UBI KAYU atau Casava atau Tapioca (Manihot esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama bahan karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu juga dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Dalam dunia terdapat banyak panggilan untuk ubi kayu seperti ubi benggala, ubi belanda, mandioca, aipim, atau macaxeira(Brazil), kassav (Haiti), mandi�o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), c? s?n or khoai m� (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia). Penulis blog juga mendapati ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Di Malaysia tanaman ubi kayu diusahakan sebagai tanaman kontan untuk tujuan direbus, dijadikan kuih muih dan juga kerepek. Antara beberapa varieti ubi kayu yang ditanam di negara kita seperti varieti Seri Medan, Seri Pontian dan sebagainya. Sebenarnya ubi kayu sering juga menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah didalam mendapatkan sumber makanan biasa terutama ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Ubi kayu selalu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai Asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium cyanide atau Sodium cyanide (hydrocyanic). Lazimnya ubi kayu tidak boleh dimakan mentah dan ianya memang perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Pada penuli blog ubi kayu yang digoeng dengan beberapa jenis rempah enak dihidangkan untuk minum petang. Ada kalangan orang yang makan ubi kayu dengan menggoreng, merebus atau membakar kemudian ia dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama umbisi dengannya. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji. Artikel subuh ini untuk artikel ke 4,995 saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pelbagai cerita untuk ubi kayu.
Cerita mengenai memakan ubi kayu merupakan rahasia awet muda seorang penduduk dari kampong Tapah Hulu Terengganu telah menjadi viral. Pac Cik Idris Hassan menunjukkan MyKad miliknya yang membuktikan dia kini berusia 109 tahun (Sila lihat foto disebelah). Walaupun usianya bakal menginjak 109 tahun Oktober nanti, namun seorang warga emas Pak Cik Idris masih dianugerahkan kesihatan yang baik dan mampu berjalan ke sana ke mari dimana ielain itu dia kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar. Beliau kini berkongsi kisah dan rahsia kesihatan dirinya. Beliau juga mendakwa dimana dia tidak mempunyai amalan gaya hidup secara khusus akan tetapi kerap minum air suam selain mengelakkan mandi pada waktu malam. Beliau masih bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik daripada ALLAH SWT walaupun usia sudah melebihi 100 tahun. Cuma sejak setahun kebelakangan ini mula sedikit mengalami sakit-sakit di bahagian kaki akibat gout. Beliau yang masih masih mampu berjalan malahan turut berjalan ke pusat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Tapah untuk mengundi. Menurutnya selain itu dia juga selalu makan ulam-ulaman walaupun tidak begitu berpantang dari segi asas untuk pemakanan. Dakwanya memakan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan tetapi kita kena ingat kerana kini banyak racun serangga digunakan. Seeloknya biarlah sayur-sayuran tersebut ditanam sendiri dan jangan takut kena cahaya matahari. Menurut isterinya Halimah Teh berumur 74 tahun walaupun kudratnya tidak segagah usia mudanya dulu namun setiap hari dia akan pastikan tulang empat keratnya bergerak melakukan sesuatu agar tubuhnya tetap sentiasa mengeluarkan peluh. Terus nyatakan dimana suaminya dulu kerja menoreh getah dan sudah biasa lakukan kerja-kerja berat. Orang hari ini ramai yang bekerja akan tetapi tidak berpeluh dan suka makan makanan segera. Pak Cik Idris sebenarnya masih tetap suka makan ubi rebus terutamanya ubi kayu dan keledek. Beliau yang tinggal di kampung dan semua ubi-ubi berkenaan masih mudah didapati. Pak Cik Idris merupakan penduduk tertua di kampung itu dan antara warga emas tertua juga dalam daerah Hulu Terengganu.
