Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
ARTIKEL KE 5,000 dalam blog Anim Agro Technology ditulis pada 12 Disember 2018 (12/12/18) setelah lebih 10 tahun saya bergiat aktif sebagai bloggers pertanian. Blog Anim Agro Technology kali pertama di posting pada 5 Julai 2009 dengan tajuk pertama 'Agro Tunnelling the World' yang mengisahkan pengalaman penulis blog bagaimana penulis masuk Underground Tunnel DMZ Korea di Paju-Si, Korea, Terowong Vietcong di Vietnam, Terowong Pyramid Giza di Mesir, English Channel (London-Paris) dan beberapa lagi underground tunnel laluan Metro di Eropah. Saya juga menpunyai blog pertanian lain dalam bahasa Inggeris iaitu ''Anim Agriculture Technology" dengan domain lain iaitu animagro.blogspot.com. Artikel pertama ini juga paparkan mengenai pencapaian inovasi penulis blog yang berjaya iaitu Inovasi Alat Pembalut Putik Cempedak (APC-2) dan juga Inovasi Alat Periskop Burung Pungguk Jelapang Padi. Artikel kedua pula mengenai projek TKPM Sekijang diikuti dengan artikel ke tiga yang berkaitan dengan  contoh penyediaan Pelan Bisnes Perniagaan (Business Plan). Semain banyak menulis telah membolehkan saya menjadi lebih 'passionate' dalam usaha untuk terlibat dalam dunia mengembangkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang teknikal pertanian setiap hari. Jika ada masa terluang sedikit pun maka saya akan membaca banyak buku-buku rujukan, risalah-risalah, laporan-laporan dan pelbagai sumber lain termasuk sumber di internet dalam dunia cyber untuk mengumpulkan maklumat. Kunjungan ke perpustakaan dan membaca akhbar juga satu kaedah untuk mengumpulkan maklumat dan kemudian ianya digabungkan untuk dijadikan artikel. Selain itu penulis blog juga amat suka mengambil foto ketika membuat tinjauan dikawasan projek pertanian dalam pelbagai sektor dan dikumpulkan untuk dijadikan bahan rujukkan. Sehingga hari ini tidak kurang daripada 35,000 foto yang penulis paparkan dalam blog ini dimana ia ada didalam simpanan admin domain animhosnan.blogspot. Semua foto ini mudah diakses melalui search engine google, yahoo dan Bing sebagainya dimana aya memang mengenalinya. Masa untuk menulis artikel paling aktif adalah diwaktu malam, lepas subuh dan juga pada hari kelepasan am hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Artikel ini adalah artikel ke 5,000 yang saya tulis pada hari ini dan merupakan satu sasaran yang realistik dicapai sebagai aktivis dalam mengembangkan ilmu pertanian kepada jutaan pembaca diseluruh dunia. Artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya ucapan kesyukuran kepada Allah swt kerana memberikan saya kesempatan menulis kecerdasan berkarya tujuan untuk memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca untuk dimanafaatkan. 


Sehingga artikel ini ditulis jam 5.05 pagi seramai 16.271 juta orang telah membuat akses kepada blog ''Anim Agro Technology'' iaitu pencapaian terus melalui domain utama animhosnan.blogspot.com. blogspot.com walau pun banyak artikel saya di baca melalui bloggers lain dan mungkin yang diciplak untuk ditulis semula. Purata pembaca harian yang akses diantara 9,000 - 17,000 orang sehari dimana pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan masa cuti sekolah adalah rendah sementara pada hari kerja ianya adalah tinggi. Pada masa ini tidak ramai folowers bagi blog ini iaitu cuma 1,769 sahaja walau pun ikon untuk folowers ini tidak penting untuk penulis blog melihatnya. Terdapat banyak bloggers yang kongsi info dari blog ini diantaranya seperti tranungkita.blogspot, tanjungagro.blogspot, academia.edu dan beberapa lagi (Sila lihat foto dibawah). Sebenarnya banyak tulisan-tulisan saya dikunjungi melalui bloggers lain terutama di Indonesia yang berjuta-juta ramai untuk akses.

Dalam menganalisa tajuk-tajuk yang banyak diakses oleh pengguna didapati artikel paling popular adalah artikel yang bertajuk "Kelapa - Menanam Matag dan Kelapa Pandan" iaitu diakses sebanyak 69,438 pengunjung yang ditulis artikel ini pada 28 Januari 2015 (Sudah 3 tahun). Ini diikuti dengan artkel bertajuk "Cili Padi - Senang Tanamnya" dengan jumlah capaian seramai 39,837 yang diterbitkan pada 9 Januari 2016 dan ketiga adalah artikel bertajuk "Durian Musang King - 30 bulan berbuah" iaitu seamai 34,999 (hanya 2 tahun sahaja). Ini menunjukkan tajuk yang 'catchy' seperti ini boleh menarik ramai orang untuk membacanya. Artikel ke 4 yang popular dibaca adalah artikel bertajuk "Racun Rumpai" yang ditulis pada 4 September 2010 dengan seramai 19,260 orang mengakses dan artikel ke lima bertajuk "Ayam Kampong - Cara Ternakan" yang ditulis pada 6 Jun 2014 dan dibaca seramai 17,852 orang. Walau pun begitu begitu kini tedapat beberapa tajuk baru semakin ramai diakses.


