POKOK GELUGOR (Garcinia atrovorodis) merupakan pokok saka yang menghasilkan bahagian pucuk muda dan ia adalah sejenis ulam yang kurang dikenali oleh masyrakat masa kini akan keenakannya dan khasiatnya. Melihat foto diatas sudah tentu anda akan tertanya-tanya apakah dia jenis ulam berwarna kemerahan kekuningan dan hijau yang amat menarik. Apa lagi disampingnya ada dua mangkuk sambal cicah untuk ulam pucuk daun gelugur ini dijadikan ulaman yang pastinya sangat enak dan jarang dibincangkan. Penulis blog baru-baru ini berkunjung untuk makan tengahari disebuah restoren di Kuantan, Pahang dan telah dihidangkan dengan makanan ulaman pucuk gelugur ini dan mencuba makannya. Memang enak ia dimakan kerana ada rasa pelik yang kita suka. Kalau saya sebut Asam Keping atau Asam Gelugur pastinya ramai yang kenal kerana asam ini mampu memberikan citarasa masam kepada makanan anda dan menambahkan tahap rasa sedap. Sebenarnya asam keping dibuat daripada buah asam gelugur yang dipotong nipis-nipis dan dijemur, dibungkus dan di gunakan dalam masakan. Sebut sahaja lauk pauk berkuah maka ia akan dibubuh akan asam keping termasuk makanan popular seperti Asam Pedas, Tom Yam, Gulai, Laksa dan juga sambal nasi lemak serta rendang. Sebenarnya selain daripada buahnya ramai yang kurang tahu akan kegunaan pucuk mudanya yang enak dijadikan ulam yang hebat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Techology" saya paparkan ulam pucuk daun gelugor sebagai sejenis ulam untuk rujukkanan anda semua.
Pokok Asam Gelugor boleh ditanam dibanyak lokasi dan ia merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di Malaysia daripada keluarga Clusiaceae atau Glutiferae. Bagaimana pun mungkin pokok yang hasilkan buah asam gelugor merupakan buah yang ramai tidak tahu ianya diproses untuk dijadikan kepingan asam gelugor atau asam keping. Tumbuhan saka ini lazimnya tumbuh dalam hutan belantara di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kini ia telah ditanam sebagai sumber buah untuk dijadikan pelbagai produk lain. Foto disebelah merupakan pokok asam gelugur yang terdapat dinegara kita dimana ramai yang tidak mengenalinya. Pokok asam gelugor mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan dahan yang melempai kebawah (Sila baca artikel asam gelugor (Sila klik disini). Pada pemerhatian saya, bentuk kanopi adalah berbentuk Kon atau piramid terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Ketinggian pokok boleh mencecah 150 kaki tinggi dengan jarang-jarang dibuat cantasan dewasa (atau dibuat 'topping'). Pokok asam gelugor yang ditanam lazimnya mampu mengeluarkan hasil pertama atau mula berbuah selepas 7-8 tahun ditanam dan ia mampu berbuah sepanjang tahun. Buah asam gelugor yang matang mengandungi asid citrik, asid malic, asid tatarik dan juga asid askorbik yang tinggi dan berperanan sebagai anti oksidan dimana ia bagus untuk dimanafaatkan. Selain daripada dijadikan asam keping, buahnya juga ada yang diproses untuk dijadikan jus minuman, halwa dan beberapa produk lagi.
Pokok Asam Gelugor mempunyai pucuk daun muda yang berwarna kemerahan sebelum ia bertukar hijau apabia matang. Ini menjadikan pucuk gelugur mudah dilihat dari kejauhan (Sila lihat foto disebelah). Pucuk gelugur lazimnya lebih TEBAL daripada daun matang dan ia lembut serta sesuai dimakan. Pucuk muda ini juga berbentuk oblong, tajam serta licin dihujungnya, separuh bengkok (folded), berkilat, wavy dan urat daun tidak kelihatan. Bila dimakan terus ia juga akan memberikan rasa lemak, pahit, manis dan juga masam iaitu agak 'pelik' daripada ulam jenis lain. Mungkin ramai tidak mengetahui dimana pucuk gelugur adalah KURANG MASAM berbanding dengan buahnya. Ditambah dengan ciri-ciri KERANGUPAN (crunchy) pada pucuk gelugor menyababkan ia akan menjadi pilihan kepada mereka yang suka makan ulam. Penulis blog dapati ia sangat sesuai dijadikan ulam yang dimakan dengan nasi apa lagi ada ulam pucuk gelugor dan sambal seperti Sambal belacan, tempoyak, Budu, Cencalok dan juga Sambal kicap. Kepada mereka yang suka makan NASI ULAM tentunya akan dapat nikmati pucuk gelugur bersama beberapa dedaun lain dihiris dan digaul untuk makanan tersebut.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Dari segi nilai permakanan juga didakwa ulam pucuk gelugor ini mengandungi bahan yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan rangsang pengedaran darah. Sejak dulu lagi dikawasan luarbandar ulam ini memang telah menjadi pilihan terutamanya dikalangan orang tua sebagai makana ulam untuk kesihatan dan khasiatnya. Terkini kajian saintifik yang dibuat mendapati ulam gelugor sebenarnya mengandungi bahan seperti Asid Sitrik, Asid tatarik, Asid Malic, Asid Askorbik, serat dan juga vitamin. Memang didakwa dimana asid askorbik adalah bahan yang berfungsi sebagai agen anti-bakteria. Ulam ini didakwa mampu mengawal masaalah kencing manis (diabetis), sakit jantung, kurangkan berat badan dan juga menambahkan selera makan serta awet muda. Kepada mereka yang duduk dikampong dan mudah mendapatkan pucuk gelugor boleh memetiknya sendiri akan tetapi penduduk bandar boleh ke pasar Chow Kit di Kuala Lumpur untuk membeli dikedai ulam-ulaman. Didapati seikat daun pucuk gelugor ini dijual sekitar RM3.00 seikat. Bagaimana pun untuk memetik ucuk gelugor merupakan cabaran yang perlu diselesaikan. Ini kerana perlu gunakan tangga tinggi atau panjat pokok untuk memetiknya kerana pokok dewasa gelugor adalah tinggi. Kalau hendak komersilkan perlu ada sistem tanaman lain yang membolehkan pokok gelugor ini sentiasa rendah dan mudah dikutip pucuknya. Mungkin tanaman dalam pasu atau pokok atas tanah yang sentiasa dibuat pemangkasan akan menyelesaikan masaalah ini. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada semua. Wasallam!!...
Catat Ulasan