Cerita di Sabah pula berlainan dimana penduduk disana sering mengadakan Pesta Ubi. Penduduk di Daerah Tongod, Kinabatangan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengetahui pelbagai hidangan berasaskan ubi kayu seterusnya mengkomersialkan produk berkenaan. Ini kerana hidangan yang berasaskan ubi kayu semakin dilupakan oleh penduduk setempat oleh kerana kemajuan hari ini. Sambutan dengan pelbagai produk makanan berasaskan ubi kayu dapat diwarisi oleh generasi muda hari ini dan boleh juga untuk dikomersialkan secara lebih meluas. Pesta berasaskan tumbuh-tumbuhan itu juga akan menjadi daya tarikan kedatangan pelancong dan pelabur dari luar dan dalam negara. Pesta Ubi dapat menonjolkan ubi sebagai tanaman yang sudah dikenali sebagai sumber makanan sejak dahulu lagi, Pesta Ubi ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengkomersialkan produk berasaskan ubi. Pesta Ubi ini diserikan dengan pertandingan dan pameran hasil produk ubi kayu, selain pertandingan Ratu Ubi dan lagu-lagu tradisi. Turut diadakan pertandingan masakan berasaskan ubi kayu seperti lampuka, sinako, langkout, ratogo, lampoka, Inampong dan ulam-ulam daun ubi kayu. Sebenarnya ubi kayu mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada sistem tubuh badan manusia. Antaranya ubi kayu boleh mengubati penyakit radang sendi, cirit-birit, sakit kepala, gout, menyembuhkan luka dan meningkatkan stamina.
Cerita dari Kluang, Johor dimana seorang bapa menanam ubi kayu untuk menampong anak-anaknya belajar di sekolah. Seorang bapa di sini membuktikan kesempitan hidup bukan alasan membelakangkan aspek iaitu pembelajaran anak apabila berjaya untuk menghantar dua daripada empat anaknya melanjutkan pengajian di peringkat diploma di kolej di negeri ini iaitu dengan hasil tanaman ubi kayu. Beliau yang dimaksudkan adalah En Abdul Jalal Tukiman berumur 49 tahun bersama isterinya Pn Noraini Mohd Yusof berumur 45 tahun dengan mengusahakan tanaman itu di kawasan tanah seluas 0.8 hektar di hadapan rumahnya di Kampung Bentong Dalam, Kluang. Dakwanya pekerjaan sebagai pekebun sejak 10 tahun lalu yang digunakan untuk menyara mereka sekeluarga. Pendapatan diperoleh hasil berkebun lingkungan RM500 sebulan bergantung kepada hasil jualan ubi kayu. Pendapatan ini dia gunakan membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan, bil elektrik serta air selain membeli barang dapur, malah duit belanja dua anak yang masih bersekolah di sekolah menengah. Jika dikira memang tidak cukup kerana dua anak berada di kolej dan dua lagi masih sekolah dimana dia setiap bulan akan agih dan dahulukan mana yang penting. Abdul Jalal berkata dimana sehingga kini dia tidak menerima bantuan daripada agensi berkaitan dan hanya berusaha mencari pendapatan sendiri. Siapa yang rajin brkebun dan menanam ubi kayu mampu untuk menyara keluarga dan beliau bercadang untuk memperluaskan penanaman ubi kayu dimasa akan datang.
