DURIAN TEKKA (D160) merupakan salah satu varieti durian yang dikategorikan adalah sebagai antara 10 yang terbaik di Malaysia. Durian (Durio zibethinus) merupakan 'raja segala buah' kerana keunikannya yang tersendiri adalah buah bermusim dengan lazimnya gugur daripada bulan Julai sehingga September setiap tahun sebagai musim utama dan diantara Disember sehingga Mac sebagai berbuah luar musim. Terdapat seluas 60,500 hektar kawasan tanaman durian dilaporkan Jabatan Pertanian pada tahun 2017 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 22.34 mt yang bernilai sebanyak RM68 juta. Antara varieti durian paling popular di Malaysia tentunya Durian Musang King (D197) atau nama lainnya sebagai Durian Raja Kunyit. Durian lain yang juga popular seperti Durian D24 (Bukit Merah), Durian Hajjah Asmah (D168), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D), Durian Udang Merah (D) dan beberapa lagi. Durian Tekka juga pernah dinamakan sebagai Durian Musang Queen akan tetapi nama ini kurang di gunakan oleh peminat durian. Durian Tekka merupakan varieti durian dengan kod yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana nombor kod pendaftarannya D160 berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua pada tahun 1987. Ciri khas durian ini dengan buahnya berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta, bulat lonjong, besar di atas dan kuncup di bawah serta lekukan pada pangsa (Sila lihat foto diatas). Mengenali durian ini adalah agak sukar kepada orang awam kecuali bertanya kepada penjual digerai buah-buahan dimusim durian. Durian Tekka mempunyai ciri isinya berwarna krim kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat, manakala rasanya lemak manis, pahit dan bergas. Aromanya juga kuat, ulasnya besar dan empulurnya berongga, manakala kulit�nya tipis dan mudah dikupas. Buah bagi varieti ini lazimnya bersaiz besar, bujur panjang dimana antara ciri khas adalah terdapat ruangan di tengah-tengah pangsa berwarna oren. Isinya yang berwarna kuning oren memang menarik dengan mempunyai rasa sedikit pahit dan lemak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai durian varieti Tekka yang sering dikatakan sebagai salah satu varieti durian tebaik di Malaysia dan juga didunia.
Durian Tekka mempunyai rasa yang hebat dimana ia juga mempunyai bau atau aroma yang kuat serta mengandungi kalori yang tinggi. Kepada peminat durian yang suka akan rasa manis pilih durian Tekka kerana dijamin ia memang manis dengan kandungan gula tinggi dan lemak. Sekali dusah dapat rasa durian Tekka maka peminat durian pasti akan mencarinya lagi selepas itu. Isi durian Tekka biasanya tebal dengan saiz bijinya yang selalunya kecil memberikan kepuasan memakannya. Hanya mengambil 3-4 ulas isi durian Tekka biasanya anda sudah kenyang dan puas makan durian ini. Apabila memilih durian Tekka di gerai buah-buahan tidak perlulah memilih buah yang bersaiz besar kerana buah yang bersaiz sederhana sahaja sudah memadai untuk anda memakannya dan puas hati. Ini kerana isinya tebal, rasa manis dan biji yang selalunya kecil atau kesep memberikan kepuasan sewajarnya. Buah durian Tekka yang beratnya hanya sekitar 3 kg sudah mencukupi untuk dimakan berbanding dengan membeli 3-4 biji durian varieti lain yang kurang popular. Apabila makan isinya yang berkrim dan enak membolehkan anda akan berpuashati dengan varieti durian ini. Isi ini yang dipanggil 'extra creamy' dibahagian luar isinya memberikan rasa melekit yang paling dirasakan berbanding dengan varieti durian lain. Daripada analisa makmal dilaporkan setiap 100 gram durian Tekka yang dimakan mengandungi 153 kilo kalori tenaga. Kepada mereka yang ingin mendapatkan kalori tenaga yang banyak boleh memilih durian Tekka sebagai pilihan. Penulis blog mberpeluang makan durian Tekka ini beberapa kali semasa membuat pemantauan diladang durian.
