MENANAM BROMELIAD mungkin masih agak asing lagi kepada ramai penduduk dinegara ini kerana masih kurang pendedahan. Bomeliad adalah sejenis tumbuhan tropika atau subtropika yang penulis blog juga dulu kurang kenal tidak seperti sekarang. Ia dipercayai berasal daripada Afrika Selatan dan tergolong dalam keluarga yang sama dengan nanas iaitu keluarga Bromeliaceae. Bromeliad sebenarnya dari apa yang saya baca mempunyai lebih daripada 3,000 spesis dan juga 50 genera dengan pelbagai pencirian tumbuhan yang unik dan pelbagai. Bagaimana pun diantara spesis yang paling popular seperti Aechmea, Cryphantus, Neoregelia dan Tilandsia. Tanaman ini boleh didapati diseluruh dunia terutama untuk industri landskap dan hiasan disebebkan ia mempunyai bentuk, warna serta bunga yang menarik (Sila lihat foto diatas). Tanaman bremsliad terbahagi kepada dua iaitu jenis Epifit dan Bukan Epifit. Jenis Epifit lazimnya hidup meliar dengan ia menumpang pada batang dan celah dahan pokok. Akar udara digunakan untuk mendapatkan air, makanan dan udara. Contoh bunga jenis ini adalah spesis Tilandsia. Manakala bromelias jenis bukan epifit adalah tumbuhan yang hidup diatas tanah atau batas yang terdedah sepenohnya kepada cahaya matahari dan kebiasaanya mempunyai duri yang tajam pada daunnya seperti manan pokok buah nanas. Pokok bromeliad ini mudah ditanam dengan oenjagaan yang minima sama ada ia ditanam didalam pasu atau pun boleh ditanam dikawasan berpasir atau berbatu sebagai hiasan. Purata ketinggian bromeliad pula sekitar 0.25 - 1.05 meter dimana pokok ini juga boleh hidup dalam cuaca panas atau sejuk diantara suhu 7 - 38 darjah celsius. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai panduan menanam bromeliad berdasarkan risalah Jabatan Pertanian dan juga pengalaman penulis blog sendiri.
Mengenali bromeliad ini boleh dilihat daripada ciri bahagian daun dan bunganya. Lazimnya apa yang penulis blog lihat bromeliad mempunyai kumpulan daun berbentuk spiral yang dipanggil 'rosette' dengan saiz serta susunan daun mengikut spesis (Sila lihat foto disebelah). Bahagian atas daun seperti bentuk cawan yang mana ia lazimnya menakung air. Duri halus yang terdapat pada atas daun berfungsi untuk penyerapan air dan makanan. Warna daun juga apa yang saya lihat dan teliti adalah berbeza mengikut spesis dan juga kadar cahaya diterima. Lazimnya bunga akan keluar dari bahagian tengah rosette apabila pokok mencapai kematangan iaitu antara 2-3 tahun. Warna bunga lazimnya berbeza mengikut spesis dimana ia juga berbeza mengikut terimaan cahaya. Kebanyakan bunganya berwarna terang dan apabila kembang ia akan bertahan sehingga beberapa bulan dimana akhirnya biji benihnya akan terhasil. Sebahagian spesis seperti Guzmania mempunyai bunga yang bertangkai panjang manakala spesis lain seperti Neoreglia pula hanya mempunyai jambakkan bunga dibahagian tengah rosette. Sesuatu yang amat menarik mengenai bromeliad ini pada pendapat penulis blog anim agro technology adalah KECANTIKAN tumbuhan ini sama ada pada bunga dan warna daunnya. Ada bromeliad yang saya dapati hanya mempunyai satu warna dan ada spesis yang mempunyai banyak warna seperti spesis Neoregelia caroline tricolor yang menarik.
Cara menanam bromeliad memang boleh dilakukan oleh mereka yang ada asas pengetahuan pertanian dan ornamental. Bromelid sebenarnya boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu dari Biji Benih dan melalui Kaedah Tunas. Kalau hendak gunakan biji benih sebaiknya biji tersebut hendaklah direndam didalam air selama 2 jam dan kemudian ia perlu disemai diatas media tanah, pasir atau sekam. Percambahan akan berlaki dimana pertumbuhan awal ini perlu dijaga baik sehingga mencapai peringkat matang. Cara menanam ini lazimnya dilakukan untuk membuat kacukkan dalam menghasilkan bromeliad hibrid. Bagi kaedah pembiakan menggunakan kaedah tunas lazimnya selepas pokok induk mengeluarkan bunga maka tunas kecil akan terhasil dipangkalnya. Anak tunas ini boleh dipisahkan dengan induknya (sama seperti benih sulur nanas) apabila mencapai saiz ukuran 3-5 helai daun atau saiznya setengah dari indiknya. Pengubahan tunas semasa saiznya terlalu kecil menyebabkan tumbesaran terbantut. Media penanaman yang sesuai adalah media yang poros, bersabut dan bebas dari kapor. Gunakan tanah campuran standard dan sebaiknya media tanaman dapat mengalirkan air keluar sebab tanaman ini tidak sesuai kawasan lembab berair. Ada peminat bromeliad yang menanam menggunakan media arang batu. Spesis yang lain seperti Tilandsia pula perlukan medium batang kayu atau pakis untuk ia bergayut.