Di Terengganu, Kelantan dan Pahang ada cerita mengenai permintaan ubi kayu yang meningat menjellang musim tengkujuh. Fenomena ini akibat kebun ubi kayu akan rosak ubinya jika ia tenggelam musim banjir dan ia perlu dituai dan suasana hujan berpenjangan menyebabkan orang cepat lapar. Memakan ubi rebus atau hasilan makanan dari ubikayu memang menjadi budaya di negeri pantai timur ini. Ini juga dibuktikan oleh seorang pemuda dari Kampung Tasek di Marang, Terengganu yang mengambil peluang menjual ubi kayu pada musim tengkujuh ini. Beliau dikenali Anuar Chik berumur 38 tahun selalunya menjua sebanyak 300 hingga 500 kilogram ubi kayu mampu dihabiskan dalam tempoh sehari. Dia mula memborong ubi kayu daripada penduduk sekitar daerah ini untuk mengelak tanaman itu rosak dek air banjir. Biasanya dia ambil ubi kayu di Besut tetapiapabila lebih ramai penduduk di Marang telah menanam ubi kayu di kebun mereka maka dia ambil peluang untuk memborong dari mereka. Sambutan ubi kayu sangat luar biasa kalau hari hujan dan dia kena berniaga pada hari hujan sahaja. Ubi kayu sememangnya menjadi pilihan orang ramai ketika musim banjir. Selain untuk membuat kuih, ubi kayu juga boleh direbus dan enak dinikmati begitu sahaja. Biasanya dia hanya menjual ubi kayu ini dengan harga murah iaitu RM3 sekilogram tetapi kalau pelanggan beli borong saya jual lagi murah iaitu antara RM2 - RM1.80 sen bagi setiap kilogram. Sebenarnya bukan saja dalam kalangan masyarakat setempat tetapi juga dibeli orang luar yang datang melihat suasana banjir. Ubi kayu menjadi sumber makanan utama pada musim banjir kerana kesukaran mendapatkan bekalan makanan lain. Biasanya disepanjang musim tengkujuh jugalah ramai peniaga mengambil peluang menjual pelbagai jenis ubi di setiap jalan utama. Paling mendapat sambutan adalah sudah semestinya ubi kayu dimana biasanya ia akan direbus serta dimakan dengan kelapa.
Cerita mengenai Ubi Kayu Gergasi juga menarik untuk dikongsi dengan penulis blog. Laporan daripada Balik Pulau, Pulau Pinang ini dikongsi bersama oleh seorang pesara TLDM iaitu Encik Johar MAnsor berumur 53 tahun dimana dia mengambil masa 30 minit untuk menggali ubi kayu ini. Beliau dan anaknya mulakan kerja mengorek tanah dilakukan dengan berhati-hati dan teliti dengan menggunakan parang bagi mengelak isi ubi rosak. Beliau amat teruja apabila berjaya untuk mengeluarkan ubi kayu gergasi di kebunnya (Sila lihat foto disebelah). Dakwa beliau di pergi kekebunnya di Kampung Bukit Kecil, Sungai Pinang asalnya hanya untuk membersih dan memeriksa tanamannya. Setelah beberapa ketika memantau tanamnnya beliau kemudian tertarik dengan saiz batang pokok ubi kayu sebesar genggaman orang dewasa dan dianggap luar biasa dan berbeza dengan pokok lain. Berikutan itu dia mengambil keputusan untuk menggali ubi berkenaan bagi melihat akan hasilnya dan berasa teruja selepas menemui ibu kayu gergasi dianggarkan seberat 20.20 kilogram itu. Walau pun pada mulanya dia hanya menggunakan cangkul, namun pelik kerana belum dapat melihat isinya. Dia awalnya mula risau jika dia akan merosakkan ubi lalu saya mengorek tanah menggunakan parang. Selepas hampir satu meter mengorek tanah kemudian dia mula melihat isi ubi berkenaan dan bagi mengelakkan ia rosak dia terpaksa mengorek tanah di sekelilingnya dengan berhati-hati. Sebenarnya usaha beliau mengeluarkan ubi kayu gergasi berdepan kesukaran kerana kedudukannya tertanam jauh di dalam tanah. Katanya dia terpaksa menggunakan kekuatan yang ada bagi menarik keluar isi ubi berkenaan. Dia tidak bercadang memproses isi ubi itu kepada bahan makanan atau hidangan istimewa dan sebaliknya mahu menyimpan bagi memberi peluang pada masyarakat melihat sendiri keunikannya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!...
MENANAM UBI KAYU... MUDAH SAHAJA...
BENIH DI PACAK... 12 BULAN DITUAI DIA...
PELBAGAI RAHSIA... ADA AWET MUDA...
MENULIS BLOG... UBI REBUS DEPAN MATA...
By,
M Anem,
Senior Agronmist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(2 RabiulAkhie 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan