Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
TANAMAN POKOK TIN (Ficus carica) merupakan satu jenis tanaman yang semakin minat ramai terutama orang disekitar kota disekeliling rumah ataupun di rumah condominium. Kini penanaman Pokok Tin tidaklah sesukar mana sekiranya kita sudah biasa menanam pokok di dalam pasu. Cuma perlu tahu asas sifat pokok tin terlebih dahulu dan media yang kita akan gunakan untuk menanam pokok. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak. Akar jenis inilah yang akan mengambil nutrien dihantar kedaun dan buah untuk pertumbuhan daun dan pembesaran pokok. Dalam amalan agronomi bagi pertumbuhan yang baik, maka pokok tin memerlukan tanah yang ringan (light soils) dan mesti ia mempunyai saliran yang baik atau air tidaklah bertakung. Medium tanah amat penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau lembab dan air tidak bertakung bila di siram(porous). Pokok tin mudah mati jika banyak air atau di selalu di siram terutamanya peringkat baru tanam. Jika pokok layu di sebabkan oleh kekurangan air sebaiknya ia hanya perlu di siram pokok tersebut bagi memulihkannya dengan segera. Jika pokok layu di sebabkan banyak air ia sukar untuk di pulihkan kembali. Kepada yang berminat menanam penulis blog syorkan agar mendapatkan anakbenih pokok tin dari pembekal yang dipercayai samada benih dari benih jenis keratan atau tut. Pengusaha yang baru dalam penanaman buah tin sebaiknya dipastikan varieti buah tin tersebut adalah diketahui mudah ditanam dan ia juga sesuai ditanam dan cepat dan mampu menghasilkan buah. Antara varieti yang sesuai ialah buah tin varieti BTM6. Sebaiknya dipastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polibag tanah pada benih tidak terburai agar akarnya tidak rosak. Selepas pemindahan di buat sebaiknya ia siram air sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah adalah dalam keadaan baik (porous). Jika air lambat keluar maka ia berkemungkinan medium tanah terlebih padat. Jika sebaiknya ia perlu mengubahsuai media tersebut semula. Anak benih perlu diletakkan di kawasan yang redup tetapi mendapat cahaya matahari tidak terlampau panas dan elak daripada terkena air hujan yang berterusan. Pada peringkat ini anak benih masih lemah atau tidak stabil. Penjagaan pokok tin perlu dilakukan mengikut pakej yang ada. Artikel pada Ahad malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai tanaman pokok tin sebagai satu tinjauan untuk bacaan anda. Penulis merujuk kpada 3 testimoni dalam akhbar tempatan untuk tinjauan ini.



Lazimnya selepas beberapa minggu peringkat penyesuaian anak benih kepada cuaca yang panas secara berperingkat maka keadaan pokok sudah stabil. Semasa peringkat ini selalunya keadaan pokok tin telah mengeluarkan tunas dan daun (Sila lihat foto disebelah). Proses pembajaan boleh dilakukan pada peringkat ini dengan memberikan baja yang sesuai. Kekerapan proses pembajaan amat di galakkan untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok. Pastikan baja tersebut sesuai untuk tanaman sma ada baja NPK yang dibeli dari kedai atau yaja foliar yang disembur kepada bahagian daun. Bagaimana pun jenis baja yang disyorkan adalah seperti baja organik dan Baja cecair jenis Set A dan Set B boleh digunakan mengikut formula yang diberikan. Lazimnya pokok tin akan tumbuh subur jika dijaga dengan baik. Ia akan mengeluarkan bunga sebaik sahaja pokok matang secara berperingkat. Bunga ini akan menjadi putik buah dan sebaiknya dibungkus dengan sarung kain kasa. 

