KOPI VIETNAM merupakan satu industri yang sagat popular dinegara tersebut. KOPI (Coffea spp) merupakan sejenis tanaman minuman dari keluarga Rubiaceae yang telah lama digunakan diseluruh dunia sebagai sejenis bahan minuman. Kandungan caffein dalam serbuk kopi memberikan nilai kopi tersendiri kepada peminat minuman berasaskan kopi selain daripada aromanya yang kuat. Terdapat berpuloh varieti kopi diseluruh dunia tetapi tiga jenis yang popular ditanam adalah Coffea arabica, Coffea robusta dan Coffea liberica. Dari kajian yang saya buat mendapati jumlah pengeluaran kopi di negara-negara ASEAN adalah sebanyak 153,268 metrik tan pada tahun 2013 yang merupakan 26% daripada jumlah pengeluaran kopi dunia. Negara yang aktif mengeluarkan kopi adalah Indonesia, Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Jumlah ekspot kopi diari negara ASEAN sekitar 36,480 ribu 60 kilogram beg yang merupakan sebanyak 32% daripada jumlah ekspot kopi dunia. Penggunaan kopi pula adalah sebanyak 11,000 ribu-60 kg bag atau hanya sekitar 7.5% daripada jumlah penggunaan dunia. Antara beberapa cabaran industri penanaman kopi di ASEAn adalah kawasan penanaman kopi semaki terhadi, produktiviti yang menurun akibat pokok sudah tua, kos pengeluaran yang meningkat, industria hiliran yang kompleks dan masaalah harga kopi di pasaran. Permintaan terhadap biji kopi dan produk kopi semakin meningkat dipasaran utama seperti di USA, Jepun dan EU. Vietnam merupakan antara negara yang aktif menanam kopi dengan keluasan sekitar 550,000 hektar yang mana sebanyak 93% dari jenis robusta dan hanta 7% jenis arabica.Kawasan utama penanaman kopi di Bahagian barat Vietnam seperi di Daklak, Daknong, Lam Dong, Gia Lai dan Kotum dan kawasan dipergunungan utara Vietnam. Purata pengeluaran kopi di Vietnam sekitar 1.2 - 1.4 juta metrik tan setahun dimana 90% daripadanya adalah untuk pasaran ekspot. Nilai pasaran kopi mereka sebanyak RM9.9 billion merangkumi pelbagai produk daripada biji kopi, ground cofee, roasted cofee, green coffee dan instant coffee. Pasaran eskpot utama dari negara ini seperti USA, Russia, China, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun. Kawasan di pergunungan Daklak merupakan kawasan tumpuan utama penanaman kopi di Vietnam dengan jeis kopi arabica dan robusta yang merupakan satu indusri terhebat di negara ini. Artikel subuh kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa isu keburuhkan kopi Vietnm yang didakwa didalam akhbar tempatan di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Dalam artikel dilaporkan KOMPAS di negara jiran dikatakan seorang mangsa bernama Wayan Mirna Salimin alias Mirna berumur 27 tahun telah meninggal setelah minum kopi. Mirna minum satu gelas kopi Vietnam di sebuah kafe di Grand Indonesia. Kopi Vietnam pun jadi topik perbincangan hangat di negara tersebut bila dilaporkan Kompas. Minuman kopi kini popular yang biasa dinikmati dalam keadaan dingin ini berasal dari Vietnam, dikenal dengan nama Ca phe sua da. Kopi ini dibuat dengan cara menyeduh, lalu dicampur dengan ais dan susu kental manis. Anda juga boleh menikmati kopi Vietnam panas, tanpa ais disebut Ca phe sua nong. Dalam proses pembuatannya, kopi Vietnam menggunakan lebih banyak biji kopi yang digiling. Jadi memerlukan waktu lebih lama dibandingkan dengan proses penyeduhan kopi pada umumnya. Bagi membuat secangkir kopi Vietnam maka anda memerlukan alat penyeduh kopi yang terbuat dari baja tahan karat. Alat ini bernama Phin dimana bentuknya seperti topi pesulap. Dilokasi lain di Ineedcoffee, untuk membuat ais kopi Vietnam Anda memerlukan alat dan bahan seperti bahan Penyeduh kopi (phin), Kopi Giling, Susu kental manis, Sudu, Gelas kaca atau cangkir dan air batu. Cara untuk anda membuatnya dengan memasukkan sekitar 2 sudu makan susu kental manis atau sesuai selera anda ke dalam gelas. Biasanya satu perempat atau setengah tinggi gelas. Kemudian dimasukkan 2 sudu teh kopi ke dalam saringan, lalu aduk sebentar. Tambahkan sedikit saja air panas. Hanya untuk membasahi kopi. Bubuh saringan di atas gelas kaca atau cangkir dan tuangkan air panas sedikit demi sedikit secara perlahan. Tuangkan dulu setengah wadah. Biarkan bubuk kopi dan air terserap ke dalamnya. Lalu tutup wadah. Ia perlu di tunggu selama 3-5 minit, sampai titisan kopi tertuang ke dalam gelas. Untuk menimbulkan aroma kopi yang kuat, sebaiknya anda menunggu lebih lama lagi. Jika tidak ada lagi titisan kopi, singkirkan penyaring. Aduk rata. Anda bisa menambahkan es batu atau langsung menyeduh kopi Vietnam buatan sendiri. Pakar kopi Adi W Taroepratjeka menjelaskan kepada Antara, kopi Vietnam yang pada dasarnya berjenis Robusta memiliki kadar kafein lebih tinggi dibandingkan Arabika. Seperti laporan yang ditulis dari laman Theroasterspack, biji kopi Robusta memiliki kandungan kafein 2.%. Hampir dua kali lipat dari biji kopi Arabika yang mengandung 1,.% kafein. Kafein dalam kopi Robusta menimbulkan rasa getir yang membuatnya kurang sedap. Berbeza dengan kopi Arabika yang rasanya lebih manis, mirip coklat. Selain soal rasa, menyesap terlalu banyak kopi berkafein juga punya efek samping. Dilansir Inc, sulit tidur, mudah berhalusinasi, perubahan tekanan darah dan detak jatung dan gangguan penyerapan mineral dan nutrisi yang dibutuhkan tubuh adalah beberapa di antaranya. Oleh sebab itu sebaiknya mengetahui berapa banyak kopi yang boleh dimunim dalam satu hari. CNN Indonesia mendakwa dimana batasan maksima minum kopi adalah empat gelas dalam satu hari.
Dalam artikel lain yang bertajuk ''Kopi dicampur serbuk bateri terpakai, abu batu-bata'' dilaporkan sebuah syarikat pengeluar kopi di wilayah Dak Nong, Vietnam diserbu pihak berkuasa susulan didakwa menghasilkan serbuk kopi daripada bahan berbahaya. Laporan daripada Dak Non, Vietnam menyatakan sebuah syarikat pengeluar kopi di wilayah Dak Nong Vietnam telah diserbu pihak berkuasa susulan didakwa menghasilkan serbuk kopi daripada bahan berbahaya seperti bateri terpakai dan juga sampah sarap dan abu batu-bata (Sila lihat foto disebelah). Portal berita Tuoi Tre telah melaporkan polis dan jabatan keselamatan makanan melakukan serbuan ke sebuah kilang pemprosesan kopi terbabit awal minggu ini selepas mereka menerima laporan daripada penduduk setempat. Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 35 kg serbuk hitam yang dipercayai daripada bateri terpakai, selain cecair hitam seberat 10 kg. Pemilik memberitahu kesemua material itu dicampur dengan biji kopi yang tidak digunakan kilang-kilang besar untuk diproses bersama dan dikeluarkan sebagai satu jenama kopi. Jenama itu bagaimanapun tidak didedahkan pihak berkuasa. Pemilik perusahaan itu, Nguyen Thi Loan, apabila diosoal siasat oleh polis juga mengaku bahawa dia membeli kulit dan bijian kopi dari tempat lain pada harga diskaun. Kilangnya akan mencampurkan bahan itu dengan material lain seperti abu batu dan tanah sebelum mereka mewarnakan produk itu dengan warha hitam yang diperoleh daripada kandungan dalam bateri. Kilang yang mna dimiliki sekeluarga itu telah beroperasi bertahun lamanya, dan tahun ini sahaja, ia telah berjaya menjual lebih 3 tan kopi. Seorang profesor di Vietnam National University memaklumkan bahan hitam yang didapati daripada bateri itu adalah bahan kimia toksik yang dipanggil manganese dioksida. Manganese dioksida adalah sebatian oksidan dan sejumlah 0.5 miligram yang dicampur dalam satu liter air sudah cukup untuk menyebabkan keracunan pada manusia. Keracunan akan menyebabkan halusinasi sebelum merosakkan organ seperti otak dan buah pinggang dan seterusnya membawa kepada kematian.
