Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BELIMBING VARIETI 'BINTANG MAS' atau asalnya dinamakan MSTAR1 telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian Malaysia di MARDI Kluang, Johor pada 7 April 2018. MARDI berjaya menjana varieti baru belimbing ini dari hasil kajian mereka yang lama untuk hasilkan belimbing premium ini. MARDI juga merupakan sebuah agensi penyelidikan, pemindahan dan pengkomersialan teknologi pertanian di negara ini. Program pembangunan varieti baharu buah-buahan merupakan salah satu teras utama bidang penyelidikan yang diterajui oleh MARDI bagi tujuan menghasilkan varieti yang rintang penyakit, berhasil tinggi dan berkualiti melalui pendekatan konvensional dan molekular. Pelbagai varieti buah-buahan telah dibangunkan oleh MARDI seperti durian (MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88), nanas (Josapine dan Maspine), betik Eksotika 1 dan 2, ciku MEGA, salak (ST1, ST2 dan ST3) dan yang terkini klon rambutan Mutiara Wangi dan Mutiara Merah telah diisytiharkan pada tahun 2018. Belimbing merupakan salah satu daripada sepuluh jenis buah-buahan yang diberi keutamaan di dalam Dasar Agromakanan Negara (2011-2020). Pada tahun 2017 luas kawasan bertanam adalah 828 hektar dengan nilai pengeluarannya RM19.24 juta. Johor merupakan negeri pengeluar utama belimbing di Malaysia dengan keluasan bertanam sebanyak 372 hektar, diikuti Negeri Sembilan (134 ha), Sarawak (127 ha), Selangor (59 ha) dan Pahang (53 ha). Bagi meneruskan matlamat dan usaha untuk meningkatkan pengeluaran baka buah-buahan negara, MARDI akan mengisytiharkan klon belimbing baharu dan kemudian YB Menteri memberikan nama 'Bintang Mas' kepada varieti tersebut semasa pelancaran merupakan sejeni varieti belimbing yang berkualiti untuk tujuan pasaran tempatan dan eksport. Klon ini telah difailkan di bawah akta Perlindungan Varieti Tanaman (IP-PVP) dengan nama MSTAR 1. Penulis blog menjangkakan varieti ini jika didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia akan diberikan nombor Pendaftaran sebegai B20 (mengikut Plant variety Listing sedia ada). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai varieti baru belimbing hasil kajian MARDI untuk tatapan dan rujukkan anda seperti ada dilaporkan dalam edia massa tempatan.


Penulis blog yang hadir dalam majlis terseut mendapati dari apa yang dilaporkan oleh penyelidik mereka diman Klon Baharu Belimbing MARDI - MSTAR 1 yang kemudian dinamakan sebagai varieti 'Bintang Mas' adalah varieti klon yang premium. Ini kerana dari segi asasnya buah belimbing merupakan salah satu tanaman buah yang penting untuk pasaran eksport di negara kita. MARDI telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam menghasilkan klon baharu belimbing berkualiti. Melalui prestasi ujian sepeti multilokasi, Hibrid MSTAR 1 telah menunjukkan ciri-ciri yang baik dari segi kandungan gula, saiz buah, nisbah gula kepada asid, kekelatan, vitamin C, asid oksalik, warna kulit dan hasil. Seterusnya ia dipilih sebagai klon baharu belimbing MARDI. Didalam Majlis Pengisytiharkan klon baharu belimbing MARDI ini akan disempurnakan oleh oleh YB Dato� Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 7 April (Ahad) di MARDI Kluang, Johor. Turut hadir ketua Pengarah MARDI Dato Dr Roff, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Dato' Mohd Anim, Pegawai Daerah Kluang dan pegawai kanan Jabatan dan Agensi dibawah MoA dan orang awam (Sila lihat foto disebelah)Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut termasuklah taklimat oleh pakar buah-buahan MARDI mengenai pengurusan perosak dan penyakit, pengurusan lepas tuai dan juga sesi dialog YB Menteri bersama pengusaha buah-buahan. Keistimewaan varieti belimbing Bintang Mas (MSTAR 1) yang mana ia juga merupakan Klon Hibrid Belimbing Pertama di Malaysia adalah dimana ia adalah Klon hibrid belimbing pertama Malaysia, Sangat manis (TSS: 11� Brix) dan tidak kelat, Tekstur isi yang rangup dan beraroma, Buah matang lebih awal (12 hari) daripada klon B17,  Warna buah lebih menarik daripada klon B10 dan akhirnya ia disyorkan untuk pasaran eksport.


Dalam akhbar tempatan bertajuk ''MARDI lancar klon hibrid belimbing �Bintang Mas�' dimana berita dari Kluang menyatakan klon hibrid bagi buah belimbing pertama di Malaysia, dikenali sebagai Bintang Mas dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), hari ini bagi memastikan belimbing negara mampu kembali berdaya saing dalam pasaran termasuk di peringkat antarabangsa. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihak Mardi sebelum ini sudah melaksanakan aktiviti pengumpulan dan pembangunan baka baharu belimbing mulai 1986 sehingga 1990. Beliau berkata bermula 1991, aktiviti penambahbaikan kualiti kemudian dijalankan di Mardi Kluang bagi varieti belimbing sedia ada. Dalam masa sama, pihak Mardi berjaya menyediakan koleksi jana plasma yang telah mengumpulkan 102 aksesi belimbing dari dalam dan juga luar negara.  Belimbing hibrid ini mempunyai kualiti makanan yang terbaik dari segi kemanisan, kerangupan, tiada rasa kelat dan warna kuning keemasan dan belimbing ini sesuai dituai pada indeks kematangan penuh untuk makanan segar dengan jangka masa kematangan jauh lebih singkat iaitu 68 hingga 73 hari,� katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan klon baharu belimbing Mardi di Mardi Kluang, dimana yang turut dihadiri Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor. Kerajaan berharap dengan adanya klon baharu terbabit, Mardi mampu dalam mengeksport hasil berkenaan sekali gus menjadi antara negara pengeksport utama produk berasaskan belimbing.


Beliau berkata penanaman belimbing itu dijangka mampu memberikan pulangan yang besar, di mana dalam satu hektar kawasan penanamannya mampu menempatkan sehingga 270 pokok. Kita lihat contohnya, bagi belimbing jenis Bintang Mas ini, ia mampu mengeluarkan hasil 10 tan per hektar setahun, bermakna petani akan memperolehi pendapatan kasar sekitar RM22,000 setahun bagi harga jualan ladang iaitu RM2.20 sekilogram. Laporan Bernama di Kluang menyatakan dimana YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor (kiri) ketika menikmati klon baharu belimbing �Bintang Mas� pada Majlis Pengisytiharan Klon Baharu Belimbing Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di MARDI Kluang, hari ini. Melalui konsep kebun campuran juga, kita boleh laksanakan dengan ternakan kelulut di kebun belimbing ini dan dengan keluasan satu hektar, kita boleh menempatkan 30 log koloni kelulut dan petani boleh mendapat pendapatan sampingan di antara RM750 hingga RM3,000 per hektar sebulan. Katanya, pada 2017 luas kawasan tanaman belimbing di negara ini adalah 828 hektar dengan Johor merupakan negeri pengeluar utama belimbing di negara ini membabitkan 372 hektar keluasan. Malaysia juga merupakan pengeluar dan pengeksport belimbing ke negara Eropah seperti Belanda, Perancis, Switzerland, selain Kanada serta negara-negara Asia seperti Singapura dan Hong Kong dengan purata eksport tahunan RM24 juta.


Laporan lain bertajuk ''MARDI lancar klon hibrid baharu belimbing pertama di Malaysia'' wajat dibaca sekali. Berita dari Johor Bahtu tersebut menyebut dimana MARDI kini berjaya melancarkan klon hibrid baharu belimbing pertama di Malaysia, MSTAR 1 atau Bintang Mas. Ia sekaligus membolehkan pasaran belimbing di negara ini kembali berdaya saing serta memberi pulangan lumayan kepada petani dan pengusaha produk berasaskan belimbing.  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, belimbing itu dijangka dapat dieskport ke luar negara seperti Singapura, Kanada serta negara-negara kesatuan Eropah dalam tempoh dua tahun lagi. MARDI akan mengenalpasti lokasi tanaman dan keluasan tanah diperlukan selain menggalakkan tanaman itu kepada petani-petani di seluruh negara. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengisytiharan Klon Baharu Belimbing Mardi di Mardi Kluang. Penyelidikan mengambil masa 30 tahun dengan aktiviti pengumpulan sumber genetik belimbing, sebelum aktiviti pembangunan pembaik-bakaan untuk menambahbaik kualiti buah sedia ada. Kos keseluruhan penyelidikan sehingga 6 juta ringgit. Belimbing hibrid mempunyai kualiti lebih baik, manis serta tiada rasa kelat selain boleh dituai dalam jangka masa kematangan 12 hari lebih awal.


Laporan media lain bertajuk ''Mardi lancar klon hibrid belimbing pertama dikenali 'Bintang Mas' pada hari sama paparkan kenyataan dimana klon hibrid bagi buah belimbing yang pertama di Malaysia, yang dikenali sebagai Bintang Mas dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), hari ini, yang bertujuan memastikan belimbing negara mampu kembali berdaya saing dalam pasaran termasuk di peringkat antarabangsa.  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihak Mardi sebelum ini sudah melaksanakan aktiviti pengumpulan dan pembangunan baka baharu belimbing mulai 1986 sehingga 1990. Beliau berkata bermula 1991, aktiviti penambahbaikan kualiti kemudian dijalankan di Mardi Kluang bagi varieti belimbing sedia ada. Kini dalam masa sama, pihak Mardi telah berjaya dalam menyediakan koleksi jana plasma yang telah mengumpulkan 102 aksesi belimbing dari dalam dan juga luar negara.  Belimbing hibrid ini mempunyai kualiti makanan yang terbaik dari segi kemanisan, kerangupan, tiada rasa kelat dan warna kuning keemasan dan belimbing ini sesuai dituai pada indeks kematangan penuh untuk makanan segar dengan jangka masa kematangan jauh lebih singkat iaitu 68 hingga 73 hari.  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan klon baharu belimbing Mardi di Mardi Kluang, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor. Pihaknya berharap dengan adanya klon baharu terbabit, Mardi mampu mengeksport hasil berkenaan sekali gus menjadi antara negara pengeksport utama produk berasaskan belimbing.


Beliau berkata penanaman belimbing itu dijangka mampu memberikan pulangan yang besar, di mana dalam satu hektar kawasan penanamannya mampu menempatkan sehingga 270 pokok.  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub menandatangi plak sebagai tanda mengisytiharkan nama "Bintang Mas" bagi klon Baharu BelimbingMARDI pada Majlis yang diadakan di MARDI Kluang hari ini. Kita lihat contohnya, bagi belimbing jenis Bintang Mas ini, ia mampu mengeluarkan hasil 10 tan per hektar setahun, bermakna petani akan memperolehi pendapatan kasar sekitar RM22,000 setahun bagi harga jualan ladang iaitu RM2.20 sekilogram. Selain itu, melalui konsep kebun campuran juga, kita boleh laksanakan dengan ternakan kelulut di kebun belimbing ini dan dengan keluasan satu hektar, kita boleh menempatkan sebanyak 30 log koloni kelulut dan petani boleh mendapat pendapatan sampingan di antara RM750 hingga RM3,000 per hektar sebulan. Pada 2017 luas kawasan tanaman belimbing di negara ini adalah 828 hektar dengan Johor merupakan negeri pengeluar utama belimbing di negara ini membabitkan 372 hektar keluasan. Malaysia juga merupakan pengeluar dan pengeksport belimbing ke negara Eropah seperti Belanda, Perancis, Switzerland, selain Kanada serta negara-negara Asia seperti Singapura dan Hong Kong dengan purata eksport tahunan RM24 juta.