Jenis karung pembungkus berjaring yang digunakan boleh dibeli dari kedai yang menjual bahan majlis perkahwinan atau kedai runcit biasa. Sila baca tulisan mengenai cara-cara membungkus buah tin tulisan saya disini (Sila klik disini).
Terdapat berbagai bahan atau material bagi diisi dengan telur ayam rebus atau telur pindang untuk diagihkan kepada tetamu dalam majlis perkahwinan dan beberapa majlis-majlis keramaian lain. Antaranya seperti material kotak kertas, kaca, seramik, kain, gelas dan juga karung kain kasa. Lazimnya material ini dijual dalam unit 50 unit satu set dengan kebanyakannya adalah buatan dari Negara China. Harga yang murah dan ketahanannya membolehkan karung mini ini sangat baik untuk digunakan beberapa kali. Karung yang dibuat dari kain kasa ini dibuat dengan banyak corak yang menarik tetapi warna gelap adalah menjadi pilihan kerana ia mampu mengelakkan lalat buah nampak putik buah figs. Karung mini ini berjaring dengan udara boleh berlegar dan memberikan kondisi terbaik untuk buah figs membesar dan menerima cahaya. Jika menggunakan plastik atau kertas ia menghalang peredaran udara dan cahaya yang menjejaskan warna buah figs yang dihasilkan. Cara pasang karung mini ini amat mudah dengan membuka ikatan lubang karung dan masukkan putik buah figs kemudian ia perlu diikat semula dengan kemas. Penulis mencuba memasang karung mini ini dalam beberapa saat sahaja sudah siap bagi setiap biji (Sila lihat foto disebelah). Buah yang masak boleh dilihat dengan jelas dari luar dan boleh dipetik. Karung mini ini boleh diguna semula selepas buah figs ini dipetik.

Dalam satu testimoni akhbar berjudul asal "Guru tanam pokok tin hasilkan pendapatan tambahan" menlaporkan bertapa usah ini memberikan kebaikan. Laporan menyatakan tananam pokok tin yang diusahakan oleh Azmi Mohd. Sofian di rumahnya di Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah. Tanah yang luas saujana mata memandang tentu sahaja tidak akan dapat mendatangkan manfaat sekiranya tidak digunakan dengan baik, sebaliknya halaman rumah yang terhad pula boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul. Oleh itu sebagai sudut rek�reasi dan santai, persekitaran rumah juga boleh dimanfaatkan bagi penanaman hasil pertanian seperti sayur dan buah-buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan. Demikian usaha dilakukan oleh seorang guru, Azmi Mohd. Sofian, 30, yang menggunakan sepenuh kawasan halaman rumahnya bagi tanaman pertanian bagi menghasilkan pendapatan tambahan. Lebih menarik Azmi mengusahakan tanaman pokok tin atau nama saintifiknya, Ficus carica kerana melihat potensinya. Guru tersebut memperoleh maklumat berkaitan tanaman tersebut melalui internet sebelum mengenalpasti pengumpul pokok itu di Kuala Lumpur. Kini anak-anak pokok tanaman itu dan beberapa ilmu asas penjagaannya kebiasaannya hanya diperoleh dari negara-negara Asia Barat dan Asia Timur.

