POKOK LEMUNI (Vitex trifolia) merupakan sejenis herba atau tumbuhan yang ada digunakan didalam masyarakat tempatan terutama di Utara Semenanjung Malaysia. Pokok ini merupakan pokok yang mudah tumbuh didalam belukar atau sesuai ditanam untuk kegunaan khusus. Dalam pada itu ada beberapa perbincangan mengenai khasiat daun pokok lemuni dimana memang ramai dikalangan generasi baru yang tidak mengetahuinya. Dalam penelitian penulis blog sebenarnya ada juga mendapat tahu dimana pokok lemuni (terutama jenis Lemuni Hitam) adalah tanaman herba yang popular dinegeri-negeri seperti di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis. Spesies pokok lemuni tumbuh renek dan berkayu serta mempunyai ketinggian sekitar satu hingga tiga meter sahaja bagaimana pun ada juga ditemui dimana ia mampu mencecah hingga ketinggian lima meter. Melihat kepada bentuk pokok lemuni, lazimnya akan dilihat daunnya akan tersusun berlawanan (opposite) sepanjang batang dan biasanya tersusun secara kompaun bercabang tiga dengan saiz panjang daun sekitar 1 - 12 cm. Tumbuhan dari jenis renek serta berkayu ini boleh mencapai ketinggian hingga melebihi 4 - 5 meter jika tidak dicantas dimana setiap satu tangkai daun mempunyai sekitar 5 helai daun yang mana bentuknya juga tirus. Wana daun adalah hijau dengan daun berkilat di bahagian atas. Terdapat dua jenis pokok Lemuni dikenalpasti oleh penulis blog iaitu LEMUNI PUTIH dan juga LEMUNI HITAM. Antara perbezaan antara Pokok Lemuni Putih atau Pokok Lagundi (Vitex Trifolia var Linn) dengan Pokok Lemuni Hitam ini adalah dimana di bahagian bawah pucuk lemuni hitan kelihatan daunnya mempunyai pigmen bewarna ungu gelap. Masyarakat tempatan terutama mereka yang tinggal dinegeri-negeri di sebelah utara semenanjung Malaysia gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni. antara kegunaan lain herba ini didakwa bahagian akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Boleh juga digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampur air. Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Rencana subuh ini selepas bersahur saya menulis dalam "Anim Agro Technolgy" mengenai kegunaan pokok lemuni didalam masyarakat tempatan.
Apabila diteliti didapati bahagian pucuk atau daun muda pokok lemuni memang biasa digunakan dalam ramuan nasi ulam atau nasi kerabu atau pun untuk ramuan dalam nasi lemak (Sila lihat foto disebelah). Rasa nasi lemak yang dibubuh dengan daun lemuni memang lebih enak dan sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis. Beberapa orang penduduk tempatan yang penulis blog temuduga ada menyatakan dimana diantara khasiat perubatannya pula, daun ini dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak manakala air rebusan daunnya selalu juga digunakan untuk mencuci luka atau ulser. Dalam pada itu pengamal perubatan tradisional ada mendakwa dimana bahagian daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit-birit. Di Malaysia penulis blog ada maklumat dimana bahagian daun pokok lemuni yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit dan nasi dan kemudian digentel kecil-kecil selalu digunakan untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut. Daun lemuni juga sering juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu ada yang mendakwa daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala. Daunnya juga dikatakan dapat membunuh jentik-jentik. Dalam pada itu daun lemuni ini boleh juga digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk Aedes). Caranya dengan menngambil daun lemuni dan meramasnya dan diletakkan dilokasi tertentu dan aromanya akan menghalang serangan kuman nyamuk aedes.
Warna daun lemuni yang menarik iaitu ungu gelap kebiasaannya bertukar kehijauan apabila matang. Pokok berkenaan turut menghasilkan bunga yang bersaiz kecil. Pada penulis blog mendapati dimana tumbuhan yang lebih mudah dijumpai di kawasan kampung ini ternyata menyimpan banyak khasiat dan digunakan sebagai ubat tradisional merawat penyakit. Ada kaedah mudah diamalkan dengan mengambil daunnya dan merendam dalam air kemudian ia dijadikan bahan mandian dimana ia dikatakan mampu memulihkan anggota badan yang lemah. Dalam pada itu bahagian akar pokok lemuni yang direbus dipercayai baik untuk ibu baru lepas bersalin. Sebenarnya selain diambil sebagai ubat tradisional dilaporkan dimana pucuk muda atau daun lemuni turut enak dijadikan ulam selain digunakan sebagai bahan masakan. Kini diantara hidangan makanan yang terkenal adalah 'NASI LEMUNI' yang mencampurkan jus daun lemuni bersama santan dan dimasak bersama nasi. Raai yang menyebut dimana bahagian daunnya juga telah dipercayai dapat membunuh jentik-jentik selain turut sesuai dijadikan ubat nyamuk. Khasiat Daun Lemuni didakwa mempunyai pelbagai nama dan khasiat. Daun lemuni, juga didakwa akan mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, legundi, memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, mengubati muntah darah, mengubati penyakit rheeumatism, merawat ibu-ibu lepas bersalin, merawat luka-luka kecil, ubat cacing.
Daun pokok lemuni dimana permukaan bawah daunnya berwarna hijau keunguan. Ada juga yang mengenalinya dengan Lemuni dan ia mempunyai aromanya yang tersendiri apabila diramas. Di kampung-kampung pokok ini memang masih lagi banyak dijumpai tetapi tidak ramai yang generasi muda yang mengenalinya. Mengetahui kehebatan daun lemuni dimana dari analisa makmal menunjukkan ia didppati mengandungi bahan x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua dari sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini. Belum ada mana-mana usahawan yang memajukan tumbuhan ini secara komersil di negara kita mengenai sebatian hebat ini. Bagaimana pin di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism. Kaedah mengguna dimana daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda dari pokok lemuni ini juga sesuai untuk digunakan bsgi mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan. Dalam pada itu bahagian bijinya yang matang boleh dijadikan sebagai 'biji benih' untuk pembiakan pokok lemuni. Lemuni putih turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu dipercayai boleh mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak,bijinya dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka�luka di celah kaki. kalau begitu selepas membaca artikel ini akan ada orang yang akan membuat kajian lanjut mahupun menanam secara komersil jika ada pasaran yang sempurna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada mereka yang mengunjungi blog anim agro technology. Wsdsllsm!.
Catat Ulasan