INDUSTRI TANAMAN BETIK (Carica papaya) atau juga dipanggil sebagai Papaya di Malaysia telah mengalami kemerosotan semenjak beberapa belas tahun kebelakangan ini disebebkan oleh serangan penyakit dan perosak. Malaysia pernah menjadi pengeskport utama buah betik terutama kepasaran Hong Kong, Singapura dan beberapa negara lain dengan jumlah yang amat signifikan. Bagaimana pun setelah berlaku serangan Penyakit Papaya Ring Spot Virus (PSRV) dan diikuti dengan serangan Penyakit Papaya Dieback Disease (PDD) menyebabkan industri penanaman betik merudum. Keluasan kawasan tanaman betik pada tahun 2010 dilaporkan seluas 3,403 hektar dengan hasil sebanyak 49,790 metrik tan tetapi terus merudum kurang dari 1,000 hektar pada tahun tertentu akibat serangan kedua jenis penyakit merbahaya ini. Penulis blog yang sering juga melawat projek tanaman betik ini mendapati masih ramai petani yang berminat untuk meneruskan usaha menanam betik tetapi masih ditahap 'takut' dengan ancaman penyakit ini (Sila lihat foto diatas). Mereka kata kalau ada varieti betik yang baru dan tahan dengan penyakit akan mula melabur untuk menanam semula betik dengan skala komersil. Beberapa negeri yang masih aktif menanam betik seperti di Negeri Johor, Perak, Pahang, Kedah dan Sabah serta Sarawak walau pun skala keluasanya menurun. Keperluan benih betik yang tahan lasak ada dibuat penyelidikkan oleh MARDI semenjak tahun 1990 lagi bermula dengan kajian baka terhadap varieti betik hibrid. Artikel subuh ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti kajian di MARDI untuk menghasilkan varieti betik Viorica yang didakwa sebagai tahan penyakit dan berpotensi untuk mengeluarkan hasil tinggi. Artikel ini merujuk kepada laporan kajian oleh MARDI didalam risalah.
Pada bahagian buah pula terdapat tompok-tompok hitam pada buah muda bermula dengan satu bintik perang kehitaman kecil yang kemudiannya membesar dan merebak.
Lazimnya pada peringkat serangan yang teruk, terdapat serangan kulat (patogen sekunder) pada buah yang diserang. Selalu terdapat lecuh basah (water-soaked) pada isi buah betik yang dibelah. Serangan PDD dibahagian batang ada juga menunjukkan satu simptom awal pada bahagian batang, kelihatan lecuh basah (lesion water-soaked) dan apabila serangan teruk maka simptom nekrotik kelihatan pada bahagian batang dan merebak ke tisu dalam batang. Dalam memberikan penerangan kepada penanam betik, kaedah menjalankan konsep Amalan Pertanian Baik (APB) perlu sentiasa dijalankan. Antara langkah-langkah kawalan yang disyorkan adalah seperti mengelakkan menanam tanaman betik di kawasan yang telah mengalami serangan penyakit Papaya Diebak untuk selama satu tahun. Ini kerana bakteria yang menyerang betik masih terdapat dikawasan tersebut. Kaedah kawalan kedua yang disyorkan adalah dengan mempastikan pokok betik yang diserang dan pokok-pokok di dalam lingkungan 5-10 meter diameter dipotong, disembur racun rumpai dan dimusnahkan dengan cara ditanam atau dibakar (Sila lihat foto disebelah). Pagarkan kawasan ini dengan tali dan galikan parit lebih kurang 0.3 meter (satu kaki) dalam di sekeliling kawasan ini untuk mengelakkan serangan melalui tanah dan air.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Betik Hibrid 1 yang dihasilkan dari Kacukan antara Betik Eksotika dan Betik Dwarica didakwa mampu meningkatkan kualiti buah disamping rupabentuk dan daya ketahanan untuk penyimpanan (shelf life) dimana ianya boleh dipasarkan dalam negara atau pun eksport (Sila lihat foto disebelah). Daripada terbitan majallah terbaru SCIENTIAMARDI Volume 11 March 2018 ada ditulis artikel mengenai 'Resistant Variety - New light for Papaya Industry' dimana penulis blog ada membuat rujukan lain juga. Hibrid Betik lain yang ada dibuat kajian adalah dihasilkan daripada betik F1 iaitu ( Varieti Line19 X PR127) dan juga Varieti Line 19 X Line 20). Didakwa dengan kejayaan menghasilkan varieti betik hibrid ini yang dipanggil sebagai 'Double crossed hybrid' maka tumpuan diberikan kepada jenis betik yang berkualiti, heterosis, banyak nilai kosmetik dam tahan lama semasa penyimanan (longer shelf life). Kaedah double crossed hybrid yang dilakukan mempunyai banyak kebaikan tersendiri disebabkan perubahan 'multiple parents' mampu memberikan asas genetik lebih baik. Bagaimana pun varieti betik ini masih ditangguhkan pelancarannya atau pun belum digunakan secara komersil kerana didapati ianya belum bebas dari masaalah serangan matirosot Betik (Papaya Dieback). Berkemungkinan industri betik negara boleh dipulihkan dengan bava baru yang tahan dengan serangan kedua-dua penyakit PSRV dan PPD. Hanya isu bekalan benih dan amalan agronomi betik yang tahan penyakit ini yang mungkin ditunggu-tunggu oleh petani dilapangan.