Guru tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan untuk betul-betul dapat memahirkan diri tentang sifat anak pokok tin yang dibeli tahun lalu dalam lingkungan harga RM180 hingga RM200 daripada pengumpulnya. Harga termahal pernah dibeli adalah RM2,000 (jenis Luv) dimana beliau banyak belajar dari internet yang agak susah juga kerana pokok tin adalah pokok yang �manja�. ada peringkat permulaan, Azmi menghabiskan sebanyak RM30,000 untuk mendapatkan baka anak-anak pokok tin yang terbaik dan popular, di samping bertukar-tukar pokok dengan rakan-rakan untuk mendapatkan benih yang baharu. Menganggapnya sebagai tanaman kesihatan, Azmi menyatakan bahawa terdapat empat campuran medium khas untuk memastikan pertumbuhan pokok tin iaitu tanah, pasir, sekam padi dan baja kompos buatannya sendiri. Kini anak-anak pokok juga memerlukan kelembapan yang cukup (disiram dua kali sehari iaitu pada pukul 7 pagi dan 5 petang sekiranya cuaca panas), cahaya dan kandungan serta teknik pembajaan yang betul. Azmi yang merupakan seorng guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau, Belantik dekat sini, tidak menafikan bahawa dia terpaksa melayan pelbagai �karenah� pokok tin yang kini ditanam di sekitar kawasan rumahnya. Beliau tidak putus asa malah terus belajar dan hasilkan anak-anak pokok tin daripada baka-baka berlainan jenis. Kini terdapat kira-kira 215 jenis anak pokok tin yang saya tanam yang berbeza pada rasa dan saiz buah serta daunnya. Antaranya jenis Luv, Ponte Tresa, Rimada Series yang mempunyai enam jenis dan lain-lain lagi yang harga untuk sepokok anaknya antara RM400 hingga RM2,000. Kini beliau dikurniakan dua cahaya mata menyatakan bahawa terdapat dua jenis pasaran anak pokok tin di Malaysia iaitu komersial dan untuk baka. Berasaskan fakta kesihatan yang dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, pokok tin kini mulai ditanam di rumah-rumah sebagai amalan pada pemakanan secara berterusan. Selain khasiat buahnya (harga pasaran tempatan, RM80 hingga RM200 sekilogram mengikut jenis), daun pokok tin selepas dijemur, dapat diminum sebagai �teh� dengan hanya merendamkan ia di dalam air panas (sebagai pengubat penyakit diabetes), dan harum baunya.


Buat masa kini dan menerusi strategi pemasaran di Facebook atas nama �Azmi Green Fingers�, selain di Semenanjung, tempahan anak-anak pokok adalah meliputi dari Sabah dan Sarawak dengan penghantaran khas. Kini melalui penjual�an anak pokok, beliau telah memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 mengikut musim dan bergantung kepada hasil tuaian benih anak pokok. Penanaman dan penjagaan pokok tin ini turut dibantu oleh ibunya, Hasidah Isa berumur 58 dan bapa�nya En Mohd. Sofian Isa. Bagi perancangan masa depan, Azmi ingin membuka sebuah ladang pokok tin di Kampung Paya Terendam dengan kaedah penanaman Rumah Hijau untuk memberi tumpuan kepada penghasilan buahnya. Buah tin boleh dihasilkan sepanjang tahun jika dijaga de�ngan elok kerana cuaca dan iklim di negara ini sesuai untuknya berbanding di negera asalnya yang mengikut musim. Kini tambahnya lagi, pada masa kini, pengeluaran buahnya memang terhad, dan tidak menumpukan kepada pemasaran buah tin, sebaliknya banyak bersedekah terutamanya kepada pelanggan yang datang membeli anak benih dan akan merasai buahnya. Kepada mereka yang ingin unutk mencuba tanam pokok tin Cikgu Azmi akan membe�kalkan medium diperlukan bagi memastikan anak pokok yang dijual pada harga RM100 ke atas dapat �hidup�. Apa yang susah cuma pada pering�kat awal, apabila batang pokok jadi berkayu, ia (pokok) dapat hidup berpuluh tahun lamanya.


