Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MERBAYAHA DIMAKAN?... itulah satu laporan dari negara Taiwan bertajuk ''Pineapples from Thailand found laced with kidney-damaging chemical'' dimana ia telah dilapor oleh akhbar Taiwan News dan telah diviralkan. Terdapat sejenis nanas yang dikeluarkan oleh syarikat Dragon King Pineapples dimana ia mengandungi bahan Asid Cyclamic yang merupakan bahan perasa manis yang diharamkan kerana boleh menyebabkan kerosakkan kepada buah pinggang (kidney). Akhbar tersebut juga menunjukan foto pembungkusan nanas tersebut yang menyamai dengan laporan akhbar tempatan mengenai produk dipanggil ''Baby Pineapple'' yang dijual di Malaysia. Berita yang ditulis oleh Keoni Everington (Staff writer) dari Taiwan News dipetik dari Taipei diterbitkan pada 19 Julai 2017 dan ianya masih lagi berlegar-legar didalam alam maya. Ia bermula dengan aduan daripada pengguna di sana yang membeli nanas yang telah diimport dari Thailand dengan mempunyai bahan pengawet tiruan (unnaturally sweet) dan tekstur yang pelik. Pejabat Kesihatan Taiwan mengambil sampel dan kemudian mereka mengarahkan tarik balik dari pasaran dan mengharamkan penjualan nanas tersebut yang didakwa merbahaya kepada kesihatan. Nanas keluaran syarikat Dragon King Pineapples (????????) telah dilaporkan mengandungi sebanyak 1.1 gram Asid Cyclamic (Cyclamate) bagi setiap satu kilogram buah nanas (Sila lihat foto diatas). Bahan Asid cyclamic merupakan bahan pemanis tiruan biasanya dibenarkan untuk digunakan dalam buah kering (dried fruits), Biji Tembikai (melon seeds) dan minuman berkarbonat sahaja akan tetapi tidak dibenarkan untuk buah sejukbeku (frozen foods). Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai satu laporan dari akhbar Taiwan News yang saya fikir baik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca blog ini.


Membaca lanjut laporan berbahasa Inggeris ini dinyatakan dimana syarikat pengedar produk ini adalah syarikat i3Fresh dan ia diimport oleh Syarikat Greenstar. Syarikat ini juga telah dipertanggungjawabkan memulangkan kembali wang pengguna atau perlu melaksanakan kaedah tebusganti (compensations programs) yang sesuai seperti apa yang dinyatkan oleh Wang-Ming Li iaitu Ketua Bahagian Drug and Food Division, Jabatan Kesihatan Taipei. Syarikat Greenstar akan didenda diantara NT$30,000 dan NT$3 juta (USD988 - USD98,782) kerana menambahkan bahan pemanis tiruan dialan produk nanas ini. Sementara itu pihak penjual akan didenda jika melakukan kesalahan menual diantara NT$40,000 hinga NT$4 juta (RM5,305 - RM530,504) untuk memalsukan pengiklanan. Menurut akhbar tersebut lagi penghantaran terakhir dilakukan oleh Syarikat Greenstar adalah pada 6 Jun 2017 dengan kuantiti sebanyak 24,284 kotak buah nanas sejukbeku dengan jumlah berat sebanyak 12 tan. Pengedar kemudian membuat pembungkusan semula kepada sebanyak 1,650 bungkus dengan jumlah berat baru sekitar 780 kilogram. Mengikut CEO i3Fresh Hamk Chang, syarikat pembekal yang berpusat di Thailand mengambil produk nanas ini daripada pembekal-pembekal lain akibat dripada kekurangan produk nanas. Didakwa iaitu dimana akibat 'outsource' ini menyebabkan nanas yang mungkin ada mengandungi bahan kimia terlarang ini bercampur dengan nanas yang dibekalkan oleh syarikat pembekal di Thailand. 


Asid Cyclamic meripakan sejenis bahan agen pengawet tiruan (artificial sweetening agent) yang mempunyai 30 - 60 kali ganda kemanisan gula biasa atau sukros (table sugar). Bahan pengawet tiruan ini sering digunakan untuk dijadikan pemanis bagi buah-buahan dijadikan candy, dalam biji melon (kuaci) dan juga minuman berkarbonat sebagai pengganti gula dan makanan suplemen di lebih 80 buah negara didunia. Bagaimana pun penggunaan Asid Cyclamic telah diharamkan di lebih 45 buah negara termasuk USA. Satu paket nanas atau separuh paket buah nanas ini dari analisa makmal dipercayai mengendungi paras melebihi kadar merbahaya 9exeeding limit) bagi seorang yang berat badannya ssekitar 60 kg. Perkara ini disahkan oleh Datuk Bandar Taipei iaitu Huang Hsiang-Chun yang membuat kenyataan media di pejabatnya. Pengambilan Asid cyclamic yang berlebihan dalam satu jangkamasa lama atau berulang akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang )kidney) dan penyakit pada hari. Kesan lain akibat pengambilan asid ini seperti mengurangkan keseuburan pihak lelaki dan telah diharamkan di USA kerana didakwa berpotensi tinggi sebegai penyebab kanser. 


