Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Kangkung merupakan sayuran yang cepat dan senang tumbuh. Hanya perlu dipastikan media jangan kering.

Kangkung matang sebelum di "trim'

Benih kangkung biasanya di tabur terus ke tempat tanam samada batas atau bekas tanpa perlu di semai dan dipindahkan.

Selepas di " trim"
Perlu penambahan tanah

Seeloknya benih kangkung di rendam dahulu selama 6 jam untuk mengasingkan benih yang tidak bernas ( yang timbul ) dan mengaktifkan sel-sel tunas kangkung.

Ada yang sudah berputik, di biarkan

Jarak dan cara taburan benih kangkung juga bergantung kepada keadaan. Biasanya untuk tanaman dalam beg poli atau bekas, pasu dan sebagainya, hanya perlu di tabur benih kangkung jangan terlalu rapat.

Buah kangkung

Benih kangkung cepat bercambah tanpa terlalu sensitif dengan jenis tanah. Pemberian air dan baja samada organik atau kimia seminggu atau dua minggu sekali sudah memadai.

Kangkung yang lembut, boleh buat sayur

Kangkung boleh di tuai sebagai "baby" kangkung ataupun sebagai kangkung matang, biasanya selepas sebulan.

Untuk mendapatkan benih kangkung yang banyak, kangkung perlu dituai sebanyak 3 kali dengan anggaran setiap tuaian adalah sebulan jaraknya.

Kangkung yang keras, dijadikan bahan kompos

Kangkung akan mula berbunga selepas 3 bulan atau 12 minggu. Selepas tuaian ke 3 kangkung dibiarkan tumbuh seperti biasa sehingga berbunga.


Bunga kangkung keluar satu- satu, warna putih, berbentuk trompet

Penyiraman dan pembajaan mesti diteruskan untuk membekalkan nutrien kepada pokok kangkung. Pokok kangkung memerlukan air yang banyak, menggunakan bekas tanaman tanpa lubang air keluar lebih memudahkan serta menjimatkan masa menyiram.

Buah kangkung masih muda

Kangkung yang tumbuh dari batang asal kangkung yang berumur lebih 3 bulan akan cepat berbunga, menghasilkan buah lebih banyak dan pokok lebih rendah jika dibandingkan dengan kangkung yang dibiarkan bersulur, lambat berbunga dan buahnya jarang- jarang.


Untuk dijadikan biji benih, buah kangkung perlu dibiarkan benar-benar kering baru di tuai.

Dengan mempunyai benih kangkung sendiri lebih menjimatkan kos dapur ( pembelian sayur kangkung ) dan kos perkebunan ( pembelian biji benih ).

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top