Apa yang lebih menarik adalah siapakah yang ramai mengakses blog teknologi pertanian dalam bahasa Malaysia ini?. Rajah daripada Alexa.com diatas menunjukkan dimana 91.1% pembaca blog ini adalah daripada rakyat Malaysia sendiri dimana Alexa meletakkan blog anim agro technology pada kedudukan ranking ke 2,336 di Malaysia. Seterusnya di seramai 3.0% adalah pembaca daripada Brunei dengan kedudukan ranking blog ini di Brunei pada rangking ke 2,109 (mungkin tidak banyak blogger di Brunei). Bagaimana pun pada kedudukan ke 3 mengakses adalan orang Indonesia dengan peratusan sebanyak 2.6% dengan kedudukan ranking blog anim agro Technology di Indonesia adalah kedudukan ke 82,393 daripada berjuta blog. Kedudukan ranking ini akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan.


Bagaimana pun daripada statistic google, rajah diatas ada menunjukkan dimana jumlah pageviewer bagi blog ini masih dilihat didominasi oleh rakayat Malaysia dengan jumlah seramai 13.76 juta diikuti dengan negara United States (843,155) dan ke tiga adalah Indonesia (seramai 624,278). Seterusnya adalah dari negara Singapura (153,739), negara India (97,140) dan negara Brunei (tempat ke 6 seramai 86,031). Apa yang unik dimana seramai 81,457 orang adalah dari Rusia, 37,909 daripada Sepanyol, 20,981 daripada Jerman dan 19,321 adalah daripada Ukraine. Bagaimanakah orang Eropah membut akses blog yang ditulis dalam bahasa Malaysia ini amat agak menghairankan penulis blog. Apa yang saya faham adalah dimana mereka boleh membuat ''google translate'' untuk membaca didalam bahasa mereka.


Berbalik saya kepada data trafik kepada 1.0 juta domain blog hebat ranking teratas yang terdapat di dunia dimana telah dilaporkan sebanyak lebih dari 205,310 domain adalah domain yang menggunakan .my (Malaysia). Global Rank telah mencatitkan dimana ada sebanyak 1,486 domains dengan menggunakan .my yang tersenarai didalam analisa tersebut berada di Malaysia. Ia juga menunjukkan ranking kehebatan domain di Malaysia dimana saya ada paparkan pada 12/12/2018 senarai domain teratas adalah tidak lain tidak bukan Lazada.com.my diikuti dengan google.com.my dan yang ketiga adalah maybank2u.com.my. Seterusnya adalah domain moe, mudah, malaysia-fashion, cimbcliks, shopee, 11streets dan ke 10 adalah thestar (Sila lihat rajah diatas). Memang kita tidak boleh nafikan dimana domain Lazada.com telah menjadi top ranking setelah kempen jualan mega pada 11.11.2018 dengan promosi yang sangat hebat. Lazada menawarkan pelbagai jualan produk on-line yang terbesar di Malaysia dengan pelbagai promosi dilakukan.

Bagaimana pula ranking atau kedudukan blog anim agro technology di Malaysia dan didunia?. Walau pun perkara ini tidak memberi apa-apa kesan kepada penulis blog yang hanya hendak memberikan ilmu pengetahuan percuma kepada pembaca dengan niat sedekah akan tetapi ianya juga 'make sense'. Rajah diatas dengan jelas menunjukkan pada 12/12/2018 kedudukan blog anim agro technology berada pada ranking ke 604 di Malaysia dan pada ranking ke 360,787 diseluruh dunia mengikut Global Rank. Rajah diatas menunjukkan mosti.gov.my pada kedudukan ke 601, mpspk.gov.my pada kedudukan ke 602, pnm.gov.my pada kedudukan ke 603 dan cosway.com.my pada kedudukan ke 605 (iaitu satu tangga kedudukkannya dibawah domain animhosnan.blogspot.com). Saya berharap selepas usaha penulisan artikel ke 5,000 ini saya akan mampu untuk dapat meneruskan penulisan sehingga ke 10,000 akan datang (mungkin 10 tahun lagi). Adalah dipohon dengan berkat doa semua yang mengakses, rakan taulan dan followers semuga dikurniakan oleh Allah swt kepada saya agar dapat dikuatkan minda, diberikan kelapangan dan lebih banyak lagi idea baru untuk dikongsi bersama anda dalam blog ini. Amin!!!...




MENULIS ARTIKEL... SEPANJANG MASA...
CAPAI 5,000 ARTIKEL... ITU JUMLAHNYA...
PELBAGAI TEKNOLOGI... BOLEH DIBACA...
TAJAMKAN FIKIRAN..TERUS BERKARYA...
BANYAK MENULIS... TAMBAHKAN IDEA...
DIPOHONKAN DOA... DARIPADA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11. Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(12 Disember 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top