Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BATANG KELADI (Yam) merupakan sejenis bahagian pokok keladi yang diambil untuk dijadikan sayuran yang agak popular di Malaysia sebagai sayuran tradisional. Batang keladi merupakan salah satu masakan kampung yang mampu membuka selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. Apa yang lebih menarik apabila batang keladi dibuat masak asam rebus ataupun dicampur dalam masak lemak siput sedut. Namun penulis blog dapati untuk memasak batang keladi ini memerlukan cara yang betul supaya batang keladi yang telah siap dimasak tidak meninggalkan gatal di tekak ketika dimakan. Jika tidak kena gaya masakannya, batang keladi tidak dapat dimakan. Tanaman Keladi (Colocasia esculenta Linn, Schott) ialah sejenis tanaman kontan yang pernah menjadi bahan sumber karbohiderat penting di kawasan tropika. Tumbuhan ini dipercayai natif dan asli di Asia Tenggara dan ia tergolong dalam famili Araceae. Bagaimana pun penanaman keladi dibeberapa negara terus berkurangan disebabkan ramai petani di Malaysia menukar kepada tanaman lain. Banyak jenis keladi terdapat di Negara ini dalam kumpulan keladi boleh dimakan (edible yam) dan keladi tidak boleh dimanan (non-edible yam) seperti keladi hiasan. Di Malaysia keladi ditanam di kawasan tanah gambut dan sedikit pada tanah mineral. Kawasan utama penanaman keladi seperti di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Ubi Keladi berbeza dari segi warna, isi, sama ada warna putih, merah samar atau warna kuning dan batangnya pula dari yang berwarna hijau, coklat keungguan hingga coklat tua. Keladi ialah tanaman kontan yang boleh ditanam secara sendirian dan juga boleh ditanam sebagai tanaman selingan. Dalam pada itu ia sesuai juga dijadikan tanaman selingan dengan getah, kelapa, kelapa sawit, lada hitam dan dusun buah-buahan yang baru saja diusahakan. Jarak dan kepadatan tanaman pokok keladi disesuaikan semasa pokok berkenaan masih di peringkat awal pertumbuhan. Tanaman ini tumbuh 0.4 m - 2 m tinggi dimana ubisinya boleh mencapai hingga 15 cm besarnya bergantung kepada jenis dan amalan agronimu yang dilaksanakan. Anak umbisi didapati tumbuh di sekeliling pangkal umbisi utama dengan bilangannya berbeza-beza. Daunnya lebar berbentuk hati (Heart shape) dengan saiz dan warna bergantung kepada spesisnya. Tanaman Keladi boleh ditanam dalam semua jenis keadaan dan kawasan iaitu dari kawasan tanah rendah bertakung air hinggalah ke kawasan tanah tinggi yang balik salirannya. Selain itu banyak jenis keladi liar dan keladi ornamental yang diusahakan untuk tanaman hiasan dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tips untuk menghilangkan gatal pada batang keladi sebagai bahan rujukkan untuk semua.

Penulis blog memang suka makan sayur batang keladi dengan beberapa resepi masakan sama ada batang keladi masak lemak, batang keladi masak asam pedas, Asam rebus batang keladi, batang keladi masak cili api dengan daging, tumis pedas batang keladi atau beberapa resepi yang lain. Bagaimana pun batang keladi ini jika tidak dipilih dengan betul dan tidak disediakan dengan baik akan menyebabkan kegatalan pada tekak dan mulut apabila memekannya. Bagaimana pun artikel ini memberikan tips atau petua untuk menghilangkan gatal batang keladi. Paling asas adalah batang keladi tersebut dibuang kulit luarnya dahulu dan dipotong-potong mengikut saiz potongan yang dikehendakki (Sila lihat foto paling atas sekali). Kemudian ia perlu dibersihkan dengan membasuhnya dari kekotoran. Dalam masa sama rebuskan satu periuk air dan tunggu sehingga air mendidih. Kemudian setelah airnya mendidih maka boleh dimasukkan 5-6 keping asam gelugor. Asam keping (Garcinia spp) ini lebih baik gunkan yan masih baru dan berfungsi. Kemudian dibiarkan asam gelugor tersebut mengembang dengan air yang mendidih. Setelah dilihat apabila asam keping telah mengembang maka bolehlah kita dimasukkan batang keladi yang telah siap disiang dan dipotong kealam periok. Sebaiknya ditutupkan periuk dan tunggu sehingga batang keladi tersebut menjadi empuk. Kemuidan akhir sekali dibuka penutup dan angkat batang keladi tersebut dan di tapiskan batang keladi yang sudah empuk dan basuh dengan air bersih. Ketepikan batang keladi tersebut dan ia sudah sedia untuk dimasak dengan pelbagai jenis resepu atau menu mengukut kesukaan anda. Diharap info ini dapat membantu anda untuk menghilangkan gatal batang keladi apabila dimasak. Sekiranya anda mempunyai petua lain untuk menghilangkan gatal batang keladi maka apa salahnya anda kongsikan bersama saya.

Keladi mempunyai nama saintifik iaitu Caladium spp dimana ia terkenal sebagai sayuran yang berumbisi yang berasal dari keluarga Araceae. Pokok keladii biasanya tumbuh di tanah gambut yang dapat cahaya sinaran matahari.  Di Malaysia sayuran ini dianggap sebagai sayuran tradisional yang disediakan dirumah atau pun kini sudah banyak restoren makanan tempatan yang menyediakannya. Pokok keladi selain daripada menghasilkann umbisinya, bahagian batang , daun dan sulur (akarnya) boleh dimakan dengan proses tertentu. Anda boleh baca mengenai artikel sulur keladi dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Dalam dunia landskap tanaman keladi juga amat popular untuk dijadikan tanaman hiasan disebebkan ia memilik beragam corak warna pada daunnya. Keladi merupakan tanaman ornamental yang relatifnya banyak pilihan dan harga pasarannya juga tidak terlalu mahal. Kajian mendapati terdapat lebih dari 200 varieti keladi akan tetapi ada yang tidak boleh dimakan sebab boleh membahayakan kita. Apa pun kini kebanyakan orang di dunia ini banyak yang jarang makannya kecuali di Indonesia, Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. Akan tetapi di negara Cihna mereka mempunyai spesis keladi dijadikan sayur yang amat mereka suka bahkan ada yang menjadikannya untuk bahan asas pembuatan kueh yang lazat. Umbisi keladi, batang keladi, sulur keladi dan daun keladi semuanya boleh dimakan asalkan memilih varieti dan jenis yang betul. Saya juga ada menulis mengenai banyak artikel mengenai keladi sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel-artikel ini boleh diakses dan dibaca untuk menambah ilmu didada.


Dalam membincangkan akan keladi sebaiknya kita bincang juga akan khasiat keladi untuk kesihatan. Ada kalangan pengguna yang mendakwa dimana pokok keladi merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang memberikan banyak stamina kepada kita dan enak dimakan. Selain umbisinya yang dijadikan seabaga KELADI GORENG (Sila lihat foto disebelah) dilaporkan dimana sayur keladi ini memiliki manfaat yang sama iaitu ia mampu menjaga serta memaksimakan stamina tubuhbadan dan juga stamina kekuatan jaringan organ vital secara semulajadi dan maksima. Keladi juga didakwa antara bahan makanan paling umum dan banyak digunakan untuk makanan rakyat biasa. Lazimnya batang pokok keladi adalah mempunyai ketinggian mencapai sekitar 30cm siaman ia akan mempunyai daun tunggal dan berbunga majmuk dengan tulang daun berwarna hijau atau kemerahan bergantung kepada jenis keladi.  Keladi mempunyai khasiat seperti bahan bahan zat seperti Flavonoid, Polifenol dan juga Saponin. Keladi atau di negara Indonesia dipanggil sebagai Talas merupakan sejenis tanaman  umbisi khususnya di Asia yang memiliki nama botani Colocasia esculenta atau yang biasa disebut dengan keladi. Ternyata terdapat lebih 200 jenis varieti keladi yang tumbuh di kawasan tropika dimana ada yang boleh dimakan dan ada juga yang beracvun tidak sesuai dimakan. Biasanya kelai tertentu akan diambil untuk batangnya dibuat gulai yang dimasak dengan campuran siput.  Namun begiru di dalam budaya Cina keladi rebus merupakan hidangan yang sangat disukai.  


Tanaman keladi yang biasa boleh hidup baik itu di tanah daratan sama ada tanah kering, lembab dan bahkan tanah agak lembab dengan sistem saliran sempurna. Kawasan tanaman juga sebaiknya dari tanah gembur dimana pwmbwntukkan umbisi dapat berlaku. Marfologi pokok keladi terdiri daripada bahagian batang, Umbisi (Akar), Pelepah, Daun, Sulur bunga dang sebagainya. Keladi mempunyai khasiat sebagai makanan yang membekalkan banyak karbohiderat dan zat galian dan memang dijadikanan makanan penting dikawasan luar bandar semenjak dahulu lagi. Penanaman keladi sebagai tanaman singkat masa atau tanaman kontan menjadi pilihan kawasan tanaman makanan dan sayuran yang memberikan pendapatan kepada petani.  Kabohiderat yang ada dalam keladi membekalkan tenaga sehinggakan petani, pekerja ladang, pekerja binaan malahan ada ahli sukan atau athlit yang memakan keladi untuk menambahkan staminanya. Dalam pada itu memakan keladi didakwa mampu menjaga kesihatan jantung anda kerana wujud kandungan mineral seperti Kalium (K) serta Kalsium (Ca) yang ada dalam keladi untuk menjaga jantung. Apa yang ramai tidak tahu adalah khasiat Sayur Keladi dan Batang Keladi yang didakwa mengandungi zat Asid Lemak Omega-3 yang mengurangkan risiko terhadap serangan sakit jantung, stroke, kanser dan beberapa masaalah kesihatan lain. Semua makanan berasaskan keladi juga mengandungi bahan serat yang tinggi dimana ini walau pun anda makan sedikit sahaja maka perut akan terasa kenyang yang agak lama. Didakwa setiap setiap 100 gram sayur batang keladi yang dibubuh sedikit garam ternyata di dalamnya terdapat sebanyak 5.1 gram serat. Sistem pencernaan manusia pun menjadi lebih lancar dengan memakan sayur batang keladi ini.


Siapa kata makan sayur batang keladi itu makanan kampong yang lokal. Sebenarnya ada dakwaan dimana makan sayur Keladi dapat untuk membekal keperluan protin dalam badan. Ini kerana jika ia dijadikan makan harian maka kandungan zat didalamnya mampu memberikan kesihatan yang normal dan mampu kurangkan stress. Sayur batang keladi juga sebagai bahan antioksidan dimana didakwa setiap satu cawan ada 11% zat antioksidan yang berasal dari vitamin C. Jika dimakan dengan betul didakwa makanan keladi boleh hindarkan dari berbagai seringnya penyakit seperti batuk, selsema dan terhindar dari flu. Apa yang agak pasti dimana makanan keladi ini melelancarkan Sistem Pencernaan. Ini kerana usus besar di dalam tubuh pun akan makin maksima aktivitinya dan elakkan masaalah sembelit. Sudah pasti ramaisetuju dimana keladi adalah makanan yang tinggi kandungan zat Karbohiderat mengikut bagaimana keladi tersebut dioleh untuk dijadikan makanan. Bagaimana pun didakwa untuk dapatkan kandungan karbohiderat ini adalah dengan membakar, memanggangatau mengukus keladi tersebut. Antara resepi makanan yang selalu disediakan daripada keladi seperti pembagai jenis kuih (koci, goreng keladi, kolak keladi, kerepik keladi, Sayur, pengat dan banyak lagi). Apa pun penulis blog ada info memilih batang keladi sesuai untuk dijadikan sayur agar tidak gatal. Kalau memetik batang keldai dikebun sendiri cuba elakkan mengambilnya pada musim hujan kerana pada masa ini kebanyakan komponen hasil keladi jika dimakan akan menjadi gatal. Menurut penelitian penulis lazimnya pada musim hujan pokok keladi akan menjadi fasa reproduktif (mengeluarkan bunga untuk pembiakan)  dan ini menjadikan batang keladi akan gatal. Sebaliknya jika mengambil batang, umbisi atau sulur keladi pada musim kering atau biasa ia kurang kejadian gatal apabila dimakan kelak. Semuga tip ini dapat digunakan anda sebagai satu sumber ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BATANG KELADI... SAYUR ITU ENAKNYA...
DIPOTONG DIREBUS... BUANG GATALNYA...
BANYAK KHASIAT... MENGIKUT RESEPINYA...
MASAK SENDIRI... BANYAK KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 503, Hotel The Light,
Lebuh Tenggiri 2,
Seberang Jaya,
Pulau Pinang, Malaysia.
(8 Syawal 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top