Dlam laporan akhbar lain penanaman pokok tin oleh En Fahmi telah dijalankan secara komersial. Laporan ini menytakan siapa sangka bermula sebagai hobi menanam cili di belakang rumah mendorong lelaki ini beralih arah ke tanaman pokok tin. Ini kerana kelebihan buah tin yang tercatat dalam al-Quran menarik minat Fahmie Abu Bakar, 37, menanamnya secara komersial di ladangnya di Sungai Ramal, Kajang (Sila lihat foto disebelah). Kini selepas lebih tiga tahun diaana beliau mengusahakan tanaman itu maka dia kini mempunyai lebih 2,500 pokok tin membabitkan 50 jenis. Beliau yang sebelum ini bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpaksa melepaskan jawatan kerana minat cukup mendalam terhadap bidang pertanian, selain tidak cukup masa bersama keluarga. Bertitik tolak dari situ, beliau membuka sebuah kedai menjual peralatan pertanian dengan menubuhkan syarikat Formeniaga pada tahun 2009 dengan berniaga secara dalam talian. Selepas beberapa tahun membuka kedai itu, dia terfikir apakah tanaman yang boleh diusahakan bagi mengembangkan perniagaannya. Buat permulaan modal untuk membuka kedai pertanian sebanyak RM10,000. Sepanjang berniaga peralatan dan produk pertanian, saya kumpul duit untuk menanam pokok tin. Kini beliau telah nampak potensi pokok tin sangat cerah kerana ia makanan sunah. Saya banyak mendapatkan maklumat mengenai pokok tin di Internet termasuk media sosial seperti Facebook.

Beliau dilaporkan  sanggup �terbang� ke beberapa negara seperti Jepun, China, India dan Thailand untuk mengutip ilmu sebanyak mungkin bagi diadaptasikan apabila balik ke Malaysia ketika ditemui di kedainya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Beliau yang juga pengurus Formeniaga berkata selepas beberapa tahun membuat kajian mengenai pokok tin, akhirnya dia nekad mengusahakan tanaman itu dengan mengimport anak benih dari Indonesia, Turki, Amerika Syarikat dan Thailand. Buat masa ini, lebih 50 jenis pokok tin sudah ditanam, antaranya Matsui Dauphine, Brown Turkey (BT), Brown Turkey Modified 6 (BTM 6), Taiwan Golden Fig (TGF), Rimada, Turka dan Ponte Teresa. Pokok tin boleh dibiak menerusi keratan batang, kaedah tut berakar dan juga dengan menggunakan kaedah in vitro atau tisu kultur. Paling mudah untuk menggandakan (Biakkan) pokok ini atau nama saintifiknya Ficus carica ialah menerusi keratan batang. Kini dalam tempoh tiga hingga enam bulan ia akan menghasilkan buah. Pokok tin memerlukan cahaya matahari cukup dan keadaan kering untuk tumbuh subur dimana kini mempunyai 15 pekerja. Tanaman ini tidak sesuai diletak di bawah naungan tanaman lain. Akar pokok tin tidak tahan jika terendam air terlalu lama hingga boleh menyebabkan pokoknya mati. Tetapi ia memerlukan air yang cukup. Pokok tin juga perlu sentiasa dibekalkan baja secukupnya. Walaupun pokok ini ada 2,000 jenis tetpi tidak semua sesuai ditanam di negara ini. Benih pokok tin dijual antara RM80.00 hingga RM12,000.00 mengikut saiz dan jenis pokok. Ia kini mempunyai pelbagai khasiat termasuk untuk penyakit diabetes selain daunnya saya gunakan untuk diproses menjadi teh. Beliu juga turut menghasilkan produk lain berasaskan buah tin, antaranya buah segar, jem, acar dan ais krim. Syarikat Formeniaga turut menganjurkan kursus asas memanam pokok tin, kursus fertigasi dan pengurusan ladang kepada mereka yang berminat menceburi bidang pertanian.


