Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Kemaskini 11.2.17

NR bersaiz 1 gelen seperti dibawah tidak sesuai untuk tanaman cili, terung, bendi, tomato, kekacang dan sebagainya kerana faktor kapasiti media tanam dan takungan air yang sedikit.

Penggunaan bekas tanaman bersaiz 2 gelen ke atas lebih praktikal kerana lebih berat serta takung air lebih banyak. Pokok yang sedang membesar memerlukan air yang banyak untuk tidak mengganggu proses berbunga dan berbuah.
--------------------------------------------------------------

Di sebabkan terdapatnya baldi murah di kedai RM2, maka projek NutriPot Ringkas telah ditambah baik seperti berikut :

nutripot ringkas dan praktikal
Polibeg telah digantikan dengan baldi sebagai tempat tanaman, sumbu dipasang dan juga dibuat lubang kecil untuk air turun ke takung

nutripot ringkas
Sumbu dijulurkan kebawah baldi tempat tanaman dan panjang sumbu boleh mencecah dasar baldi takung
nutripot ringkas
Lubang kecil untuk air lebihan keluar dibuat pada baldi yang bertindak sebagai takung air
nutripot ringkas
3 pokok cili dan 1 pokok terung dipindahkan ke NutriPot Ringkas ini dan disiram air baja ( baja biji yang dicairkan )

Pendek kata, macam-macam variasi NutriPot boleh dihasilkan sendiri
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top