Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BELIMBING 'BINTANG MAS' atau sebelum ini dipanggil saintis MARDI sebagai Belimbing MSTAR1 merupakan sejenis varieti baru yang berharga. Belimbing (Averrhoa carambola) merupakan sejenis buah tropika yang ditanam di negara kita Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Saya ada banyak menulis artikel tentang belimbing sebelum ini dan pernah memberi ceramah antarabangsa mengenai Industri Tanaman Belimbing Negara dibawah anjuran Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) di Serdang selama beberapa kali dianjurkan. Terkini MARDI berjaya melakukan pembaikbakaan bagi mengurangkan kebergantungan hanya kepada satu klon atau varieti tanaman untuk eksport yang sekali gus menghadkan pengembangan pasaran. Pihak MARDI membangunkan klon baharu yang dikenali sebagai Bintang Mas berasaskan B17 yang sesuai untuk pasaran eksport dan klon tersebut difailkan di bawah Perlindungan Varieti Tanaman (Akta PVP - 2004). Penulis blog sempat bertemuramah dengan Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Hortikultur (Klon Baharu Belimbing) dikenali dengan nama Ahmad Hafiz Baharom semasa lawatan saya bersama Menteri Pertanian sempena pelancaran varieti baru Bintang Mas di MARDI Kluang. Dakwanya usaha untuk menghasilkan klon baharu belimbing yang lebih baik dari segi rasa, kosmetik dan saiz bermula sejak 1986 melalui koleksi janaplasma dan penilaian induk. Katanya lagi kepada penulis pada ketika itu pihak MARDI mengumpulkan sumber genetik dari dalam dan luar negara untuk digunakan dalam program pembaikbakaan. Kemudian sebanyak 120 jenis koleksi ditemukan. Peningkatan baka memerlukan sumber genetik yang banyak supaya dapat memilih ciri-ciri terbaik yang boleh dikacuk untuk menambah baik sesuatu klon. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana benilbing varieti 'Bintang Mas' akan menjadi buah belimbing yang berharga dimasa akan datang untuk rujukkan semua pembaca.

Penyelidiik biakbaka tersebut juga nyatakan dimana proses mengumpul genetik dilakukan sehingga 1990 sebelum memulakan program pembaikbakaan pada 1991. Pada ketika itu empat induk varieti belimbing yang telah dikenalpasti iaitu varieti B2, B10, B17 dan juga varieti B11Keempat-empat induk tersebut merupakan kacukan berdasarkan kombinasi dua jenis bunga. Beliau menyatakan demikian pada majlis pengisytiharan klon baharu belimbing MARDI oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di Kluang Johor baru-baru ini. Yang turut hadir Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Nor, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia Dato' Hj Mohd Anim Hosnan dan Pengarah2 MARDI Negeri. Dakwa beliau program kacukan dan juga pemilihan bermula 1991 hingga 1996 dan hanya pada 1997 penilaian terhadap 6,000 titisan hibrid dihasilkan bagi menilai dari segi kekelatan, keseragaman warna, saiz buah dan hasil setanding jika pengkomersialan dilakukan.  Sebanyak 12 titisan hibrid terbaik dan berpotensi dikenal pasti pada 1998 hingga 2005 yang dikenali sebagai Hibrid F1 selepas melakukan Kajian Kestabilan Genotip X Persekitaran (G X E) di tiga kawasan agro iklim berbeza iaitu di Sintok, Kedah; Jeram Pasu, Kelantan dan Kluang di Johor. Hanya pada 2008 hingga 2015 semasa penilaian seterusnya berjaya mengenal pasti satu dari tiga hibrid terbaik. Adalah dianggarkan secara keseluruhan untuk mendapatkan klon terbaik mengambil masa selama 29 tahun.

Dakwa beliau lagi dimana sebelum ini kita memasarkan B10 untuk pasaran eksport dalam indeks kematangan dua iaitu keseluruhan buah berwarna hijau muda. Namun, terdapat kekurangan seperti tidak cukup manis dan tidak berwarna kuning. Belimbing B17 atau dikenali sebagai belimbing madu untuk pasaran tempatan pula semakin kurang diminati ekoran jangka masa matang yang panjang, rasa kelat dan kosmetik yang tidak cantik kerana terdapat bintik-bintik hitam. Kini varieti belimbing Bintang Mas ditambah baik dan sesuai untuk pasaran domestik dan eksport ekoran beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk dari segi kosmetik, kemanisan, tiada rasa kelat dan fizikal yang lebih baik selepas pengendalian tuai (Sila lihat foto disebelah). Di Malaysia bertuah kerana belimbing yang berasal dan berpusat di Asia Tenggara menjadi rujukan negara luar untuk mendapatkan sumber genetik yang baik. Terkini tanaman belimbing amat mudah dijaga ekoran tiada serangan yang serius kecuali lalat buah. Antara perkara itu boleh dielakkan dengan membungkus buah antara 28 hingga 30 hari selepas berbunga. Selain itu wujudnya nilai ekonomi kerana sebatang pokok mampu bertahan sehingga 15 hingga 20 tahun bergantung kepada penjagaan, malah mengeluarkan hasil antara dua setengah tahun hingga tiga tahun,� katanya lagi. Buah belimbing perlu dibalut selama empat minggu selepas berputik dengan kertas pembalut bersaiz 20x18 sentimeter bagi mengelak daripada serangan lalat buah, supaya berkilat dan tidak mudah cedera.

Majlis pengisytiharan varieti baharu belimbing yang dihasilkan oleh penyelidik MARDI telah menjadi sesuatu yang dibanggakan kursusnya di Johor. Usaha ini akan menggamit perhatian anak tempatan menceburi bidang penanaman belimbing kerana berpotensi menjana pendapatan lumayan. YB Menteri ada nyatakan dimana pihak kementerian akan memastikan setiap hasil penyelidikan MARDI memang akan dikomersialkan. Beliau dakwa Malaysia tidak kalah dari segi kepakaran dimana ada hampir 600 saintis di MARDI, jadi, apa kurangnya kita berbanding negara Asia lain?. Walau pun dikatakan sekarang ini masih terdapat banyak lambakan buah di Thailand akan tetapi jika kepakaran kita sama tinggi maka kita masih boleh bersaing. Beliau juga berkata  bajet yang diberikan oleh kerajaan juga mencukupi dan akan cuba untuk mendapatkan lebihan bajet pada tahun hadapan bagi membolehkan MARDI membuat penyelidikan. Dalam pada itu beliau memberitahu oleh kerana Malaysia masih dianggap ketinggalan dari segi pengkomersialan produk maka memang pihaknya akan memastikan sektor pertanian Malaysia setanding malah lebih baik berbanding negara Asia lain dan mampu bersaing dengan negara maju. Beliau akan pastikan akan pastikan tiada birokrasi dan akan melakukan perubahan paradigma untuk membuktikan Malaysia memiliki banyak kepakaran. Dalam masa sama kita akan pastikan negara mengamalkan pertanian moden sepenuhnya menjelang 2025.

Dalam pada itu perlu ada konsep memdidik pengguna dan galakkan agar lebih ramai petani minat menanam belimbing. Oleh kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk matang antara 80 dan 85 hari menyebabkan tanaman buah belimbing di negara ini kurang diminati oleh golongan petani. Dalam ujirasa YB menteri, KP MARDI dan TKPP DoA mendapati rasa buah belimbing Bintang Mas memang manis, aroma kuat dan rangup. Bagaimana pun belimbn]ng B10 ada rasa kelat menyebabkan pengguna kurang membeli buah belimbing tersebut di pasaran. Kini petani pula jarang dapat memilih untuk menanam buah tersebut sedangkan tanaman itu mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran luar. Kini dimaklumkan dimana walaupun beberapa negara seperti di Florida, Amerika Syarikat dan Taiwan turut menanam buah belimbing B10 namun rasanya tidak setanding yang ditanam di Malaysia yang lebih kualiti dari segi rasa dan kosmetik. Dalam pada itu buah yang berbentuk bintang yang unik itu sebenarnya mendapat permintaan yang tinggi terutama di pasaran Eropah dimana ia sekali gus membuktikan ia juga mempunyai nilai komersial. Malah kandungan vitamin C yang tinggi amat diperlukan dalam tubuh seseorang mendorong permintaan terhadap buah belimbing melonjak. Rakyat di negara ini masih belum diuar-uarkan dengan keistimewaan tersebut sekali gus menyebabkan mereka kurang mengambil buah tersebut dalam diet harian.

Pengarah MARDI Johor  Dr. Johari Sarip menggalakkan golongan petani beralih ke tanaman belimbing yang bukan sahaja menguntungkan dari segi ekonomi, malah amat mudah dijaga. Kini pokok belimbing perlu ditanam di kawasan yang terbuka agar menerima cahaya matahari yang penuh. Jika berselindung di bawah pokok akan dapat mengurangkan kadar fotosintesis sekali gus membantutkan penghasilan karbohidrat yang tersimpan di dalam pokok yang secara tidak langsung mengurangkan kadar pembesaran pokok. Menurut Dr Johari kepada penulis blog Anim Agro Technology di LAdang MARDI Kluang apabila terdapat cahaya yang mencukupi lazimnya pokok belimbing akan tumbuh ke arah vertikal. Belimbing sesuai dengan negara yang beriklim tropika dan menerima taburan hujan yang sederhana sepanjang tahun seperti di Johor selain ditanam di kawasan bersaliran baik. Pokok belimbing dibentuk dengan sistem tengah terbuka dengan memilih tiga hingga empat dahan utama untuk membentuk kanopi seimbang. Pokok harus dicantas dari semasa ke semasa untuk mempengaruhi pengeluaran bunga dan buah secara serentak. Cantasan dilakukan selepas buah dituai dengan membuang semua tunas air. Terdapat sebanyak 300 pokok belimbing Bintang Mas di kawasan 1,155 hektar di MARDI, Kluang. Semuga artikel tengahmalam ini dalam anim agro technology dapat memberi info berguna dan dijadikan bahan rujukkan anda semua. Wasallam!!!...
BELIMBING BINTANG MAS.. DILANCARKAN...
BUAH BERKUALITI... MANIS MASA DIMAKAN...
BELIMBING DITANAM... ADA PENJAGAAN...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT KEFAHAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, Persimpangan Bukit Beruang,
BAndaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Syaaban 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top