Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Layout / tataletak batas timbun yang teratur dapat juga digunakan untuk menanam pokok buah2an renek ( tut ). Disamping pokok yang rendah dan senang diurus, kita juga dapat menanam lebih banyak jenis pokok buah2an.


Jarak antara tanaman perlu diberi perhatian khusus kerana pokok buah2an memerlukan masa dan sinaran matahari dan penjagaan secukupnya untuk membesar dan berbuah.

Apa yang cuba dibuat di kebun JomTanamSayur (JTS) ialah menanam pokok buah2an diantara pokok pisang. Pokok pisang adalah subjek utama kerana pertumbuhannya yang lebih cepat dan juga daunnya dapat menjadi naungan meneduhkan kebun.

Konsep Dusun Bandar memerlukan perancangan / planning yang lebih baik kerana pokok buah2an biasanya adalah pokok saka dan memerlukan kawasan lebih luas untuk pertumbuhan dan penghasilan maksima.

Penggunaan batas timbun dengan penghadang dan garisan sempadan kaki persegi akan memudahkan penentuan lokasi tanaman di kebun bandar / dusun bandar.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top