RODA HARUMANIS merupakan salah satu inovasi terbaik daripada Jabatan Pertanian yang membantu petani yang mempunyai kebun buah Mangga Harumanis (MA168) menjalankan amalan agronomi dengan tepat. Rencana asal yang telah disediakan oleh Pegawai Pertanian Sharifah Azzuwani dan Pn. Marzia dari Jabatan Pertanian Perlis dijadikan bahan utama rujukan penulisan ini. Harumanis merupakan Ikon Negeri Perlis dan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi rakyat negeri tersebut. Kejayaan pengeksportan buah ini ke negara Jepun telah menyebabkan peningkatan harga dan permintaan di pasaran secara mendadak. Justeru itu kini penanam perlulah menghasilkan buah Harumanis yang berkualiti untuk disajikan kepada meminatnya yang datang dari serata tempat ke Perlis untuk menikmati keenakan rasa buah ini. Luas penanaman kawasan Harumanis di Perlis sehingga November 2017 telah mencapai 1097.91 hektar dengan luas berhasil sebanyak 745.1 hektar dimana jumlah pendapatan dalam industri ini mencecah RM 41.9 Juta. Dalam pada itu penggemar buah Mangga Harumanis pada masa kini sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan kualiti buah yang mereka dapat adalah yang terbaik. Berikutan dengan kes itu maka Jabatan Pertanian Negeri Perlis melalui Bahagian Hortikultur telah memperkenalkan roda Harumanis untuk memudahkan penanam menjalankan aktiviti ini. Ilham penghasilan roda Harumanis ini tercetus apabila melihat Roda Kehamilan (Ovulation and Pregnancy Calender Wheel) yang digunakan di klinik ibu dan anak. Penggunaan kalender penanaman Harumanis secara carta biasa agak membosankan dan susah untuk difahami. Justeru itu dari kalender tersebut ia ditukarkan kepada roda Harumanis yang lebih mudah untuk difahami, digunakan dan menarik. Terdapat aktiviti utama dan tarikh yang perlu diikuti oleh penanam bagi menjamin kualiti buah yang terbaik pada kalender ini. Roda ini juga menyediakan panduan kepada penanam untuk melakukan aktiviti menbaja, membalut buah dan memungut buah pada waktu yang betul dan tepat bagi menghasilkan buah yang berkualiti. Artikel malam ini dalam blog popular ''Anim Agro Technology" saya paparkan satu kejayaan inovasi Amalan Pertanian Baik tanaman mangga dengan penggunaan ''Roda Harumanis'' hasil inovasi Jabatan Pertanian Negeri Perlis untuk rujukkan penanam mangga ini diseluruh negara khususnya di Perlis.
Dari segi perlaksanaan penggunaan Roda Harumanis ini telah diedarkan kepada ramai penanaman mangga Harumanis di Perlis terutamanya kepada peserta FFS (Farmer Field School) untuk digunakan sebagai panduan. Penghasilan roda Harumanis ini sebagai penduan kepada penanam agar mereka dapat menjadualkan kerja amalan agronomi dikebun mereka dengan mengikut jadual yang TEPAT dan CEKAP. Kaedah ini didakwa berjaya mengatasi siu dan kes-kes penjualan buah mangga Harumanis yang kurang matang. Jika diikuti maka petani akan mengatasi sekaligus dengan dapat menghasilkan buah yang berkualiti premium dan mendapat harga baik di pasaran. Teknologi penanaman mangga harimanis di malaysia telah banyak menerima kemajuan hasil inovasi dan plot pemerhatian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian. Pegawai Teknikal ini menjalankan kerja-kerja teknikal yang berkaitan dengan tanaman mangga Harumanis yang mana sangat sinonim dengan negeri Perlis. Akhirnya mereka berjaya hasilkan inovasi Roda Harumanis yang bertujuan untuk memudahkan petani dalam mereka pengurusan tanaman Harumanis mengikut kalender tanaman dari pakej Teknologi Jabatan Pertanian. Penggunaan Roda Harumanis ini dapat membantu petani membuat jangkaan awal setiap peringkat dan gerak kerja yang perlu untuk dilaksanakan terhadap pengurusan tanaman mereka.