Amalan agronomi tanaman bremeliad mudah dilakukan. Penggunaan baja cecair adalah disyorkan dengan buat semburan terus keatas tanaman. Ia boleh dilakukan sebulan sekali dengan kadar separuh daripada kadar bancuhan pembajaan biasa. Baja butiran slow release juga sesuai digunakan dibahagian pangkal pokok bagaimana pun elakkan daripada memberi baja berlebihan. Antara jenis perosak yang menyerang bromeliad adalah SIPUT yang berada dipangkal pokok dan memakan daun. Siput juga akan mengotorkan permukaan daun bomeliad terutama pasu yang berhampiran dengan permukaan tanah. Penyekit bromeliad yang penulis blog kenalpasti adalah 'Crown Rot' atau reput jambul yang berpunca dari penyiraman dengan air yang berlebihan atau sistem saliran kurang baik. Bromeliad memerlukan cahaya yang terang tetapi bergantung kepada spesis. Sebaiknya jika ada 70% cahaya metahari amat memadai bagi banyak spesis. Jika cahaya berkurang menyebabkan saiz daun menjadi lebih panjang tetapi berikan warna yang lebih pudar. Kadang kala bila kurang cahaya warna daunnya menjadi kurang menarik (Sila lihat foto disebelah). Jika terlalu panas pula menyebabkan pokok tersebut akan rosak akibat kesan terbakar atau melecur.
Penyiraman sangat penting dijaga selalu. media tanaman yang ditanam bremeliad perlu dibasahkan dalam keadaan sederhanabasah dengan kekerapan bergantung kepada keadaan media. Penulis blog nasihatkan agar pastikan media telah kering dahulu sebelum membuat penyiraman berikutnya. Pastikan air tidak perlu bertakung dibahagian tengah bromeliad Kaedah semburan kabus (mist spraying) mampu mengelakkan air bertakung dan daun menjadi cukup basah. Kelembapan media tanaman berterusan boleh menyebabkan bromeliad akan akar menjadi reput. Tanaman bremeliad sangat sensitif dengan suhu, cahaya matahari dan kelembapan dimana kesemuanya ini akan mengubah warna daun dan bunga mengikut spesis atau spesis yang sama. Biasanya utuk mendapat warna daun yang lebih bersinar boleh juga daun tersebut dicuci dengan air yang dicampur dengan sedikit air sabun dan kemudian dilap dengan kain lembut atau span perlahan-lahan. Daun yang tua boleh di buang dengan menggunakan gunting atau pisau sehingga keparas daun. Bila dikemas maka pokok bromeliad akan kelihatan menarik. Penggunaan magnesium sulfat serta pendedahan kepada gas etilina boleh membantu bunga bromelias berkembang. Ia sama dengan memberikan hormon kepada pokok nanas untuk berbuah. Bromeliad hanya berbunga sekali saja (sama pokok nanas) dan pembungaan berikutnya berlaku pada tunas lain yang tumbuh. Apabila tunas sudah jadi besar makan pokok asal boleh dibuang. Kutip tunas-tunas ini dan dipindahkan kepasu lain sebagi pokok bromeliad baru. Pada penulis blog secara umumnya tanaman bromeliad adalah sejenis tanaman yang mudah diuruskan dengan penjagaan yang minima dimana serangan musuh dan penyakit amat sedikit. Pelbagai varieti yang menarik dan cantik boleh disusun sama ada didalam atau pun diluar bangunan. Ia merupakan satu tanaman yang berpotensi untuk diusahakan di negara kita sebagi sumber kekayaan baru. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM BROMELIAD... IA ADA CARANYA...
BENIH DIKUTIP....DARI POKOK INDUKNYA...
DIBERI BAJA...IA PERLU DISELENGGARA...
DILIHAT CANTIK... LIHAT HATI GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru Uda,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan