Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BUAH KRISTAL (Pometia pinnata) atau Buah Matoa atau Buah Kasai atau Buah Tiga Rasa merupakan sejenis buah nadir yang kini semakin mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia khususnya dibeberapa negeri seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pokok daripada keluarga Sapidaceae ini unik kerana ia masih kurang popular sebab ada yang kata ia adalah buah Nadir. Dikalangan orang di Malaysia kurang kenal buah kristal akan tetapi sudah popular di negara jiran Indonesia dan beberapa negara tropika lain didunia. Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang tumbuh dikawasan tepi sungai dan ada dikawasan Asia Pasifik. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar juga dikenali dengan nama lain sebagai Matoa, Pokok Taun, Laichi Pulau dan Tava. Ada sesetangah orang Malaysia yang memanggilnya sebagai Buah Kasai. Ia akan mampu tumbuh sehingga ketinggian lenih 30 meter (100 kaki) dengan mempunyai daun berbentuk pinnate dimana pokok ini mampu menghasilkan buah yang boleh dimakan berwarna hijau. kekuningan dan merah gelap apabila masak. Buah yang berukuran 4 cm panjang ini mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici dimana manis serta banyak khasiatnya. Walau pun buah kristal ini amat jarang dijual dikedai buah-buahan akan tetapi apabila musim banyak buah mereka yang bernasib baik sahaja akan boleh jumpa untuk mendapatkannya. Penulis blog berpeluang melihat sendiri akan pokok kristal yang ditanam di Kuching dimana ia telah dikomersilkan. Ditanya mengapa menanam pokok Matoa kepada pengusaha tersebut dinyatakan dimana dari segi pengurusan tanaman didakwa pokok Matoa mudah dijaga dan diuruskan. Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Lazimnya pokok buah kristal ini sesuai dengan cuaca Malaysia dan boleh dimajukan. Pokok ini juga memang perlukan cuaca yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak. Ada yang dakwa dimana rasa buah kristal ini seakan memberikan kombinasi rasa diantara buah durian dengan rambutan atau buah laici sehinggakan ia diberi gelaran sebagai 'Buah 3 Rasa'. Ia memang manis rasanya dari isinya yang masak. Daripada beberapa temuan dilaporkan pokok buah kristal akan berbuah dalam masa 3-4 tahun sahaja selepas ditanam dengan penjagaan yang baik. Artikel subuh ini dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Buah Kristal yang perlu anda kenali sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca.

Buah kristal mempunyai kulitnya keras dan perlu diketuk baru pecah untuk mendapatkan isinya yang manis (Sila lihat fotoo disebelah). Dalam pada itu mungki sekali rasa sahaja rmai akan terus teringatkan buah laici. Memang buah kristal ini sedap dimakan. Itulah boleh digambarkan me�ngenai sejenis buah tempatan yang biasanya boleh ditemui di Sarawak iaitu buah kristal. Apa yang penulis blog tinjau dimana pokokk kristal akan berbuah dua kali setahun de�ngan harga pasaran mencecah RM10 - RM12 sekilogram menjadikan buah kristal atau laici hutan ini di Sarawak mampu memberi sumber pendapatan yang agak lumayan kepada pengusaha tanaman tersebut. Penulis blog yang pernah bertugas beberapa tahun di Jabatan Pertanian Sarwak menyedari potensi cerah dalam tanaman itu. Dalam laporan media tempatan disinimereka melaporkan dimana seorang wanita Bida�yuh Selako dari Kampung Serayan di sini bernama Aminah Undong dengan usia 50 tahun sudah tidak teragak-agak menerima tawaran daripada Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) untuk membantunya mengusahakan kebun buah kristal. Beliau kini berbekalkan tunjuk ajar pertubuhan telah memulakan tanaman pokok kristal daripada bijinya dan berjaya mengaut hasilnya dalam tempoh empat tahun kemudian. Pokok kristal mula berbuah dan boleh dikutip hasilnya selepas empat tahun ditanam.

Beliau yang ada menanam pokok ini secara berperingkat agar tidak berbuah serentak dan boleh mengutip serta menjual hasilnya sepanjang tahun. Terkini dia mempunyai 500 pokok buah kristal yang terdapat di kebunnya ketika idan dia mampu mengeluarkan buah sebanyak 500 kilogram sehari. Kini selain dijual secara harga borong kepada peraih buah pada harga RM8 sekilogram dimana beliau sendiri turut menjual buah-buahan itu di Pasar Tamu Lundu dengan harga RM12 sekilogramDalam sehari biasanya dia mampu memperoleh RM500 daripada hasil jualan buah kristal. Ibu kepada tiga anak dan tiga cucu itu memberitahu dimana selain keenakan rasanya yang manis dan berlemak didakwa buah kristal juga digemari kerana ditanam secara organik.  Buah kristal amat mudah dita�nam iaitu hanya menggunakan bijinya. Selepas itu hanya perlu membersihkan rumput di sekitar pokok dan meletakkan baja untuk membolehkan ia membesar dengan subur dan berbuah. Pokok buah kristal juga perlu dipotong sekali-sekala agar sentiasa rendang bagi memudahkan buah�nya dikutip. Dia diantu seramai tiga orang pekerja untuk membantu di kebun. Dakwa beliau terdapat dua jenis buah kristal iaitu mempunyai Buah Kristal Kulit Ungu dan Buah Kristal Kulit Warna Hijau walau pun didapati keduanya mempunyai kualiti rasa yang sama. Kini kepada peminat yang ingin mendapatkan buah kristal daripada Aminah, boleh menghubungi beliau di talian 011-29961500 atau datang sendiri kekebunya.

Dalam akhbar Harian Metro bertajuk ''Keistimewaan buah tiga rasa'' atau buah kristal atau buah matoa memang menarik dirujuk. Berita dipetik dari Serdang, Selangor ini menunjukkan En Sarip menunjukkan benih pokok Matoa atau Pokok Buah Kristal. Dakwa beliau sebiji buah kristal akan mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutanItu keunikan buah matoa yang terdapat di Pmeran MAHA di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS). Buah yang berasal dari Papua New Guinea itu berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada kulitnya manakala isinya berwarna kuning cair apabila masak. Buah itu juga asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta kandungan 11 khasiat yang baik untuk kesihatan. Dalam paa itu antara kelebihan itu mendorong petani dengan nama Sarip Walat berumur 50 tahun dalam mengusahakan tanaman 30 pokok berkenaan di ladangnya di Taman Melawati Ulu Klang dalam usaha mengkomersialkan di negara ini. PAda beliau rupa bentuk pokok itu seperti pokok longan dan sudah boleh mengeluarkan hasil selepas tiga tahun ditanam. Buahnya lebat pada tangkai juga seperti mata kucing dan harganya tinggi iaitu mencecah RM60 sekilogram. Dalam pada itu aktiviti penjagaan pokok ini mudah dan ketinggiannya sehingga 18 meter dakwa beliau kepada wartawan Harian Metro. Katanya, anak pokok matoa yang berusia dua bulan dijual pada harga RM30. Tanaman pokok Matoa popular di Indonesia sejak 20 tahun lalu kerana kayu tumbuhan itu digunakan dalam pembuatan jam tangan. Semakin ramai bertanya akan bagaimana hendak menanam pokok buah krital atau pokok matoa atau pokok kasai. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada seua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH KRISTAL... ADA TIGA RASA...
DURIAN, RAMBUTAN.. LAICI PUN ADA...
MUDAH DITANAM... 4 TAHUN BUAH DIA...
INGIN MENANAM... CARI  BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1610, Mayor Suite Room,
Hotel Imperial Heritage,
Badar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(17 Syawal 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top