Dalam pada itu memang industri Harumanis merupakan industri utama negeri Perlis. Penanaman Harumanis kini telah mencapai 1,300 hektar dengan 3,000 bilangan petani yang terlibat memerlukan bantuan daripada pakar dari Jabatan Pertanian. Justeru pihak jabatan perlulah mengambil berat tentang teknologi yang terbaik dalam memajukan industri ini. Asalnya idea atau certusan ilham Roda Harumanis ini tercetus apabila timbul pelbagai masalah di lapangan berkaitan tarikh sesuai untuk aruhan, tarikh yang sesuai untuk membalut dan yang paling utama adalah tarikh yang tepat untuk menuai buah matang dimana ini sangat mempengaruhi kualiti buah tersebut. Pemerhatian berkaitan fasa-fasa dalam kitaran tanaman Harumanis telah lama dilaksanakan sejak tahun 2007 bagi memastikan ketepatan jangka masa bagi sesuatu peringkat pada tanaman Harumanis. Contoh yang mudah ialah pada peringkat pembungaan dimana pokok mengambil masa 60-75 hari selepas aruhan untuk mengeluarkan tunas bunga. Pemerhatian ini dilaksanakan berulang-ulang kali bagi memastikan ralat bilangan hari pengeluran tunas bunga dapat dikecilkan. Begitu juga dengan peringkat-peringkat yang seterusnya seperti bunga kembang, buah putik dan seterusnya matang. Peringkat ini terlah diterjemahkan kepada jadual pada manual tanaman Mangga Harumanis. Walaubagaimanapun, manual ini agak rumit untuk difahami dan diaplikasi oleh mereka dilapangan. Justeru asas idea Roda Harumanis ini tercetus setelah kami berulang alik ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan. Betapa mudah jika sekiranya kitaran tanaman Harumanis ini dapat untuk ianya diterjemahkan seperti roda kehamilan yang digunakan oleh seluruh pengamal perubatan di dunia.
Hasil dari pelaksanaan inovasi Roda Harumanis ini merupakan satu idea kreatif dimana ia diterjemahkan dengan mengekstrak manual tanaman mangga Harumanis kepada Roda Harumanis dengan mengira purata hari setiap peringkat utama pada tanaman tersebut. Kitaran atau pusingannya adalah sebanyak 365 hari untuk semusim dan gerak kerja bagi tanaman ini adalah berdasarkan kepada manual yang digunakan sebelum ini. Dari manual setebal 53 muka surat ianya dipermudahkan menjadi sekeping roda yang boleh dipusingkan mengikut kesesuaian tarikh (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan Roda Harumanis adalah tepat pada pengiraan hari untuk menuai buah. Buah yang telah dibalut pada umur 5 minggu selepas bunga kembang akan dituai selepas 8 minggu ia dibalut. Penggunaan roda ini memberi tarikh sebenar penuaian tersebut dan masalah buah tidak matang dan masam dapat diatasi sepenuhnya. Selain itu, pengusaha juga boleh merancang tarikh untuk pengeluaran buah mereka dengan mangambil kira tarikh aruhan. Roda ini memudahkan pengusaha dalam usaha menguruskan tanaman mereka dan meraka akan sentiasa peka dengan situasi tanaman tersebut. Ia adalah alat yang cekap (Efisien) kerana dengan adanya inovasi Roda Harumanis ini maka petani akan dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti buah yang dikeluarkan. Peningkatan kualiti mangga Harumanis dapat meningkatkan harganya sekaligus memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Kos bagi penghasilan 1 unit Roda Harumanis hanyalah RM13.00 sahaja jika dibandingkan dengan kos percetakan manual Tanaman Harumanis senaskah yang menelan kos sekitar RM15.00 - RM 18.00 satu dan tidak mudah digunakan seperti inovasi ini.
Potensi pelaksanaan inovasi Roda Harumanis ini telah selesai diperingkat percubaan dan mencapai matlamat dan objektif kajian. Ia juga telah diperkenalkan kepada golongan sasar iaitu pelanggan dan petani atau usahawan untuk diuji cuba dilapangan. Konsep bagi inovasi Roda Harumanis berpotensi tinggi untuk disebarluaskan dan dipraktikkan dengan roda bagi tanaman lain. Teknologi ini amat berpotensi untuk dikembangkan dimana pegawai pengembangan di Jabatan Pertanian perlu memainkan peranan kerana penerangan penggunaan inovasi ini perlu dilengkapkan dengan maklumat teknikal (Sila lihat foto disebelah). Kefahaman serta penguasaan maklumat yang berkaitan perlu terlebih dahulu dapat dikuasai oleh setiap pegawai pengembangan agar penerangan. Inovasi Roda Harumanis ini sangan mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana- mana tidak seperti buku manual pengeluaran yang tebal, berat dan sukar untuk difahami. Roda ini memudahkan pengguna paham dan sentiasa bersedia dengan tindakan seterusnya dalam gerak kerja pengurusan pokok mereka. Sehingga jini sebanyak 565 unit bersaiz 4 kaki telah didiagihkan untuk kegunaan pegawai dan petani serta ditempatkan di Pusat Kecemerlangan Harumanis untuk pembelajaran dan kunjungan pelawat. Tahniah kepada Jabatan Pertanian yang berjaya menyediakan Roda Harumanis yang penulis blog fikir amat mudah digunakan dan kiraan amalan agronomi yang tepat. Inovasi Roda Harumanis ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sempena Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Negeri Perlis di Kangar Perlis pada 21 Febuari 2019 (Sila lihat foto dibawah). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

RODA HARUMANIS... MUDAHKAN KERJA...
INOVASI JABATAN.... SANGAT BERGUNA...
ATURKAN AKTIVITI...TANAMAN MANGGA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Bukit Bintang,
Sg Batu Pahat, Kangar,
Sg Batu Pahat, Kangar,
Perlis, Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1440H).
Catat Ulasan