Penyakit PPD ini merupakan sejenis penyakit merbahaya kepada industri tanaman betik. Penyakit ini menurut rekod Jabatan Pertanian yang membuat pemantauan (surveilance) diseluruh negara menjadi masaalah utama penurunan dalam pengeluaran betik negara. Patogen penyebab penyakit ini telah dikenalpasti dan disahkan sebagai bakteria Erwinia papayae (yang mana kemudian juga dikenalpasti sebagai Ervinia mallotivora daripada keluarga iaitu dari kumpulan Enterobacteriaceae). Ia mula direkodkan seawal tahun 2003 (Masa itu penulis blog bertugas di Johor). Patogen ini telah dilaporkan menyebabkan penyakit �bacterial canker� dan �stem canker� pada betik di Perancis, US Virgin Islands, Venezuela, Mariana Islands dan French West Indies. Patogen Erwinia sp telah dilaporkan menyebabkan penyakit �Papaya decline� di rantau Carribean dan beberapa negara lain. Diantara tanda serangan adalah seperti berikut dimana pada daun akan terdapat lecuh basah yang berminyak (greasy water-soaked lesion) dan nekrotik pada tepi dan hujung daun. Sementara itu bahagian tepi daun dan sepanjang urat daun menjadi nekrotik kehitaman, layu dan kering dan pangkal daun nekrotik dan genting menyebabkan daun terkulai. Dibahagian pucuk pula antara simptom awal pada bahagian pucuk ialah terdapat lecuh basah (lesion water-soaked) pada tisu lembut antara pucuk dan pangkal pelepah daun. Serangan teruk menyebabkan bahagian pucuk reput dan terkulai dan akhirnya pokok mati rosot (dieback). Pada pelepah daun jika terdapat tanda iaitu terdapat simptom lecuh basah (lesion water-soaked) pada pelepah yang bermula dari pangkal daun. Daunnya juga akan menjadi nekrotik, lecuh basah (water-soaked) dan reput pada pangkal pelepah dan akhirnya daun terkulai. Saya ada menulis banyak artikel mengenai serangan penyakit betik dalam blog anim agro technology (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Anda sesuai merujuk pautan ini untuk mendapat info dengan lebih terperinci.
Lazimnya pada peringkat serangan yang teruk, terdapat serangan kulat (patogen sekunder) pada buah yang diserang. Selalu terdapat lecuh basah (water-soaked) pada isi buah betik yang dibelah. Serangan PDD dibahagian batang ada juga menunjukkan satu simptom awal pada bahagian batang, kelihatan lecuh basah (lesion water-soaked) dan apabila serangan teruk maka simptom nekrotik kelihatan pada bahagian batang dan merebak ke tisu dalam batang. Dalam memberikan penerangan kepada penanam betik, kaedah menjalankan konsep Amalan Pertanian Baik (APB) perlu sentiasa dijalankan. Antara langkah-langkah kawalan yang disyorkan adalah seperti mengelakkan menanam tanaman betik di kawasan yang telah mengalami serangan penyakit Papaya Diebak untuk selama satu tahun. Ini kerana bakteria yang menyerang betik masih terdapat dikawasan tersebut. Kaedah kawalan kedua yang disyorkan adalah dengan mempastikan pokok betik yang diserang dan pokok-pokok di dalam lingkungan 5-10 meter diameter dipotong, disembur racun rumpai dan dimusnahkan dengan cara ditanam atau dibakar (Sila lihat foto disebelah). Pagarkan kawasan ini dengan tali dan galikan parit lebih kurang 0.3 meter (satu kaki) dalam di sekeliling kawasan ini untuk mengelakkan serangan melalui tanah dan air.
Penyelidikan untuk mengatasi masaalah serangan PDD amat mencabar sebab kekurang gen atau genetik baka yang tahan. Bagaimana pun pada tahun 2012 dikenalpasti dimana betik dari Varieti Viorica dapati ia mempunyai gene yang tahan dengan patogen PDD ini (Sila lihat foto disebelah). Baka ini telah melalui beberapa pusingan kajiselidik melibatkan proses pemilihan dan kawalan pendebungaan untuk meningkatkan tahap Heterosis dan Purity (Ketulinan). Kesemua kaedah penyelidikan biakbaka mengikut proses kerja yang mengikut piawaian. Akhirnya penyelidik mendapat hasil untuk menggunakan varieti baru betik ini yang tahan serangan dari PDD dimana ia mempunyai ciri petiol yang berwarna ungu dan pedunkel berwarna ungu juga. Dari kajian dijalankan sebenarnya temuan varieti Viorica ini membolehkan industri betik Malaysia berkembang semula dimasa akan datang. Bagaimana pun anakbenih varieti baru betik yang tahan daripada serangan PDD ini perlu dihasilkan oleh pihak berwajib. Semuga artikel ini memberi info awal yang berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM BETIK.. ADA VARIETI BARU...
MARDI HASILKAN...INFO BARU TAHU...
MENCARI BENIH... BAGAIMANA ITU...
HASIL BETIK INI... RAMAI TUNGGU...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Stesyen Pertanian IPRS/MARDI,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(19 Ramadan 1439H).
Catat Ulasan