Testimoni akhbar lain yang bertajuk "Jom Tanam Pokok Tin Di Kondominium dan Pangsapuri" juga menarik dikupas dalam blog ini. Laporan dimulakan dimana sejak akhir-akhir ini konsep pertanian bandar telah mula mendapat perhatian dari penduduk tempatan dengan tujuan mendapat sumber makanan segar, meningkatkan keselesaan persekitaran dan menambah pendapatan kepada penduduk bandar. Adalah tidak diragui bahawa konsep pertanian bandar juga boleh diamalkan bagi peminat pokok tin. Pokok tin boleh diusahakan dengan jayanya walaupun didalam pasu dengan pengurusan tanaman yang bersesuaian. Ada juga laporan yang mengatakan penaman dalam bekas (containerised planting) adalah lebih baik bagi pokok tin kerana ianya cepat berbuah dan mudah untuk dikendalikan Pengurusan air, baja dan musuh perosak dan juga rumpai adalah lebih mudah berbanding dengan tanaman dilapangan. Seperti yang dijangka, buahnya adalah tidak sebesar dan banyak berbanding penanaman dilapangan. Kini cara penanaman pokok tin dalam bekas (sama ada dalam pasu, culvert dan lain-lain) telah memberri kepuasan yang tidak terhingga kepada peminat pokok tin dibandar, terutama yang tinggal dirumah sesebuah, berkembar dan juga rumah teres. Persoalan seterusnya ialah adakah ianya juga sesuai untuk ditanam oleh penghuni-penghuni pangsapuri, kondominium atau rumah pangsa. 


Pokok tin sesuai ditanam dimana ia kini telah mengusahakan tanaman lebih dua tahun di kondominium di Pulau Pinang. Daripada laporan akhbar tersebut boleh dirumuskan pokok tin boleh diusahakan dengan jayanya dan berupaya mengeluarkan buah yang setanding dari segi hasil dan kualiti dengan buah yang dihasilkan dilapangan. Walau bagaimanapun beliau memberi pendapat ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin menanam pokok tin di rumah-rumah pangsa atau kondominiu. Perkara tersebut adalah seperti pertama lokasi semestinya mempunyai sumber cahaya matahari. Balkoni dimana tanaman pokok tin akan ditempatkan menerima cahaya matahari yang mencukupi. Mengikut pengalaman penanam didapati pokok tin memerlukan lebih kurang 6-8 jam matahari sehari untuk pertumbuhan yang baik. Ini bermakna peminat pokok tin dikondominium seperti ini hendaklah terlebih dahulu menilai pergerakan matahari dan memastikan balkoni berkenaan menerima matahari yang mencukupi. Melalui laporan beberapa penanam ialah cahaya matahari pagi adalah lebih baik berbanding dengan matahari petang. Lima hingga tujuh jam matahari pagi adalah sudah memadai untuk pertumbuhan pokok tin.


Bagi tujuan ini sebaiknya penduduk dan mereka yang ingin mennm pokok tin ini dicondominium memilih varieti yang jenis "dwarf" dimana pertumbuhan adalah perlahan dan terhad. Varieti ini biasanya mempunyai internode (ruas daun) yang pendek. Pokok-pokok pada biasanya tidak tinggi (Sila lihat fotoo disebelah). Sebaiknya menggunakan jenis media dan bekas yang ringan. Ini bagi memudahkan pengendalian anak benih agar memperoleh cahaya matahari yang optimum. Sebaiknya sentiasa untuk mengamalkan sistem pengairan dan pembajaan yang sistematik. Yang terbaik ialah guna teknik fertigasi kerana sumber air dan baja boleh diberi pada masa yang diperlukan dengan tepat. Penulis blog merujuk lamanweb dimana diantara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis. Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini tanaman buah figs telah berkembang meluas ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan penulis blog juga mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Tanaman ini di Malaysia merupakan tanaman yang baru diminati dan terus berkembang dengan cepat. Teknologi membungkus putik buah figs dengan karung jaring iaitu jenis pembungkus telur merupakan satu kaedah yang sangat praktikal, mudah dilakukan, murah dan yang paling utama adalah mampu melindungi buah daripada serangan serangga Lalat Buah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
MENANAM BUAH TIN...SUDAH POPULAR....
MENJANA PENDAPATAN...SIAPA SUKA...
BANYAK VARIETI.. DIIMPORT SEMUANYA...
MEREKA BERMINAT...TERUS MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 9926, Hotel Marriot,
Putrajaya, WO,
Malaysia.
(1 Muharram 1439H)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top