Terbaru di Singapura dilaporkan negara tersebut juga telah mengharamkan Nanas dari Thailand. Menurut Agensi Makanan Singapura (Singapore Food Agency - SFA) ada mengeluarkan arahan nnenas beku dari Thailand. Produk Nanas siap kupas ini dengan jenama Dragon King didapati mengandungi bahan pemanis tiruan yang dikenali sebagai Asid Cyclamic. Menurut SFA lagi sehingga kini mereka belum merekodkan nanas jenama ini memasukki Singapura. Bagaimana pun langkah pemantauan dan berjaga-jaga diteruskan dengan agressif mengenai produk nanas ini yan didakwa boleh menyebabkan berlaku kerosakkan kepada buah pinggang jika memakan dengan kuantiti banyak dan beruang-ulang. Menjelaskan kenapa SFA mengharamkan makanan yang mengandungi Asic Cyclamic dalam makanan sejuk ini disebabkan buah nanas itu sendiri. Bagaimana pun bahan pemanis tiruan ini ada dibenarkan uutuk makanan lain yang dibenarkan seperti minuman berkabornat dan buah kering. Kini pihak SFA Singapura memang memantau ketat segala jenis produk buah nanas yang siap dikupas dari Thailand. Penulis blog percaya berkemungkinan nanas kecil-kecil ini adalah nanas mini atau nanas sub-grade yang memang tawar rasanya kemudian dicelup didalam larutan asid cyclamis untuk mendapatkan kemanisan tahap optima. Daripada dakwaan beberapa rakan yang pernah makan nanas ini mereka amat suka dengan nanas ini yang enak dan manis sekali tidak sama dengan nanas segar biasa.


DI Malaysia pula pernah dilaporkan penjualan ''Baby Pineapple'' seperti yang saya tulis dalam log ini sebelumnya (Sila klik disini). Di percayai seperti laporan media dimana Baby nanas ini berasal dari Thailand dan dikenali dengan pelbagai nama seperti nanas Chiang Mai, Baby Nanas Madu dan Baby Pine. Bekalan nanas ini yang mana rata-rata dijual di Kelantan, Lembah Kelang dan Negeri di Utara Semenanjung Malaysia berikutan lokasinya berdekatan negara gajah putih itu. Penelitian penulis blog semasa ada membuat tinjauan teknologi nanas di Kelantan tahun lepas menunjukkan jualan nanas ini bermula dari Kelantan dimana fenomena nanas ini menular sehingga ke negeri-negeri lain dan secara tidak langsung. Penulis blog dapati nanas baby ini mungkin mampu menjana lebih pendapatan sampingan kepada peniaga dan penjual memandangkan baby nanas ini menjadi trend dan popular orang ramai. Kehebatan baby nanas ini kerana di disukai kerana saiz kecil yang unik dan rasa sangat manis. Bagi seorang pembeli baby nanas, Nurazizah Mat Salleh mendakwa dia menyukai baby nanas kerana rasanya yang manis, rangup dan tidak masam. Menurutnya kini baby nanas sangat popular di Kelantan dan kini menular ke seluruh negeri. Kini apabila kita makan nanas biasa ia pasti ada rasa gatal tetapi baby nanas tidak dan ia juga sangat manis dan sekali makan tidak akan puas an pasti mahu makan lagi. Ada kemungkinan dimana dua atau tiga bulan ini bekalan baby nanas akan habis. Menurut dakwaan penjual baby nanas ini biasanya harga sekilo RM25.00 dan RM12.00 bagi 3-4 biji atau purata RM3-4/sebiji (Penulis blog mendapati nanas ini memang kecil saiznya). Dalam artikel lain bertajuk "Halal Ker Baby Nanas Madu Dari Thailand?" ada diviralkan dalam facebook. Ini kerana makanan siap proses dari negara jiran ini perlu melalui proses pemeriksaan yang lebih ketat demi untuk mempastikan tahap keselamatan dan kedaulatan makanan tersebut. Dalam viral FB ada juga pertanyaan sama ada status adakah halal atau tidak  buah Baby Nanas Madu siap proses (buang kulitnya) yang diimport dari negaraThailand?.  Akibat dari fenomena Baby Nanas Madu dari negara jiran iaitu Thailand ada dinyatakan bahawa ia bukan dari buah nanas besar yang dipotong-potong kecil sengaja untuk pasaran tetapi merupakan buah nanas bersaiz kecil ditanam dinegara jiran. Mula-mula ramai ingat ia adalah daripada nanas besar dan di potong menjadi kecil untuk di makan terus tapi memang nanas ini datang dalam saiz yang kecil. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam !!...
NENAS DIPROSES... THAILAND ASALNYA...
DIJUAL DITAIWAN... PENGAWET BAHAYA...
UJIAN MAKMA...ASID CYCLAMIC DALAMNYA...
BUAH PINGGANG .. AKAN DIROSAKANNYA....

By.
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok, Gerisek,
Tangkak, Johor,
Malaysia.
(28 Ramadan 1440H). 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top