MALAYSIA adalah sebuah negara yang kaya dengan bio dan alam fauna dengan bermacam tumbuhan didapati dipersekitarannya. Ada tumbuhan yang dikatakan jenis herba dan nadir dimana ia mempunyai nilai perubatan terbaik. Antara tumbuhan yang berpotensi untuk digunakan dalam dunia perubatan mengikut laporan FRIM (Sila lihat foto diatas) ada pokok saga. Pokok Saga (Adenanthera pavonina) merupakan sejenis pokok besar yang tumbuh dan batangnya selalu digunakan sebagai kayu balak. Pokok saga lazimnya tumbuh liar dikawasan hutan dan tidak atau belum dimanafaatkan secara komersil. Ia juga dikenali ringkasnya sebagai Saga spp atau pun nama lainnya Adenanthera polita Miq. dan Corallaria parvifolia Rumph. Pokok saga adalah biasanya terdapat dikawasan yang beriklim tropika. Ia banyak terdapat dibeberapa negara seperti India, Brazil, Costa Rica, Honduras, Cuba, Jamaica, Puerto Rico,Trinidad, Tobago, Venezuela dan Selatan Florida, USA. Di Malaysia terdapat pokok saga dimana ia kurang diberi perhatian. Kereta pertama Malaysia diberikan nama 'Proton Saga' yang sememangnya diambil daripada biji saga yang merah. Kereta Proton Saga telah ujud semenjak berpuloh tahun dahulu sehingga kini dengan beberapa model kereta yang semakin canggih. Berbalik kepada pokok ini, ia berguna sebagai tumbuhan pengikat nitrogen sama seperti jenis pokok kekacang yang lain yang menyuburkan tanah. Bahagian daun tumbuhan ini selalunya akan dituai bagi tujuan dijadikan makanan ternakan dan ada yang mereka gunakannya sebahai tumbuhan perubatan. Selain daripada ia tumbuh liar dikawasan hutan di negara kita, kini pokok saga telah dijadikan sebagai tanaman hiasan di taman-taman terutama dikawasan bandar dan ada yang telah menggelarnya juga sebagai tumbuhan pokok di bandar. Apa yang unik mengenai tumbuhan ini adalah biji benihnya yang mempunyai bentuk dan warna cantik. Seringkali biji saga akan digunakan sebagai manik dan dibuat rantai leher. Walau pun ada laporan bahawa biji saga adalah merbahaya dimana biji benih mentah lazimnya beracun tetapi ia boleh dimakan selepas di masak. Artikel subuh ini saya menulis artikel kel 5,289 dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok dan biji saga sebagai satu sumber rujukkan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Dalam laporan akhbat Utusan Online dipaparkan artikel bertajuk "Antara spesies tumbuhan penyembuh kanser" yang saya rujuk kali ini. Akhbar menyebut dimana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan jumlah kematian akibat penyakit kanser di hospital kerajaan di negara ini meningkat sebanyak 50 peratus sejak 1996. Menurut beliau hanya 8.9 peratus kematian sahaja direkodkan 20 tahun lalu jika ia dibanding 13.6 peratus yang dicatatkan pada 2016. Kanser adalah masalah kesihatan serius yang mana ia menunjukkan peningkatan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kini berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada 2016 dilaporkan dimana penyakit kanser adalah punca kematian ketiga tertinggi di hospital kerajaan di negara ini. Kes terbanyak bagi lelaki adalah kanser usus dan kanser paru-paru manakala bagi wanita kanser payu dara dan kanser usus. Antara punca dikaitkan dengan peningkatan kanser adalah makanan, minuman dan udara disedut orang ramai yang telah dicemari pelbagai jenis bahan kimia akibat daripada arus pembangunan. Situasi itu menyebabkan tubuh dipenuhi toksin yang melemahkan sistem imunisasi bagi melawan penyakit secara semula jadi. Seperti yang mana telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, langkah membanteras kanser adalah tanggungjawab pelbagai pihak, maka Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor telah melakukan kajian mengenai tumbuh-tumbuhan yang dapat merawat pelbagai penyakit termasuk barah. Tumbuh-tumbuhan berkenaan mempunyai bahan kimia dikenali sebagai cytotoxic yang beracun kepada sel kanser dan dapat menghalangnya daripada membiak dengan banyak.
