Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
POKOK PALAS (Licuala grandis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae (palm tree family) yang terdapat di Malaysia dimana ia tumbuh secara semualajadi. Ramai juga dikalangan orang Malaysia mengaitkan pokok daun palas dengan 'KETUPAT PALAS' yang popular semasa sambutan Hari Raya AidilFitri atau Hari Raya Aidiladha. Bagaimanakah pencirian tumbuhan ini sebenarnya dan bolehkah tumbuhan ini di tanam secara komersial untuk pelbagai tujuan lain?. Tumbuhan ini dipanggil juga sebagai Fan Palm, Vanuatu Palm Palm dan di kawasan kita dipanggil sebagai Pokok Daun Palas. Pokok ini juga popular ditanam untuk tujuan landskap di kawasan rumah dan juga dikawasan taman-taman riadah oleh pihak berkuasa tempatan. Pokok Palas merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Palma dengan mempunyai daun yang berwarna hijau gelap berbentuk kipas yang cantik. Pokok ini adalah dikelaskan sebagai agak 'special' dan jarang-jarang dijumpai seperti tumbuhan lain didalam hutan ditempat kita. Hasil pembacaan penulis blog dari beberapa sumber mendapati terdapat 5 jenis pokok palas yang sering terdapat di Malaysia iaitu Palas Kipas (Licula grandis)Palas Duri (Licual sapinosa Roxb), Palas Bintulu (Licola bintuluensis), Palas Borneo (Licula cordata) dan Palas Sarawak (Licula orbicularis). Palas yang akan digunakan untuk tanaman hiasan dikeliling rumah sebagai pokok hiasan atau 'ornamental plants' adalah dari jenis palas kipas yang tumbuh dari satu batang dan mempunyai daun yang terbit daripada pangkal pokok. Belum banyak maklumat mengenai tabiat dan agronomi tumbuhan ini dikaji oleh saintis dan agronomist di Malaysia dan penulis dapati belum ada laporan rasmi keluasan sebenar penanaman pokok palas secara komersial di negara kita. Pemerhatian mendapati kawasan yang sesuai untuk pokok palas tumbuh adalah dari kawasan tanah yang mempunyai saliran baik seperti lereng bukit dan pokok ini lazimnya memerlukan naungan atau terbuka (Shaded or open area). Pokok Palas lazimnya mempunyai batang tunggal ini mengeluarkan pelepah daun dibahagian atas pokok yang mana hanya satu daun terbit dari satu tangkai. Ketinggian pokok palas mampu mencecah 1 - 2 meter atau 6-7 kaki dan lazimnya pokok dewasa akan menghasilkan buah berwarna merah berbentuk seperti 'cherry' yang terdapat dalam berangkai. Buah yang masak ini menarik haiwan untuk memakannya. Pokok palas dewasa mempunyai akar serabut seperti pokok palma yang lain dan memerlukan kawasan yang sederhana lembab untuk kadar kesuburannya. Terdapat beberapa maklumat mendapati pokok palas mampu hidup lama di kawasan yang sama pada perdu yang berubah-ubah sehingga 30-40 tahun. Bagaimana pun belum ada maklumat rasmi secara saintifik mengenai kaedah pembiakan pokok palas tetapi saya percaya ianya melalui biji benih yang matang (Lazim bagi keluarga palma). Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok palas dipetik daripada testimoni akhbar tempatan berkaitan daun palas untuk ianya dianyam sebagai ketupat dalam laporan akhbar tempatan sebagai satu testimoni untuk bacaan.


Laporan Akhbar 4:
Daun palas sumber pendapatan 
Abdul Rahim menyusun daun palas yang diambil dari ladang getah untuk dijual kepada peraih.
KUALA NERANG - Setiap kali menjelang hari raya, seorang penoreh, Abdul Rahim Musa, 69, dari Kampung Tanjung, Mukim Belimbing Kiri, dekat sini, pasti sibuk dengan tanaman pokok daun palas yang menjadi pendapatan sampingan keluarganya. Abdul Rahim berkata, setiap kali hari raya, dia akan akan berada di ladang getahnya seluas 0.6 hektar bagi mengambil daun palas yang ditanamnya sejak 15 tahun lalu. Katanya, dia menanam pokok palas itu di tengah pokok getah supaya dapat menambahkan pendapatan keluarga terutamanya ketika menjelang hari raya. �Pada mulanya orang kampung mempertikaikan tindakan saya menanam pokok palas secara ladang kerana selama ini pokok itu hanya tumbuh di hutan sahaja tetapi hari ini terbukti ia mampu menampung pendapatannya selain getah. �Kini pucuk palas ini bukan hanya mendapat pasaran di sekitar Padang Terap sahaja tetapi peraih dari Sungai Petani, Alor Setar, Yan dan Perlis ada yang datang membuat tempahan setiap kali hari raya,� katanya. Abdul Rahim, setiap musim perayaan dia mampu menjual kira-kira 1,500 hingga 2,000 pucuk palas secara borong kepada peraih iaitu 100 pucuk RM30. �Saya bersyukur walaupun harga getah jatuh akhir-akhir ini, pendapatan pucuk palas ini mampu menampung perbelanjaan kami sekeluarga bagi menyambut hari raya tidak lama lagi dan ini terbukti pokok palas juga boleh dijadikan sumber pendapatan,� katanya.


