Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
POKOK GUARANA?.... Mungkin ramai dikalangan orang Malaysia yang kali pertama mendengar tumbuhan ini apabila Ketua Pengerah Pertanian membuat satu sidang akhbar mengenai "Kerajaan larang bawa masuk Guarana" pada 26 Julai 2017 di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Putrajaya. Pokok Guarana atau Guaran� dengan nama saintifiknya sebagai Paullinia cupana adaah tanaman yang tiada di Malaysia sebelum ini.  Ia juga mempunyai nama saintifik lain sebagai Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae. Pokok guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi (Sila lihat foto diatas). Daripada lamanweb yang dirujuk ada menunjukkan pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang. Biji buah guarana yang diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp). Sepertimana tumbuhan lain yang mampu untuk menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana sebenarnya ada bilangan tinggi konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor. Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam. Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah?. Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita. Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya. Penulis kurang pasti kalau pihak tertentu di Malaysia mempunyai simpanan bahan tanaman pokok guarana ini. Saya ada menulis mengenai tumbuhan ini pada 17 Oktober 2016 apabila ada pihak iaitu RISDA yang ingin membawa masuk tumbuhan ini untuk dikomersikan (Sila klik Disini). Bagaimana pun hanya setahun lebih kemudian pula baru dikeluarkan kenyataan larangan ini. Artikel malam Khamis ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengeai isu larangan ini seperti laporan sidang akhbar yang dikeluarkan. 

Dalam satu sidang akhbar tersebut yang di petik di Putrajaya, larangan mengimport terhadap tumbuhan ini amat tepat kerana jikaa tiak dilakukan maka ia menjejaskan industri getah di Malaysia. Kerajaan mengharamkan import tumbuhan dan benih Guarana dari kawasan Tropika Amerika kerana dikhuatiri membawa penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB) yang boleh menjejaskan industri tanaman getah di negara ini. Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek yang berkata spora penyakit SALB yang disebabkan kulat 'Microcylusulei' itu sangat berbahaya kepada industri getah negara kerana ia boleh mengakibatkan tanaman getah muda menjadi bantut. Walau pun larangan ini merupakan tanggungjawab Jabatan Pertanian yang ada kepakaran mengenai keselamatan tumbuh-tumbuhan dalam negara melalui Bahagian Biosekuriti ianya mesti dilakukan. Pada penulis blog mendapati larangan import terhadap tumbuhan dan benih Guarana yang diharamkan untuk diimport amat wajar kerana sangat berbahaya kepada industri getah negara. Daipada pakar-pakar Biosekuriti Tumbuhan didakwa dimana tumbuhn ini boleh serang dan mengakibatkan tanaman getah muda menjadi bantut. Keterangan oleh Jabatan Pertaanian menyatakan serangan pada pokok besar pula boleh menyebabkan pokok menjadi meranting, kering, tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif dan seterusnya mati. Tumbuhan ini hanya boleh dibawa masuk untuk tujuan penyelidikan melalui kebenaran jabatan, termasuk mematuhi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981. Beliau berkata demikian pada sidang media Larangan Mengimport Biji Benih Guarana Dari Brazil dan Kawasan Tropika Amerika di Putrajaya hari ini. Mereka yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi), Datuk Jamal Harizan dan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan), Datuk Jabar Sheikh Muhaideen. Beberapa akhbar utama perdana dan lamanweb terus menyiarkan mengenai perkara ini pada hari yang sama.


Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat yang berasal dari Lembah Amazon dan banyak didapati di negara Amerika Selatan dimana ia ada ciri seperti berdaun besar dan lazimnya akan dapat mengeluarkan gugusan buah berwarna merah bila masak dan isinya berwarna putih (Sila lihat foto sebelah). Buahnya mengandungi biji sebesar biji kopi dan boleh diproses menjadi minuman sama seperti kopi tetapi kadar kafeinnya lebih tinggi iaitu dua hingga 4.5 peratus berbanding hanya satu hingga dua peratus dalam biji kopi. Perkara ini dijalankan oleh Jabatan Pertanian apabila seminggu sebelum ini Jabatan Pertanian menyita anak benih Guarana yang dibawa masuk secara haram dan ditanam di Baling, Kedah iaitu lporan hasil maklumat daripada orang ramai serta media. Jelas Zakaria, pokok Guarana yang disita itu akan dirawat menggunakan racun kulat seperti Thiophanate methyl, Benomyl dan Carbendazim bagi memastikan kulat yang terdapat pada pokok itu dibunuh. Penyakit SALB sangat berbahaya terhadap industri getah negara dan juga negara jiran jika berlaku serangan. Laporan daripada jurnal ada menyatakan berlakunya industri getah di Brazil dan negara berdekatan seperti Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama sejak dulu sehingga sekarang dikenal pasti berpunca akibat penyakit SALB berkenaan. Penulis blog mendapat tahu akan ancaman SALB semasa zaman sekolah lagi dimana ianya dikatakan mampu mengancam industri getah negara yang pada masa itu merupakan tunggak ekonomi negara sebelum sektor perindustian, petrolium, perkhidmatan, perlancongan dan kelapa sawit mengambil alih. 

Datuk Zakaria menunjukkan buah Guarana pada sidang media Larangan Mengimport Biji Benih Guarana Dari Brazil dan Kawasan Tropika Amerika, di Putrajaya  (Sila lihat fotoo disebelah). Dalam sidang akhbar tersebut ada dinyatakan dimana kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil.7 Tahun 1983 bagi memastikan pelawat dari negara yang mempunyai penyakit SALB supaya membasuh pakaian mereka di negara yang berlainan iklim seperti Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand dan Jepun. Sebenarnya langkah ini bertujuan memastikan mereka bebas daripada spora SALB sebelum singgah di negara ini, sekali gus memastikan spora berkenaan tidak dibawa masuk bersama. Lazimnya serangan kulat SALB itu sangat cepat merebak dan menyerang pokok getah terutama dalam keadaan cuaca yang lembap. Malah kemungkinan kawasan pokok getah yang terdapat berhampiran nurseri tanaman Guarana di Baling itu juga akan dipantau bagi memastikan penyakit SALB tidak menyerang pokok terbabit. Perkara ini perlu diketahui dan difahami oleh rakyat Malaysia kerana jika ada pihak yang cuba membawa masuk secara haram maka ianya akan menjejaskan ekonomi negara dan ramai pekebun kecil getah dan estet swasta akan terjejas. Semuga sidang akhbar mengenai larangan ini akan dipatuhi dan menjamin bahawa sektor pertanian negara akan terus utuh dimasa akan datang. Tahniah penulis blog kepada Jabatan Pertanian mengenai isu ini. Semua anda semua mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...

MERAH MENYALA... BUAH GUARANA...
LEMBAH AMAZON... TEMPAT ASALNYA...
SALB... IA MEMANG AMAT MERBAHAYA...
SIDANG AKHBAR...MENYEDARKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1438H) 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top