KECIPIR atau di kalangan orang Malaysia menamakan ia sebagai KACANG BOTOR (Psophocarpus tetragonolobus) adalah tanaman ulaman yang sangat mudah ditanam. Penulis blog yang berasal dari Muar, Johor memang faham dengan pokok Kecipir ini yang memang ada ditanam dikawasan keliling rumah dikampong zaman dahulu. Ini kerana kecipir cukup terkenal sebagai tanaman yang digunakan sebagai sayuran ULAMAN. Selain sebagai pokok kecipir yang tergolong tumbuhan meryap atau menjalar kaya akan khasiat yang baik untuk kesihatan. Kecipir dapat dimanfaatkan sebagai tanaman herba untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan mengikat unsur Nitrojen (N) dalam tanah. Kecipir merupakan tumbuhan dari famili Fabaceae (dahuli ia dikenali juga sebagai Leguminosae) atau Kekacang. Beberapa nama saintifik tumbuhan ini adalah seperti Psophocarpus tetragonolobus (L.) DC. dan ia juga ada nama sinonim seperti Botor tetragonoloba (L.) Kuntze, Botor tetragonolobus (L.) Kuntze, Dolichos ovatus Graham dan Dolichos tetragonolobus L bergantung kepada perbezaan pengkelasan dan spesis. Di negara jiran seperti di Indonesia tanaman kecipir dikenal dengan beberapa nama lokal seperti kacang botol, kacang embing dan kacang belingbing (Sumatera). Juga jaat (Sunda), cipir, cicipir dan kecipir (Jawa), kelongkang (Bali), biraro (Manado, Ternate), kacang botor, kacang botol dan juga kacang kumbotor (Kalimantan). Dalam bahasa Inggris dikenal dengan nama sebutan seperti Asparagus Bean, Asparagus Pea, Goa Bean, Princess Bean, Wing Bean, Winged Bean atau Pois Carre. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tanaman Kecipir atau Kacang Botor sekadar berkongsi info dan dijadikan bahan rujukkananda semua.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Tanaman Kecipir merupakan tumbuhan menjalar atau merambat yang mampu hidup bertahun jika dijaga baik dan ada yang menanamnya sehingga ia memberikan pendapatan tambahan keluarga walau pun hanya ditanam dikeliling rumah sahaja.Ciri batangnya yang melilit, beralur, tidak berambut, berbentuk selinder dan beruas-ruas dengan panjang 2-4 meter membolehkan ia meelilit sebarang sokongan. Akarnya banyak yang tumbuh menjalar mendatar dekat permukaan tanah walau pun terdapat juga beberapa akar tebal untuk ia membentuk batang. Mengenai ciri daunnya ia ada 3 heli aun satu tangkai dengan bentuk bundar telur ypada hujung daunnya dimana ia meruncing dengan 2 daun kecil. Warna daun adalah hijau dengan bentk uratdaun menyirip dan tepi daun rata. Biasanya panjang daun sekitar 8-15 cm dan lebarnya 4-12 cm walau pun tumbuhan kecipir memiliki bunga malai yang tumbuh di ketiak daun. Dalam satu malai (tandan) memiliki 2-10 kuntum bunga bertipe kupu-kupu. Bunga kecipir berwarna lembayung muda atau putih dengan beragam perpaduan warna seperti lembayung muda, krim, biru atau merah. Penanaman kecipir mudah dilakukan dengan menggunakan bijinya yang banyak dan mudah didapati dari buah yang tua. Buah kecipir merupakan jenis kekacang dimana bentuknya lonjong hingga bersegi dengan ada 4 buah sudut bersayap rata atau bergigi gergaji. Buahnya berwarna kuning kehijauan, hijau atau krim dimana ada juga kadang-kadang dengan garisan merah. Panjang buah sekitar 6-40 cm dan lebar 2.5-3.5 cm dan lazimnya setiap buah (lengai) mempunyai 5-21 biji. Bentuk biji agak membulat dengan diameter sekitar 0.6-1 cm. Biji berwarna putih, coklat, kuning, berbintik atau tidak, berkilat dengan aril kecil.
Terdapat kelinan pendapat mengenai asal usul tumbuhan kecipir sebab ada yang menyatakan kecipir merupakan tumbuhan asal Asia Tenggara tetapi terdapat juga dakwaan dimana kecipir ini dipercayai berasal dari timur laut India dan Burma. Di kawasan tersebut memilki keanekaragam kecipir yang tinggi. Namun ramai saintis percaya dimana kecipir sebagai sama kumpulan dari beberapa jenis anggota genus Psophocarpus lain diman ia tumbuh di Afrika. Perkara ini berkait disebabkan sebenarnya tidak dijumpai kecipir liar (wild specicies) sebab sejak dulu ia adalah ditanam (domesticated). Tumbuhan ini dilaporkan berada dan tumbuh dengan baik di Afrika Timur, India, Sri Lanka, Thailand, Indo-China, Malaysia, Indonesia, Pilipina, Papua New Guinea sehingga beberapa kepulauan di Pasifik. Tumbuhan ini sesuiai hidup dari dataran rendah sehingga ketinggian 2,000 meter dari paras laut dimana ia ama t mudah menanamnya dengan biji yang matang. Jangkamasa ia bercambah sehingga nula berbunga mengambil masa 3 - 4 minggu sahaja jika dijaga dengan baik. Pemberian air dan baja organik membolehkan ia cepat tumbuh dikawasan yang menerima cahaya matahari sepenohnya. Kecipir merupakan tanaman dengan berbagai kegunaan daripada bahagian buah sehingga daunnya (daun muda) yang biasa digunakan sebagai sayuran dan ulaman. Bahagian bijinya jika ianya dikumpulkan dan diproses boleh menghasilkan tepung atau ia juga boleh dimakan dan dibeberapa negara ia digoreng untuk membuat minyak goreng dan susu. Akarnya yang menggelembung dan membentuk umbisi ada yang suka untuk memkannya.
Biji kecipir mempunyai kandungan protein dan lemak yang tinggi dan juga bahan mineral seperti bahan Posforan, Kalsium dan Magnesium. Pada biji dan daunnya juga mengandungi bahan seperti flavonoid, saponin dan tanin (Sila anda lihat foto disebelah). Selain itu Kecipir juga mempunyai khasiat herba diantaranya sebagai ubat mata dan radang telinga, merawat bisul, mampu menambah nafsu makan dan sebagai satu jenis bahan anti-oksidan. Kandungan protein dan lemaknya yang tinggi membuatkan Buah Kecipir sesuai digunakan sebagai pengganti daging. Bagi mereka yang ada hobi dengan bahan dan tanaman ulaman sudah pasti sangat mengenali tanaman Kecipir atau Kacang Botor. Kecipir (Psophocarpus tetragonolobus L.) adalah tumbuhan jenis yang merayap dimana ia mempunyai sistem melilit kayu sakongan. Bahagian pucuk dan buah muda ada peminat yang mengambilnya sebagai bahan sayuran (bahagian pucuknya). Buah kecipir memiliki panjang (� 20 cm), bersegi empat dan bergerigi dengan warna buahnya hijau dan rasanya enak serta rangup. Bijinya bulat, berwarna kuning semasa ia muda dan berwarna coklat apabila ia tua dengan rasanya yang sedikit pahit getir. Tanaman ini tidak perlukan tempat yang subur untuk menanamnya asalkan diberi baja yang cukup. Buah dan bijinya merupakan sumber protein dan banyak mengandung vitamin A, vitamin B dan vitamin C yang tinggi dan seduai ditanam dikeliling rumah. Kecipir juga merupakan tanaman singkatmasa yang tumbuh cepat dengan batangnya menjalar atau melilit sepenjang 2 - 4 m. Tanaman ini biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan atau komersil.
Pada bahagian daun kecipir megandungi bahan Saponin, flavonoida dan tanin. Kandungan protein pada biji kecipir lebih banyak berbanding dengan buah muda atau pun bahagian daunnya. Selain protein dilaporkan dimana bijinya juga mengandungi Asid Amino. Semua bagian tanaman kecipir kecuali bahagian batangnya boleh dimakan iaitu pada bahagian Daun, Bunga, Buah Muda, Biji Segar dan juga biji yang telah dikeringkan. Dikalangan saintis mereka ada menyatakan dan mendakwa dimana tanaman ini sebagai supermarket on the stalk. Ia amat popular dianggap sebagai sayuran dimana ia banyak dijumpai di Asia Tenggara dimana ia mudah diusahakan. Selain itu ada dikalangan orang kampung yang selalu mengambilnya sebagai perubatan tradisional. Antara kegunaannya sepeeti untuk merawat masaalah seperti mampu enambahkan nafsu makan, ubat radang telinga, ubat bisul dan sebagainya. Tanaman kecipir dilaporkan memang boleh menyuburkan tanah kerana kemampuannya untuk mengikat unsur Nitrojan dalam tanah. Kecipir kini bukan dipandang sepi dikalangan pengguna dan ia ada dijual di pasar basah, pasar tani, pasar malam malahan juga ada dijual di pasaraya didalam pembungkusan yang menarik. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
TANAM KECIPIR... MUDAH SAHAJA...
KACANG BOTOR.... NAMA DI MALAYSIA...
DIJADIKAN ULAM... BUAH YANG MUDA...
TANAM SENDIRI... SENANG DIJAGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1440H).
Pada bahagian daun kecipir megandungi bahan Saponin, flavonoida dan tanin. Kandungan protein pada biji kecipir lebih banyak berbanding dengan buah muda atau pun bahagian daunnya. Selain protein dilaporkan dimana bijinya juga mengandungi Asid Amino. Semua bagian tanaman kecipir kecuali bahagian batangnya boleh dimakan iaitu pada bahagian Daun, Bunga, Buah Muda, Biji Segar dan juga biji yang telah dikeringkan. Dikalangan saintis mereka ada menyatakan dan mendakwa dimana tanaman ini sebagai supermarket on the stalk. Ia amat popular dianggap sebagai sayuran dimana ia banyak dijumpai di Asia Tenggara dimana ia mudah diusahakan. Selain itu ada dikalangan orang kampung yang selalu mengambilnya sebagai perubatan tradisional. Antara kegunaannya sepeeti untuk merawat masaalah seperti mampu enambahkan nafsu makan, ubat radang telinga, ubat bisul dan sebagainya. Tanaman kecipir dilaporkan memang boleh menyuburkan tanah kerana kemampuannya untuk mengikat unsur Nitrojan dalam tanah. Kecipir kini bukan dipandang sepi dikalangan pengguna dan ia ada dijual di pasar basah, pasar tani, pasar malam malahan juga ada dijual di pasaraya didalam pembungkusan yang menarik. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
TANAM KECIPIR... MUDAH SAHAJA...
KACANG BOTOR.... NAMA DI MALAYSIA...
DIJADIKAN ULAM... BUAH YANG MUDA...
TANAM SENDIRI... SENANG DIJAGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1440H).
Catat Ulasan