Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
APAKAH KAEDAH YANG MEMBOLEHKAN NANAS BERBUAH SERENTAK?. Itu adalah satu kelebihan yang da pada tanaman NANAS (Ananas comosus) berbeza dengan tannaman buah-buahan yang lain. Nanas adalah jenis buah yang tidak bermusim daripada keluarga Bromaliceae dengan mempunyai 3 kumpulan utama yang dikomersilkan iaitu Kumpulan Spanish, Smooth Cayene dan juga Queen. Penulis blog merujuk kepada data dari LPNM dimana ia melaporkan keluasan penanaman nanas dalam negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti apa yang dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011 dan Laporan Tahunan LPNM). Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan jumlah purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor adalah merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (atau 68% daripada keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar. Pada masa ini perkapita penggunaan buah nanas adalah 14.3 biji seorang setahun dengan kadar ini terus meningkat. Permintaan nanas terutama nanas premium MD2 terus meningkat untuk pasaran domestik dan eksport. Terbaru dimana negara China telah membuka pasaran eksport nanas dari Malaysia dengan termeterainya protokol pengeksportan buah nanas dengan sasaran sebanyak RM320 juta menjelang 2020. Teknologi untuk membolehkan buah nanas berbuah serentak adalah sangat penting selain daripada pengamalan agronomi untuk menghasilkan buah nanas berkualiti seiring dengan kaedah Persijilan MyGAP. Teknologi terkini memang boleh dilakukan untuk tujuan memprogram atau menjadualkan jumlah pengeluaran buah nanas mengikut pasaran. Foto diatas menunjukkan buah nanas MD2 di Ladang Nanas di Gemas yang menghasilkan buah nanas MD2 serentak masak pada umur 129 - 130 hari yang sesuai untuk dituai. Rencana hari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi membuat buah nanas berbunga dan masak serentak untuk pemasaran.

Penamanan nanas sama ada menggunakan benih nanas yang seragam dari varieti sama atau berlainan selalunya akan berbunga dan berbuah tidak serentak atau berlainan masa. Isu utama adalah dimana secara semulajadi pokok nanas berbunga masa tidak serentak. Ini menyukarkan penanam nanas untuk perlu sering memeriksa kebun nanas dan memetik buah yang masak sahaja dimana ia kurang tepat indeks kematangannya. Bagaimana pun kini terdapat teknologi untuk menggunakan hormon pada kadar kepekatan yang kecil tetapi bahan kimia ini didapati mampu mempercepat dan menyeragamkan proses pembungaan pada tanaman nanas. Kini cara ini telah membolehkan tahap kematangan bunga serentak sehingga membolehkan aktiviti memungut hasil buah nanas akan dapat dilakukan dalam waktu yang serentak. Teknologi ini sebenarnya amat membantu kepada pengusaha buah nanas untuk erancang jadual penuaian dan jadual pasaran. Ia juga sangat bermanfaat jika tanaman nanas dijadikan tanaman industri yang menjamin keperluan pasaran segar atau untuk diproses menjadi produk jus, kordial, jelly, halwa, kerepek vacuum fry, Pes, Paceri dan untuk tujuan dikilangkan sebagai nenas dalam tin. Paling penting teknologi ini adalah kerana ia sangat signifikan didalam menjadualkan buah untuk pasaran eksport seperti keperluan sebanyak 12,000 metrik tan nanas untuk dihantar ke negara China sebulan menjelang tahun 2020. Pastinya jadual penanaman dan masa menghormon amat kritikal didalam industri ini untuk menghasilkan buah nanas yang berkualiti dan lestari.

Lazimnya proses pembentukan bunga pada tanaman nanas secara semulajadi adalah tidak seretak bergantung kepada kesuburan dan saiz pokok nanas. Memang tahap pertumbuhan tanaman nanas ini bermula dengan fasa vegetatif iaitu sejak benih sulur nanas ditanam sampai terjadi perubahan khusus pada titik tumbuh dibahagian tengah pokok (Sila lihat foto disebelah). Pokok nanas akan berubah dripada fasa vegetatif kepada fasa reproduktif (Generatif) dimana pada masa ini proses untuk pembungaan berlaku sehingga sampai buah masak untuk dipetik. Selama fasa vegetatif batang pokok nanas tetap akan menjadi pendek dan pucuk tanaman akan selalu menghasilkan daun baru yang akan berwarna hijau atau kemerahan mengikut varieti. Penelitian penulis blog juga ada mendapati dimana masa pembungaan ini adalah berlaku perubahan (transition) atau diferensiasi susunan vegetatif kepada pembentukan bakal bunga pada titik tumbuh pada tanaman. Lazimnya apa yang berlaku adalah bahagian primordia bunga yang terbentuk menggantikan primordia daun. Pada waktu pembentukan bunga maka pembentukan daun menjadi terhenti sementara dimana bahagian batang mulai memanjang kemudian disusul dengan munculnya primordia bunga pada titik tumbuh pada tanaman nanas. Kemudian setelah dibentuk tunas primordia bunga maka pembentukan daun bersambung semula. Kumpulan daun yang terakhir ini dikenali dengan nama 'Mahkota' atau '�rown' dan ianya juga merupakan kemuncak dari batang tanaman nanas. Bunga nanas dilindungi oleh kelopak bunga yang merah warnanya bentuknya seperti sisik ikan. Ianya kemudian semakin tua bunga ini maka semakin hilang warna kelopaknya. Buah nanas yang terlihat adalah sebenarnya merupakan kumpulan dari banyak buah (Composite).