Dalam laporan media lain bertajuk ''Kilang Kopi Di Vietnam Kantoi Campurkan Bahan Kotor Dan Cecair Bateri Ke Dalam Produk'' amat mengejutkan penulis blog. Pemilik kopi berkenaan mengaku telah melakukan perkara tersebut untuk mendapatkan keuntungan lebih. Perniagaan yang telah dijalankan oleh sebuah keluarga di Vietnam telah ditangkap kerana didapati menghasilkan kopi murah dan kotor. Kopi tersebut telah diperbuat dari bateri, habuk serta bahan-bahan berbahaya yang lain. Setelah menerima beberapa aduan dari penduduk setempat yang dikatakan melihat aktiviti mencurigakan di kawasan itu, pihak polis telah menyerbu kilang tersebut yang terletak di wilayah Dak Nong pada petang Isnin. Dalam serbuan tersebut, polis menemui 35 kilogram bateri hancur disimpan di dalam dua bekas, sebuah kontena cecair hitam seberat 10 kilogram, dan 12 tan kopi kotor telah tersedia untuk dihantar.? Pemiliknya, Nguyen Thi Loan memberitahu pihak polis bahawa beliau akan membeli biji kopi yang ditolak dengan harga rendah. Mereka kemudiannya akan mencampurkan serbuk kopi tersebut dengan bahan kotoran, habuk, batu serta campuran pewarna hitam dan bahan bateri ke dalam produk kopi yang bakal dijual itu. Keracunan bahan kimia ini dikatakan boleh menyebabkan kerosakan otak selepas pendedahan yang berpanjangan. Cara mereka melakukannya adalah dengan menghancurkan bateri sehingga menjadi serpihan untuk diproses menjadi serbuk. Manakala serbuk yang diekstrak dari bateri akan dimasukkan ke dalam air dan akan menghasilkan cecair hitam yang boleh digunakan untuk memperhaluskan bijian kopi sebelum dipanggang dan dibungkus untuk dijual. Menurut Tuoi Tre News, pengakuan oleh pemilik dan bukti yang dijumpai oleh pihak polis masih tidak mengumpul bukti yang cukup untuk mendakwa bahawa kopi tersebut dijual untuk makanan dan minuman. Perniagaan itu dikatakan telah beroperasi sejak tahun 2016 dan pada awal tahun ini mereka telah berjaya membekalkan kira-kira 2,700 kilogram kopi dan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pemiliknya, Tuoi Tre News juga melaporkan bahawa polis masih mencari bukti yang cukup untuk menentukan bahawa kopi telah dijual serta tujuan disebaliknya. Dalam pada itu, pengguna di Vietnam ingin menuntut keadilan bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan kotor ini. Buat masa ini mungkin anda perlu hentikan pembelian kopi yang diperbuat dari Vietnam untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Dalam satu laporan media lain bertajuk ''Kandungan kafein kopi Vietnam tinggi'' juga penulis blog telah tertarik membacanya. Media ANTARA News di
Jakarta melaprokan dimana kini Kopi Vietnam menjadi hangat untuk mereka membincangkan akhir-akhir ini kerana ada kes kematian Wayan Mirna Salimin alias Mirna (27) setelah meminum kopi Ais Vietnamens di salah satu restauran di Jakarta Pusat. Pakar kopi Adi W Taroepratjeka mengatakan bahwa kadar kafein pada kopi Vietnam yang pada dasarnya berjenis Robusta adalah lebih tinggi dibanding Arabika. "Kadar kafein Robusta lebih tinggi dari Arabika, tapi paling dampaknya deg-deg-an atau mual karena tubuh mencoba memberi tahu asupan kafein sudah berlebih," kata dia kepada ANTARA News, Minggu. Kini ada permasaalahan dimana kopi robusta manis dan dingin dimana ramai