Apa yang menarik lagi dimana durian Tekka ada dilaporkan didalam akhbat tMy Metro bertajuk "Kenali durian Musang Queen" yang sesuai dibuat rujukkan. Berita yang dipetik daripada Kuala Lumpur menyatakan durian Tekka mempunyai warna isinya iaitu kuning kunyit, rasanya pula berlemak, manis dan pekat, justeru tidak hairanlah durian Tekka digelar antara durian terbaik. Isi durian itu yang tebal manakala bijinya pula kecil maka ianya memberikan kepada penggemar tidak mahu beralih sebaliknya mahu menikmati durian tersebut kerana Tekka disifatkan durian yang sempurna. Melihat di sekitar Jalan Raja Alang dan Chow Kit mendapati bagaikan disitu seperti 'Syurga Durian' apabila banyak deretan kedai menjual raja buah itu telah pun memenuhi sepanjang jalan. Seorang peniaga Amri Aliasar yang berumur 35 tahun dan berniaga durian lebih 20 tahun berkata dikawasan berkenaan akan menjadi lebih meriah apabila menjelang malam kerana penggemarnya akan mula membanjiri kawasan itu (Sila lihat foto disebelah). Harga durian pada waktu ini stabil kerana bekalan banyak berikutan musim durian panjang pada tahun ini, dakwa beliau. Jika tidak kena pada musimnya, harga sebiji durian boleh mencecah sehingga ratusan ringgit mengikut jenis dan kualiti durian berkenaan. Bagi durian jenis Tekka dia menjualnya sekitar harga RM20 hingga RM30 satu kilogram untuk gred A. Untuk gred lain, harganya pula mungkin lebih rendah kerana kualiti durian tersebut tidak sesedap Tekka. Beliau juga mendapat semua bekalan durian ini dari Pahang kerana si sana banyak durian yang lazat dan mempunyai kualiti yang terbaik.
Ramai maklum durian Musang King (D197) dengan isinya yang kuning keemasan, berkilat dan tebal adalah varieti yang paling popular. Tekstur isinya pula cukup halus, melekit dan berkrim, manakala rasanya lemak manis, sedikit pahit dan mempunyai aroma yang kuat. Namun, ramai yang tidak tahu durian itu ada pasa�ngannya, durian Musang Queen (D160). Nama asal durian ini adalah durian Tekka atau Buluh Bawah sebelum dijenamakan semula kepada durian Musang Queen pada Disember tahun 2017. Durian Musang Queen adalah klon durian dengan identiti atau kod pendaftarannya D160 berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua, di Jabatan Pertanian pada 1987. Ciri khas durian ini dengan buahnya berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta, bulat lonjong, besar di atas dan kuncup di bawah serta lekukan pada pangsa. Isinya berwarna krim kekuningan, tebal dan teksturnya halus pekat, manakala rasanya lemak manis, pahit dan bergas. Aromanya juga kuat, ulasnya besar dan empulurnya berongga, manakala kulit�nya tipis dan mudah dikupas. Ada kira-kira 200 jenis durian klon di Malaysia, tetapi rata-rata hanya mengenali Musang King (D197), Udang Merah (D175) dan Sultan atau D24. Banyak lagi klon durian bermutu tinggi seperti Kop Kecil (D99), Chanee (D123), Beserah (D145), Tok Litok (D169) dan Duri Hitam (D200). Banyak lagi klon durian yang jarang didengari jenisnya seperti Ular Kekek (D107), Gombak (D117), Eddie Special (D132), Tangkai Panjang (D158), Raja Hutan (D195), Foo Fat (D135), Katoi (D98) dan Emas Enggang (D111). Jika kebiasaannya Musang King menjadi pilihan ramai tiap kali tibanya musim durian tetapi kini ada pilihan lain kerana anda boleh mencuba pula mengenali 'permaisuri' sang raja iaitu Durian Musang Queen yang juga dikenali sebagai durian Tekka. Dengan rasa lemak, manis, selain isi yang tebal serta warna kuning kunyit, ia ternyata menarik perhatian ramai dan tidak hairanlah Tekka tersenarai antara durian terbaik di negara ini.
