KELADI KEMAHANG (Colacasia esculenta) merupakan sejsni tumbuhan daripada kumpulan keladi yang lazimnya tumbuh meliar dikawasan paya berair, tepisan sungai, tanah yang lembap dan subur. Penulis blog ini telah menulis beberapa artikel berkenaan dengan keladi kemahang dalam beberapa siri. Keladi Kemahang dipercayai natif di negara kita dengan kebanyakannya dianggap sebagai kumpulan rumpai yang tumbuh dikawasan berpaya dan tanah terbiar. Bagaimana pun penduduk kampung yang kreatif telah berjaya mengambil bahagian sulur umbi pada batang keladi kemahang untuk dijadikan sayuran yang enak dan lazat. Mereka yang tidak berilmu juga mungkin kurang faham dimana jika salah ambil sulur keladi kemahang akan menyebabkan kegatalan apabila dimakan. Kerengsaan gatal ini adalah disebabkan keladi kemahang mempunyai dua fasa pertumbuhan iaitu Peringkat Reproduktif (Pembiakan) dan juga Peringkat Vegetatif. Kajian penulis mendapati pada musim hujan lazimnya keladi kemahang akan berada pada fasa reproduktif dimana ia menghasilkan sulur bunga atau sulur jantan. Keladi kemahang juga pada musim hujan akan mengghasilkan buah keladi kemahang yang apabila jatuh ketanah dibawa oleh aliran air untuk membiak dilokasi lain. Pada masa ini keladi kemahang tidak sesuai diambill untuk dijadikan makanan keranag sudah pasti ianya gatal. Oleh itu adalah dinasihatkan agar tidak mengambil sulur keladi kemahang semasa musim hujan. Dalam membuat tinjauan mengenai keladi kemahang di sekitar Daerah Lipis, Raub dan Jerantut ini penulis menemui beberapa petua yang boleh dijadikan tips semasa mengambil sulur umbi keladi kemahang. Bagaimana pun artikel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aspek marfologi keladi kemahang untuk tatapan dan rujukkan anda.
Semasa memetik keladi kemahang boleh diambil dengan gunakan pisau tajam untuk memotong perdunya. Satu pokok keladi kehamang boleh berikan satu sukur umbisi kecuali jika ada banyak rumpun disekitarnya. Mengambl keladi kemahang ada seninya tersendiri atau petua yang telah lama dilakukan. Sebelum memulakan masuk kawasan keladi kemahang ada mentera yang perlu dibaca bagi tujuan mendapatkan sulur keladi kemahang yang tidak gatal, Mentera tersebut adalah "OI CIK MANIS, CIK GATAL KEMANA?, CIK GATAL PERGI, CIK MANIS DATANG" yang dibaca kuat. Mentera ini dipercayai membolehkan agar haiwan liar seperti babi dan ular mungkin akan meninggalkan lokasi yang semak dalam paya apabila mendengar suara manusia. Mereka akan masuk kedalam celah-celah rumpun keladi kemahang dengan pisau tajam dan memotongnya. Selain itu beberapa pantang larang yang dikaitkan dengan keladi kemahang adalah seperti jangan ambil sulur jika ada ular lalu, elakkan menggunakan pisau sama yang terpotong sulur jantan atau sulur bunga, jangan simpan sulr keladi kemahang dalam peti sejuk dan segera masak setelah dipetik untuk elakkan kegatalan. Elakkan juga mencampur sayur keladi kemahang dengan sayuran lain seperti terung, petola, peria dan putik jagung kerana ini akanmenyebabkan kegtalan juga. Seikat sulur umbi keladi kemahang dengan 4-5 batang dijual dengan harga RM2.00 yang siap untuk dimasak. Penulis blog beberapa kali menikmati masakan keladi kemahang yang dimasak dalam beberapa hidangan.
Tumbuhan keladi kemahang jika dilihat sepintas lalu adalah hampir sama dengan keladi Cina, Keladi Mawa dan Keladi Minyak. Ia mempunyai pokok yang mampu tumbuh antara 0.2 meter sehingga 2 meter lebih. Tumbuh dalan kelompok atau kumpulan dalam kawasan yang sesuai dan lembab. Bahagian daunnya mempunyai warna hijau ungu dan permukaan atas daun memounyai susunan urat daun yang sekata (Sila lihat foto disebelah). Setiap perdu pokok keladi kemahang mempunyai antara 3 - 5 batang daun yang mana ia mengikut umur dan kesuburan tanag. Belum ada laporan dimana daun keladi kemahang digunakan sebagai makanan seperti untuk membalut ikan dalam membuat pais ikan. Daun keladi kemahang biasanya akan dibuang semasa mengambil sulur umbi semasa aktiviti 'menyepat'. Menyepat adalah dengan membelah batang utama keladi kemahang dan mengambil bahagian dalam untuk dijadikan makanan.
Keladi Kemahang agak unik kerana ia mempunyai struktur bunga dan buah. Ini berkait dengan kaedah pembiakan semulajadi keladi ini yang mana tumbuh meliar dan memudahaknnya untuk pembiakan. Bunga keladi kemahang keluar daripada bahagian tengah perdu dengan tangkai berwarna hijau dan bunga berwarna kuning oren (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini banyak keluar semasa musim hujan dimana pokok keladi kemahang pada masa ini adalah pada fasa reproduktif atau peringkat pembiakan. Masa ini keladi kemahang tidak sesuai diambil kerana jika dimakan ia menjadi Sangat Gatal. Satu pokok biasanya akan mengeluarkan satu kuntum bunga sahaja dan hanya mereka yang pakar sahaja akan perasanakan keujudan bunga keladi kemahang. Bunga ini dipercayai mempunyai organ pembiakan yang lengkap untuk ia melakukan proses pendebungaan sendiri. Belum ada yang berminat menanam keladi kemahang untuk tujun landskap bagi meligat bunganya.
Kemudian apabila berlaku proses pendebungaan lengkap maka keladi kemahang akan mengelurkan buah. Buah keladi kemahang pun tidak ramai dikalangan penduduk kampung yang perasan akan keujudannya. Buah keladi kemahang ini kecil sahaja sekitar 1-2 cm panjang denga mempunyai banyak set sama seperti buah nangka sekali pandang. Ia mempunyai mata tunas berwarna kekuningan dan bertangkai (Sila lihat foto disebelah). Dari pemerhatian berkemungkinan apabila buah ini matang maka 'bijinya' akan gugur ketanah dan tumbuh atau dihanyutkan air untuk tumbuh dikawasan lain. Ini merupakan satu kaedah yang berlaku kepada keladi kemahang yang tumbuh liar didalam kawasan berpaya (Sila lhat foto paling atas). Keladi kemahang yang mungkin agak kurang dibuat kajian oleh saintis perlu dibuat kajian lanjut. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog nim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELADI KEMAHANG... APA CIRI UTAMA...
TUMBUH MENEGAK...DALAM RUMPUNYA...
DAUNNYA HIJAU... KEMUDIAN BERBUNGA...
BACA ARTIKEL... DAPAT JUGA ILMUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Budu, Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia.
(17 Jamadilakhir 1438H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan