Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
WAGYU merupakan satu perkataan yang penulis blog tahu semasa berada di Tokyo, Jepun baru-baru ini dan dibawa ke restoren halal untuk menikmatinya. Apakah Itu Wagyu?. Apa yang kemudian dijelaskan oleh ACO Jepun (Agriculture Counselor Offocer) menyatakan Wagyu sebenarnya adalah perkataan Jepun yang merujuk kepada 'Daging Lembu Jepun'. Wa ini adalah perkataan yang merujuk kepada Jepun dan Gyu pula merujuk kepada daging lembu itu sendiri. Memang penulis tertanya-tanya apa benda istimewa daging lembu ini sehingga menjadi buruan kepada mereka yang berduit untuk menikmatinya. Namun pada ketika ini, terdapat empat jenis baka yang digunakan untuk tujuan menghasilkan daging Wagyu. Baka-baka tersebut adalah Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled (kacukan dengan baka Aberdeen Angus). Manakala penghasilan daging wagyu moden ketika ini biasanya menggunakan baka kacukan daripada baka asli dengan baka-baka import antaranya Brown Swiss, Devon, Simmental dan Korea. Daging Wagyu yang paling mahal ketika ini adalah Daging Jenis Kobe yang mana ia diperoleh daripada lembu baka Tajima, merupakan baka yang hanya dibenarkan diternak di wilayah Hyogo sahaja. Persoalan asas dikepala penulis blog adalah kenapa Wagyu sangat mahal?. Harganya yang diluar kemampuan kebanyakan rakyat marhaen ini adalah disebabkan cara lembu-lembu ini dibesarkan oleh penternak. Dinegara Jepun bagi tujuan membolehkan sesuatu jenis daging tersebut diiktiraf sebagai daging wagyu maka penternak-penternak perlu mematuhi beberapa peraturan ketat yang telah digariskan. Lembu-lembu yang digunakan sebagai baka pembiakkan dan lembu-lembu bunting dibela di kawasan padang rumput khas manakala anak-anak lembu pula dibesarkan dengan teknik khas iaitu dimana anak-anak lembu wagyu ini diberi minum susu oleh penternak, berbanding menyusu daripada ibu lembu. Malah untuk pengetahuan anda, anak-anak lembu ini diberikan selimut khas serta diberi pakai jaket ketika musim sejuk bagi mengelakkan kehidupan dan pembesaran anak-anak lembu tersebut terjejas. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis dalam kedinginan musim luruh dari Horel APA and Resort, Nishinjunku, Shibuya, Tokyo mengenai daging Wagyu untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.


Pada penulis blog yang kagum dan kini  menjadi persoalan adalah mengapa harga daging wagyu mahal sangat? Apakah dia ciri keistimewanya?. Apa yang dinyatakan beberapa rakan adalah bagaimana Wagyu adalah mengenai rasanya yang dikatakan dan didakwa seolah-olah rasa mentega dengan rasa lemak tinggi selain daging tersebut sangatlah lembut serta struktur dagingnya yang tersusun cantik. Mungkin juga ramai dikalangan para pembaca pasti pernah mendengar perkataan daging wagyu ataupun pernah melihat iklan restoran-restoran yang mana kini mereka menyediakan menu stik daripada daging wagyu. Paling tidak dimana jika anda cakna juga di Malaysia dimana baru-baru ini juga sempat viral menu hidangan di Parlimen berasaskan daging wagyu. Daging wagyu itu sendiri tiada msalah dan sebaliknya yang disebut-sebut adalah harga bahan mentah tersebut yang dikatakan boleh mencecah sehingga RM 2,000 sekilogram. Penulis bagaimana pun telah berada di Tokyo pada 1 - 6 November 2018 untuk progam Malaysia Fest 2018 dimana sempat makan dan ''merasa'' akan daging wagyu ini (Sila lihat foto disebelah). Restoren Halal Wagyu Yakiniku ini menyediakan daging wagyu asli yang didakwa antara terbaik di Jepun ini. Memang berbaloi bila dapat rasa dan membayar dengan harga yang tinggi untuk makan wagyu ini tetapi dikongsi bayar bersama 10 orang rakan lain.


Anak-anak lembu ini kekal di ladang-ladang pembiakkan selama 7 bulan sebelum di bawa ke tempat pembidaan untuk dijual kepada penternak-penternak yang berminat untuk membela lembu wagyu tersebut. Selepas itu biasanya penternak-penternak yang membeli baka lembu wagyu ini diwajibkan untuk membela lembu tersebut di dalam bangsal dan memberikan lembu-lembu mereka nama, berbanding memberi tanda berbentuk nombor (Sila lihat foto disebelah). Apabila lembu-lembu ini berada dibangsal maka ia diberi makan dengan diet ketat antaranya jerami padi, silikat tanaman penuh atau pekat dan dibenarkan dibesar sehingga mencapai berat 700 kilogram alam tempoh tiga tahun iaitu jika berbanding lembu biasa yang mengambil masa selama lima belas bulan sahaja. Setiap anak lembu wagyu ini juga mempunyai sijil kelahiran yaang mengandungi maklumat-maklumat mengenai asal usul bakanya. Ini bermakna, setiap daging wagyu boleh dijejak kembali sehingga dimana asal-usul dan ladangnya diternak. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa lembu-lembu ini diberi minum minuman beralkohol dan diberi urutan khas, namun penternak-penternak di Jepun menafikan perkara tersebut. Terdapat juga laporan bagaimanapun didakwa lembu-lembu wagyu tersebut kadang-kala digosok dengan bulu khas bagi membuatkan lembu-lembu tersebut tenang dan melancarkan aliran darah.


Bagaimana pun dalam kes lain juga dilaporkan terdapat ladang-ladang wagyu di luar Jepun seperti di Britain mengakui bahawa lembu-lembu wagyu ternakan mereka diberikan minuman beralkohol serta lembu-lembu tersebut menerima rawatan urutan secara berkala. Lembu yang tulis di Jepun akan didaftarkan bakanya dan mesti ada sijil khas yang menunjukkan status baka wagyu terseut (Sila lihat foto disebelah). Sijil ini akan dipamerkan semasa sessai penjualan lemu wagyu ini yang menunjukkan ketulinan bakanya. Bagi tujuan pengredan Daging Wagyu terkini Persatuan Pengredan Daging Jepun memberikan gred kepada daging lembu dengan gred A hingga gred C yang diukur berdasarkan tahap struktur daging (marble), keutuhan isi daging, warna dan kualiti keseluruhan daging tersebut dengan gred A5 adalah kualiti tertinggi. Penulis blog dikatakan dapat merasa wagyu Gred A4 di restoren Yakiniku kerana bekalan untuk wagyu gred A5 telah kehabisan stok. Kebanyakkan daging wagyu yang berasal daripada ladang Jepun mempunyai kualiti A4 dan A5. Manakala daging-daging wagyu daripada ladang di luar Jepun biasanya hanya mempunyai kualiti 50 peratus sahaja daripada daging wagyu asli Jepun. Jadi jika anda dah tahu akan kenapa wagyu sangat mahal semestinya anda sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk merasai daging wagyu ini. Pengalaman berada seminggu di Tokyo memang berbaloi apabila dapat makan wagyu original, Ramen Ouka terbilang dan makan makanan halal Turkish Kebab sebagai satu pengalaman semasa berada di Jepun. Semuga tulisan artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolog kali ini. Wasallam!!!...

PERGI KEJEPUN... SEMINGGU SAHAJA...
MAKAN WAGYU... MAHAL HARGANYA...
MERASA RAMEN... MACAM BIASA SAJA...
MENULIS ARTIKEL... DIKONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 701, Pine Tree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(30 Safar 1440H)
Baru turun dari KLIA dari Haneda, Japan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top