Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MENTERNAK BURUNG UNTA merupakan satu aktiviti ternakan yang berpotensi untuk dijalankan di Malaysia. Ini kerana Burung Unta (Struthio camelus) atau dipanggil juga sebagai Burung Kasawari atau Ostrich yang telah lama diperkenalkan di negara kita sekitar tahun 1980'an oleh kerajaan dan didakwa boleh diternak di Malaysia untuk pengeluaran dagingnya dan kini telah menjadi kenyataan. Burung ini berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang tetapi mampu berjalan dengan dua belah kakinya dengan pantas. Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Saya pertama sekali melihat burung ini pada pameran Hari Penternak Peladang dan Nelayan (HPPNK) awal tahun 1980'an lagi dan terkejut dengan saiznya yang besar dan tinggi. Apa  yang ada dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu. Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan aktiviti pemulihan maka pada tahun 1945, industri moden burung unta mula berkembang. Industri Ternakan Ayam dan Itik di Malaysia merupakan industri yang paling utama didalam sektor ternakan. Sebanyak 225,789,620 ekor ayam atau ringkasnya 225 juta ekor ayam dikeluarkan pada 2010 dan jumlah ini terus meningkat saban tahun. Populasi itek pula sebanyak 7.927 juta ekor. Laporan dari Jabatan Verterinar tersebut tidak menyatakan berapa banyak populasi Burung Unta di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1.295 juta metrik tan daging ayam dan itek dihasilkan dengan nilai sebanyak RM 5.776 billion. Permintaan dan penggunaan daging ayam di Malaysia adalah sebanyak 1,013 juta mt setahun berbanding dengan bekalan sebanyak 1.295 metrik tan setahun bermakna negara mempunyai lebihan bekalan daging ayam pada tahun 2010. Hampir 30% kawasan pengeluaran ayam di Malaysia adalah terletak di Negeri Johor dengan sebanyak 60.1 juta ekor setahun diikuti oleh Negeri Sarawak (32 juta ekor) dan Perak (18.8 juta ekor). Tidak ada laporan mengenai aktiviti penternakan ayam dan Burung Unta dilaporkan di Wilayah Persekutuan. Kalau ada pun mungkin di dalam Zoo Negara sahaja. Artikel malam ini dalan blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai burung unta berdasarkan bacaan dan rujukan beberapa sumber dan pengalaman melihat projek ternakan burung unta dibeberapa lokasi sekitar Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Burung unta mempunyai berat badan antara 65 - 130 kg tetapi ada burung unta jantan yang mampu mencapai berat badan sehingga 150 kg seekor apabila dewasa.  Sepasang kaki dan sepasang kepak membolehkan burung unta untuk berlari laju dan mengimbangi berat badan (Sila lihat foto disebelah). Burung unta apabila dalam keadaan liar akan menendang musuhnya sebagai mempertahankan diri. Burung ini hidup berkumpulan antara 5 - 50 ekor satu kumpulan dan seekor jantan mampu menjaga 3-7 ekor betina dalam kawasannya. Burung unta mempunyai leher yang panjang sekitar 1.8 - 2.75 meter dengan sepasang mata yang sangat besar (mata unta merupakan mata haiwan vertebrata iaitu sekitar 50 mm -2 inci). Matanya yang besar mampu membantu mengesan musuhnya dari jarak jauh dalam keadaan terancam. Kaki burung unta mempunyai dua pasang kuku dan mampu berlari laju sehingga 70 km satu jam. Itu merupakan satu larian yang laju bagi seekor burung yang tidak mampu terbang!. Kepaknya yang lebar yang terbuka selebar 2 meter digunakan untuk pengimbang larian dan ketika mengawan dan melindungi anaknya. Burung unta mempunyai 5 sub-spesis yang mana hanya spesis Struthio camelus sahaja yang sesuai untuk diternak secara komersil.  Dalam beberapa lokasi yang penulis blog membuat tinjauan seperti di Desaru, Johor aktiviti penternakan burung unta ini digabungkan sekali dengan konsep pelancongan. Ramai pelancong tempatan dan luar negara terutama daripada Singapura yang berkunjung untuk melihat burung unta disamping menikmati daging burung unta dan juga makan telur burung unta.

Tujuan utama ternakan burung unta di negara kita adalah untuk mendapatkan dagingnya. Tetapi kini permintaan juga terhadap telur, bulu dan kulit merupakan produk sampingan yang utama juga dalam industri ini. Pemerhatian penulis blog juga mendapati sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara. Kalau satu lokasi dianggarkan ada 40 ekor burung unta maka jumlah populasi saya agak sekitar 1,500 ekor. Dalam temubual saya dengan beberapa penternak mereka menyatakan seekor burung untuk dewasa mampu menghasilkan sebanyak 30-35 kg daging. Harga ladang daging burung unta tidak menentu bergantung kepada kuantiti, kualiti dan gred daging tersebut tetapi yang pastii lebih dari RM 25.00 sekilogram. Penulis blog juga suka makan sup daging burung unta yang popular di gerai tepi jalan di Slim River dihodangkan pada makan tengahari dengan keenakannya tersendiri. Kulit burung unta juga sangat berharga untuk dijadikan barangan hiasan, beg tangan, kasut dan lain-lain dimana seekor burung dewasa mampu menghasilkan 1.2 - 1.5 meter persegi kulit. Bulu burung unta juga sesuai dijadikan produk hiasan dan produk kraf dimana seekor burung dewasa mampu menghasilkan sebanyak 1.5 - 1.8 kg bulu. Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama. Walau pun saya hanya 2 kali makan burung unta ketika promosi makan daging unta oleh JPV ketika di Johor dahulu tetapi tidak dapat membezakan sangat daging tersebut dengan daging lembu kerana di masak kari pekat. Memang sedap sekali kerana dapat makan free dan tengah lapar. Kalau daging unta dibakar atai disalai mungkin dapat membuat ujirasa dengan tepat. Saya tanya kepada rakan yang menternak burung unta dimana dia dapat baka burung unta?....Dia kata beli dengan kawan-kawan dan kena tunggu masa lama untuk proses penetasan telur burung unta. Katanya terdapat tiga jenis baka tetapi hanya jenis baka South African Black juga dikenali sebagai burung unta Oudtshoorn yang dia dapat. Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia. Baka ini mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika dibandingkan dengan tiga baka yang lain.

Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan. Selain itu kata rakan saya jenis baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha agak sukar diperolehi. Baka jenis ini sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika dibandingkan dengan African Blacks. Berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah. Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit. Juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg, mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran. Mengenai sifat burung unta walau pun ianya tidak boleh terbang tetapi saya dapati saiz fizikalnya besar dan mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 70 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia. Oleh itu cara untuk menternak burung unta juga memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas yang mana tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan. Sifat-sifat lain yang unik bagi burung unta saya dapati berkenaan sepasang kakinya yang besar yang hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan deria penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari. Cara burung ini dan mekanisma kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung iaitu di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba. Dinegara kita tidak bermasaalah kerana cuaca panas lembab sesuai untuk burung ini hidup sehat.

Pembiakan burung unta saya dapati bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan. Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak akan matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan. Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun. Telur berkenaan boleh di eram dengan secara semulajadi atau melalui alat pengeraman dimana tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari. Istimewa bagaimana seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina dengan nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai. Pengurusan untuk menternak burung unta dikatakan bermula dari peringkat perINDUKan (brooding) dari umur 0 � 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas. Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar). Dalam sistem penternakan burung unta secara intensif lazimnya ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta. Bagi sistem separa intensif saya dapati kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan. Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan dan juga serangga seperti locust (Siput). Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana. Burung unta mempunyai gigi yang sedikit dan lemah tetapi terdapat juga yang langsung tidak mempunyai gigi. Kebanyakannya akan menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut. Burung unta dewasa dianggarkan membawa atau ambil bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka. Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan yang bolus dimana mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna. Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan. Burung ini juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka kerana menyejukkan badan.

Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu atau berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata atau ada juga di tepi mulut dan paruh. Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga yang mencucuk atau mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini. Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green Urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung. Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak burung unta berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine. Penternakan burung unta saya fikir memang boleh dimajukan lagi untuk pengeluaran daging, bulu, kulit serta produk untuk tarikan pelancongan. Beg tangan dan kasut yang dibuat daripada kulit burung unta memang 'class' dan harganya juga memang mahal. Kepada usahawan yang berminat untuk menternak burung unta boleh mendapatkan ilmu dan juga khidmat nasihat daripada Jabatan Verterinar atau pun terus membuat lawatan ke projek ternakan burung untua komersil yang telah establish. Semuga tulisan dalam blog anim agro technology kali ini memberi info terbaik kepada pembaca blog ini. Wasallam!!!... 
BURUNG UNTA...ADA POTENSI....
BADAN BESAR...KUAT BERLARI....
MENTERNAK...DIPAGAR BERDURI....
DAGING DAN TELUR....HASIL DICARI...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Ramadan 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top