Apa yang perlu diketahui penanam nanas adalah mengira jumlah daun yang ada pada pokok nanas. Pokok yang subur dengan amalan agronomi baik akan sesuai dihormon apabila bilangan dun diantara 30 - 45 helai atau umur pokok 7- 10 bulan bergantung kepada varieti yang ditanam. Apa pun pada masa sekarang tersedia banyak jenis bahan zat perangsang bunga sintetis yang boleh digunakan untuk mengatur masa pembungaan tanaman nanas. Secara saintifiknya bahan kimia untuk menghormon nanas adalah dikenali dengan dengan bahan kimia seperti Acenopthaline, 0-chlorophenoxy acetic acid, B-naphtoxy aceticacid, indol buteric acid (IAA) dan indol propionic acid. Dalam pasaran memang ada dijual hormon perangsang pembungaan nanas seperti Naphtaline Acetic Acid (NAA) yang sangat efektif digunakan di ladang yang luas dan yang bersifat komersial. Di luar negara seperti di Hawai dan Puerto Rico bahan NAA dan 2.4-D merupakan bahan yang paling selalu digunakan. Penelitian penggunaan 2.4-D yang dilakukan di India juga ada menyatakan bahwa 2.4-D yang dalam bentuk serbuk apabila ia dimasukkan pada pucuk tanaman nanas maka kesannya akan segera berbunga dalam jangka waktu 40 hari sahaja. Dalam kajian lanjut dilaporkan dimana sebanyak 65.6% tanaman nanas akan berbunga dengan cara ini. Kajian dan laporan lain mendapati jika menggunakan larutan gas acetylene sebanyak 76.4% pokok nanas akan berbunga serentak. 

Penulis blog merujuk kepada beberapa jurnal dimana terdapat hubungan antara jumlah helai daun pada setiap tanaman dengan penggunaan 2,4-D. Kajian telah mendapati dimana tanaman nanas yang mempunyai bilangan daun 9 - 10 helai tidak menunjukkan tanda ia berbunga sementara pokok nanas yang ada berdaun 14 helai menunjukkan kejayaan 45% berbunga. Hasil kajian selanjutnya tanaman nanas yang mempunyai bilangan daun 21 - 44 helai mencapai kadar berbunga sebanyak 100% dalam jangka masa slama 40 hari. Dalam satu kajian yang dijalankan di negara jiran iaitu di Institute Pertanian Bandung (IPB) menunjukkan aktiviti merangsang bunga nanas dengan bahan Gas Aacetylene. Bahan ini telah dapat memaksa tanaman nanas dari varieti Smooth Cayenne akan berbunga pada umur 9 -10 bulan. Sebenarnya dengan cara ini waktu untuk tanaman nanas berbunga hanya menjadi 6 bulan lebih awal atau lebih cepat daripada yang tanpa dirawat. Seterusnya dilaporkan dimana jumlah daun setiap pokok akan juga menentukan pokok berhasil atau tidak. Kajian juga ada menunjukkan bahawa jumlah bilangan daun nanas sebanyak 20 - 30helai cukup sesuai untuk aktiviti merangsang semasa ianya diberi hormon untuk tujuan pembungaan. Sebenarnya jenis gas acetylene yang hadir adalah dengan menggunakan bahan karbid (Calcium carbide) yang dipecah-pecahkan sebesar biji jagung dimana ia kemudian diletakkan pada pucuk tanaman nanas yang mesti kena ada air. Bgaimana pun jika pucuk tidak berair sebaiknya disiram dengan air terlebih dahulu.

Pemerhatian juga ada memberikan maklumat dimana jika lebih besar dan berat pokok nanas maka ia memberi kesan kepada kualiti buah nanas yang dihasilkan. Penggunaan hormon ini selain menguntungkan dan mampu untuk mempercepatkan masa berbuah dengan serentak akan menambah berat dan ukuran buah (Sila lihat foto disebelah). Berat dan besar buah yang juga berkait dengan hubungan berat dengan jenis dan jumlah bilangan daun yang terdapat pada setiap tanaman. Lagi banyak daun nanas dan jambul nanas maka lazimnya buah nanas menjadi lebih besar dan berat. Kaedah bagi menghormon buah nanas ini didakwa juga memberi kesan yang baik kepada pokok nanas kerana mengurangkan kadar serangan perosak dan penyait pada pokok nanas. Ia juga didakwa mampu menambah kadar kandungan gula bagi nanas yang selalunya masam untuk dikalengkan (Ditinkan). Pastikan agar tidak menggunakan hormon nanas dengan dos yang berlebihan. Walaupun umumnya hormon ini akan mempercepatkan pembungaan nanas tetapi memang boleh dikategorikan bahaya ada sesetengah hormon seperti jenis 2.4-D adalah bahan racun rumpai (herbicide) memberi kesan naegatif kepada dun nanas. Hormon jenis NAA pula jika digunakan pada kepekatan berlebihan akan mempercepat t terbentuknya bunga atau sebaliknya tidak berbunga terus. Pengguanaan hormon pada nanas perlu diteliti beberapa faktur asas agar ia memberikan kesan positif seperti yang dirancangkan. Antara perkara penting penggunaan hormon pada tanaman nanas adalah kadar kepekatan dan dos bahan hormon digunakan, Mssa menggunakan hormon yng tepat, varieti ditanam serta keadaan cuaca yang sesuai.. Pemberian hormon pada waktu petang hari menunjukkan pengaruh yang lebih nyata daripada pada pagi hari. Gunakan bahan hormon dengan betul untuk menghasilkan buah yang seragam dan serentak. Wasallam!!!...

HORMON NANAS...APA SEBABNYA...
4 JENIS HORMON...PILIH DIGUNA...
BIANGAN DAUN... PERLU DIKIRA...
IKUT ATURAN.. DOS YANG ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kelompok Nanas Parit Ghani,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(2 Muharram 1439H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top