BUAH PEAR (Pear) adalah sejenis buah-buahan yang sangat popular dari keluarga Rosaceae. Buah Pear (Mudah pada penulis eja sebagai Buah Pir) dengan nama botani Pyrus spp mempunyai banyak varieti dan jenis. Sebahagian besar spesis adalah untuk ditanam secara komersil sementara ada spesis yang hidup liar sebagai tanaman ornamental sahaja. Nama buah ini dipercayai berkait dengan rupa bentuknya tersendiri dimana bentunya yang seakan 'pyriform' iaitu kecil dibahagian tangkai dan membesar dibahagian bawah. Buah Pir ini sangat dikait dengan bentuk badan manusia sama ada ia mempunyai 'Pear Shape' atau 'Apple Shape' atau sebagainya yang menunjukkan kepada bentuk badan. Dari segi sejarah buah pir ini dipercayai berasal daripada Dunia Lama (Old world) dan Kawasan diutara benua Afrika sehingga ke benua Asia. Pokok yang tumbuh menebak ini mempunyai ketinggian sekitar 10 - 17 meter jika dibiarkan tanpa dibuat cantasa. Kebanyakannya kanopi pokok pir adalah kecil dibahagian atas dan agak jarang jensi yang berbentuk rendang. Ia mempunyai bentuk daun yang susunan bersilang dengan panjang daun sekitar 2-12 cm serta berkilat dipermukaannya. Bentuk daun berbagai daripada berbentuk ovate sehingga berbentuk Lanceolate. Kebanyak pokok pir adalah jenis Deciduous (dua jantina) tetapi terdapat beberapa jenis di Asia yang evergreen. Kebanyakan pokok pir tahan sejuk dengan suhu minima -25 hingga -40 darjah celsius pada musim sejuk dikawasan temperate. Bagaimana pun bagi jenis yang berasal dari Asia hanya mampu hidup pada suhu sejuk -15 darjah celsius sahaja. Artikel pada malam Ahad ini saya berusaha untuk terus menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai buah pear atau buah pir atau buah lai sekadar menyedia info kepada pembaca semua. Penulis beberapa kali berpeluang memetik buah pir semasa melawat Beijing (China), Seoul (Korea) dan di Faisalabad (Pakistan).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Pokok pir menghasilkan bunga berwarna putih yang cantik selepas musim sejuk. Bunga yang bersaiz 3-5 cm ini mempunyai sebanyak 5 kelopak yang seragam (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini lazimnya akan keluar serentak (bloom) pada pokok yang masih tiada daun lagi dan menjadikan permandangan yang cantik diladang. Ladang buah pir yang luas hanya akan kelihatan putih sahaja dan hampir tiada daun. Selepas proses pendebungaan lazimnya buah pir akan terbentuk dan akan masak beberapa lama kemudian. Buah pir yang berukuran 18cm panjang dan 8 cm lebah ini mempunyai pelbagai warna kulit dan bentuk berbeza. Bagaimana pun bentuk yang paling biasa adalah sama ada bentuk 'globose' atau pun bentuk 'oblate'. Bentuk buah pir memang amat unik sehingga ia boleh dipasang dengan acuan besi untuk menjadikannya seperti patung budda sedang duduk. Jenis yang ditanam di Eropah kebanyakannya adalah berbentuk 'pyriform' atau lebih mudah dipanggil sebagai bentuk 'pear shape'. Ia mempunyai tangkai buah yang kuat dan agak panjang. Buah pir adalah sama dengan buah epal yang menjadi buah eksport utama diseluruh dunia dengan nilai perdagangan yang besar, Malaysia adalah diantara negara yang mengimport buah pir dengan kuantiti yang banyak setiap tahun.
Tanaman pokok pear popular dikawasan yang beriklim temperate. Sejarah di China menunjukkan buah pir telah ditanam dinegara tersebut semenjak 3,000 tahu dulu atau lebih lama daripada penanamannya di kawasan Eropah. Kini varieti yang berasal dari kawasan Tian Shan iaitu di Barat China dipercayai telah di tanam diseluruh dunia dengan melabihi 20 spesis. Pir jenis Pyrus communis adalah yang popular ditanam di Perancis dan beberapa negara Eropah lain secar komersil. banyak kajian dan program biakbaka mengenai tanaman pir ini dilakukan di Eropah sehinggakan banyak varieti komersil dihasilkan. Buah pir yang ditanam di kawasan Asia Tenggara dan beberapa negara Asia lain mempunyai saiz lebih kecil dan sederhana. Antaranya aseperti Pyrus pyrifola, Pyrus ussussiensis, Pyrus bretschneideri dan Pyrus pahsia. Ia ditanam dikawasan sebelah utara Asia dan Barat Asia sebagai tanaman buah-buahan komersil. Mengikut laporan oleh "Pear Bureau Northwest, terdapat lebih daripada 3,000 varieti buah pear dikenalpasti diseluruh dunia. Pokok pear lazimnya dibiakkan dengan cara tut (marcotting) dengan memilih baka dan pokok penanti terpilih. Pembiakbakaan dengan menggunakan bunga juga dilakukan untuk menghasilkan bijibenih untuk pendebungaan silang. Pada masa ini diantara beberapa nama varieti popular adalah seperti 'Beth', 'Concorde', 'Conference', 'Jos�phine de Malines', 'Louise Bonne of Jersey' dan juga varieti 'Onward'.
Dari segi pengeluaran mengikut data FAO dilaporkan negara China adalah pengeluar buah pear dunia dengan 17.3 juta metrik tan diikuti dengan USA sebanyak 783,815 metrik tan, Argentina sebanyak 771,000 metrik tan, Itali (694,000 metrik tan) dan Turkey sebanyak 461,000 metrik menjadikan jumlah pengeluaran dunia sebanyak 23.58 juta metrik tan pada tahun 2016. Buah pear yang masak akan dipetik dengan indeks kematangan untuk pasaran domestik atau pun pasaran eksport. Buah yang dipetik ini akan disimpan pada suhu bilik sebingga masak dan untuk poasarn eksport dimasukkan dalam suhu sejuk. Buah pear sesuai dimakan segar atau diproses untuk menjadi buah potong dalam tin, jus, jelly dan pelbagai bahan untuk membuat kuih mueh. Kita di Malaysia amat mudah mendapat bekalan buah pear yang dijual dipasaraya, pasar buah-buahan, pasar malam, gerai buah-buahan dengan harga yang murah berbanding dengan buah-buahn import lain. Satu pinggan mengandungi antara 5-7 biji dijual dengan harga RM5.00 atau pun dalam unit longgok walau pun kualitinya sederhana. Buah pear juga sering digunakan sebagai buah untuk hantaran meminang atau hantaran perkahwinan dalam masyarakat kita. Begitulah kepentingan buah pear yang tiada ditanam dinegara kita tetapi banyak dijual untuk dinikmati rakyat Malaysia. Wasallam!!!...
BUAH PEAR... APAKAH HEBATNYA...
BERWARNA HIJAU...MANIS ISINYA....
PENGELUAR UTAMA,,,ADALAH CHINA...
KITA DIMALAYSIA...MUDAH DAPATNYA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Bandar Baru UDa,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(7 Ramadan 1438H)
Catat Ulasan