Pada masa ini kaedah rawatan paling lumrah untuk pesakit kanser iaitu kemoterapi menggunakan bahan kimia ini sama ada dimakan, suntikan atau disapu pada kulit. Bahan kimia untuk kemoterapi kebanyakan adalah buatan manusia dan bukan semula jadi. Kajian oleh FRIM akan membolehkan bahan cytotoxic diperoleh secara semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan. Adalah diharapkan penggunaan bahan kimia daripada sumber semula jadi akan dapat mengurangkan kesan buruk kemoterapi seperti pendarahan mulut dan rongga lain pada tubuh, kulit menjadi bersisik dan berkedut, keguguran rambut, muntah-muntah serta hilang selera makan. Cukup unik kerana tumbuh-tumbuhan berkenaan boleh diperoleh di FRIM, tanpa memerlukan seseorang itu bersusah payah masuk ke dalam hutan di negara ini yang mempunyai kira-kira 1,230 spesies tumbuh-tumbuhan untuk tujuan perubatan. Spesies berkenan semakin berkurangan dan salah satu cara untuk memastikan tumbuh-tumbuhan terbabit tidak pupus adalah menanamnya di tempat khas seperti dilakukan oleh FRIM. FRIM yang ditubuhkan pada 1929 adalah satu-satunya badan di Malaysia yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menyokong sektor perhutanan dan mengarusperdanakan sumber asli negara dengan 70 peratus kawasan institut itu adalah hutan yang ditanam semula. Jilid kedua buku ini menampilkan 15 lagi tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat untuk tujuan perubatan iaitu sama bilangan dengan yang telah ditampilkan ketika penerbitan jilid pertama pada 2016.
Antara pokok yang bermanfaat untuk merawat kanser adalah saga atau dikenali secara saintifik sebagai Adenanthera pavonina. Saga yang berasal dari Asia Selatan dengan biji berwarna merah terang juga menjadi nama kereta pertama buatan Malaysia iaitu Proton Saga. Kulit daripada batang saga digunakan secara tradisi untuk merawat kusta dan kajian terbaharu ahli sains mendapati bahan kimia metanol daripada daun dapat membunuh sel kanser tulang. Satu lagi adalah keledang atau nangka pipit. Kayu daripada pokok ini sangat keras dan tahan lama. Sebab itu sering digunakan untuk membuat perahu dan perabot. Kajian ahli sains mendapati bahan kimia daripada daun keledang seperti artobiloxanthone dan bahan seperti cycloartobiloxanthone yang bermanfaat untuk merawat leukemia (kanser darah). Satu lagi pokok bermanfaat yang sering ditanam orang Melayu adalah belimbing buluh yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Penyelidikan ahli sains mendapati metanol daripada buahnya mempunyai keupayaan untuk merawat kanser walaupun banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan akan tahap keberkesanannya. Pokok saga memang mudah ditanam tanpa banyak musuh dan perosak.
Dalam pada itu perlu juga kita ketahui akan kegunaan dan manfaat dan kandungan tanaman saga. Saga adalah pokok unik dimana buahnya menyerupai petai dengan bijinya kecil berwarna merah. Tumbuhan ini berasal atau natif dari Asia Selatan namun sekarang telah tersebar dibanyak kawasan tropika. Pokok Saga selau dijadikan sebagai pohon peneduh di jalan-jalan raya yang berkesan. Tumbuhan ini juga mudah ditemui di kawasan pantai secara semulajadi atau pun ditanam. Daunnya dapat dimakan dan mengandung alkaloid yang berkhasiat bagi penyembuhan reumatik. Bijinya mengandung asam lemak sehingga dapat menjadi sumber energi alternatif (biodiesel). Kayunya keras sehingga banyak dipakai sebagai bahan untuk struktur bangunan. Kandungan dan Komposisi dari pokok saga sama ada bahagian daun atau pun akar tumbuhan adalah protein, vitamin A, B1, B6, C, kalsium oksalate, glisirizine, flisirizinate, polygalacturomic acid dan pentosan. Secara umumnya belum banyak kegunaan dari pokok saga dalam perubatan tradisional walau pun ada yang mendakwa akan khasiat dari pokok tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!.
POKOK SAGA.... KURANG KENALNYA...
KULIT POKOK... ADA KHASIATNYA...
MERAWAT KANSER...KAJIAN ADA...
BACA ARTIKEL... ILMU DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Ramadan 1440H).
Posted from:
Room 1383, Genting Jurong Hotel,
Singapore.
Posted from:
Room 1383, Genting Jurong Hotel,
Singapore.
Catat Ulasan