orang ramai meminumnya. Sementara itu, semasat dihubungi ANTARA News, Pakar Jantung RS Bunda dikenali dengan nama Dr. Dicky Armein Hanafy juga membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa kafein sendiri merupakan sebuah stimulan. "Berbeza orang yang merasakannya ia tergantung pada kepekaan setiap individu," ujarnya. Untuk lebih lanjut, melalui pesan singkat (SMS) pakar Jantung Pusat Jantung Nasional Harapan Kita iaitu Dr. Siska S. Danny, SpJP ada menyebutkan bahwa kopi dapat menginduksi gangguan irama jantung, namun perkara tersebut jarang sekali ditemui. Pada kes yang sangat jarang berlaku adalah dimana minum kopi mungkin menginduksi gangguan irama jantung atau aritmia, namun umumnya aritmia ringan dan tidak menyebabkan kematian," ungkap dia. Seperti kebanyakkan kopi, Kopi Vietnam dapat dinikmati baik panas maupun dingin. Kalori pada kopi pun tergantung pada cara penikmat kopi menegak kopi mereka. "Kadang dengan tambahan gula dan mentega seperti di Aceh atau Singapura, diseduh dengan alat Vietnam drip di atas ais. Boleh diminum dengan susu kental manis atau air gula," kata Adi. Berbeza jumlah kalori kerana susu kental manisnya banyak sekali. Tapi kalau dibandingkan sama kopi Sanger-nya Aceh sih sebelas dua belas.
Laporan terakhir mengenai kopi Vietnam bertajuk ''Awas, Jangan Minum Kopi Kalau Belum Makan, Bisa Bahaya'' dimana ia dilaporkan oleh media iaitu Tribunsemsel.com. Laporan Wartawan oleh Linda Trisnawati dari Pelembang ini menyatakan mengambik minuman kopi tidak berbahaya asal tidak berlebihan dan dalam keadaan sudah makan atau sudah mengambil makanan. Perkara tersebut perlu diperhatikan sebab kopi mempunyai tingkat kemasaman yang cukup tinggi dimana ia bergantung dari jenis kopinya. Supervisor Liberica di Palembang Icon Mall, Agus Cik mengatakan dimana untuk mengkonsumsi kopi sebaiknya dalam keadaan sehat, perut tidak boleh kosong. Dan dikonsumsi secara tidak berlebihan. Mengkonsumsi kopi sebaiknya paling banyak dua sampai tiga gelas saja per hari. Di Liberica ada kopi Vietnam, nama Vietnam tersebut karena dari alatnya yang berasal dari Vietnam dan dibuat oleh orang Vietnam. Untuk kopinya sendiri sesuai selera, kalau disini kita pakek pure Arabica. Jadi dalam satu alat pembuat kopi yang dari Vietnam kita masukan 12 gram pure Arabica dan diberi sedikit air serta ditambhakan susu kental manis," ujarnya. Dengan kaedah penambahan susu tersebut otomatis keasamannya sudah berkurang, sehingga aman dikonsumsi. Untuk rasanya tidak berbeda jauh dengam kopi susu pada umunya, hanya memang proses pembuatanya yang berbeza iaitu mereka menggunakan coffee drip dari Vietnam. Untuk harga secangkir kopi Vietnam tersebut Rp 26 ribu untuk yang hot dan Rp 27 ribu untuk yang ais (Sila lihat foto disebelah). Artikel ini telah tayang di Tribunsumsel.com dengan judul Awas, Jangan Minum Kopi Kalau Belum Makan, Bisa Bahaya, http://sumsel.tribunnews.com/ 2016/01/11/awas-jangan-minum-kopi-kalau-belum-makan-bisa-bahaya. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KOPI VIETNAM... BANYAK JENISNYA...
MINUM KOPI.. AMALAN BIASA DISANA...
AWAS KOPI CAMPURAN.... MERBAHAYA...
PERLU DI TELITI... SEMASA MEMBELINYA....
B,
M Anem,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1440H).
Catat Ulasan