Berita pada hari esoknya bertajuk ''MARDI perkenal belimbing hibrid Bintang Mas' oleh wartawan Adnan Ibrahim yang dipetik diKluang menyatakan dimana pihak MARDI memperkenalkan klon baharu belimbing hibrid pertama di Malaysia yang diberi nama komersial, Bintang Mas bagi memastikan industri belimbing di negara ini kembali berdaya saing dalam pasaran termasuk di peringkat antarabangsa. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata program pembangunan baik baka baharu belimbing di MARDI bermula dengan aktiviti pengumpulan sumber genetik belimbing pada tahun 1986 hingga 1990.  Pada tahun 1991, aktiviti pembangunan pembaik bakaan mula dijalankan di MARDI Kluang untuk menambah baik kualiti buah terhadap kepelbagaian sedia ada dan MARDI mengambil inisiatif dengan menyediakan koleksi janaplasma yang mengumpulkan 102 aksesi belimbing dari dalam dan luar negara. Belimbing hibrid ini mempunyai kualiti makanan segera yang terbaik dari segi kemanisan, kerangupan, tiada rasa kelat dan warna kuning keemasan dan belimbing ini sesuai dituai pada indeks kematangan penuh untuk makanan segar dengan jangka masa kematangan jauh lebih singkat iaitu 68 hingga 73 hari. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Klon Baharu Belimbing MARDI di MARDI Kluang di sini. Yang hadir sama, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Timbalah Ketua Pengarah jabatab Pertanian Malaysia Dato Mohd Anim Hosnan dan Pegawai Daerah Kluang, Ismail Abu dan ratusan pengunjung. Menteri berkata, beliau berharap dengan adanya klon baharu MARDI, industri belimbing Malaysia mampu berdaya saing dan menjadi satu daripada eksport utama negara di masa hadapan selain memberi pulangan yang lumayan kepada petani dan pengusaha belimbing, termasuk produk berasaskan belimbing.


Biasanya dalam satu hektar kawasan penanaman belimbing ini menempatkan 270 pokok dan jika belimbing yang diberikan nama komersial sebagai Bintang Mas ini mampu mengeluarkan hasil 10 tan per hektar setahun, ini bermakna petani mampu memperoleh pendapatan kasar RM22,000 setahun bagi harga jualan ladang iaitu RM2.20 sekilogram. Kini melalui konsep kebun campuran juga, kita boleh mengusahakan ternakan kelulut di kebun belimbing ini dan dengan keluasan satu hektar, kita boleh menempatkan 30 log koloni kelulut dan petani boleh mendapat pendapatan sampingan antara RM750 hingga RM3,000 per hektar sebulan. Pada tahun 2017 luas kawasan penanaman belimbing di negara ini adalah 828 hektar dengan nilai pengeluarannya sebanyak RM19.24 juta dan Johor adalah negeri pengeluar utama belimbing di Malaysia dengan keluasan bertanam seluas 372 hektar. Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport belimbing utama di dunia dan banyak dieksport ke negara Eropah seperti Belanda, Perancis, Switzerland dan Kanada selain ke negara Asia seperti Singapura dan Hong Kong dengan purata eksport tahunan RM24 juta. Jadi, pengisytiharan klon baharu belimbing ini adalah bukti komitmen MARDI dalam memberi hasil yang terbaik bagi membangunkan sektor pertanian dan Industri asas tani negara selain menjadi satu daripada pelbagai hasil penyelidikan yang dijalankan oleh 330 pegawai penyelidik MARDI. Kami akan komited didalam melaksanakan penyelidikan bagi menghasilkan teknologi dan inovasi baharu dari semasa ke semasa dan MARDI juga akan mengambil pendekatan proaktif untuk menyelesaikan masalah yang timbul di lapangan untuk manfaat para petani dan peladang. Pelancaran varieti belimbing baru 'Bintang Mas' ini memperkayakan lagi potensi industri buah-buahan negara. Benih belimbing 'Bintang Mas' ini ada di jual semasa hari pelancaran dengan harga RM8.00 sepokok. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
BELIMBING MAS...  NAMA VARIETINYA...
MARDI MEMBUAT KAJIAN... BIAK BAKA....
NAMA ASALNYA... MSTAR-1 SAHAJA...
IA POPULAR... BELIMBING BARU ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Aronomist,
Room 302, Imperial Hotel,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(2 Syaaban 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top