KELADI LAMBOK (Caladium spp) merupakan sejenis keladi yang kurang dikenali ramai berbanding dengan Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak dan sebagainya. Kini keladi Lambuk atau dikenali juga dengan nama Keladi Lambok atau Kemumu dikalangan penduduk tempatan merupakan mana ia merupakan tumbuhan yang hidup dikawasan bersaliran salir dan ada kelembapan. Penulis hanya mengenali akan tumbuhan keladi ini setelah membuat banyak lawatan kekawasan dipendalaman Pahang seperti di Daerah Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh dimana keladi ini rupanya dijadikan sayuran yang unik. Apa tidaknya kladi ini dijadikan bahan masakan seperti masakan sebagai Masak Gulai Ikan Masin, Masak Goreng Lambuk Bersardin (Sila anda lihat foto diatas) an hebatnya ia dijadikan sebagai Ulam atau dimakan sebagai Salad. Saya ada menulis mengenai keladi lambuk tahun lepas dengan judul 'Keladi Lambuk - Enak Gulainya' dalam blog ini (Sila klik disini) dan artikel 'Tanam Keladi Lambuk' selepas itu (Sila klik disini). Bagaimana pun kali ini saya menulis dengan lebih saintifik mengenai keladi lambuk berdasarkan kepada laporan kajian kes yang dilakukan oleh En Ali iaitu pakar tanaman daripada Pejabat Pertanian Daerah Raub bersama penulis sendiri. Mungkin tidak ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang telah kenal secara saintifik akan tumbuhan keladi lambuk ini. Ia juga agak kurang dibuat kajian saintifik oleh penyelidik tempatan kerana berkemungkinan sehingga kini keladi lambuk dianggap mempunyai nilai ekonomi yang rendah. Penulis blog belum berjaya menjumpai petani atau usahawan pertanian yang menanam keladi lambuk ini secara monokrop dengan luas dan berskala komersil. Keladi lambuk lazimnya ditanam disekeliling rumah atau sekitar penjuru kebun sebagai bahan untuk dijadikan sumber batang keladi lambuk bagi kegunaan sendiri. Kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan anakbenih dan jarang atau tidak kenal akan keladi lambuk antara puncanya. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bekaitan dengan teknologi bagaimana untuk memetik batang keladi dan memasak hidangan keladi lambuk secara lebih jelas lagi.
Batang keladi Lambuk yang telah dipotong dan dibiang kulit lapisan luarnya kemudian sudah sesuai untuk proses berikutnya. Ia per;u dipotong pendek menggunakan pisau tajam sekitar ukuran 1.0 - 1.2 cm panjang bergantung keapada kehendak tukang masak (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya kerja memotong nipis batang keladi lambuk ini dilakukan diatas lapisan daun pisang, bekas plastik dan pastikan tidak kotor terkena benda asing seperti tanah. Ada beberapa petua memasak keladi lambuk yang penulis blog dapat maklumat dimana masakkan keladi lambuk tidak sesuai dicampur dengan bahan lain seperti jagung, kentang, terung dan sebagainya didalam gulai dimana ia akan juga menjadikan makanan tersebut menjadi gatal. Pengalaman penulis di IP Kuala Lipis baru-baru ini mengesahkan bahawa jika sayuran keladi lambuk ini dicampur dengan jagung telah menyebabkan rasa 'gatal' ditekak selepas memakannya. Keladi lampuk yang dipotong-potong dibersihkan dan terus dimasak atau di bungkus untuk dijual dipasar minggu atau pasar tani. Sebaiknya pembungkusan keladi lambuk yang dijual adalah dalam bentuk batang yang belum dipotong, kiub yang telah siap dipotong malahan ada yang menjualnya sebagai batang keladi lambuk yang asli (tidak dibuat apa-apa prosesan).
Semasa penulis membuat tinjauan dibeberapa pasar tempatan, ada sering kali terjumpa batang keladi lambuk dijual bersama dengan sayuran kampung yang lain. Di Pasar mingguan Kg Dong, Raub, Pahang dan Pasar Minggu Hari Ahad di Bandar Raub sering dijual pelbagai sayuran kampong termasuk batang keladi lambuk (Sila lihat foto disebelah). Gerai sayuran kampong ini menjual batang keladi lambuk bersama dengan bunga kantam.daun ubi, daun meranti, terung pipit, belacan, jantung pisang, kucai, cemperai, jering dan beberapa sayuran kampong yang lain. Harga jualan batang keladi lambuk adalah RM1.50 - RM2.50 seikat bergantung kepada saiz ikatan, musim jualan dan juga kualitimya. Di Pasar Tani Mega UTC Kuantan penulis dapati terdapat sekitar 2-3 buah gerai yang ada menjual keladi lambuk dan keladi kemahang untuk penduduk sekitar bandar Kuantan setiap hari Ahad. Dalam temubual penulis dengan penjual tersebut ada dinyatakan bahawa bekalan batang keladi lambuk dan keladi Kemahang ini ada yang datang dari Raub, Lipis dan juga datang dari Kuantan sendiri. Terdapat ramai yang membeli keladi Lambuk dan keladi Kemahang terutama mereka yang asalnya datang dari daerah Raug, Jerantut dan Kuala Lipis dan bermastautin di Kuantan. Penulis juga dimaklumkan beberapa pemilik restoren masakan asli Pahang ada membeli batang keladi lambuk dan keladi Kemahang untuk dijadikan menu dipremisnya.
Dalam pada itu Jabatan Pertanian telah berjaya mengadalah satu Simposium Tanaman Potensi Negeri Pahang yang dirasmikan oleh YB Pengerusi Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Pahang pada 9 Mac 2017. Simposium ini yang dihadiri oleh seramai 300 orang pegawai dan petani serta usahawan telah membentangkan 7 jenis tanaman berpotensi untuk dimajukan di Negeri Pahang diantaranya adalah Durian Belanda, Lada Hitam, Belimbing Buluh, Strawberri (Tanah Tinggi Cameroon Highlands), Mesta, Keladi Lambuk dan Keladi Kemahang. Kertas bertajuk Potensi Tanaman Keladi Lambuk dan Keladi Kemahang mendapat sambutan peserta kursus kerana ia merupakan kali pertama pembentangan keladi ini secara teknikal yang disampaikan oleh pakar yang berpengalaman. Jabatan Pertanian juga merancang untuk menanam keladi Lambuk dan Keladi Kemahang di sekitar Kg Budu, Daerah Kuala Lipis secara komersil pada tahun 2017. Projek ini dijangka akan menjadikan tanaman ini menjadi lebih diterima dan mudah diperoleh oleh penduduk negeri Pahang dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info beguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

KELADI LAMBUK... KURANG DIKETAHUI...
ARTIKEL DITULIS... ADA 2 PART SEKALI...
TERANGKAN CARA... SEJENIS KELADI...
DIMASAK ENAK... MAKAN DENGAN NASI..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 401, Superior Deluxe Room,
Hotel D'Valley, Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1438H).
ARTIKEL DITULIS... ADA 2 PART SEKALI...
TERANGKAN CARA... SEJENIS KELADI...
DIMASAK ENAK... MAKAN DENGAN NASI..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 401, Superior Deluxe Room,
Hotel D'Valley, Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1438H).
Catat Ulasan