Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
SABUN adalah bahan yang digunakan untuk mencuci dan juga mengemulsi iaitu terdiri dari dua komponen utama yaitu asid lemak dengan rantai Karbon C16 dan Sodium atau potasium. Sabun merupakan pembersih yang dibuat dengan tindakbalas kimia diantara kalium atau natrium dengan asid lemak dari minyak tumbuhan atau lemak haiwan. Sabun yang dibuat dengan NaOH dikenali dengan sabun yang kuat (keras) manakla sabun yang dibuat dengan KOH dikenali sebagaidengan sabun lembut (lunak). Sabun dibuat dengan dua cara iaitu melalui proses ''saponifikasi'' dan proses ''neutralisasi'' minyak. Proses saponifikasi minyak akan memperoleh produk sampingan iaitu gliserol, sedangkan proses netralisasi tidak akan memperoleh Gliserol. Proses saponifikasi terjadi jika berlaku reaksi diantara triglyceride dengan alkali dimana proses neutralisasi terjadi kerana reaksi asid lemak bebas dengan alkali. Sabun memang produk yang terkenal dan sangat penting sebagai bahan untuk menurunkan tahap tegangan permukaan kerana sabun merupakan salah satu jenis surfaktan. Sabun asid lemak sangat baik menghilangkan kotoran (tanah) dan sangat baik menhilangkan minyak pada proses pencucian. Sabun juga merupakan pembersih yang dibuat dengan tindakbalas kimia diantara bahan natrium atau kalium dengan asid lemak dari minyak sawit atau lemak haiwan. Kini terdapat banyak produk sabun yang ditambahkan dengan bahan pewangi atau antiseptik. Alkali bebas adalah alkali dalam sabun yang tidak terikat sebagai bahan asas sabun. Kelebihan alkali didalam sabun mandi tidak boleh melebihi 0.10 % untuk sabun natrium dan 0.14 % untuk KOH. Perkara ini adalah disebabkan dimana alkali mempunyai sifat yang kuat dan dapat mengakibatkan iritasi pada kulit. Kelebihan alkali bebas pada sabun adalah disebabkan berlaku konsentrasi alkali yang tinggi (pekat) atau berlebihan semasa proses penyabunan. Sabun dengan kadar alkali yang lebih tinggi biasanya digolongkan ke dalam sabun pencuci. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai sabun khususnya sabun dari minyak sawit seperti dilaporkan oleh banyak pihak.


Terkini di Malaysia telah ada "Sabun Minyak Sawit" seperti dilaporkan media My Metro untuk penulis blog membuat rujukan dan paprkan semula. Terkini satu produk berjenama Mahkota itu hasil penyelidikan kumpulan penyelidik MPOB yang menghasilkan bahan cucian aktif daripada minyak sawit (Sila lihat foto disebelah). Di Malaysia kini sebanyak RM67.6 bilion dicatatkan industri sawit negara pada 2016 dan ia sekali gus meletakkannya antara penyumbang utama bagi sektor eksport selepas petroleum dan elektronikPerkembangan dan kemajuan industri berkenaan yang diterajui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu juga terus meningkatkan pertumbuhan industri sawit negara selain turut dapat dia membangunkan sektor hiliran sawit bagi pengeluaran produk tambah nilai. Terbaru adalah hasil penyelidikan MPOB melalui Pusat Kemajuan Oleokimia (AOTD) berjaya mencipta formulasi bahan pencuci pakaian mesra alam berasaskan sawit. Dilancarkan pada Julai lalu dimana produk berjenama Mahkota itu dihasilkan melalui penyelidikan yang diketuai Pegawai Penyelidik Zulina Abd Maurad. Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Kushairi Din berkata, cecair pencuci pakaian berasaskan minyak sawit itu mempunyai pelbagai ciri istimewa termasuk mempunyai kuasa cucian aktif dan membersih dengan lebih baik, serta mesra alam kerana lebih mudah terurai secara biologi (biodegrasi). HASIL penyelidikan diketuai Pegawai Penyelidik Zulina Abd Maurad itu mula dikomersialkan sejak Julai lalu.


Pada masa ini penggunaan minyak sawit adalah alternatif terbaik kepada bahan kimia fosfat dan petroleum yang sinonim dengan penghasilan cecair pencuci. Menerusi dari penyelidikan ini oleh kumpulan penyelidik berjaya mengubah bahan mentah minyak sawit kepada �esther� dan kemudian kepada �sulphonated methyl esther� yang lebih lembut untuk kulit manusia. Bahan aktif yang terhasil daripada minyak sawit juga menjimatkan kos menjadikan harga produk dapat dipasarkan 25 peratus lebih murah. Produk yang dikilangkan di Kuantan, Pahang itu sudah menembusi pasaran Semenanjung Malaysia dan turut dipasarkan di pasar raya besar Tesco. MPOB turut fokus pada strategi serampang tiga mata bagi memacu pertumbuhan industri sawit negara yang berdaya saing dan mampan. MPOB juga melaksanakan strategi serampang tiga mata iaitu Strategi Pendapatan Tinggi, Strategi Pembangunan Mampan dan Strategi Tambah Nilai. Sejajar transformasi nasional, MPOB turut merangka khas yang meliputi strategi penyelidikan bagi meningkatkan daya saing dan sumbangan industri sawit kepada pembangunan ekonomi negara. Disamping itu ia turut menggalakkan peningkatan nilai eksport bagi memberi manfaat kepada kesejahteraan pekebun kecil. Untuk rekod, lebih 600 teknologi membabitkan semua aspek sawit ditawarkan kepada pihak industri dan usahawan tempatan bagi pengkomersialan.


Pada masa ini penggunaan minyak sawit dalam penghasilan cecair pencuci pakaian adalah alternatif yang dapat menjimatkan kos selain mesra alam. Pencapaian MPOB dalam bidang penyelidikan berjaya menghasilkan teknologi baru dan inovasi yang dapat memanfaatkan pihak industri serta pekebun kecil. Ini bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti industri. Pembangunan produk dan formulasi baru juga dapat meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam sektor makanan dan bukan makanan menerusi hasil kajian dijalankan sejak 30 tahun lalu (Sila anda melihat foto disebelah). MPOB nyatakan mereka menerima permohonan berjumlah RM1.6 juta untuk Skim Insentif Mekanisasi Industri Minyak Sawit (OPIMIS). Permohonan yang diterima adalah merangkumi 19 peratus pembelian mesin Cantas Elektrik dan 81 peratus lagi untuk jentera ladang serta peralatan mekanisasi. Sehingga kini sebanyak RM1.4 juta permohonan insentif sudah diluluskan dan RM900,000 sudah dibayar kepada pembeli manakala RM500,000 masih dalam proses pembayaran.


Dalam artikel media lain bertajuk "Sabun gabungan dua minyak" juga ,marik minat penulis blog untuk membincangkannya. Apa yang dikatakan adalah kelapa sawit memang merupakan antara bahan penting untuk menghasilkan minyak makan dan bahan bakar diesel (biodiesel). Tetapi bukan itu sahaja sebab minyak yang terhasil daripada biji kelapa sawit yang mempunyai kandungan vitamin dan antioksidan yang tinggi itu dapat melindungi kulit, sekaligus membantu memperbaiki kerosakan kulit. Melihat kebaikan yang ada pada minyak biji kelapa sawit, membuatkan Pengasas Hunalights Enterprise En Izzat Roslan tampil dengan idea untuk mengeluarkan inovasi pertama dan yang menggabungkan minyak biji kelapa sawit dan minyak kelapa untuk kesihatan kulit dimana akhirnya ia menghasilkan sabun dikenali sebagai Huna Glowing BarSabun itu juga biasa dicampur dengan ekstrak hijau bermutu untuk menjadikan ia berkualiti tinggi. Ramai orang nak kelihatan cantik akan tetapi tidak ramai yang terfikir untuk mendapatkan kulit yang sihat. Ia membuatkan saya terfikir untuk mengeluarkan produk yang boleh mencantikkan dan menyihatkan kulit. Idea untuk menghasilkan sabun itu tercetus pada Mei tahun lalu, apabila Izzat menjadi stokis kepada satu jenama produk kecantikan.  Namun, dalam rangkaian produk kecantikan yang dijual itu tidak ada sabun. Jadi saya terfikir untuk membuat sabun kerana semua orang mencuci muka, tidak kiralah sama ada lelaki, mahupun wanita, tanpa mengira usia. Bermula dari situ maka dia pun mula membuat kajian dan mencari maklumat di internet tentang bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan sabun ini dan mengkaji apa lagi yang tidak ada di pasaran tempatan ketika itu.