Laporan Akhbar 5:
Rezeki dari pelepah palas
WARTAWAN SINAR HARIAN
Rokiah menunjukkan daun palas yang akan dijual kepada pemborong.
KOTA BHARU, 10 Oktober - Meskipun Syawal sudah menjengah hari ke-15, namun daun palas masih mendapat permintaan tinggi penduduk tempatan. Daun palas atau nama saintifiknya Licuala sapinosa Roxb, adalah tergolong dalam kumpulan rumpai. Ia biasanya terdapat di pinggir hutan dan kawasan berhampiran paya. Ia bukanlah pokok renek atau herba, lebih kepada keluarga pokok palma. Daun Palas banyak digunakan semasa menyambut hari raya di mana pucuk daun palas digunakan untuk membuat ketupat pulut. Sebanyak 12,000 pucuk dun palas sebulan ianya akan diperlukan setiap musim perayaan. Pencari pucuk daun palas, Siti Rokiah Ismail, 62, berkata, dia mampu menjual sebanyak 12,000 pucuk daun palas sepanjang Ramadan dan Syawal. Meskipun penganut Islam sudah meraikan Aidilfitri 7 Ogos lalu, namun permintaannya semakin melonjak memandangkan masih ramai mengadakan majlis rumah terbuka.

Sebelum ini katanya, kebanyakan penduduk membeli ketupat dalam kuantiti sedikit, untuk disajikan kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Namun katanya, permintaan daun palas melonjak apabila banyak agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, badan korporat dan ahli politik turut mengadakan majlis Aidilfitri. �Walaupun banyak kuih moden dicipta, namun kuih tradisi ini masih mendapat tempat di hati penggemarnya,� katanya, semalam. Sumber daun palas makin kurang setiap tahun kerana proses pengambilan berterusan dan tidak ada program menanam secara terancang. Berbeza pada tahun lalu, Rokiah dapat mengutip lebih 18,000 pucuk daun palas. Disebabkan masalah kesihatan dan faktor usia katanya, dia terpaksa menghadkan masa untuk mencari daun tersebut. Selain itu, masalah penerokaan tanah hutan dan belukar menjadi taman perumahan juga, menyebabkan pokok daun palas sukar ditemui. �Bukan senang nak cari daun palas kerana ia tumbuh di kawasan bendang, berair dan pokoknya berduri. Beliau akan selalu menggunakan sabit yang dilekatkan di hujung kayu, bagi mengelakkan duri terkena tangan,� katanya. Selain itu, ia akan memudahkan kerja mencantas sekiranya pokok palas terlalu tinggi atau rendang. Rokiah yang menetap di Kampung Bakat berkata, dia akan memakai kasut but dan sarung tangan setiap kali keluar mencari daun palas di Gual Dalam, Lubok Jerat dan Banggol Pial.

Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM0.28 sen sepelepah. Berbanding 20 tahun lalu, Rokiah berkata pucuk atau pelepah daun palas ini dijual dengan harga 3 sen. �Mujurlah, harganya kini meningkat kepada 28 sen atau RM28 untuk 100 pelepah. �Dapatlah saya menjana akan pendapatan untuk kegunaan harian dan bagaimana persediaan sambutan syawal setiap tahun,� katanya. Kebanyakan pelanggan adalah pemborong, antaranya dari Wakaf Baru, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Jeli dan Wakaf Che Yeh. Beliau juga runsing perubahan zaman. Rokiah turut meluahkan kerunsingannya, terhadap permintaan pucuk daun palas di masa depan. Menurutnya, generasi masa kini tidak lagi berminat mencari daun palas untuk menjana pendapatan menjelang Ramadan. Sekiranya tiada pelapis meneruskan tradisi ini Rokiah berkata, kuih ketupat daun palas mungkin sukar ditemui di masa depan. �Sepertimana yang berlaku kepada kuih tapai dan kuih tepung pelita, ramai yang menggunakan bekas plastik, menggantikan sumber asli. Sekiranya ia berlaku, identiti kuih tradisi akan pudar dan keunikannya akan dilupakan generasi akan datang,� katanya. Semuga artikel dua siri ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!!...
DAUN PALAS.... SANGAT BERGUNA...
DALAM HUTAN... AMBIL PUCUKNYA...
DIANYAM KEMAS...KETUPAT JADINYA...
HIDANGAN KHAS.. DIPAGI HARI RAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Besar Banting,
Banting, Selangor,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1434H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top