KUIH KOCI merupakan sejenis kuih tradisional yang popular dan amat digemari di Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Saya kenal akan kuih koci ini semenjak kecil kerana ia sering dihidangkan didalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin, baca yassin malam jumaat, kenduri arwah dan sebagainya. Kuih koci ini agak berbeza dengan kuih tradisional yang lain kerana ia dibungkus dalam bentuk 'kon' yang cantik macam piramid walau pun ada bentuk lain. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula Melaka di dalamnya. Di Malaysia kuih koci dibuat untuk maknan sendiri atau untuk jualan. Saya masih terfikir sejenak bagaimana kuih koci ini mendapat nama. Hipotesis saya mengatakan mungkin juga kuih ini berbentuk 'KON' dan kemudian ia dilipat sebagai ikatan atau 'DIKUNCI' lalu digabungkan menjadi Kuih 'KOCI'. Dalam pengalaman saya bersama penduduk kampong dulu, ada kisah menarik menganai kuih koci ini yang amat mengelikan. Pak Abu merupakan seorang tua yang sangat suka makan kuih ini tetapi satu hari kecoh satu kampong kerana gigi palsunya tertelah bersama kuih koci yang melekit. Artikel malam Jumaat sambil melihat kesibukan kereta yang semakin kurang melalui Jalan Istana dari tingkat 10 Hotel Best Western Premier Dua Sentral sambil melihat deretan kereta yang sesak dijalanraya dari aras 10, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kuih koci untuk dibaca sebagai bahan rujukkan.
Kalau dahulu kuih koci hanya untuk hidangan dikampong-kampong sahaja, kini kuih ini telah dijumpai di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan restoran melayu popular. Kuih ini mempunyai kombinasi rasa manis (santan kelapa dan pulut) serta manis (inti dari kelapa bergula melaka) dan juga bau daun pisang yang harum. Cara makan kuih koci juga kena ada cara tersendiri agar apabila digigit isi didalamnya tidak terpancut atau meleleh terkena baju nanti. Walau pun kini telah ramai yang makan kuih koci menggunakan sudu dan garpu, cara tradisional makan kuih koci adalah pegang dengan tangan dan masuk terus kemulut. Kuih koci tradisional menggunakan inti kelapa dan gula melaka atau gula merah sementara terkini ada yang menggunakan inti kacang hijau, kacang merah atau pun kaya. Kalau anda pergi kepusat membeli belah atau kawasan penjaja China, anda mungkin akan melihat seakan kuih koci tetapi kebanyakannya dengan inti kacang sahaja.
Juadah Kuih Koci disediakan dengan proses yang agak sederhana susahnya berbanding kuih tradisional lain. Alat memasak yang diperlukan adalah seperti alat pengukus dan dapor gas. Bahan bagi membuat koci adalah 250ml santan pekat kalau boleh daripada satu biji kelapa, sebanyak 200ml air, 150gm gula melaka, 2 sudu besar gula pasir, 1/2 biji kelapa parut dimana perlu diambil bahagian putih sahaja, 1/2 sudu teh garam dan semestinya daun pisang yang telah dipotong dan dilayur agar ia lembut dan tidak pecah apabila dilipat. Bahan lain uuntuk membuat koci seterusnya adalah seperti 300gm tepung pulut, 240-250ml air, 3 sudu makan tepung gandum dan juga 1/2 sudu teh garam. Kesemua bahan diatas adalah untuk membuat kuih koci cukup untuk hidangan satu keluarga.
Cara kita membuat kuih koci dimulakan dengan mengambil santan pekat dan ia dididihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan santan tersebut untuk digunakan kemudian. Seterusnya untuk inti koci, kita ambil bahan seperti air, gula melaka dan gula pasir untuk disatukan di dalam periuk. Hidupkan api gas dan panaskan sehingga ia mendidih sehingga gula larut. Kemudian untuk membuat inti koci kita masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga ia sebati dan sederhana kering. Sejukkan inti ini sebelum digunakan. Bagi membuat adunan tepong membuat kuih koci, kita perlu bancuhkan bahan tepong pulut, tepong gandum, air dan garam sehingga sebati dan boleh dikepal. Ambil sedikit adunan tersebut dan bentukkan ianya bulat-bulat. Kemudian dileperkan bebola ini dimana ia akan dibubuh sedikit inti ditengahnya dan bulatkan semula dimana inti mesti berada ditengah-tengahnya. Susun bebola tadi diatas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dan lipat bahagian bawah daun pisang dengan kemas dan susun diatas loyang atau alat pengukus yang airnya sedang mendidih. Lazimnya jangkamasa mengukus kuih kuih koci iadalah selama 15-20 minit bergantung kepada kekuatan api. Setelah masak keluarkan dari kukus dan sejukkan sebelum dihidangkan. Kuih koci enak dimakan ketika waktu petang dengan kopi panas. Semuga pembaca blog anim agro technology mendapat info sesuai untuk dibaca. Wasallam!..
KUIH KOCI.... PELIK BUNYINYA...
MACAM KUACI... BUKAN DIA...
TEPONG PULUT.. ADA INTINYA...
DIMAKAN SORE... KENYANGNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1017, Best Western Premier Dua Sentral,
8, Jalan Sambhanthan,
Kuala Lumpur, Malaysia.
(4 Oktober 2013)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan