Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BUAH ACKEE (Blighia sapida) adalah sejenis buah yang amat jarang kita rakyat Malaysia pernah dengar atau pun ada mengenalinya. Mendengar namanya sahaja sudah agak lain kepada kita orang Malaysia kerana ''Ackee'' semacam nama kepada bahasa orang Afrika. Benar kerana buah Ackee sebenarnya berasal daripada Afrika Barat iaitu buah seperti buah Laici (Litchi chinensis) atau buah longan (Dimocarpus longan). Nama lain bagi buah ini adalah seperti Achee, Achee Apple atau Ayee iaitu tumbuhan daripada keluarga Sapindaceae. Kajian mendapati nama botani buah ini adalah diambil sempena dengan nama Kepten William Bligh iaitu orang yang mengambil buah tersebut daripada Jamaica dan kemudian dibawa ke Royal Botanic Garden, England zaman dahulu sekitar tahun 1973 iaitu kira-kira 45 tahun dahulu. Dari segi sejarah pula sebenarnya buah Ackee telah diambl dari Afrika Barat oleh Penjajah Kolonial dan dan di tanam di Negara Caribean sekitar tahun 1778 (240 tahun dulu). Pokok ini masih banyak ditanam di Cameroon, Gabon, Benin, Bukina Faso, Ivory Coast, Gambia, Ghana, Guinea, Gambia, Mali, Nigeria, Senegal, Sierra Leone dan juga Togo. Buah Ackee telah ditanam dimerata lokasi dikawasan tropika dan subtropika dan ianya kini popular dijadikan makanan penting sekitar Carribean selepas itu terutama di Jamaica. Kini buah ini juga terkenal di Jamaica dimana ia dinamakan semula sebagai Melicoccus bijugatus (synonim). Mungkin ramai dikalangan kita masih tidak pernah melihat buah atau kenal akan buah dan pokok tanaman ini. Artikel malam ini sambil menonton Movie Special ''King Kong'' di TV3 iaitu sempena tahun Baru China 2018 saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis buah pelik yang berasal dari Afrika Barat iaitu Buah Ackee sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Pokok Buah Ackee merupakan jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dan sangat rimbun atau padat. Ia mampu tumbuh tinggi  sehingga 10 meter dengan batang yang sederhana panjang. Mempunyai banyak cabang dan dahan ia adalah pokok yang natif dihutan hujan tropika asalnya. Daun pokok ini adalah jenis kompoun dengan ukuran panjang sekitar 8 - 12 cm dan lebar daun 5 - 8 cm lebar yang berwarna hijau sederhana gelap (Sila lihat foto disebelah). Bentuk daunnya adalah obovate-oblong dengan tangkai daun yang panjang sekitar 15 - 30 cm dimana daunnnya seakan sedikit berbulu. Apa yang lebih menarik mengenai pokok Ackee adaah dimana ia akan mengeluarkan bunga yang berbau sangat wangi semasa ia kembang. Bunga ini berukuran 20 cm panjang dan bersifat uniseksual dimana biasanya kembang pada musim panas sahaja. Setiap bunganya mempunyai 5 kelopak bunga berwarna putih kehijauan. Tumbuhan ini mudah dibiakkan dengan gunakan bijii benih yang matang dan disemai dalam polibeg sebelum ditanam. Bagaimana pun ada pengusaha yang menggunakan pembiakan secara vegetatif iaitu kaedah tut dan keratan cabang atau cantuman sebagai kaedah pembiakan tanaman ini. Di Jamaica anakbenih pokok ackee memang ada dijual di nurseri sebagai tanaman penting bagi negara tersebut. Pokok ini boleh dijumpai dimerata lokais dinegara tersebut sebagai stu ikon negara.


Buah Ackee adalah unik bentuknya dan warnanya serta khasiatnya. Buah Ackee berbentuk seperti buah pear dimana apabila ia masak buah ackee dari berwarna hijau muda akan bertukar kepada warna merah terang atau oren kuning yang kuat. Buah yang masak akan jelas kelihatan bergantungan pada dahan pokok matang (Sila lihat foto disebelah). Buah ini dengan kulit tebal akan terbuka kulitnya sendiri dan akan melihatkan bijinya bersaiz kecil berwarna hitam ekat berkilat (Sila lihat foto paling atas). Biji buah ackee ini akan diselaputi dengan isi yang ''spongy'' berkrim dengan warna keputihan atau kekuningan. Isi buah ini bergumpal seakan ''telur scrable'' yang kita selalu makan dihotel-hotel. Bentuk buah ackee yang comel ini lazimnya seberat 100 - 200 gram sebiji dan ia bergantung kepada umur pokok, amalan agronomi dan juga keadaan persekitaran seperti cuaca dan kesuburan tanah. Kajian yang dijalankan di Jamaica menunjukkan buah Ackee muda adalah beracun dan toksik. Kandungan bahan racun iaitu HYPOGLYCIN yang memudharatkan manusia yang mengambilnya seasa buah belum matang. Apa pun uniknya buah yang masak akan pecah tau terbuka bahagian kulitnya mengeluarkan biji hitam dan ianya sudah boleh dimakan. Bahagian yan boleh dimakan adalah isinya dimana bijinya masih toksik kepada manusia. Perlu sentiasa diingat bahawa Buah Akckee memang beracun dan merbahaya dimakan mentah sewaktu buah muda tetapi selamat dimakan apabila kulitnya terbuka apabila buah cukup matang.


Sebenarnya apakah kehebatan buah ackee ini?. Kajian menunjukkan buah ackee ini ada mengandungi bahan fiber yang banyak bila dimakan. Oleh itu buah ini membantu didalam sistem penghadaman dalam perut dimana ia memudahkan sistem perkumuhan (buang air besar). Khasiat lainnya dimana buah ini dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah seterusnya meningkatkan kesihatan. Buah ackee yang masak mempunyai rasa seperti ''Butter'' dengan lembut dan tekstur yang berkerim (creamy texture). Kini buh ackee telah dijadikan ''national fruit'' bagi negara Jamaica yang selalunya dimakan dengan ikan masin (saltfish) sebagai hidangan kebangsaan di negara tersebut. Apa yang paling penting adalah tidak memakan buah ackee muda kerana ia beracun sebaliknya hanya petik dan buah ackee yang masak sahaja. Khasiat permakanan bagi buah ackee adalah Niacin (sekitar 1.1 g - 3.9 mg) serta banyak Vitamin C (30 mg), Folacin, Riboflavin dan juga bahan Thiamine. Ia juga mengandungi sebanyak 270mg zat Potassium, 98 mg Posforus, 35 - 83 mg Kalsium dan juga sebanyak 5 mg Ofiron, 1 mg of Zink dan 240 mg Sodium. Ini bermakna buah ackee memang sesui diproses dan boleh didapati dalam bentuk proses dalam tin (Sila lihat fotoo disebelah). Banyak jenis hasilan produk proses buah ackee dipasaran untuk didapatkan oleh pengguna. Semuga tulisan kali ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUH ACKEE... POPULAR DIJAMAICA...
BUAH BERACUN... SEMASA IA MUDA...
SUDAH MASAK... BIJI KKELUAR JUGA...
BUAH YANG UNIK.. TIADA DIMALAYSIA...

By,
M Anem,
AgngryBird Theme Park,
Kompleks Tun Razak,
Jalan Wong Ah Fook,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(30 JamadilAwal 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top