Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Batas timbun yang berdinding atau berpenghadang menjadikan kawasan penanaman berbeza dari kawasan berjalan atau bekerja. Ketinggian batas timbun sekitar 1 kaki juga menjadikan batas timbun menyerlah berbanding kawasan lain.


Kelebaran batas timbun sekitar 3 kaki akan memudahkan proses berkebun tanpa terlalu memaksa diri untuk mencapai kesemua arah pada batas timbun.


Ini menjadikan tanah pada batas timbun lebih longgar kerana langsung tidak dipijak, memudahkan akar2 tanaman bergerak mencari air dan nutrien.


Tanah yang longgar juga mudah diurus seperti mengorek, menanam, merumput dan sebagainya. Dan yang lebih penting ialah, tanah yang longgar memudahkan hidupan dalam tanah hidup dan bekerja menyuburkan tanah seperti bakteria, nematod, fungi, antropod, cacing dan sebagainya.

Bila sudah ada batas timbun yang sesuai, kita boleh jadikan batas timbun sebagai kawasan atau tapak  semaian. Benih2 boleh terus ditabur dan bila sudah tumbuh dan sesuai boleh dipindahkan kebatas timbun lain atau bekas lain.

Bila tanaman boleh tumbuh dengan baik di batas timbun, kita cuma perlu pastikan baja berkualiti diberi kepada pokok untuk mendapat tuaian yang terbaik. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top