Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
KELOMPOK KUCHAI KAMPONG RUMPUT merupakan satu komuniti pengeluar sayuran berdaun dikenali dengan nama KUCAI (Allium tuberosum) atau nama lain juga sebagai Allium ramosum yang produktif di Daerah Manjung, Perak. Tanaman di kampung ini telah dimulakan smenjak 40 tahun lalu oleh masyarakat Cina yang melibatkan hampur 2-3 keturunan. Tanah dikampong ini yang terdiri daripada tanah berpasir dan salah satu daripada penempatan Kg Baru semenjak lama dahulu mendapat khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian dengan beberapa bantuan infrastruktur dan khidmat nasehat teknikal. Keluasan tanaman kucai di kampong ini adalah sekitar 33 hektar (80 ekar) melibatkan seramai 30 orang petani. Tinjauan penulis blog bersama rombongan mendapati selain daripada tanaman utama kucai terdapat beberapa petani yang menanam daun kesum, daun pudina, ulam raja, kangkong, sawi dengan skala agak luas. Hampir semua petani di kampong ini memasang jaring pelindung hujan dikebun masing-masing bertujuan untuk mempastikan hasil sayuran kucai dapat dikutip walau pun pada musim hujan. Ini kerana daun kucai akan rosak (lembik dan lecuh) apabila terkena hentaman dan percikan hujan lebat dan menyebabkan kerugian kepada petani disini. Daripada salah seorang pekebun kucai yang dikunjungi iaitu En Chia menyatakan peranan jaring pelindung hujan ini adalah sangat penting dipasang dan dibersihkan. Kucai yang dikeluarkan dari kampong ini dipasarkan terutamanya ke Pasar Ipoh dan sebahagian besar pula ke Pasar Borong Selayang untuk pasaran sekitar Lembah Kelang. Pada masa ini ada lebikurang 4-5 orang pemborong yang mengambil bekalan daripada kampong disini. Daun kucai merupakan sejenis sayuran daun yang tidak tahan lama selepas dipetik. Ia hanya tahan untuk 2-3 hari sahaja sebelum mutunya turun. Artikel malam ini daripada Hotel Sofera Manjung saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai penanaman kucai secara komersil dsn luas di Kg Rumput, Manjung, Perak sekadar bahan rujukkan anda.


Tanaman kucai dikampong ini telah bermula sekitar tahun 1965 apabila masyarakat Cina di Kg Baru ini mendapat idea menanam pelbagai jenis sayuran untuk kegunaan sendiri dan dijual. Menurut En Chia lagi, beliau telah mula menanam pelbagai tanaman sayuran dan tanaman kontan di kampongnya termasuk tanaman keledek, ubikayu, kacang tanah, sayur daun seperti sawi, kangkong dan sebagainya. Bagaimana pun pada awal tahun 1980'an terdapat pasaran dan permintaan baik untuk sayuran daun bawang dan kucai. Kini tanaman kucai telah dijadikan tanaman utama di kampong ini dimana kepakaran mereka menghasilkan kucai berkualiti telah menjadikan ia sebagai salah satu pengeluaran sayur kucai di Malaysia sehingga artikel blog saya ditulis selepas lawatan saya ke lokasi disini. Peringkat awal penanaman dahulu petani disini akan membeli benih kucai (diimport daripada negara China) dan menyemainya dalam petak semaian. Apabila sudah hidup kemudian ianya akan dituai berperinglkat. Bagaimana pun kini benih yang digunakan untuk penanaman adalah rizomnya (Sila lihat foto disebelah). Rizom kucai ini akan terbentuk didalam tanah dan mempunyai banyak rimpang (ruas) dimana ia akan dipecah-peahkan semasa hendak menanamnya. Bagaimana pun penggunaan rizom ini sebagai benih akan digantikan dengan biji benih baru setelah 4-5 tahun digunakan apabila ia sudah kurang produktif.


Kawasan penanaman kucai perlukan batas tanaman setinggi 20 cm dengan ukuran 20 kaki panjang dan 2.5 kaki lebar. Amat penting menyediakan batas tanaman tinggi kerana rizom kucai akan rosak jika terendam dalam air. Batas tanaman disesuaikan dimana dicampur dengan pasir sungai diatas tanah asal dengan kadar 40:60 kerana tanaman kucai perlukan tanah yang peroi dan banyak baja organik. Terdapat longgokan pasir sungai (mungkin juga pasir lombong) disetiap kebun petani di kampong ini kerana mereka akan jadikan sebagai stokpile. Penulis blog dapati batas tanaman ini dibuat dengan jarak setengah kaki untuk lorong penyelenggaraan dan juga ia adalah lorong tuaian antara batas tanaman. Pengalaman En Chia menyatakan jika tanah tidak dicampur dengan pasir maka pertumbuhan rizom kurang baik dan penyerapan baja organik juga kurang cekap. 


Apa yang penting dimana semua kawasan penanaman kucai dipasang dengan jaring putih pelindung hujan. Pemasangan jaring ini setinggi 6 kaki dan menutupi semua ruang penanaman (Sila lihat foto disebelah). Jaring ini sangat penting untuk melindungi tanaman kucai terutama pada musim hujan kerana titisan hujan lebat akan menyebabkan daun kucai menjadi lebam dan busuk. Jaring ini juga menghalang sinaran panas matahari terus kena kepada daun kucai yang menyebabkan duan tersebut akan menjadi hijau gelap dan terksturnya menjadi keras dan menghasilkan rasa sedikit pahit. Apa yang penulis blog teliti dimana jaring iniakan berkulat selepas beberapa lama digunakan danakan dicuci menggunakan air sabun dan panctan air deras menggunakan High Power Sprayer (SPH). Bagaimana pun setelah banyak koyak maka petani akan menggantikannya dengan yang baharu. Jaring pelindung hujan ini juga mempengaruhi pertumbuhan rumpai dikawasan penanaman kucai disini.


Penanaman kucai memerlukan baja organik dan air yang banyak. Baja organik tahi ayam diberikan setiap kali aktiviti memetik hasil dijalankan dengan ditabur merata diatas batas tanaman. Baja lain seperti NPK15:15:15 ada diberikan mengikut jadual pembajaan. Tanaman kucai memerlukan air yang banyak dan sentiasa perlukan aktiviti penyiraman kecuali hari hujan. Pemasangan sistem pengairan dilakukan menggunakan sprinkler dan renjis dengan pam air daripada kolam yang disediakan. Kalau tanaman tidak disiram terutama pada musim panas dan kemarau maka ia akan menganggu kadar pertumbuhannya dan menjejaskan jadual penuaian dan penjualan. Pokok kucai yang subur dapat dilihar akan pertumbuhannya yang sekata dengan warna daun kucai juga seragam. Ada juga petani yang menambah pembajaan mereka dengan baja foliar terutama jika harga kucai ini membaik. Tanaman kucai tidak ada masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya ada serangan koya pada musim tertentu. 


Tanaman kucai akan dituai setiap 40 hari dimana daun kucai akan dipotong dengan pisau tajam pada paras tanah. Daun kucai ini akan dikumpulkan dalam baku sebelum dibawa kepusat pengumpulan dimana kerja memproses dilakukan. Daun kucai yang dipotong akan bercampur dengan daun tua yang berwarna kuning atau daun yang telah kering. Perdu kucai ini akan diperiksa dan daun kering tersebut dibuang dan pekerja akan menyusun mengikut saiz sebelum mengikat dan membungkusnya dalam kertas suratkhabar (Sila lihat foto disebelah). Satu bungkusan kucai ini biasanya seberat 3-4 kg dan akan disusun pula didalam bakul plastik besar sebelum disusun untuk pihak pemborong mengambilnya. Penulis blog dapati jika penuaian dijalankan musim hujan (atau selepas hujan) maka daun kucai ni perlu dikeringkan dahulu dari air dengan menjemurnya dibawah matahari atau menggunakan kipas angin. Jika daun basah ia akan merosakkan kualiti daun kucai. Pada masa ini harga ladang daun kucai diladang diantara RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Daun kucai yang telah dipotong ini idak tahan lama sebelum kualitinya menurun maka a perlu dipasarkan dengan segera. Menurut En Chia lagi aktiviti menuai daun kucai cuma berhenti 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina. Daun kucai paling enak dijadikan ramuan Char Keu Tiow, Kue Tioe Goreng Kerang, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng, Mee Kenduri Jawa dan juga didalam telur goreng. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog naim agro technology kali ini. memang artikel mengenai tanaman kucai amat jarang ditulis dinegara kita. Wasallam!!...
MENANAM KUCAI... DI MANJUNG SANA...
KAMPONG RUMPUT.. 80 EKAR LUASNYA...
DALAM 40 HARI... PUSINGAN PETIKNYA...
DALAM MAKANAN...TAMBAH ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 308, Sofera Hotel,
Manjung, Lumut,
Perak, Malaysia.
(18 Syawal 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top