Dalam akhbar lain dilaporkan dimana keenakan durian tidak dapat disangkal lagi kerana menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat negara ini. Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr tergolong dalam keluarga Bombaceae dan terdapat di seluruh negara. Tidak hairanlah banyak nama tempat di Malaysia berasaskan durian seperti Kampung Durian Sebatang di Raub, Pahang, Kampung Durian Tipus di Negeri Sembilan, Kampung Durian Hijau di Jerantut dan Simpang Durian, Durian Chondong di Johor. Ia secara tidak langsung membuktikan wujud taburan durian di Malaysia kerana tiada kata nama lain digunakan selain untuk pokok dan buah durian. Khazanah ini dikenali di setiap peringkat dan lapisan masyarakat. Secara tidak langsung membuka mata dunia mengenai keunikannya. Anugerah ini juga memecahkan tembok prestij buah-buahan tempatan di peringkat global dan mula digemari penduduk dunia. Kini, hampir 200 varieti durian didaftarkan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). Antaranya, varieti komersial seperti D24, D99 (Kop Kecil), D145 (Durian Hijau/Beserah), D168 (IOI/Hajah Hasmah), D160 (Tekka/Buluh Bawah), D197 (Raja Kunyit/Musang King) dan bermacam-macam lagi. Mengikut statistik Tanaman Buah-Buahan Jabatan Pertanian 2015, sebanyak 70,607.8 hektar tanaman durian diusahakan dengan keluasan berhasil 51,048.6 hektar di seluruh Malaysia. Pahang sahaja memiliki 15,423.9 hektar dengan keluasan berhasil 10,940.8 hektar. Jabatan Pertanian menyenaraikan Pahang sebagai pengeluar utama durian dengan jumlah keseluruhan pengeluaran kira-kira 30,030 tan dalam tempoh enam bulan. Varieti durian seperti Musang King, IOI dan D24 berada di kedudukan teratas permintaan daripada penggemar tempatan dan luar negara. Tidak ketinggalan durian kampung yang tetap masih disukai kerana faktor harga dan rasanya. Perak menduduki tempat kedua dengan 8,405 tan diikuti Johor 6,821 tan. Di Pahang pokok durian jenis Musang King, IOI dan D24 banyak ditanam di beberapa daerah seperti Bentong, Jerantut, Raub, Lipis dan Maran yang diusahakan secara kecil-kecilan dan komersial. Harga yang mahal iaitu antara RM35 hingga RM85 sekilogram tidak menjadi penghalang kepada penggemar raja buah itu merasai keenakan Musang King yang isinya berwarna kuning keemasan dengan bentuk yang menarik. Pasaran durian klon bukan saja tertumpu kepada masyarakat tempatan, malah turut dieksport ke China dengan kaedah sejuk beku. Usaha itu dilakukan FAMA Jerantut dengan kerjasama beberapa syarikat swasta. Kini untuk memberi pulangan lumayan dan menguntungkan, saya meminta pekebun durian di negara ini beralih mengusahakan tanaman durian jenis Musang King selain beberapa klon lain seperti ioi dan D24. Walaupun petani terpaksa mengeluarkan modal agak besar tetapi dalam tempoh empat hingga enam tahun, mereka pasti mampu meraih pendapatan lumayan berlipat kali ganda setiap kali musim durian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DURIAN AGAK POPULAR...DURIAN TEKKA...
ISINYA TEBAL... KEMANISANNYA MAKSIMA...
BIJINYA KECIL... AMAT TINGGI KALORINYA...
DIMUSIM DURIAN... ANDA DAPATKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 Jamadilakhir 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan