Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Bagaimanakah cara untuk menyuburkan pokok kantan secara alami dan akhirnya dapat menghasilkan pokok kantan dan bunga kantan organik ?

Mudah sahaja caranya :
1. Buat batas timbun dengan penghadang / dinding ( sila google "batas timbun" aka "raised bed" kalau anda tidak pasti ).

2. Isi batas timbun separuh penuh dengan tanah dan separuh lagi sisa kebun. Sisa kebun terdiri dari bahan2 seperti rumput rumpai, daun2, ranting2 tumbuhan, batang2 tumbuhan dan seumpamanya. Sisa2 ini perlu dipotong kecil untuk mempercepatkan proses penguraian / pereputan. Gunakan sahaja apa yang ada disekitaran rumah termasuk daun2 hijau, cuma kalau menggunakan daun2 hijau, masa lebih lama diperlukan untuk daun2 tersebut kering dahulu ( satu proses tambahan diperlukan).

3. "Trick" nya disini ialah menggunakan bahan2 yang sama dengan pokok yang kita nak suburkan, contoh : kalau nak suburkan pokok kantan, lebihkan sisa kebun dari pokok kantan. Begitu juga kalau nak suburkan pokok pisang, gunakan lebih sisa pokok pisang.

Logiknya disini ialah, contoh : pokok kantan, bila membesar akan menggunakan segala nutrien yang ada di tanah sekitarannya yang mampu dicapai oleh sistem pengakarannya.

Nutrien2 ini akan diproses ( fotosintesis ) untuk menghasilkan makanan, gas dan sebagainya kepada pokok untuk membesar. Sebahagian dari nutrien tersebut akan tersimpan samada dalam akar, batang, daun dan sebagainya.

Bila pokok kantan mati, bahagian2nya seperti batang, daun dan sebagainya akan perlahan2 mereput dan membebaskan kembali nutrien2 yang tersimpan ke tanah dengan bantuan mikroorganisma tanah. Nutrien yang dibebaskan akan digunakan kembali oleh generasi pokok kantan seterusnya.

Kitaran ini akan berterusan selagimana kita meneruskan aktiviti2 penambahan sisa kebun tersebut.

Kata kunci / keyword disini ialah "kitar semula" atau "recycle".

4. Untuk siraman pula seminggu sekali boleh gunakan air basuhan beras, air basuhan ikan, sisa cecair dapur, plant booster dan sebagainya.

5. Jangan gunakan baja kimia, cuma bila gunakan bahan2 organik sebagai baja, ianya akan mengambil masa tetapi bajanya akan kekal lama apatah lagi jika bahan2 organik tersebut sentiasa di tambah dari masa ke semasa.

6. Begitulah antara cara yang boleh digunakan ( pasti ada cara lain juga ) untuk menghasilkan pokok kantan dan bunga kantan organik.

Video dibawah menerangkan secara ringkas tentang proses di atas.


Semoga bermanfaat. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top