Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BUAH GAC (Momordica cochinchinensis) atau Buah Tempurang atau Buah Pupia atau Fak Khao (Thailand) atau Qua' Gac (Vietnam) atau Gac Fruit (Inggeris) merupakan sejenis buah yang jarang kita jumpa. Buah ini juga dipanggil sebagai Red Melon, Baby Jackfruit, Spinny bitter gourd dan juga buah Cochinchin dalam bahasa Inggeris (Sila lihat foto diatas). Ia juga adalah sejenis tumbuhan buah dari kumpulan Labu iaitu dari keluarga Cucurbitaceae yang memang amat kurang dikenali di negara kita. Buah yang unik ini saya ada terbaca dalam Majalah 'Travel 3Sixty' dalam cabin Flight Air Asia Bulan Febuari 2018 semalam semasa menaiki pesawat tersebut. Buah yang berasal dari Asia Tenggara ini agak unik bentuknya pada saya dan kurang dikenali dikalangan penumpang pesawat mahu pun kalangan masyarakat negara kita juga. Tumbuhan ini masih berkerabat atau menyerupai dengan tanaman Peria (Momordica charantia). Walau pun begitu buahnya amat cantik dan unik menyebabkan ianya ada ditanam untuk dijadikan hiasan dan juga kegunaan perubatan tradisional agaknya dibeberapa negara jiran. Dalam padi itu penulis blog mengetahui dimana. Nama lain buha in di Indonesia seperti Pekurebu atau Teruah atau Torobuk (di kawasan Sulawesi). Tumbuhan ini adalah dari jenis menjalar dan memanjang dimana dijumpai dalam hutan dikawasan dataran rendah sehingga mencaai ketinggian lebih dari 1,000 dari paras laut secara semulajadi. Ia tumbuh dikawasan diantara IndoChina sehingga ke kawasan di Australia (Bahagian timur laut). Dalam beberapa pembacaan penulis dapat maklum dimana buahnya dijadikan sebagai makanan istimewa dinegara Vietnam pada musim perayaan.  dan lazimnya hanya tersedia pada musim tertentu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah yang agak jarang kita jumpa di Malaysia sekadar dijadikan bahan rujukkan.


Melihat kepada bentuk dan warna buah ini, memang mudah untuk mengenalinya kepada mereka yang pernah menanam atau melihatnya. Bentuk buah adalah agak membulat atau sedikit lonjong seperti saiz bola tenis dan berwarna hijau ketika muda bertukar kekuningan apabila hampir matang dan seterusnya warna kemerahan apabila masak bergantung kepada varieti (Sila lihat foto disebelah). Apa yang menarik ialah dia keluar dari rimbunan pokok yang menjalar dengan daun yang berwarna hijau. Diteliti lagi dimana pada kulit luarnya akan dilihat atau mempunyai kulit yang bergerigi iaitu seperti buah durian atau peria namun berwarna merah cerah. Walau pun penulis blog belum merasa buah ini tetapi didakwa isi memang rasanya agak pahit. Bagaimana pun buah Gac ini didapati sejenis buah memang kaya sebagai sumber vitamin A yang sangat baik dan khususnya adalah khasiat pada bahagian bijinya. Warna cerah merah kuat ini atau orange ini dipercayai kerana kehebatan dan kekayaannya dengan bahan iaitu Lycopene dan Beta-Carotene. Saiz buah sekitar 10 cm panjang dan 13 cm garispusat berbentuk lonjong dengan warna oren terang pada kebanyakan varieti.  Semasa buah ini masih muda jika dimakan ia seakan rasa buah timun (Cucumis sativus) dan rasa lembut ini masih boleh dimakan. Buah masak juga mempunyai banyak biji kecil berwarna hitan atau coklat gelap dalam karung berwarna merah (red sac membranes). Biji ini boleh digunakan sebahai benih untuk tanaman.


Penelitian penulis mendapati ia adalah jenis Dioceous Plant dimana bunga jantan dan bunga betia keluar berlainan. Ada petani yang membuat cantuman batang pada pokok jantan dengan vein betina untuk menghasilkan bunga dn buah yang banyak. Bunganya keluar dengan sepal bunga berwarna putih dengan beberapa kelopak (Sila lihat foto disebelah). Saiz bunga sekitar 5-10 cm panjang dengan kelopak berkeduk coraknya. Bunga ini akan didebungakan oleh agen pendebunga seperti semut, angin dan serangga lain sehingga bunga tersebut akan menghasilkan putik buah. Tanaman ini akan berbunga 2-3 bulan selepas ditanam. Daunnya adalah jenis berbentuk Trifoliate dengan tangkai yang panjang keluar daripada node batang. Pokok yang mudah merambat pada kayu sokong ini akan melilit sehingga dewasa. Penanaman lazimnya menggunakan keratan batang yang berakar sebagai bahan tanaman. Penggunaan biji benih kurang sesuai kerana peratus percambahan rendah akibat masaalah dormancy dan cuaca serta kematangan biji. Keratan ditanam pada tanah dan ia perlu dijaga dengan menyiram air dan memberikan baja. Pada peringkat vegetatif sebaiknya diberikan baja NPK 15:15:15 dan baja organik dengan kuantiti sama seperti membaja pokok timun. Bergantung kepada penjagaan lazimnya tumbuhan ini boleh hidup sehingga setahun. Sama seperti pokok timun, ada beberapa jenis penyakit yang ada menyerang daun seperti Bintik Daun Cercospora, Downy Mildew dan juga karat daun. Penanaman tempurang ini lazimnya sesuai dikawasan keliling rumah untuk mudah dijaga dan dipetik hasilnya.

Negara Vietnam menjadikan tanaman ini sebagai tanaman yang digunakan untuk perayaan mereka terutama pada sambutan tahun baru dan majlis perkahwinan mereka. Biji buah dan kulitnya akan dimasak bersama beras pulut dan dihidangkan dalam majlis dimana ia berwarna kemerahan atau oren. Terkini ada yang memproses buah ini yang kaya dengan Karotene dan dijadikan jus minuman untuk pasaran tempatan dan eksport. Batangnya yang berwarna coklat pucat mampu tumbuh sehingga sepanjang 20 meter (66 kaki) dimana ia hanya berbuah setahun sekali sahaja. Buah yang masak akan dipetik dan dipasarkan dalam pasaran tempatan di Vietnam. Buah yang keluar ini banyak pada bulan Disember sehingga januari setiap tahun walau pun bulan lain ia ada sedikit yang keluar. Bergantung kepada amalan agronomi, cuaca dan serangga pendebunga dan lazimnya satu pokok gac dewasa mampu menghasilkan sebanyak 30 - 60 biji buah semusim. Di Vietnam dan China buah gac ini digunakan dalam makanan dan juga perubatan tradisional. Ia dipercayai mampu merawat masaalah kesihatan mata dan menembah tahap kesihatan secara menyeluruh. Dalam pada itu buah gac ini telah dikomersilkan dengan mengekstrak bagi menghasilkan Beta Carotene dan Lycopene yang dijual sebagai produk dietary (makanan kesihatan)  dan dijual secara meluas. Semuga penulisan dalam anim agro technologu ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!...

NAMA BUAH GAC... BUAH PUPIA SAMA...
KURANG DIKENALI ... DI NEGARA KITA...
BUAHNYA OREN... MERAH PUN ADA...
MENULIS ARTIKEL... UNTUK ANDA BACA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1126, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(27 JamadilAwal 1439H)
Bersamaan 7 Febuari 2018.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top