melon (Cucumis melo) maka ia akan menghisap pokok melon sahaja walau pun terdapat pokok cili disekitarnya. Serangga Aphid bergerak dengan mana ia menggunakan kakinya dari satu lokasi kesatu lokasi yang lain bagi menghisap air sap tumbuhan. Dibahagian bawah daun atau di bahagian pucuk tumbuhan yang terlindung dari matahari dan air hujan selalunya serangga aphid akan berkumpul dan bertelur yang melekat pada lai daun.
Kitaran Hidup serangga Kumbang Kura-kura atau kumbang Ladybird berbeza antara negara tropika dengan negara lain yang mempunyai 4 musim. Di Malaysia serangga ini aktif membiak dan bergerak sepanjang tahun tetapi di negara 4 musim pula ianya selalunya tidak aktif dimusim sejuk selama beberapa bulan cuma aktif dimusim panas. Kumbang ini juga mempunyai kitaran hidup yang lengkap iaitu peringkat Telur, Larva, Kepompong (Pupa) dan Dewasa. Kumbang ini akan mengawan dengan memilih kawasan yang banyak sumber makanan dan kemudian akan bertelur dibawah permukaan daun. Telur yang kecil berbentuk lonjong ini berwarna kuning atau oren ini akan menetas dalam masa 3-7 hari bergantung kepada keadaan cuaca (Kalau panas dan suhu tinggi akan lebih cepat berbanding musim hujan). Peringkat Larva adalah dalam masa 10-21 hari dimana larva Ladybird adalah bertubuh panjang, berbulu dan mempunyai 6 kaki untuk bergerak. Masa ini larva akan makan aphid dan koya yang ada disekitarnya. Peringkat seterusnya adalah Peringkat Kepompong dimana larva yang cukup masa dan saiz akan membentuk kepompong berwarna oren dengan beberapa bintik hitam. Peringkat ini adalah selama 5-7 hari sebelum ianya keluar menjadi Ladybird Muda. Ladybird muda ini selalunya mempunyai bintik hitam yang sangat jelas dibelakangnya dan bintik ini lazimnya akan menjadi lebih jelas semasa proses pembesarannya. Kitaran hidup dari peringkat telur sehingga menjadi Lady Bird dewasa adalah selama 4-7 minggu. Peringkat akhir kitaran hidup adalah Peringkat Dewasa dan lazimnya akan hidup selama 9 bulan bergantung kepada keadaan cuaca, serangan musuh yang memakannya dan juga faktur kesediaan makanan dalam habitat disekelilingnya.
Kumbang kura-kura juga merupakan biasa jenis serangga yang berwarna terang dan ini merupakan petanda ianya jenis serangga yang tidak enak untuk dimakan (Dibahagian sayap elytron). Antara sistem pertahananya adalah dengan mengeluarkan cairan berwarna kuning yang berbau busuk (alkoloid) dari bahagian kaki dan ini biasanya perkara ini akan menyebabkan musuh tidak akan mendekatinya. Satu lagi ciri istimewa kumbang kura-kura ini adalah sifat 'Mematikan Diri' dengan tidak bergerak apabila disentuh oleh musuh. Lazimya pemangsa tidak akan makan atau minat dengan serangga yang telah mati untuk dimakan (Sporting juga spesis serangga iaitu ia tidak makan yang mati). Serangga yang suka dan tetap makan ladybird adalah jenis Labah-labah, Jenis Burung dan juga jenis Kumbang Besar. Tebuan menupakan serangga yang akan bertelur dengan menyuntik telurnya kedalam badan Ladybird (semua peringkat)dan apabila telur tebuan menetas maka akan membunuh serangga ladybird ini. Memang jahat jenis tebuan ini (Dinocampus spp) yang juga menyerang Lebah Madu (Sila baca artikel bertajuk Tebuan - Sila Klik disini). Kumbang kura-kura ini merupakan sejenis kumbang yang tidak membahayakan kepada manusia malahan ianya adalah serangga PEMANGSA (Predetors) kepada serangga perosak tanaman lain yang merosakan tanaman kita seperti Aphids, Koya (Mealybug), Whitefly serta beberapa jenis serangga kecil lain. Daripada pemerhatian di Ladang TKPM dengan tanaman Betik yang saya lihat mendapati Kumbang Ladybird selalu memakan mangsanya seperti Aphid dengan menghisap cairan dalam tubuh mangsanya dan akibatnya mangsa akan mati (Sila lihat foto disebelah). Rujukan yang penulis buat menunjukkan kemampuan seekor Larva Kumbang Kura-kura mampu makan sebanyak 20-25 ekor aphid dalam satu hari. Seekor Ladybird Dewasa pula mampu makan kutu daun ini lebih daripada 50 ekor sehari. Jika populasi ladybird dalam ladang ini banyak dimakan, secara tidak langsung ianya merupakan kaedah kawalan biologi terbaik yang sedia ada diladang kita. Selain itu ada laporan yang menyatakan kumbang ini juka akan makan sejenis kulat penyebab Kulapok Berdebu (Mildew) iaitu dikenali dengan jenis Psyllobora vigintiduopunctata di dalam kebun petani. Nampaknya kita dah banyak tahu mengenai Kumbang Kura-kura setelah membaca artikel ditulis. Nasihat saya adalah apabila kita nampak serangga ini dikebun maka jangan bunuh atau musnahkan dia. Ini kerana kumbang Ladybird memang sangat berguna kepada sektor pertanian kerana memusnahkan serangga prosak. Kepada petani yang suka menyembur racun serangga perlu siasat dahulu kadar infestasi serangan serangga perosak (ETL) sama ada perlu menyembur racun atau tidak kerna ianya akan membunuh serangga ladybird yang berfaedah ini. Serangga ini juga sangat cantik untuk dikutip bagi dijadikan koleksi yang menarik untuk tujuan pendidikan dan hiasan. Semuga semua pembaca anim agro technology mendapat info berguna setelah membaca tulisan saya ini.Wasalam.
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Ramadan 1439H).
KUMBANG KURA-KURA...LADYBIRD SAMA...
SERANGGA BERFAEDAH...KENA KENALI DIA...
SAIZNYA KECIL... CANTIK JUGA WARNANYA...
MEMBACA ARTIKEL... SANGAT GEMBIRANYA...
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Ramadan 1439H).
Catat Ulasan