Dakwanya lagi sebanyak RM15,000 dibelanjakan untuk menjalankan pembangunan dan penyelidikan (RnD) bagi menghasilkan sabun Huna Glowing Bar. Pertama kali ketika menjalankan RnD sabun tersebut di cuba pada kulit muka hasilnya kulitnya menjadi kering. Bagaimana pun untuk keli ke1 dimana dari segi tekstur sudah baik tetapi warnanya pula tidak menarik. Akhirnya dengan menambah rumpai laut yang baik untuk dildakwa dapat mengurangkan masalah selulit. Kini hasilnya telah dilihat iaitu ia menepati kehendak ramai. Sebenarnya sabun Huna Glowing Bar itu bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci muka tetapi juga dijadikan sebagai sabun mandi. Sabun ini juga selamat digunakan bagi semua jenis kulit dan selamat digunakan kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi yang berkualiti tinggi. Sabun ini yang mengandungi minyak T3 dan zaitun yang dapat membantu melembapkan serta menganjalkan kulit. Ia juga membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat, mengurangkan penyakit kulit seperti ekzema, anti penuaan, memudarkan selulit dan mengurangkan jerawat serta kulit muka berminyak. Sabun yang mempunyai berat sebanyak 60 gram yang dijual pada harga RM35 itu juga mampu bertahan lebih sebulan dan bergantung kepada cara-cara penggunaan pelanggan. Adalah disyorkan kepada pelanggan supaya sabun ini dibelah empat sebagai langkah berjimat dan lepas itu hasilnya tetap boleh dilihat. Sebaiknya untuk pengguna mendapatkan kesan yang terbaik msks dis boleh trus menggunakan sabun ini tiga kali sehari. Huna Glowing Bar turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Brunei, serta dibuat di kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP). Sabun ini kini sudah mula dijual di luar Malaysia seperti Singapura, Brunei, Thailand dan beberapa negara lain dan  sejak mula dipasarkan terkini sabun Huna Glowing Bar sudah terjual lebih 50,000 unit dan mempunyai ejen berdaftar yang menjual sabun ini di dua negara tersebut. Di negara ini, mereka  mempunyai seramai 136 ejen jualan dan jumlah ini dijangka akan bertambah pada masa akan datang. Kami tidak bercadang untuk menjualnya di toko-toko jamu atau kepada pemborong demi menjaga kualiti produk dan ejen di bawah seliaan Hunalights Enterprise untuk menjana pendapatan. Syarikat Hunalights Enterprise merancang memasuki pasaran Arab Saudi dan menembusi lebih banyak pasaran di Asia Tenggara. Pada masa kini, sabun Huna Glowing Bar banyak dijual secara dalam talian (online), menerusi platform media sosial. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SABUN SAWIT... INOVASINYA SUDAH ADA...
PELBAGAI KEGUNAAN....MUDAH DIGUNA...
SABUN PEMBERSIH... JENAMA MAHKOTA...
MEMBACA ARTIKEL... SUNGGUH SUKA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Imperial,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top